Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2020

Program: PPISMP Nama Pelajar:


Kod: GBM1103 Semester/ Tahun: 2/ 2020
Nama Kursus: Bahasa Melayu Kontekstual Ambilan: Jun 2019
Kumpulan: : BM1619/BM2619/BM3619/BM4619/
BM5619/BM6619/PI1619/PI2619/PI3619/PI4619/
PI5619/PI6619/PJ1619/PJ2619/BI1619/BI2619
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. Penulisan Esei I 20.01.2020 06.02.2020
2. Penulisan Esei II 07.02.2020 24.02.2020
3. Persembahan Kumpulan 02.03.2020 07.03.2020

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan kemahiran komunikasi dengan berkesan secara lisan dan bertulis. (C2, LO1, LO4,
CS1)
2. Menghasilkan bahan bertulis dengan bahasa yang baik untuk memperkembang kemahiran
komunikasi perorangan. (C6, LO3, LO4, CTPS3, CS7)
3. Menyampaikan pengucapan awam melalui persembahan secara berkumpulan. (C3, LO4, LO5,
CS3, TS4)
4. Membandingbezakan penggunaan laras bahasa Melayu dalam komunikasi yang pelbagai. (C5,
LO6, LL1)
5. Menghuraikan pengurusan majlis dan atur cara berdasarkan contoh yang relevan secara kritis.
(C4, PLO3, CTPS2)

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4 dan 5.

Objektif Kerja Kursus:


Pelajar dapat:
1. Menjelaskan kepentingan menguasai kemahiran komunikasi secara lisan dan bertulis.
2. Menghasilkan minit mesyuarat yang betul dari segi format, bahasa dan kandungan.
3. Membandingbezakan jenis laras bahasa yang terdapat dalam penulisan bahasa Melayu mengikut
kesesuaian situasi tertentu.
4. Menghasilkan dan menyampaikan teks syarahan atau pidato dengan gaya yang bersesuaian.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:


Tugasan 1: Penulisan Esei I (30%)
Komunikasi amat signifikan dalam kehidupan seharian. Maklumat boleh disampaikan sama ada secara
bertulis atau secara lisan berdasarkan bidang-bidang komunikasi.

Arahan Soalan:
Secara individu, anda dikehendaki menjelaskan kepentingan menguasai kemahiran berkomunikasi
dalam bidang interpersonal. Seterusnya anda diminta menghasilkan minit mesyuarat yang betul dari segi
format, bahasa, dan kandungan.

Tugasan 2: Penulisan Esei II (30%)


Laras merujuk kepada penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan konteks.

Arahan Soalan:
Secara individu, anda dikehendaki membandingbezakan laras bahasa undang-undang dengan laras
bahasa kreatif serta tujuan penggunaannya. Seterusnya, anda diminta memilih sebuah majlis dengan
menghuraikan pengurusan majlis dan atur caranya.

Tugasan 3: Pembentangan Kumpulan (10%)


Maimunah Osman (2000), menjelaskan bahawa pengucapan awam merujuk kepada interaksi
penghantaran mesej antara seorang pengucap dengan sekumpulan pendengar.

Arahan Soalan:
Secara berkumpulan (2 atau 3 orang), anda dikehendaki menghasilkan sama ada teks syarahan atau
pidato yang bertemakan “Bahasa Melayu dalam Era Digital” sempena majlis sambutan Gerakan Dekad
Bahasa Kebangsaan. Seterusnya, kumpulan anda diminta untuk menyampaikannya dengan gaya yang
bersesuaian dalam tempoh 30 minit.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan 1 dan 2 adalah tugasan individu manakala tugasan 3 adalah tugasan berkumpulan (2-
3 orang).
2. Tugasan 1, tugasan 2 dan tugasan 3 hendaklah dihantar pada tarikh yang ditetapkan.
3. Panjang tugasan esei 1 tidak melebihi 1000 patah perkataan, manakala tugasan esei 2 tidak
melebihi 1000 patah perkataan.
4. Tugasan 3 ialah tugasan persembahan kumpulan dan hendaklah dipersembahkan dalam bentuk
power point dan sesalinan bercetak hendaklah dihantar kepada pensyarah kursus.
5. Gunakan pelbagai maklumat yang dicari untuk menghasilkan tugasan yang bermutu tinggi.
6. Sumber rujukan hendaklah sekurang-kurangnya 5 (buku/jurnal/prosiding/majalah dll).
7. Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
8. Penulisan dan sumber rujukan perlu mengikut format American Psychological Association (APA)
yang terkini.
9. Format kerja kursus hendaklah merujuk pada format kerja kursus dalam portal IPGKTAR.
10. Tugasan kerja kursus anda hendaklah dijilid dan mengandungi butiran yang berikut:
a. Nama Pelajar
b. Angka Giliran
c. Nombor Kad Pengenalan
d. Kumpulan/Unit
e. Kod dan Nama Kursus
f. Nama Pensyarah
g. Tarikh Hantar
h. Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Disediakan oleh: Disemak oleh:

__________________________________ _______________________
(Nama: SAWAL BIN ACHONG) (Nama: DR. MELVINA CHUNG HUI CHING)
Pensyarah/ Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME)

Disahkan oleh:

_________________________
(Nama: DR. SARA BINTI BEDEN)
Ketua Jabatan Pengajian Melayu

Anda mungkin juga menyukai