Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA

TUGAS KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2020

Program: PPISMP Nama Pelajar:

Kod: BMM1064 Semester/ Tahun: SEMESTER 2 TAHUN 1


Ambilan: JUN 2019
Nama Kursus:SINTAKSIS Kumpulan: Bahasa Melayu
BAHASA MELAYU

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


17Jan 2020 3 Feb 2020
1. Penulisan Esei I
(1000 patah perkataan)

2. Penulisan Esei II 4 Feb 2020 21 Feb 2020


(1000 patah perkataan)

3. Pembentangankumpulan 2 Mac 2020 9 Mac 2020


(30 minit )

Hasil Pembelajaran Kursus:

1 Menjelaskan pengenalan sintaksis dan frasa dengan merujuk pelbagai sumber (C2,
PLO1, PLO6, LL1)
2. Menghuraikan klausa dengan kritis secara bertulis (C3, PLO3, PLO4, CTPS2, CS1)
3. Menganalisis jenis dan ragam ayat serta membuat penilaian yang berjustifikasi (C4,
PLO3, CTPS1)
4. Membandingkan proses penerbitan ayat dalam pembentukan ayat majmuk melalui
pembentangan secara kumpulan (C5, PLO3, PLO4, PLO5, CTPS3, CS3, TS1)
5. Menghasilkan pelbagai teks yang gramatis dari aspek penggunaan ayat tunggal dan ayat
majmuk (C6, PLO3, PLO4)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,4 dan 5.


Objektif Kerja Kursus:

Pelajar akan dapat:

1.Menjelaskan konsep sintaksis dan binaan frasa kerja dalam bahasa Melayu.

2.Menghuraikan jenis ayat dan ragam ayat dengan kritis secara bertulis.

3.Membentangkan perbandingan proses penerbitan ayat antara ayat majmuk gabungan dengan
ayat majmuk campuran.

SOALAN TUGASAN KERJA KURSUS

Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan yang berikut:

TUGASAN 1: PENULISAN ESEI I (25%)

1. Sintaksis satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji ayat. Berdasarkan pandangan sarjana
bahasa, rumuskan konsep sintaksis mengikut pemahaman anda. Seterusnya, bincangkan
aspek binaan frasa kerja dalam bahasa Melayu.

Panjang esei ialah 1000 perkataan.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan 1 ialah tugasan individu.


2. Tugasan anda harus meliputi perkara yang berikut:
2.1 Huraian yang jelas tentang konsep sintaksis dengan merujuk pandangan dan
pendapat sarjana bahasa.
2.2 Rumus pandangan tokoh dengan memberikan satu takrifan baharu tentang
konsep sintaksis.
2.3 Huraian yang jelas tentang binaan frasa kerja ( Frasa kerja transitif dan Frasa kerja
tak transitif) berserta satu contoh yang sesuai.
TUGASAN 2: PENULISAN ESEI II (25%)

1.Hasilkan satu artikel bertema “Memartabatkan Tatabahasa Bahasa Melayu” yang gramatis
dengan jelas penggunaan ayat tunggal dan ayat majmuk. Kemudian analisis jenis ayat dan
ragam ayat yang menjadi konstituen dalam binaan artikel tersebut.

Panjang esei ialah 1000 perkataan.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan 2 secara individu.


2. Panjang artikel tersebut perlu melebihi 300 patah perkataan.
3. Tugasan ini harus meliputi perkara yang berikut:

4.1 Teks yang dihasilakan hendaklah berunsur ilmiah yang bertema “Memartabatkan
Tatabahasa Bahasa Melayu”.
4.2 Menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan jelas.
4.3 Analisis jenis ayat dan ragam ayat yang dipilih dalam artikel yang dihasilkan
tersebut.

TUGASAN 3: PEMBENTANGAN KUMPULAN (10%)

1. Secara berkumpulan 2 atau 3 pelajar, anda dikehendaki membandingkan proses penerbitan


ayat antara ayat majmuk gabungan dengan ayat majmuk campuran.

Tempoh masa pembentangan: 30 minit (termasuk sesi soal jawab)

Arahan Pelaksanaan Tugasan:-


1.Hasil tugasan 1 dan 2 ini adalah tugasan INDIVIDU manakala tugasan 3 secara berkumpulan .
2.Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan termasuk hari cuti.
3.Panjang tugasan keseluruhan esei, tidak melebihi 2000 patah perkataan.
4.Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :
i. Fon –Arial
Ii. Saiz huruf ialah 11.
iii.Langkau satu setengah baris.
iv. Rujukan mengikut format APA (sekurang-kurangnya 10 buah buku rujukan)
5.Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali .
6.Tugasan ini membawa markah 60 %
7.Hasil tugasan perlu diserahkan kepada pensyarah dengan format berikut:
- Nama pelatih / No Kad Pengenalan
- Nama pensyarah
- Nama Kursus
- Tahun Pengajian
8.Bahan-bahan bukti yang digunakan untuk menjelaskan tugasan projek hendaklah disertakan
dalam lampiran.
9.Tugasan yang baik harus menujukkan kriteria-kriteria berikut:-
Perbincangan esei yang jelas dan mantap. Contoh-contoh yang diberi amat jelas dan memenuhi
kehendak soalan.
10.Peresembahan kumpulan yang kreatif.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

(OTHMAN ABD AZIZ) ( Dr.RAHMAH ABDUL GHANI)

Penyelaras Kursus BMM1064 Pakar Bidang (SME) Kursus BMM1064


Jabatan Pengajian Melayu, Jabatan Pengajian Melayu,
IPG Kampus Gaya IPG Kampus Gaya
Kota Kinabalu,Sabah. Kota Kinabalu,Sabah.

Disahkan oleh,

( )

Ketua Jabatan,
Jabatan pengajian Melayu
IPG Kampus Gaya
Kota Kinabalu,Sabah.

Anda mungkin juga menyukai