Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENINGAU

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2018

Program: PISMP NamaPelajar:

Kod: PRKA3012 Semester/Tahun:Semester 2 Tahun 2


Ambilan: Jun 2016
NamaKursus:
PERANCANGAN PENGAJARAN DAN Kumpulan: Sejarah
PEMBELAJARAN
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Penulisan RPH 02 Mac 2018 10 Mac 2018

2. Pembentangan RPH 06 Mac 2018 13 Mac 2018


3. Penulisan Reflektif Pengajaran Makro 06 Mac 2018 20 Mac 2018

4. Menulis Laporan Perbincangan Hasil 02 Mac 2018 10 Mac 2018


Simulasi Pengajaran Mikro
5. Penulisan Akademik 02 Mac 2018 27 Mac 2018

Hasil Pembelajaran Kursus:


1. Membincangkan komponen-komponen penting dalam rancangan-rancangan dan pembelajaran.
(C2, A2,LO1)
2. Membentangkan rancangan pengajaran harian yang dihasilkan berdasarkan Dokumen Standard
Kurikulum semasa kepada kelas. (C3,A4,LO4,CS3)
3. Menganalisis simulasi pengajaran mikro dalam kumpulan. (C4,A5,LO3,LO5,CTPS3,TS4)
4. Menilai pengajaran makro yang telah dilaksanakan melalui penilaian rakan sebaya.
(C5,A3,LO3,LO8,CTPS2,EM3)
5. Mereka cipta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan menggunakan strategi
Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) berbantu pelbagai sumber (C6,LO3,LO6,CTPS3,LL1)

Objektif Kerja Kursus:


Pelajar akan dapat:
1. Menulis satu rancangan pengajaran harian Sejarah sekolah rendah (sama ada Tahun 4 atau Tahun
5) dengan format yang betul dan lengkap.

2. Melaksanakan pembentangan Rancangan Pengajaran Harian Sejarah sekolah rendah (sama ada
Tahun 4 atau Tahun 5) yang dihasilkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Sejarah KSSR dalam tempoh masa 30 minit.

1
3.Menghasilkan satu penulisan reflektif yang panjangnya 600 patah perkataan berdasarkan suatu
tayangan video pengajaran makro. Tugasan ini hendaklah dilaksanakan secara individu.

4. Menulis laporan perbincangan hasil simulasi pengajaran mikro yang panjangnya 600 perkataan
secara berkumpulan (2-3 orang satu kumpulan).

5. Mereka cipta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan menggunakan salah satu
strategi Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) yang panjangnya 1000 patah perkataan.

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:


Sebagai seorang guru perlulah memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk merancang
pengajaran dan pembelajaran sebelum dilaksanakan. Justeru, dalam kursus ini anda dikehendaki
untuk melaksanakan tugasan ini.

TUGASAN 1: Penulisan RPH (20%)


Menulis satu rancangan pengajaran harian Sejarah sekolah rendah (sama ada Tahun 4 atau Tahun 5)
dengan format yang betul dan lengkap. Tugasan ini hendaklah dilaksanakan secara individu.

TUGASAN 2: Pembentangan RPH (10%)


Melaksanakan pembentangan Rancangan Pengajaran Harian Sejarah sekolah rendah (sama ada
Tahun 4 atau Tahun 5) yang dihasilkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
Sejarah KSSR dalam tempoh masa 30 minit. Tugasan ini hendaklah dilaksanakan secara individu.

TUGASAN 3: Penulisan Reflektif (20%)


Menghasilkan satu penulisan reflektif yang panjangnya 600 patah perkataan berdasarkan suatu
tayangan video pengajaran makro. Tugasan ini hendaklah dilaksanakan secara individu.

TUGASAN 4: Menulis Laporan (20%)


Menulis laporan perbincangan hasil simulasi pengajaran mikro yang panjangnya 600 perkataan.
Tugasan ini hendaklah dilaksanakan secara berkumpulan (2-3 orang satu kumpulan).

TUGASAN 5: Penulisan Akademik (30%)


Mereka cipta aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dengan menggunakan salah satu
strategi Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) yang panjangnya 1000 patah perkataan. Tugasan ini
hendaklah dilaksanakan secara individu.

Arahan PelaksanaanTugasan:

1. Kumpulan perlu menyediakan satu salinan bertulis untuk tugasan nombor 2untuk rujukan/panduan
penilai.
2. Amalan plagiat daripada sumber lain adalah dilarang. Idea-idea yang diambil mestilah dinyatakan
dan dicatat mengikut format yang betul. Jika disabitkan kesalahan, anda akan dikenakan tindakan
Akta 174.
3. Sumber berbentuk teks atau rujukan lain yang dimasukkan dalam penulisan menggunakan format
APA.
2
4. Format penulisan laporan adalah seperti berikut:
i. Fon Arial
ii. Saiz Huruf 11
iii. Langkau 1.5 baris
iv. Saiz kertas A4: Jidar kiri 1.5” dan Jidar lain 1”.
v. Bibliografi mengikut format APA.
5. Muka hadapan tugasan mengandungi maklumat berikut:

i. Nama Penuh Pelajar


ii. No. Kad Pengenalan
iii. Program
iv. Kod dan Nama Kursus
v. Tajuk Kajian
vi. Nama Pensyarah
vii. Tarikh Hantar

6. PERINGATAN: Tugasan yang dihantar lewat akan menjejaskan markah pentaksiran. Kelewatan
melebihi 7 hari akan menyebabkan anda diberi markah lulus minimum sahaja.

7. Kerja kursus ini memperuntukkan wajaran 100%.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

( Samiul @ Samuel bin Stimin )


( Afinah binti A.D Matsud )
Pensyarah/Penyelaras Kursus
Pakar Bidang(SME) /PenyelarasKursus/
Pensyarah Kanan

Disahkan oleh:

( Phyllis Lim @ Nur Ain Shahira )


Ketua Jabatan Kajian Sosial

Anda mungkin juga menyukai