Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

TUGASAN PROJEK (GKK 1043)

TAJUK PROGRAM: PPISMP NAMA GURU PELATIH:

TAJUK KURSUS: GKK1043 SEMESTER: 1 ( Ambilan Jun 2014)


KESIHATAN DAN KECERGASAN
DIRI

TARIKH MULA: TARIKH HANTAR:

26.8.2014 20.9.2014

A. Hasil Pembelajaran Kursus

1. Mengamalkan pengetahuan kesihatan dan kemahiran aktiviti fizikal yang dikuasai


dalam kehidupan seharian berpandukan piramid aktiviti.
2. Menghubungkaitkan komponen kecergasan fizikal serta konsep kecergasan secara
menyeluruh.
3. Mengenalpasti kandungan sukatan pelajaran dan pendekatan yang digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
4. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan kemahiran aktiviti fizikal yang
dikuasai dalam kehidupan seharian berpandukan piramid aktiviti fizikal
5. Menilai dan menganalisa perancangan program latihan untuk kekalkan
kecergasan diri
6. Menghasilkan satu perancangan program latihan untuk kekalkan kecergasan diri

Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, 4 dan 5.

B. Objektif Projek

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:

1. Mengaplikasikan konsep kecergasan dalam kehidupan


2. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan kemahiran aktiviti fizikal yang
dikuasai dalam kehidupan seharian berpandukan piramid aktiviti fizikal
3. Menilai dan menganalisa perancangan program latihan untuk kekalkan
kecergasan diri
4. Menghubungkaitkan komponen kecergasan fizikal serta konsep kecergasan secara
menyeluruh.
C. Tugasan Projek:

Anda dikehendaki menyelesaikan tugasan berikut:


Tugasan 1
Folio Amalan Gaya Hidup Sihat (40%)
- Saiz A4 (potrait)
- Jumlah 10-15 muka surat
- Kandungan buku/fail juga di muatkan dengan bahan gaya hidup sihat melibatkan:-
1.2. menggambarkan tabiat pemakanan dan pengambilan makanan seimbang.
1.3 Pengaruh rokok dan kafein terhadap kesihatan.
1.4 Kesan alkohol ke atas kesihatan fizikal, mental dan emosi.
1.5 Kesan mengamalkan seks bebas.
1.6 Pengurusan stress
Untuk menghasilkan folio yang berkualiti, pelajar dikehendaki:
i. Menyediakan bukti sokongan dengan menggunakan bahan seperti maklumat,
gambarajah, carta, statistik, isu-isu terkini dan sebagainya yang diperoleh
sumber dan bahan rujukan yang sesuai. Setiap bukti dan penjelasan yang
dihasilkan mesti disertakan bersama rasional dan refleksi kendiri oleh pelajar.
ii. Menggunakan kreativiti secara maksimum untuk menghasilkan folio yang bernas,
bermutu, menarik dan mudah difahami pembaca.
- Persembahan folio yang kreatif dan menarik.
Tugasan 2
i. Menganalisa dan menghuraikan tahap kecergasan diri masing- masing berdasarkan
keputusan UKJK (20%)
- menganalisa data pencapaian UKJK dan membanding beza dengan tahap
pencapaian yang cemerlang.
- memberi komen dan pandangan terhadap kecergasan diri masa kini dan
keperluan gaya hidup sihat pada masa akan datang.
ii. Merancang program latihan jangka pendek (KITARAN MIKRO) peribadi untuk tempoh
empat minggu. (40%)
- Sesi latihan mikro yang ditulis dengan lengkap bagi latihan selama 2 jam.
- Mengandungi sesi warm-up menepati dos
- latihan kecergasan spesifik (anaerobik & aerobik )
- Sesi gerak kendur.
D. Panduan Perlaksanaan Kerja Kursus

1. Tugasan ini adalah tugasan individu


2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
3.1 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini
3.2 Fon Arial
3.3 Saiz huruf 11
3.4 Langkau 1.5 baris
3.5 Rujukan mengikut format APA(American Psychological Association)
4. Panjang tugasan antara 2 500 hingga 3 000 perkataan atau tidak melebihi 15
mukasurat
5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
6. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh empat minggu.
7. Tugasan ini membawa markah 100%

E. Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Kriteria Berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.


2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah
dikemukakan.
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan
ilmiah.
4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
5. Penulisan esei/laporan/refleksi harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa
yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan kematangan hujah.
6. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak
tugasan
F. Kriteria Pentaksiran

Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan

Disediakan oleh: Disemak oleh:

........................................... ........................................
(KAMARUDIN BIN DAUD) (NURPIRIAMALAR BT. RAMIAH)
Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME)
Jab Pend Jasmani dan kesihatan Jab Pend Jasmani dan kesihatan
IPG Kampus Pendidikan Islam IPG Kampus Pendidikan Islam

Disahkan oleh:

........................................
(AZIZAH BT. MD. AMIN)
Ketua Jabatan
Jab Pend Jasmani dan kesihatan
IPG Kampus Pendidikan Islam

Anda mungkin juga menyukai