Anda di halaman 1dari 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, NEGERI SEMBILAN


Tugasan Kerja Kursus
TAHUN AKADEMIK SEMESTER 1/2020

Program: PROGRAM PERSEDIAAN Nama Pelajar:


IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

Kod: GWP1092 Semester / Tahun: SEMESTER 2 TAHUN 1


Ambilan : JUN 2019
Nama Kursus: WACANA PENULISAN
Kumpulan : 2PPISMP (BM, TESL,
PAI, SAINS, MATE, RBT)

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


Penulisan Esei 1
3/2/2020 20/2/2020
Penulisan Esei 2
20/2/2020 9/3/2020

Pembentangan Kumpulan
23/3/2020 27/3/2020

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan idea dalam penulisan berdasarkan konsep wacana secara lisan dan bertulis
(C2, LO1, LO3, CTPS1).
2. Mengaplikasikan pengetahuan tentang keutuhan wacana dalam penulisan akademik
menggunakan pelbagai sumber (C3, LO3, LO6, CTPS2, LL1).
3. Menganalisis jenis-jenis wacana dan gaya penulisan secara berkumpulan (C4, LO3, LO5,
CTPS3, CS1, TS1).
4. Menilai hasil penulisan kritikan, ulasan rencana atau teks dan resensi buku (C5, LO3,
CTPS3).
5. Menghasilkan penulisan akademik atau bukan akademik secara kritis dengan
menggunakan laras bahasa formal mengikut format yang betul (C6, LO3, CTPS4).

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 3, 4, dan 5.

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar akan dapat:

1. Membuktikan keutuhan wacana yang terdapat dalam satu penulisan resensi bagi novel
yang dihasilkan oleh sasterawan negara.
2. Menghasilkan satu penulisan akademik dengan menggunakan laras bahasa yang formal
dan betul berdasarkan tema yang diberikan.
3. Menganalisis jenis dan gaya penulisan wacana bagi satu penulisan akademik dalam
bentuk pembentangan secara berkumpulan.

1
Tugasan Kerja Kursus 70%

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan yang berikut:

TUGASAN 1 : Penulisan Esei 1 (30 %)

Wacana yang utuh ialah wacana yang menampakkan unsur kohesi dan koheren yang jelas.
Penggunaan penanda wacana merupakan salah satu cara untuk menonjolkan keutuhan
sesuatu wacana.

Pilih satu penulisan resensi tentang novel karya sasterawan negara. Kemudian anda
dikehendaki membuktikan keutuhan wacana dalam penulisan resensi tersebut. Panjang esei
anda ialah 1000 patah perkataan.

TUGASAN 2 : Penulisan Esei 2 (30%)

Pengetahuan dan penguasaan kemahiran dalam penulisan akademik amat penting kepada
setiap pelajar. Mereka seharusnya mempunyai pemahaman dan penguasaan yang cekap
dalam kemahiran tersebut untuk menjamin penghasilan pelbagai wacana yang utuh dan
berkesan.

Hasilkan satu penulisan esei ilmiah yang berstruktur dan berkualiti. Penulisan akademik tersebut
perlulah memenuhi kriteria yang berikut:

a. Panjang penulisan esei 1000 patah perkataan.


b. Pilih salah satu tema penulisan seperti yang berikut:

i. TMK: Buli Siber


ii. Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih
iii. Warisan Unggul Masyarakat Gemilang
iv. Revolusi Perindustrian 4.0 dalam Pendidikan.

c. Mengaplikasikan kemahiran membuat rujukan.


d. Mengaplikasikan penggunaan laras bahasa formal mengikut format yang betul.

TUGASAN 3 : Pembentangan Berkumpulan (10%)

Secara berkumpulan (2 atau 3 orang), anda dikehendaki membentangkan analisis jenis wacana
dan gaya penulisan wacana dalam bentuk Powerpoint. Pilih satu contoh bagi salah satu jenis
wacana yang berikut untuk dianalisis:

i. tesis
ii. artikel jurnal
iii. abstrak/ ringkasan eksekutif

2
iv. kertas cadangan penyelidikan

Analisis mestilah berkaitan dengan jenis wacana serta kejelasan dan gaya penulisan. Tempoh
pembentangan ialah 30 minit.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan ini ialah tugasan individu dan berkumpulan.

2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.

3. Format penulisan tugasan adalah seperti yang berikut :


3.1. Muka depan hendaklah mengikut templet terkini yang ditetapkan oleh IPGM.
3.2. Fon Arial
3.3. Saiz huruf - 11
3.4. Langkau 1.5 baris
3.5. Rujukan mengikut format APA(American Psychological Association)
3.6 Lampiran

4. Muka depan tugasan yang dicetak mengandungi:


4.1 Nama Pelajar
4.2 Angka Giliran
4.3 No. Kad Pengenalan
4.4 Kumpulan
4.5 Kod dan Nama Kursus
4.6 Tajuk tugasan projek
4.7 Nama pensyarah
4.8 Tarikh hantar

5. Anda mesti hantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan.


6. Bahan-bahan bukti yang digunakan untuk menjelaskan tugasan hendaklah disertakan.
7. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
8. Tugasan ini membawa wajaran 70%.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

____________________________ ___________________________
(Nama: Pn. Tan Sok Phiaw) (Nama: Pn. Faridah binti Mohamad Saad)

Pensyarah / Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME) / Penyelaras Kursus/


Pensyarah Kanan

Disahkan oleh:

___________________________

3
(Nama: Dr. Faridah binti Abdullah @ Muda)
Ketua Jabatan Pengajian Melayu

Anda mungkin juga menyukai