Anda di halaman 1dari 134

PROSIDING

KOLOKIUM

1
© Hak Cipta Terpelihara
INSTITUT AMINUDDIN BAKI : PROSIDING KOLOKIUM
PEMIMPIN PERTENGAHAN KALI KE-2

Penaung: Datuk Dr. Amin bin Senin


Penasihat: Dato’ Sulaiman bin Wak
Pengerusi: Mistirine bt. Radin
Timbalan Pengerusi: Mazlan bin Samsuddin
Setiausaha: Abdul Mu’;ti bin Ahmad
Dr Abang Hut bin Abang Engkeh
Timbalan Setiausaha: Hamsiah bt. Mohd Dahalan
Penolong Setiausaha: Dr Redzuan bin Jantan
Dayang Rahanah bt. Awang Mashor
Noor Zamimi bt. Mohd Zahari
Bendahari: Zalina bt. Zainal
Urus Setia: Edmund Shah bin Tambi
Nor Amimah bt. Omar
KOLOKIUM PEMIMPIN PERTENGAHAN
AJK Pelaporan :
Ketua Editor: Dr Ahmad Rafaai bin Ayudin
Penyunting : Minhad bin Mohtah
Afidah bt. Ahmat Sahari
Ong Siu Gek
Dr Aswandi bin Laman

Segala isi kandungan prosiding ini meliputi seluruh aktiviti dan


pengisian slot sepanjang Kolokium Pemimpin
Pertengahan Kali Ke-2 pada 23hb Oktober hingga 25hb
Oktober di Institut Aminuddin Baki, Cawangan Sarawak

2
YBHG DATO’ SULAIMAN BIN WAK
TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA (TKPPM)
Menanda tangani Buku Pelawat
Untuk Majlis Perasmian Kolokium dan Tapak Pameran

3
TEKS BACAAN DOA
USTAZ DR. ASWANDI BIN LAMAN

ِ‫بِ ِس م هلال‬
ْ
‫اّلَ ْر‬
‫َح ِن ا ّلَ ِر ْح ِي م‬
‫ َوال َّصالَُة َوال َّسا ُلَ م َعَلى َر ُ ْس وِلَنا‬، ‫َحا ُت‬ ‫ْاـل َح ْم ُد ه ِل ال ِذ ْي ب ْنِ ع َمتِ ه َ ّتِ ُِم ال َّصاِلـ‬
‫َءأِله َوأ ْص َحابِ ه‬ ‫األِ ْم َي َو َ َعلى‬
Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja,
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah, mengingati dan
menyebut nama-Mu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-
Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada
perintah-Mu.

Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi,


kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami
berkampung selama 3 hari di Kolokium Pemimpin
Pertengahan Kali Ke-2. Kami juga bersyukur kerana Engkau
mengizinkan kami menghadirkan diri dan emosi, mudahan
dapat menyelesaikan kolokium ini dengan jayanya.

Ya Allah, Qaadhial Hajat,


Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini
untuk menimba ilmu bagi mengembangkan lagi potensi kami
sebagai hamba yang Engkau redhai. Berkatilah dan rahmatilah
kolokium ini.
Kurniakanlah kepada kami ilmu yang bermanfaat, sinarilah hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu.
Semoga dengannya kami mudah menerima ilmu dan mengamalkannya.

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat,


Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami, ibu bapa kami, keluarga dan
anak- anak kami, guru-guru kami, anak-anak didik kami di sekolah, sahabat-sahabat seperjuangan
dalam bidang pendidikan.

‫َ ِش قي‬
‫ًا َولَا‬ َ ‫َا ل‬
‫َ ََْجنعا َ ه‬
‫ َوَلا ْتَ َع ِل‬، ‫ َوتَـ ّفُرقـَنا ِم ْن بـَْ ع ِدهِ تـَ ّفُرقًا َم ْع ُ ْص ًوما‬، ‫ًْج عا َ ْمر ُ ْح ًوما‬ ‫َذا‬ ‫َُ ه َّم ا ْج َع ْل‬
‫ال‬
‫َُ ه َّم ْفِيـَنا َوَلا َم َعَنا َوَلا َم ْن يَْتـَبعـ َُنا‬
‫ َمُْطْر ًودا َولَا‬.
َْ
‫ُمْرًوما‬

ِ
ّ‫َربـ‬
4
‫َسَنًة َوِف األ ِ َخرةِ َح َسَنةً َوَقِنا َع َذا َب‬ ‫َنا َءاَتِنا ِف ال دُّ ْ نـَيا َح‬
‫الّن‬
‫َار‬
‫َو َ ّصَلى هل ُال َعَلى‬
‫َُ‬
‫َو َعَلى َءالِه َو َص ْحبِ ه َو‬ ‫َم َّم ٍد‬
‫َسّل‬
‫ََ م ‪َ ،‬وا‬
‫ْ‬
‫َْل م‬
‫ِ ُ َلدَِّ‬
‫لِ َر‬
‫ِّ‬
‫ِب ال َعا َِل ْم َي‬

‫‪5‬‬
SLOT
1
UC APAN ALU-ALUAN
PENGARAH, INSTITUT AMINUDDIN BAKI
PN. MISTIRINE RADIN
Timbalan Pengarah Khidmat Latihan
Menjalankan Tugas Pengarah IAB

5
5
YBhg. Dato Sulaiman bin Wak,
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

YBrs. En. Abdul Mu’ti bin Ahmad


Ketua Pusat,
Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan

YBrs. Ustaz Hossein bin Malik


Ketua Sektor Pendidikan Islam (SPI),
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Para pensyarah, Para pembentang dan


Sidang hadirin yang dihormati.

Pihak IAB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia (TKPPM), YBhg. Dato’ Sulaiman bin Wak kerana dapat hadir untuk merasmikan
Kolokium Pemimpin Pertengahan Kali Ke-2 sekaligus menyampaikan ucaptama kepada para peserta
kolokium. Kehadiran Dato’ Sulaiman memberi kami inspirasi dan semangat untuk meneruskan
sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara. Saya juga mengucapkan tahniah kepada semua ahli
jawatankuasa yang bersungguh-sungguh merealisasikan pengurusan kolokium ini.

Selaras dengan anjakan kelima dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), yang
berhasrat memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah maka timbul
pertanyaan: Siapakah pemimpin berprestasi tinggi ini?. IAB telah memberi definisi jelas tentang
pemimpin berprestasi tinggi ini, iaitu : Pemimpin berwawasan dan mampu membawa perubahan yang
berimpak tinggi ke arah kecemerlangan organisasi melalui keterampilan personal dan profesional.

Kursus Leadership Courses for Middle Leaders (LCML), digubal khusus bagi
membangunkan kompetensi Guru Kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang) dan Ketua Panitia, malahan
telah diperluaskan kepada Setiausaha Sekolah Rendah, Setiausaha Sekolah Menengah dan Ketua Unit
di Pejabat Pendidikan Daerah. Pemimpin pertengahan merupakan perantara dan penghubung di
antara pemimpin sekolah (Pengetua / Guru Besar) dengan guru-guru.

Terdapat dua faktor penting yang menjadi penyebab pemimpin pertengahan dapat menjadi
pemangkin terhadap budaya pembelajaran bermakna di sekolah kerana GKMP dan KP sangat rapat
dengan guru-guru dan mempunyai akses yang baik kepada pengurusan tertinggi sekolah
sehingga membolehkan pemimpin pertengahan memainkan peranan sebagai perantara dalam
pengoperasian sekolah.

Tema yang dipilih pada kali ini amat tepat kerana menerusi perkongsian amalan terbaik bagi setiap
sub tema yang telah ditetapkan dapat menyuburkan proses pembelajaran bermakna dan menjadi sesi
percambahan minda. Pengisian sepanjang tiga hari kolokium ini, akan melibatkan ucaptama 1 dan 2,
pembentangan kajian tentang keberkesanan kursus LCML 2017, pembentangan amalan terbaik oleh
12 orang pembentang yang telah dipilih, serta forum ilmiah yang mengupas tema kolokium ini.

Akhir kata, semoga kolokium ini menjadi platform terbaik pencerahan ilmu yang dapat diaplikasi
di sekolah nanti, bagi menambahbaik dan memperkenalkan pembaharuan di peringkat sekolah. Sekali
lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Dato Sulaiman bin Wak yang dapat hadir
merasmikan kolokium ini serta pihak urus setia yang bekerja keras menjayakan kolokium ini

SEKIAN, TERIMA KASIH.

6
SLOT
2
UCAPTAMA 1 &
MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KOLOKIUM PEMIMPIN PERTENGAHAN KALI KE-2
YBhg. DATO’ SULAIMAN BIN WAK
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia *TKPPM)
Sektor Pembangunan Profesional Keguruan.

YBrs. Pn Mistirine Radin,


Timbalan Pengarah Khidmat
Latihan Menjalankan tugas
Pengarah IAB.

YBrs. Ustaz Hossein bin Malik


Ketua Sektor Pendidikan Islam (SPI),
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

YBrs. En. Abdul Mu’ti bin Ahmad


Ketua Pusat,
Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan

YBrs. Dr. Abang Hut bin Abang Engkeh


Pengarah IAB Cawangan Sarawak

Para pensyarah, para pembentang dan sidang hadirin yang dihormati.

7
OBJEKTIF PERKONGSIAN

Objektif perkongsian pada hari ini ialah:

1. Mengemukakan agenda penting pendidikan negara ke arah menjadi negara maju pada tahun 2020
2. Mengemukakan keperluan perubahan di bilik darjah bagi memenuhi 6 aspirasi murid
3. Menerangkan inisiatif membangunkan Pendidikan berkualiti
4. Menyatakan perbandingan kualiti pendidikan dengan negara Singapura dan Finland
5. Mengemukakan langkah reformasi pendidikan di Malaysia

AGENDA PENTING
Peranan warga pendidik amat penting bagi memastikan kejayaan program transformasi pendidikan yang
berupaya menggerakkan anjakan paradigm seperti proses transformasi minda bagi membolehkan generasi baharu
mendapat manfaat, berdaya saing dan dapat berdikari dalam usaha membangunkan negara menuju negara maju
menjelang 2020.

PERUBAHAN DI BILIK DARJAH MELALUI PENERAPAN 6 ASPIRASI MURID

Kemahiran Memimpin
Kemahiran Dwibahasa

Kemahiran Etika dan


Berfikir Kerohanian

Identiti Nasional
Pengetahuan

ENAM ASPIRASI
MURID

Key factor success for our system ialah The Teachers. Outcomes sekolah diserlahkan melalui
pencapaian murid-murid. Hal ini demikian, kerana gurulah personel yang terdekat dengan murid-murid
manakala yang memimpin guru-guru ialah Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia. Justeru
ilmu yang diterima dalam kolokium ini, perlu dikongsikan agar dapat dimanfaatkan. Segala isu yang
diketengahkan, misalnya isu beg berat tidak boleh diselesaikan oleh menteri, sebaliknya pihak sekolah
sendirilah yang mempunyai kapasiti berdasarkan konteks yang dihadapi untuk menyelesaikannya.
Semuanya ini berpangkal kepada inisiatif guru-guru.

Langkah penurunan kuasa (empowerment) perlu dilaksanakan oleh pemimpin sekolah agar
semua guru merasa tanggungjawab bersama untuk mengatasi apa juga isu yang berlaku di

8
sekolah. Untuk

9
membolehkan anak murid survive maka generasi hari ini perlu dikembangkan dengan segala
kemahiran dan potensi mereka. Inilah cabaran kepada guru-guru.

Melalui 6 aspirasi ini semuanya tersurat dengan lengkap melibatkan domain kognitif, afektif dan
psikomotor. Kerajaan tidak mahu ada yang tidak mencapai tahap minimum. Kalau masih ada murid
yang tidak boleh membaca, maka itu ialah kesalahan kita. Sekolah Menengah jangan salahkan Sekolah
Rendah demikian sebaliknya sekolah rendah jangan meletaakkan tanggungjawab kepada sekolah
menengah. Setiap daripada kita mesti atasi isu ini.

Kenalpasti masalah dan selesaikan.


We don’t have a much time.

Apa langkah kita mewujudkan keseimbangan ilmu dan akhlak?

Kalau bercerita tentang bahasa, timbul pertanyaan adakah murid kita tidak menguasai Bahasa Inggeris?.
Sebenarnya ada beberapa aspek penting dalam bidang bahasa, iaitu tata bahasanya, pemahaman,
karangan dan komunikasi. Yang jarang diaplikasikan ialah communicate in English. Sebab itu jugalah,
Menteri mahu wujudkan Speaker Corner serta menggerakkan inisiatif membudayakan amalan
membaca..

Prestasi diukur melalui produk. Kalau murid mencapai keputusan cemerlang, itu menjadi
petanda kecemerlangan gurunya. Sekolah boleh merancang pelbagai aktiviti dengan matlamat
melahirkan Insan yang seimbang dan harmonis. Jika TOV murid-murid pada asalnya cemerllang tiba-
tiba menurun dan merosot., tentu sekali ada yang tak kena - something wrong. Produk sekolah
amat penting sebagai ukuran kejayaan.. Kita boleh mengelola dengan baik tetapi kita tidak
semestinya dapat produce hasil dengan baik. Kita boleh meniru Singapura yang telah membawa
perubahan besar dalam konteks Pendidikan mereka Persoalan-persoalan berikut perlu kita
tekankan:

1. Siapakah calon guru?


Mereka mestilah cemerlang akademik. Sebab itulah di Malaysia kita putuskan calon guru dalam
kalangan pelajar cemerlang 5-7A

2. Adakah kita ambil kira waktu untuk guru bergerak dari satu point ke satu point.
Ada guru yang terlajak mengajar hingga guru mata pelajaran berikutnya, terpaksa menunggu.. Hal
ini menyebabkan guru yang lambat itu terganggu.

3. Kita mahu guru boleh bergerak pantas. Physically Fit.


Sebab itu kita wujudkan Ujian Kecergasan Calon Guru di IPG.. Ketika saya menerajui SPP ada
calon guru yang datang temu duga melebihi berat badan. Guru sebegini tentulah tidak fit.

4. Apakah sasaran latihan guru?


Kita hendak memastikan guru yang dilatih adalah guru yang berprestasii cemerlang,

5. Apakah prospek untuk kerjaya guru?


Kita ada ramai guru yang tidak berpeluang naik pangkat, maka inisiatif diambil bagi laluan kenaikan
pangkat berasaskan time base dengan konsep 8 : 8 : 5 : 3. Selain daripada itu, akses Pendidikan
diperluaskan agar guru-guru dapat menyambung pelajaran ke peringkat tertiary education :
every teacher can learn

MEMPERKASA SEKOLAH KEBANGSAAN

Bangunkan kebitaraan namun jangan lupa aspek-aspek yang lain, kerana Pendidikan sifatnya
menyeluruh dan holistik. Inisiatif memperkasakan SK dengan menawarkan mata pelajaran Bahasa
1
Mandarin dan

1
Tamil adalah baik, namun apa yang yang berlaku? SJKC dan SJKT meningkatkan amalan terbaik
di sekolah-sekolah mereka. Hasrat SK untuk menarik lebih ramai ibu bapa Cina dan India menghantar
anak- anak mereka ke Sekolah Kebangsaan belum mencapai kejayaan.

Adalah lebih bagus jika kita tawarkan kedua-dua bahasa itu untuk anak-anak kita. China dan
India merupakan negara yang mempunyai ramai penduduk, maka jika mendapat pasaran di kedua-dua
negara tersebut tentulah dapat menjana keuntungan. Maka untuk tujuan tersebut, kita perlu
memastikan anak- anak kita menguasai bahasa asing. Kena terapkan every teacher could be a good
teacher dan every school become a good school. Kalau sekolah menghasilkan produk berkualiti, ramai
ibu bapa yang akan mendaftar anak-anak mereka tetapi jika tidak, tentu sekali ramai yang akan keluar
dan berpindah ke sekolah lain.

Banyak sekolah boleh dijadikan contoh kerana menarik ramai ibu bapa menghantar anak-anak
mereka kerana yakin dengan kualiti pendidikan yang diberikan seperti SMK Jalan Empat, SMK
Aminuddin Baki, SMK Sri Aman, Kolej Abdillah dan Kolej Tuanku Hj Bujang yang banyak
menghasilkan produk berkualiti. Keadaan yang serupa perlu dikembangkan kepada semua sekolah
untuk menjadi cemerllang dan menjadi tumpuan ibu bapa. Kita gerakkan headcount supaya setiap
guru dapat track pencapaian murid-muridnya. Tidak boleh banding dan beza-bezakan murid-murid.

PERHIMPUNAN PAGI SMK JALAN EMPAT, BANDAR BARU BANGI

RAKAN KONGSI SEKOLAH

Semua rakan kongsi sekolah perlu digembelingkan bagi memastikan sekolah mencapai kejayaan.
Inilah yang dilakukan di Finland. Penglibatan secara kolaboratif sebegini telah menjana banyak idea-
idea pembaharuan dan mengangkat martabat Pendidikan Finland hingga menjadi sistem pendidikan
terbaik dunia.

Untuk muncul menjadi sekolah yang berjaya, maka sekolah memerlukan partners. Siapakah rakan
kongsi sekolah?

1
Agensi Persekutuan
Ibu Bapa

Agensi Negeri Murid-murid

Kesatuan Guru Institusi Kajian

Rakan Sosial Pemegang Taruh

SENARIO PENDIDIKAN DI SINGAPURA

Bagaimana isu pendidikan diatasi di Singapura agar keseluruhan landskap berubah?

Perubahan dalam pendidikan keguruan

Program persediaan untuk melahirkan guru novis juga perlu berubah.

Guru mesti mengubah kepercayaan mereka iaitu “Every child can learn”.

KEMAJUAN PENDIDIKAN DI FINLAND


Key Factors Success School: Teachers

Every teacher “Good Teacher”


Every school “Good School”
Every parent “Good Contributor”
Every child “Getting holistic education given all the Opportunities”

Sejak 1990 Finland telah mencapai kecemerlangan Pendidikan namun apabila tinjauan dibuat terhadap
murid-murid, dapatan yang diperolehi ialah: “Murid memberi tahu jika diberi pilihan mereka tidak mahu
ke sekolah kerana tidak menyeronokkan”. Rentetan daripada dapatan ini, reformasi sistem Pendidikan
di Finland telah dilaksanakan dengan sasaran utama untuk mengaplikasi konsep Fun Learning and Fun
Schooling. Kerangka Sekolah Masa Depan di Finland mestilah :
1. Menggunakan aktiviti untuk menjadikan pembelajaran menyeronokkan
2. Pembelajaran digital menggunakan perkhidmatan cloud
3. Pelaksanaan menyeluruh konsep pembelajaran abad ke 21
4. Sekolah sebahagian daripada dunia digital maka perubahan perlu berlaku dalam kalangan guru
dan latihan keguruan untuk mengaplikasi aplikasi digital
5. Melibatkan penglibatan penuh komuniti dalam konteks pembelajaran

Dunia digital masa kini telah mengubah alam pendidikan dengan konsep amalan yang
berpaksikan teknologi dan komunikasi rentas sempadan menerusi aplikasi multi media dan
penerapan amalan
1
pedagogi yang menggalakkan pembelajaran aktif murid namun dalam masa yang sama dapat
meningkatkan minat dan keseronokan mereka ketika belajar.

REFORMASI PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sistem yang baik jika tidak dibuat environmental scanning maka tidak akan berjaya. Apakah yang kita
laksanakan sekarang betul? Apa yang kita laksanakan, hendaklah berlandaskan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Semak balik, ada atau tidak teks Falsafah Pendidikan Kebangsaan di sekolah?.
FPK sebenarnya bukan sekadar pernyataan tetapi cara kerja kita dan apa yang hendak dicapai. Kita
hendak lahirkan insan yang seimbang dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual
supaya insan itu pertama-tamanya berupaya membela nasib dirinya. Apabila nasib diri dapat dipelihara
maka nasib bangsa juga dapat dibela. Sehubungan dengan itu, nilai kemanusiaan (humanity) dan
kewarganegaraan (citizenship) adalah penting dalam kerangka pendidikan.

Pembudayaan
Berfikir dan Belajar Kompetensi,
Untuk Belajar

Menjaga kebajikan
diri dan orang lain,
menguruskan aktiviti
harian dan
mementingkan
Nilai keselamatan
Penglibatan,
Kemanusiaan &
Pengaruh dan
Kewarganegaraa
Pembinaan Masa
n
Depan Lestari

Literasi Pelbagai

Kompetensi Tentang
Bidang Kerjaya dan
Keusahawanan
Kompetensi TMK

Sustainable Development Goals (SDP) – Selaras dengan usaha negara untuk mencapai
Wawasan 2020 dan IR 4.0, Falsafah Pendidikan Negara akan menjadi rujukan utama. Kita mestilah yakin
agar tidak timbul masalah. Guru tidak boleh lagi kekal selesa tanpa membuat perubahan kerana zaman
bergerak pantas, guru berubah mengikut perubahan teknologi. Banyak perkara yang perlu diubah
mengikut perubahan yang berlaku. Belajar untuk belajar (Learning to learn). Kita melatih murid untuk
belajar dan mencari ilmu. Murid perlu dilatih dan dibimbing agar mereka tahu bagaimana meneroka
dan mencari maklumat.

Mengimbas kembali ketika zaman 1980-an (sebelum penggunaan computer), jika ada guru yang
mempunyai portable typewriter mereka adalah guru yang hebat. Itulah rakan karib guru untuk taip soalan
atas stensil dan jika ada sebarang pembetulan, pemadan stensil (warnanya pink) digunakan, kemudian
soalan akan dicetak dan di staple . Semuanya dibuat sendiri, namun tiada sebarang complaint.
Sebab

1
itulah guru sekarang amat bertuah dah jauh sekali bebannya. Justeru itu, saya tidak gemar dengan istilah
beban tugas guru.

JANGKAAN PERTUMBUHAN GURU

 Menguasai opsyen dan kaedah murid belajar


Guru mesti mempunyai multi skill bagi mengembangkan potensi murid.
 Peka dengan perbezaan setiap individu dengan repertoire pedagogi melangkaui sempadan
dengan mempelba-gaikan kaedah dan seni mengajar dan memberikan bimbiingan
 Penilaian berterusan sepanjang masa instruksional – Penilaian formatif
 Menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi setiap murid – Bagaimana membudayakannya?
Bagaimana murid menunjukkan keadaan dia berfikir? Apa yang murid buat ketika berfikir?
 Kembangkan nilai dan tindakan kolaboratif dalam kalangan murid
Kelemahan murid-murid kita ialah mereka takut untuk bertanya. Guru-guru mesti risau andainya murid-
murid kita tidak bertanya. Kiita mesti risau kerana mereka tidak berfikir. Kita mesti pastikan murid kita selalu
bertanya, bertanya dan bertanya. Guru-guru kena latih murid-murid dan raikan semua murid- murid agar
menunjukkan peningkatan.

KONSEP KESAKSAMAAN, KESAMARATAAN DAN KEADILAN

Kesaksamaan Kesamarataan Keadilan

Mana yang kurang kena dibantu.. Sekolah yang kurang upaya dipertingkatkan keupayaannya. Untuk
menjadikan adil dalam semua perkara maka selesaikan masalah yang menjadi barrier iaitu yang
menghalang kemajuan dan pertumbuhan kemenjadian murid-murid.
RUMUSAN

Perbandingan kemajuan Pendidikan di Singapura dan Finland memberi kita inspirasi dan pandu arah
bahawa alam pendidikan perlu diteroka dengan lebih luas. Masa instruksional di Finland sebenarnya
lebih pendek dari di Malaysia tetapi prosesnya efektif berbanding negara kita. Rumusannya ialah:

“Teachers do not necessarily mind teaching in schools with more demanding student
populations as long as the environment is conducive to learning, the school climate is
positive, and adequate resources are available”.

Wujudkan persekitaran yang kondusif untuk belajar. Ingat kata-kata Michael Fullan:
 “It’s always about doing; always about specific doing. Human capital is not the main driver,
social capital is”
 “All children can learn”
 “All teachers can learn”
 “Reduce bad variations through increased collaborative processes and shared visions”

1
Jangan hanya bercakap, akhirnya tidak berbuat apa-apa. Jadi, ambil tindakan. Semua kanak-kanak
boleh belajar. Berkongsi visi dan sama-sama difahami. Jadikan satu misi untuk bersama
menggembelingkan tenaga menjayakan sekolah. Apa-apa sahaja boleh digerakkan jika kita bergerak
bersama-sama. Ambillah semua yang dianggap baik dari negara luar untuk kebaikan pendidikan di
negara kita.

Dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, saya merasmikan pembukaan Kolokium Pemimpin
Pertengahan Kali Ke-2 pada tahun 2018.

MEMUKUL GONG SEBAGAI SIMBOLIK PERASMIAN PEMBUKAAN KOLOKIUM

1
SLOT
3
UCAPTAMA 2
YBhg. USTAZ HOSSEIN BIN MARIP
Ketua Sektor,
Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Terima kasih kepada moderator En Rusli bin Wahab

MODERATOR UCAPTAMA 2 : EN. RUSLI BIN WAHAB


1
YBhg. Dato’ Sulaiman bin Wak,
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan
YBrs Pn Mistirine Radin,
Timbalan Pengarah Khidmat Latihan, Menjalankan Tugas Pengarah IAB
YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad,
Ketua Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan
YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Sidang hadirin semuanya.

PENGENALAN

Sekolah adalah tempat membentuk karakter anak-anak kita. Apa yang ingin kita hasratkan ialah
kemenjadian murid yang berkualiti. Kepimpinan bertanggungjawab, organisasi yang kondusif, program
yang berfokus dan hal ehwal murid yang terpelihara.

PENGALAMAN LEPAS

Saya tidak mempunyai pengalaman pentadbiran ketika dilantik sebagai pengetua. Hal ini menjadi satu
cabaran. Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia banyak membantu,
merekalah yang menjadi tulang belakang dan mesti dipegang terlebih dahulu terutama sekali pemimpin
pertengahan yang sangat memberi impak kepada sekolah kerana mereka amat rapat dengan barisan
guru-guru yang melaksanakan kepimpinan instruksional di bilik darjah. Ketika saya memimpin SMKA
Pesantren misalnya, banyak cabaran yang perlu saya tempuhi untuk membangunkan sekolah namun
Berjaya digembelingkan menggunakan kekuatan dalaman yang ada hingga muncul sebagai sekolah
agama cemerlang.

KUPASAN TEMA KOLOKIUM

Tema yang dipilih pada kolokium kali ini, iaitu Pemimpin Pertengahan Pemangkin Budaya Pembela-
jaran Bermakna adalah amat tepat. Hal ini mengungkapkan perlu wujudnya kerjasama semua peringkat
dalam hiraki pendidikan bagi mencapai hasrat PPPM yang telah digariskan. Pemimpin sekolah
perlu berusaha untuk melahirkan sekolah berkualiti serta berupaya mengambil inisiatif berkesan
untuk melahirkan kualiti kemenjadian murid. Pemimpin sekolah dapat memainkan peranan secara
berkesan seandainya dibantu oleh pemimpin pertengahan dan guru-guru secara berterusan dan
konsisten.

Peranan pemimpin pertengahan adalah paling mencabar kerana mereka dituntut memimpin,
mengurus dan mengajar. Hal ini tentu sekali memerlukan kemahiran guru yang bersifat multitask dan
all rounders. Pemimpin pertengahan perlu terus konsisten dan komited dengan tugas-tugas
utama mereka kerana menjadi menjadi rujukan kepada semua ahli panitia. Pemimpin
pertengahan juga seharusnya menjadi pembimbing yang efektif kepada guru-guru novis. Selain itu,
mereka juga memikul tugas yang mencabar untuk membawa perubahan dan pembaharuan dalam
amalan pedagogi dan pengurusan kepanitiaan, agar segala program yang dirangka dan dirancang
benar-benar memberi impak kepada kecemerlangan pengurusan sekolah dan kemenjadian murid.
Pemimpin pertengahan juga perlu mengetahui punca kuasa sebagai guru kanan mata pelajaran dan ketua
panitia mata pelajaran. Pemimpin pertengahan yang baik, kurang bergantung kepada kuasa formal
tetapi lebih banyak dipengaruhi oleh kuasa non formal. Ketua Panitia yang berwibawa menunjukkan
kompetensi yang tinggi dalam mata pelajaran (competency of subject matter based).

FOKUS PEMBELAJARAN KOLOKIUM

Kolokium ini memberi peluang kepada pemimpin pertengahan membuat refleksi kendiri bagi melihat
semula amalan profesional dan melazimkan amalan double look learning bagi mewujudkan budaya
1
pembelajaran bermakna di sekolah dengan membandingkan situasi semasa dengan norma kerja yang

1
biasa serta sentiasa mencari justifikasi bagi memastikan tindakan dan amalan terbaik dilaksanakan.
Menilai kembali impak yang diperolehi daripada usaha yang dilaksanakan.

Kolokium ini bertujuan membentuk profil kepimpinan pemimpin bagi tujuan mengenal pasti
potensi pemimpin sekolah yang berfokus kepada kemahiran dan kapasiti memimpin yang menuntut
usaha profesional melibatkan refleksi individu sekaligus memberi impak kepada refleksi organisasi.
Kolokium ini adalah medan Leaders Development kepada semua individu peserta sebagai pelaburan
memperkembangkan modal peserta yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan. Hal ini penting bagi
memastikan sekolah mempunyai barisan pemimpin berkualiti, memperkembangkan jalinan inter
personal dan perancangan penggantian kepimpinan sebagai proses melahirkan sekolah berkualiti. Hal
ini menjadi satu titik permulaan untuk mengaplikasikan ilmu dan kemahiran di sekolah masing-masing.

Pelan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi yang berkesan menjadi titik tolak penting
kepada kecemerlangan proses implementasi yang hendak diterapkan. Justeru itu, perkongsian amalan
terbaik yang diketengahkan menerusi kolokium ini boleh mencetuskan banyak idea-idea dan
pencerahan baharu dalam kalangan peserta bagi memikirkan kecemerlangan sekolah. Pemimpin
pertengahan perlu mewujudkan program yang berterusan dengan memanfaatkan konsep jalinan dan
jaringan. Melalui PLC, perkembangan ilmu dapat diterjemahkan dalam bentuk yang lebih praktis.
Khusus untuk memperkembangkan kapasiti organisasi secara kolektif agar memberi impak kepada
kemenjadian murid. PP menjadi pemangkin budaya pembelajaran bermakna melalui pelbagai usaha
dan kegiatan yang melibatkan kegiatan menyebarluaskan ilmu dan menjadikan sekolah Learning
Center Leadership. Penilaian di bilik darjah dan pemantauan berterusan perlu berfokus kepada
perkembangan yang berlaku di bilik darjah. Perlu dilaksanakan pengesanan pembelajaran iaitu
assessment for learning dan assessment as learning. Diagnostik pembangunan kapasiti guru perlu
dilakukan untuk memantapkan keberkesanannya.
RUMUSAN
Sekolah hendaklah mempunyai ciri-ciri kepercayaan, dialog prestasi, komunikasi dan perbincangan
yang berterusan . Semua peserta mesti menggunakan perkongsian yang diperolehi bagi merangka
tindakan kecemerlangan sekolah masing-masing. Semoga kehadiran tuan-tuan memberi impak
kepada kecemerlangan sekolah.

SLOT
4
PEMBENTANGAN KAJIAN
YBrs. DR ZOOLAIHA BT. ABDUL RAHMAN
Tejuk Kajian : Keberkesanan dan Impak Kursus LCML 2017,

YBrs Pn Mistirine Radin, Timbalan Pengarah Khidmat Latihan Menjalankan Tugas Pengarah IAB
YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, Ketua Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan
YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Sidang hadirin semuanya.

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti tahap pengetahuan dari dimensi penilaian pembelajaran
2. Mengenalpasti tahap kemahiran kepimpinan ketika menjalankan inovasi di sekolah
3. Mengukur tahap efikasi kendiri dalam kalangan peserta LCML selepas FuFT
4. Menyatakan bentuk pemantauan yang dilaksanakan
5. Mengenalpasti tahap efikasi kendiri dalam menjalankan tugas

2
6. Mengenalpasti impak pelaksanaan tugasan LCML terhadap Pembangunan Kendiri peserta
kursus

PEMBENTANGAN KAJIAN OLEH DR ZOOLAIHA BT. ABDUL RAHMAN

KERANGKA KAJIAN

Model Input – Proses – Output (IPO) berdasarkan model Kickpatrick. Input merujuk kepada
kandungan kursus LCML, manakala proses ialah Ujian Pra, Pasca dan FUFT manakala output
(outcomes) merujuk kepada perubahan tingkahlaku selepas mengikuti kursus. Kerangka kajian juga
merujuk kepada Model Pengurusan dan Kepimpinan Pemimpin Pertengahan IAB

METODOLOGI

Metodologi kajian ini berbentuk kuantitatif melalui pengumpulan data Ujian Pra dan Ujian Pasca dan
turut disokong oleh data-data kualitatif.

PERSAMPELAN

Sampel kajian dipilih secara rawak berstrata (Stratified Random Sampling) yang melibatkan 100 orang
Guru Penolong Kanan (LCML1), 103 Peserta LCML (LCML2) dan 500 orang Ketua Panitia (LCML3)

INTRUMEN KAJIAN

Intrumen soal selidik yang digunakan dalam kajian ini merangkumi tiga instrument iaitu LCML1, LCML2
dan LCML3.

SENARIO KAJIAN

Kajian ini merupakan siri kedua. Kajian pertama telah dilaksanakan pada tahun 2016 dan telah
dibentangkan manakala kajian yang dibentangkan pada hari ini ialah kajian kedua yang menilai
keberkesanan kursus LCML 2017.

DAPATAN KAJIAN

1. Majoriti peserta menunjukkan peningkatan apabila merujuk perbandingan markah Ujian Pra dan
Ujian Pasca iaitu:
i. Peserta Sekolah Rendah : 90%
ii. Peserta Sekolah Menengah : 88%

2
2. Penurunan markah setelah Ujian Pasca berbanding Ujian Pra perlu dilaksanakan
penambahbaikan terhadap item ujian

3. Terdapat tiga dimensi yang diukur dalam kajian ini iaitu : Pengetahuan, Kemahiran & Efikasi Kendiri

4. Dapatan kajian rintis dengan kajian sebenar menunjukkan pengetahuan peserta dalam
melaksanakan langkah-langkah menggunakan Kanvas Strategi Analisis Data didapati meningkat.

5. Guru Penolong Kanan memberikan nilai yang tinggi terhadap peserta sepanjang membuat
penilaian dan pemantauan.

6. Berdasarkan penilaian terhadap hasil kerja peserta, pelaksanaan pengumpulan data, analisis
data dan pelaksanaan tugasan menggunakan Kanvas Strategi Analisis Data, Model ARRAS &
Model DEFFRAAC

7. Peserta perlu dibimbing secara berterusan untuk memantapkan lagi penyediaan Pelan
Pembangunan Kendiri agar perubahan yang hendak digerakkan menjadi lebih jelas. Semasa
penyeliaan FuFT, penekanan terhadap Pelan Pembangunan Kendiri menggunakan BMY perlu
ditekankan

8. Peserta juga didapati semakin mahir dalam mengumpul data dan mendapatkan maklumat dan
mempunyai pengetahuan bagaimana mencari maklumat.

9. Dalam lapan langkah Kanvas Strategi Analisis Data, peserta bersikap selektif mengikut pilihan
mereka. Dalam erti kata lain, tidak semua langkah yang dikemukakan dalam kanvas tersebut
diaplikasikan. Alasannya ialah:
i. Penggunaan langkah-langkah yang tidak dipilih itu dianggap kurang penting
ii. Peserta mempunyai strategi sendiri yang telah mereka laksanakan
iii. Peserta kurang faham cara melaksanakannya
iv. Menganggap semua langkah yang dipaparkan dalam kanvas hanya untuk kegunaan sendiri
dan bukan untuk dikongsi
v. Mempunyai dan memiliki efikasi kendiri yang tinggi
vi. Peserta menunjukkan kesediaan untuk memperbaiki amalan dan meningkatkan
pengetahuan mereka dalam menggunakan langkah-langkah dalam kanvas
vii. Peserta menganggap mereka tidak mempunyai bakat dalam memimpin
viii. Peserta tidak berminat dalam bidang pengurusan dan kepimpinan
ix. Peluang seharusnya diberikan kepada guru-guru yang lebih muda
x. Tugas yang diberikan hendaklah sesuai dengan kepakaran
xi. Pemimpin sekolah telah memberikan respon yang positif terhadap peserta LCML ketika
menjalankan aktiviti dan menjayakan langkah intervensi
xii. Taklimat dan sesi perkongsian telah dijayakan oleh peserta menerusi pelbagai aktiviti.
xiii. Peserta dapat mengaplikasi kursus LCML yang telah diikuti mengikut tugasan berdasarkan
kanvas dan menjadi role model sebagai pemimpin pertengahan.
xiv. Peserta juga telah mendapat pendedahan membentangkan kertas kerja dalam pelbagai
seminar dan bengkel
xv. Membudayakan penggunaan Bussiness Model You dan Kanvas Strategi Analisis Data.

2
SLOT
5
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 1
Cikgu Norliah binti Gapar, SK Rancha Rancha, Wilayah Persekutuan Labuan
Tajuk : Pemimpin Pertengahan Penggerak Ke Arah Kualiti PdPC

MODERATOR PEMBENTANGAN 1-3 : EN HAIROLHAMZI BAHRODDIN BERSAMA PEMBENTANG

BIODATA
Berpengalaman mengajar selama 23 tahun dan memiliki opsyen Bahasa
Melayu dan aktif dengan guru-guru Bahasa Melayu peringkat daerah dan
negeri sehingga memberi kelebihan kepada beliau apabila dilantik menjadi
Jurulatih Utama Negeri Sabah. Beliau juga terkenal sebagai penceramah bagi
bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu Pemahaman peringkat
negeri Sabah. Berasaskan kepakaran yang ada, Cikgu Norliah juga telah
diamanahkan menjadi Pengerusi Teknik Pertandingan Bercerita peringkat
negeri Sabah. Atas segala sumbangan dan jasa bakti yang diberikan, pada
tahun 2018 Cikgu Norliah dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Inspirasiku
peringkat negeri Sabah.

YBrs Pn Mistirine Radin, Timbalan Pengarah Khidmat Latihan Menjalankan Tugas Pengarah IAB
YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, Ketua Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan
YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan
Sarawak Sidang hadirin semuanya.

LATAR BELAKANG SEKOLAH


Sekolah ini merupakan sekolah gred B yang hanya mempunyai seramai 36 orang. Rata-rata guru
di sekolah ini memiliki ijazah, mempunyai pengalaman mengajar 10 hingga 31 tahun serta terdapat
juga guru yang merupakan pemeriksa kertas. Hal ini tentunya memberi kelebihan kepada SK Rancha-
Rancha dan menjadi elemen kekuatan dalaman yang dapat dimanfaatkan. Enrolment murid di sekolah
ini ialah

2
396 orang manakala guru-guru seramai 37 orang. Guru Bahasa Melayu pula seramai 8 orang.
Kebitaraan SK Rancha Rancha ialah Bahasa Melayu dan Tarian.

LATAR BELAKANG PANITIA

Panitia Bahasa Melayu, Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha, mempunyai 7 orang guru yang sangat
komited, pro aktif dan berfikiran terbuka dalam usaha meningkatkan kecemerlangan mata pelajaran
Bahasa Melayu yang mencatatkan keputusan 100& bagi aspek pemahaman dan penulisan ketika
keputusan UPSR 2017 diumumkan. Kejayaan ini, tidak lain dan tidak bukan kerana sumbangan padu
tanpa jemu oleh adiwira Panitia Bahasa Melayu iaitu:

Pn. Fauziah En. Nurul Amin Pn Norfadzilawaty

Pn. Sarimah Pn. Midah Pn. Rositah Pn.Setia

MENGENAL PASTI ISU


Merujuk kepada persoalan dalam Kanvas Strategi : Mengapa?, maka keputusan UPSR 2016 yang
dikeluarkan telah menimbulkan persoalan iaitu mengapa tidak mencapai 100% iaitu hanya 93.4%.
Saya dan ahli-ahli panitia membuat perbincangan untuk memikirkan apakah langkah yang boleh
diambil agar perkara tersebut tidak lagi berulang kepada calon-calon UPSR 2017. Berdasarkan
kekuatan Panitia Bahasa Melayu yang mempunyai barisan guru-guru hebat, tentu sekali hasrat untuk
mencapai 100% dapat dicapai dan bukan sesuatu yang mustahil.

KANVAS STRATEGI ANALISIS DATA


Langkah pertama yang diambil ialah membuat perkongsian dengan Guru Besar tentang perancangan
yang dibuat untuk mengatasi isu terlibat disamping menerangkan tentang struktur kursus LCML.
Perkongsian juga turut dilaksanakan dengan Guru Penolong Kanan Akademik bagi menerangkan
program-program yang telah dirancang.

PERKONGSIAN KANVAS STRATEGI DI SK RANCHA-RANCHA

2
OBJEKTIF
1. Memastikan PdPC berkualiti menerusi amalan pedagogi guru yang menarik
2. Mewujudkan iklim pembelajaran yang menyeronokkan
3. Murid-murid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran

HASIL ANALISIS DATA

Nama Guru 4.1.1 4.2.1 4.2.2 4.3.1 4.4.1 4.4.2 4.5.1 4.6.1
A 3 3 3 3 3 4 3 3
B 4 4 3 3 4 4 4 4
C 3 3 3 3 4 4 4 3
D 3 3 3 2 3 4 4 3
E 4 3 4 3 4 4 3 4
F 4 4 3 4 3 4 3 4
G 3 3 3 3 4 4 4 3
H 4 4 4 3 4 4 4 3
MIN 3.5 3.75 3.25 3.0 3.7 4.0 3.6 3.75

Berdasarkan hasil analisis data di atas, elemen 4.3.1 berada pada tahap yang paling rendah dan
mewujudkan jurang yang lebar. Lihat rajah berikut.

GRAF ANALISIS JURANG

4.3.1 Guru membimbing murid secara professional dan terancang.


4.2.2 Guru mengawal suasana pembelajaran secara professional dan terancang
4.2.1 Guru mengawal proses pembelajaran
4.4.1 Guru merancang pelaksanaan PdPC
4.4.2 Guru mendorong minda murid

Berdasarkan kelima-lima elemen di atas, saya telah berbincang dengan anggota Panitia ketika
menyemak semula program dalam borang SpeCT dengan mewujudkan program yang dinamakan Boleh
Ba Kalau Biskita serta mengekalkan program lain yang telah dirancang iaitu bengkel teknik
menjawab soalan, bengkel pembinaan jadual spesifikasi item (JSI), sifar LINUS dan Minggu Bahasa.
Boleh ba kalua biskita membawa maksud Boleh! Kalau kita mahu.

Borang One Page Project Manager (OPPM) telah digunakan untuk memantau pelaksanaan
program guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan. Apakah tujuan program dilaksanakan? Tujuannya
ialah melonjakkan kemahuan murid untuk Berjaya (seandainya mereka ada kemahuan). Persoalannya

2
bagaimana?. Jawapannya ialah dengan cara mengubah cara belajar murid ketika PdPC iaitu
proses instruksional berlangsung. Sepanjang langkah intervensi ini dijalankan, segala kekuatan dan
kelemahan dinilai dan dibuat penambahbaikan. Kaedah yang digunakan ialah pencerapan, pemerhatian
dan latihan.

Langkah intervensi yang digunakan dalam program Boleh Bah Kalau Biskita untuk murid-murid
Tahun 6 ialah Kunci dan Penbaris Ajaib. Berikut ialah keterangan ringkas intervensi tersebut yang
bertujuan memandu arah murid-murid mencari jawapan berdasarkan soalan yang diberikan guru.
 Apa? Mendapatkan kata kunci (keywords) jawapan
 Mengapa? Menemukan jawapan yang tepat dan betul
 Siapa? Guru akan memberikan tunjuk ajar dan bimbingan
 Bila? Dilaksanakan ketika proses instruksional dalam bilik darjah

Borang impak program ke atas murid-murid disediakan disamping sistem ganjaran turut
diperkenalkan bagi memotivasi murid-murid dan memberi penghargaan kepada mereka. Impak utama
program ini telah meningkatnya kualiti PdPC guru dan menjelmakan kejayaan UPSR 100 %. Semasa semester
1, 5 orang murid tidak menguasai kemahiran penulisan, namun pada semester 2 semuanya sudah menguasai
Bahasa Melayu. Demikian juga elemen pemahaman dalam kalangan murid-murid. Kemenjadian murid juga
berlaku dalam beberapa aspek iaitu:
1. Kehadiran murid meningkat mendadak kerana minat mereka dengan aktiviti Bahasa Melayu
2. 90% murid-murid menyertai aktiviti Ko-Akademik
3. Murid-murid berani dan yakin memberikan pendapat serta membantu rakan-rakan
4. Meningkatkan motivasi guru-guru
5. Mendapat anugerah Panitia terbaik 2017
6. Mendapat jemputan sebagai penceramah
7. Anugerah Tokoh Guru Inspirasiku 2018
8. Mencapai objektif PdPC Berkualiti
9. Menangani isu yang telah dikenalpasti

RUMUSAN

Jika mahu mencapai sasaran, kita mesti membimbing ahli-ahli panitia dalam menterjemahkan idea kepada
peringkat implementasi, menjadi penggerak kepada ahli-ahli Panitia. Harus pandai mengurus kerja berpasukan
dengan mengaplikasi 14 kompetensi Pemimpin Pertengahan. Setiap ahli Panitia perlu dihargai. Mesti pandai
tunjuk cara kepada ahli-ahli Panitia.

Sebagai Ketua biar bijak


berbicara, Persis seorang wira,
Pandai tunjuk cara,
Agar gagah bak
perwira, Maka lahirlah
adiwira.

2
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 2
Cikgu Sia Chai Ting @ Nursiah, SJKC Pei Yin, Membakut, Sabah
Tajuk : Pemimpin Pertengahan Pemangkin PdPC Bahasa Inggeris Berkualiti

BIODATA
Cikgu Sia Chai Ting @ Nursiah merupakan Ketua Panitia Bahasa Inggeris
di SJKC Pei Yin, Membakut, Sabah (Gred DG42). Sepanjang
perkhidmatan sebagai guru, telah berkhidmat di empat buah sekolah
iaitu Sekolah Kebangsaan Golong (2006-2007), Sekolah Kebangsaan
Pekan Beluran (2008-2010), Sekolah Kebangsaan Batandok, Beaufort
(2011 – Julai 2013) dan kini di SJKC Pei Yin (bermula Julai 2013).
Merupakan pemegang Diploma Perguruan Malaysia (2005) dan Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Dengan Kepujian dalam bidang TESL.
Pernah menerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2005 dan menjadi pembentang dalam Mini Simposium :
Perkongsian Amalan Terbaik pada tahun 2015. Turut terlibat sebagai panel penggubal Modul Penulisan
Bahasa Inggeris SJKC peringkat daerah Beaufort, Panel penggubal soalan berpusat Bahasa Inggeris
UPSR (SK & SJKC) peringkat daerah Beaufort (2016 – 2017). Turut berperanan sebagai Jurulatih
Utama (JU) KSSR Bahasa Inggeris (Tahun 4 dan 5), Jurulatih Utama Kebangsaan KSSR Bahasa
Inggeris Tahun 6, Setiausaha Pasukan Gerak Saga Bahasa Inggeris Zon Membakut dan penceramah
teknik menjawab Bahasa Inggeris UPSR bagi daerah Beaufort dan di Kawasan sekitar. Boleh
dihubungi melalui no tel: 016-810 9679, e-mel: siachaiting@gmail.com.

CIKGU SIA CHAI TING @ NURSIAH

YBrs Pn Mistirine Radin, Timbalan Pengarah Khidmat Latihan, Menjalankan Tugas Pengarah IAB
YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, Ketua Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan
YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Sidang hadirin semuanya.

2
LATAR BELAKANG SEKOLAH

SJKC Pei Yin hanyalah sebuah sekolah yang kecil, terletak di Pekan Membakut, Sabah. Sekolah ini mempunyai 20
orang guru manakala jumlah enrolment murid ialah seramai 185 orang sahaja. Bahasa Inggeris boleh dikatakan
bahasa yang ketiga selepas bahasa kebangsaan dan bahasa ibunda. Masa yang diperuntukkan untuk mata pelajaran
Bahasa Inggeris mengikut ketetapan yang telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, namun tidak
memadai sedangkan jangkaan yang diberikan tinggi. Bahasa Inggeris boleh dikatakan mata pelajaran yang
bermasalah di sekolah ini. Ahli Panitia Bahasa Inggeris hanya 2 orang iaitu Cikgu Yong Ti Tian (Bukan opsyen / 4
tahun pengalaman) dan Cikgu Bernard Lee ( Opsyen / 1 tahun pengalaman). Kedua-duanya merupakan guru novis
dan mempunyai pengalaman mengajar belum mencecah 5 tahun. Ada ketikanya masih gugup ketika berhadapan
dengan murid-murid. Selaku Ketua Panitia Bahasa Inggeris, saya amat bertuah mendapat pendedahan Kanvas
Strategi Analisis Data di Institut Aminuddin Baki Sabah melalui kursus LCML. Ketika kursus, data analisis panitia
telah dibawa bersama. Apabila dibuat analisis, 16 % orang murid tidak menguasai bahagian pemahaman manakala
38 % tidak menguasai penulisan.

TINJAUAN DATA AWAL

Berdasarkan keputusan ujian Bahasa Inggeris pada bulan Mei, dapatan yang diperolehi ialah seperti berikut:

I. Pemahaman Bahasa Inggeris

100
80
60
40
20
0

1 Z1 X2 Z3 Z3 X4 Z4 X5 Z6 Z6 X

% LULUS
Peratus Kelulusan : 22.7%

II Penulisan Bahasa Inggeris

100

80

60

40

20

0
1 Z1 X2 Z3 Z3 X4 Z4 X5 Z6 Z6 X

% LULUS Peratus Kelulusan : 32.97%

FOKUS IMPLEMENTASI

Tujuan:
Menangani isu pencapaian murid-murid Tahun 6 dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

2
Objektif:
Meningkatkan kompetensi guru Bahasa Inggeris dalam aspek pedagogi abad ke 21 dan aplikasi TMK
(ICT) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC).

ANALISIS JURANG – MENGENALPASTI ISU

GB GURU

4 4 4 4 4 4 4 4 4

3 3 3

2 2 2 2 2

0
4.1.14.2.14.2.24.3.14.4.14.4.24.5.14.6.1

Berdasarkan analisis jurang di atas, terdapat empat (4) elemen yang menunjukkan jurang paling besar
iaitu
1. 4.2.1: Guru mengawal proses pembelajaran secara profesional dan terancang
2. 4.2.2: Guru mengawal suasana pembelajaran secara profesional dan terancang
3. 4.4.1: Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran secara
profesional dan terancang

MERANCANG PROGRAM – MENGGUNAKAN BORANG SPeCT

Menggunakan borang SPeCT, saya bersama rakan-rakan guru dalam Panitia mengenalpasti dan
menilai kembali program-program yang telah dirancang sama ada dihapuskan, ditambah, dikurangkan
atau diwujudkan. Berdasarkan perbincangan yang dibuat, ada satu program yang telah dihapuskan
iaitu lesson demonstration, tiada program yang ditambah dari segi kualiti atau kuantiti, ada satu
program yang dikurangkan dari segi bilangan pelaksanaan iaitu bengkel pembinaan item soalan, Jadual
Spesifikasi Ujian dan Teknik Pemarkahan manakala empat program dikekalkan iaitu Kursus Dalaman
Bersiri (ICT in Class), Pencerapan SKPMg2.0, English Week dan Kelas Tambahan Murid Tahap 2.

Dua program diwujudkan sebagai intervensi yang akan dilaksanakan bagi mengatasi isu
daripada analisis jurang yang telah dibuat. Dua program yang diwujudkan itu ialah:
1. Peer Learning Coaching On The Go & Instructional Rounds (IR)
2. Bengkel Pembelajaran Abad Ke-21 kepada guru-guru

PLC biasanya dilakukan secara formal dan berbincang di tempat yang khusus namun hal ini
banyak membataskan Ketua Panitia untuk mendapatkan maklumat secara jujur daripada guru-guru.
Melalui On The Go, perbincangan di buat secara santai dan tidak formal di mana juga berlakunya
pertemuan antara guru-guru panitia dengan saya. Perbincangan seperti ini lebih santai dan dapat
mencungkil banyak perkara sekaligus merapatkan lagi hubungan dengan guru-guru. Untuk program
1,2,3 dan dua program yang dikemukakan, boring pemantauan OPPM telah digunakan sebagai
progress tracking dan memantau status pelaksanaan program berdasarkan tempoh masa yang telah
ditetapkan

2
Program Kecemerlangan
Isu / Cabaran Dalam Alat Semakan Program Sekolah
Sekolah Yang Dilaksanakan
Penambahbaikan Sekolah
Eliminate Raise (Berdasarkan Standard
(Susun Ikut Jurang Terbesar)
(Hapuskan) (Tambah) yang dikenal pasti)

Kursus Dalaman Bersiri


Guru mengawal 5 1
(ICT Iin Class)
proses pembelajaran
4.2.1
secara profesional
Reduce Create
dan terancang 2 Pencerapan SKPMg2
(Kurangkan) (Wujudkan)
PLC On The Go
Guru mengawal & Instructional 3 English Week
suasana Round (IR)
6
4.2.2 pembelajaran secara Bengkel
(1 kali shj)
profesional dan Pembelajaran Kelas Tambahan Murid
4
terancang Abad Ke-21 Tahap 2
(Guru-guru)

Guru mendorong Sustain (Kekalkan) 5 Lesson Demonstration


minda murid dalam
melaksanakan aktiviti Bengkel pembinaan
4.4.1 Item soalan, JSU dan
pembelajaran secara
profesional dan 1, 2 , 3 , 6 pemarkahan.
terancang 4 (Guru BI Daerah
Beaufort)

BORANG SPeCT

PLC ON THE GO

Guru-guru ahli panitia sukar ditanya tentang masalah di dalam kelas. Mereka jarang hendak berkongsi
masalah yang dihadapi ketika mengawal situasi pembelajaran murid kerana akan mendedahkan
kelemahan mereka. Sesi PLC ialah sesi perkongsian masalah. PLC tidak formal yang berlangsung
secara On The Go tidak mempunyai tempat spesifik, dapat berlangsung anywhere dan anytime
(waktu dan tempat yang tidak spesifik). Perbincangan dibuat secara ringkas (5 hingga 15 minit).
Perbincangan boleh berlaku ketika berjalan di koridor, makan minum di kantin dan berada di bilik
guru. Ketika berjalan perbualan boleh berlaku tentang sesuatu yang memberi impak dan manfaat.
Catatan ringkas dibuat malahan dengan input daripada perbincangan ini, boleh memberi idea kepada
guru untuk mengambil tindakan segera apabila mengawal proses instruksional.

Saya bertemu dengan Cikgu Bernard dan mencadangkan kepada beliau bagaimana kawalan
kelas dapat dilaksanakan. Saya minta dia tulis kaedah kawalan yang dilaksanakan dalam ruangan
refleksi. Apabila guru-guru melihat perbincangan santai yang dibuat menunjukkan perubahan kepada
kawalan kelas guru-guru Bahasa Inggeris, maka PLC On The Go ini juga telah berjangkit kepada
Panitia lain. Guru-guru makin menerima pembudayaan amalan perkongsian secara PLC On The Go ini.
PLC secara tidak langsung berkembang di sekolah ini. Kebaikannya, perbincangan seperti ini dapat
meredakan tekanan guru novis namun penyelesaian masalah menjadi lebih pantas. Guru boleh
menerapkan terus kaedah yang diusulkan dan dibincangkan. Tiada stress dan tiada tekanan. Selain
ruangan refleksi dalam RPH, catatan juga boleh dibuat menggunakan Borang PMD ketika Instruksional
Rounds dilakukan.

3
PLC ON THE GO

PASCA PELAKSANAAN PLC ON THE GO

Pelaksanaan PLC On The Go telah berjaya dilaksanakan dan memberi impak kepada peningkatan motivasi
kendiri guru malahan pihak PPD juga menunjukkan kepercayaan yang lebih tinggi serta menaikkan
reputasi sekolah dan guru-guru SJKC Pei Yin. Guru-guru Bahasa Inggeris juga kian terampil dan
memiliki keyakinan yang tinggi. Menerusi perbincangan yang dilaksanakan juga, kompetensi guru-guru
makin meningkat terutama dalam kawalan kelas. Hubungan antara Ketua Panitia dengan guru-guru
Bahasa Inggeris juga menjadi semakin baik.

IMPAK KEPADA MURID

Pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid juga kian meningkat dalam aspek pemahaman dan
penulisan. Kemahiran penulisan menjadi lebih ketara kerana perubahan cara guru mengajar malahan
murid-murid di ajar belajar cara belajar (Learn how to learn). Murid-murid juga terlibat aktif
dalam kegiatan Ko Akademik. Ini membuktikan jika murid diberi kepercayaan, mereka pasti akan
berjaya. Dalam melaksanakan peranan saya sebagai pemimpin pertengahan, kata-kata Tom Peters
jadi pegangan, iaitu: Leaders don’t create followers, they create more leaders.

3
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 3
Cikgu Jackson Lodius, SK Tanjung Labian, Lahad Datu, Sabah.
Tajuk Kajian : Pemimpin Pertengahan Membudayakan Kemenjadian Murid

BIODATA
Cikgu Javkson Lodius telah berkhidmat selama 15 tahun di Sekolah
Kebangsaan Tanjung Labian, Lahad Datu Sabah. Merupakan pemegang
Diploma Perguruan Malaysia dan berkelulusan Sarjana Muda Pendidikan
Sekolah Rendah Dengan Kepujian dalam Bahasa Inggeris serta memiliki
Sarjana Pendidikan bagi Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL).
Sepanjang perkhidmatan sebagai guru, telah menetrima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang (2008), Anugerah Khas Wira Pendidikan (2013),
Anugerah Khas PPD (2013) dan Anugerah Khas PPD (2018). Selain daripada
itu, turut menyumbang pemikiran dalam pembinaan instrument Bahasa
Inggeris untuk daerah Lahad Datu dan membina modul pembelajaran Bahasa Inggeris bersama guru-
guru cemerlang di daerah Lahad Datu.

LATAR BELAKANG SEKOLAH

SK Tanjung Labian yang terletak di Pekan Lahad Datu, Sabah biarpun berada dalam Zon Panas di
bawah kawalan ESSCOM, namun keadaan keselamatan di Kawasan sekitar sekolah terjamin.
Sekolah ini mempunyai 239 orang murid dan 116 orang Sekolah ini merupakan sekolah Gred A
Pedalaman dan mempunyai fb iaitu fb SekolahKebangsaanTanjungLabian.

Panitia Bahasa Inggeris SK Tanjung Labian, Lahad Datu hanya dianggotai oleh 3 orang sahaja iaitu
Cikgu Jackson Lodius selaku Ketua Panitia yang telah berkhidmat selama 15 tahun dan guru
opsyen serta dua orang ahli Panitia iaitu Cikgu Nurbayah Dullah, guru opsyen (19 tahun pengalaman)
serta Cikgu Mohd Farhanezam bin Nerjoh juga guru opsyen namun baharu 1 tahun pengalaman (guru
novis). Sesuai dengan motto sekolah iaitu Ketekunan Punca Kejayaan, maka falsafah yang sama turut
diterapkan dalam etos kerja Panitia Bahasa Inggeris.

PROGRAM INTELLIGENT LINUS BAHASA INGGERIS (i-LBI)

Dengan merujuk lapan langkah Kanvas Strategi Analisis Data (KSAD), isu kritikal telah dikenalpasti
menerusi rujukan sumber dan analisis jurang berdasarkan borang Standard 4, SKPMg2.0. Isu kritikal
yang dikenal pasti ialah meningkatkan dan memantapkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran guru
dalam meningkatkan pencapaian LINUS Bahasa Inggeris (LBI) bagi mencapai 4 objektif, iaitu:
1. Meningkatkan kemahiran & penggunaan ICT guru dalam PdPc guru LBI
2. Meningkatkan kreativiti & inovasi guru PdPc LBI
3. Meningkatkan motivasi guru LBI
4. Meningkatkan tahap kompetensi guru dalam PdPc LBI

ANALISIS JURANG SKPMg2.0

4.6.1 4.4.1 4.2.2


Penglibatan Diri Murid Murid Mendorong Minda Murid Kawalan Suasana
Dalam PdPC o Peluang mendapatkan Pembelajaran
o Pembelajaran Kolaboratif kemahiran memimpin o Mengawal komunikasi murid-
o Kaitkan isi pelajaran o Menggalakkan kegiatan murid
dengan kehidupan penyoalan o Mengawal tingkahlaku murid-
o Membuat keputusan o Menyuburkan soalan-soalan murid
atau menyelesaikan berbentuk kreatif & kritis
masalah

3
ANALISIS JURANG

Langkah penting yang hendak digarap ialah bagaimana melibatkan murid-murid secara aktif dalam kegiatan
pembelajaran dan bagaimana mendorong minda murid-murid menerusi kegiatan penyoalan yang menggunakan
elemen kreatif dan kritis.

ANALISIS DATA SARINGAN 1 – LINUS

Berdasarkan analisis data saringan 1 – LINUS, murid-murid Tahun 1 yang yang berjaya melepasi
LINUS ialah 51.3%, murid-murid Tahun 2 berjaya mencapai 73.7% manakala murid-murid Tahun 3 ialah
67.7%.

20 28 21

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3

SCHOOL PROGRAMME CHECK TOOLS (SPeCT)

Apabila murid-murid tidak menguasai kemahiran 3M sudah pasti akan berlaku antara guru.
Tuding menuding akan berlaku. Semakan kembali program panitia perlu dilaksanakan menggunakan
borang SPeCt dengan mewujudkan Bengkel PAK21, TST dan Instructional Rounds. IR digunakan untuk
program

3
ILBS manakala OPPM digunakan untuk memantau dan mengurus program. Kelebihan OPPM ini mudah
diteliti dan senang untuk disemak adakah program telah dilaksanakan atau sejauhmana
perkembangan program.

SCHOOL PROGRAMME CHECK TOOLS (SPeCT)

ONE PAGE PROJECT MANAGER (OPPM)

INSTRUCTIONAL ROUNDS (IR)

Salah satu tugasan utama yang disenaraikan dalam OPPM untuk mengatasi isu kritikal ialah
Instructional Rounds (IR) yang dilaksanakan melalui cerapan PdPC dalam tempoh yang singkat bagi
menilai kekuatan dan kelebihan amalan pedagogi yang digunakan. Melalui IR ini, boring PMD
digunakan sebagai dokumen rujukan untuk membuat penambahbaikan. IR bagi iLBI ini dilaksanakan dalam
dan luar kelas, melibatkan semua guru-guru Bahasa Inggeris dengan tujuan untuk pemantapan PdPC,
meningkatkan motivasi guru, meninjau penggunaan TMK (ICT) dan mewujudkan suasana
pembelajaran yang mengaplikasikan ciri-ciri belajar kreatif dan inovatif. Selepas IR dilaksanakan, sesi
sumbangsaran dilaksanakan untuk memberikan maklum balas dan dapatan.

IMPLIKASI PROGRAM i-LBI TERHADAP GURU

1. Mewujudkan PdPC guru yang berkualiti


2. Meningkatkan motivasi guru-guru dalam memimpin proses pembelajaran
3. Merangsang guru agar lebih kreatif dan inovatif ketika mengendalikan kegiatan belajar murid-
murid

3
4. Meningkatkan kemahiran dan penggunaan TMK dalam PdPC
5. Keputusan Ujian Saringan 2 LINUS menunjukkan keputusan yang memberangsangkan.

UJIAN SARINGAN 2 LINUS

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3

ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN 2 LINUS

IMPLIKASI PROGRAM i-LBI

Program i-LBI telah memberi impak yang cukup positif terhadap peningkatan penguasaan literasi dan
numerasi dalam kalangan murid-murid dan telah menyumbang kepada usaha meningkatkan
kemahiran
3M dalam kalangan murid-murid.

Tahun1 Tahun 2 Tahun 3 Pencapaian Akhir

IMPLIKASI i-LBI

HARAPAN YANG DISANDARKAN

Kepada murid-murid Tahun 1-3 (Tahap 1) diharapkan mereka dapat menguasai kemahiran 3M +
Menaakul, Kemahiran Asas TMK, Sosioemosi, Kerohanian, Fizikal, Kognitif, Sikap & Nilai manakala
kepada murid-murid tahun 4 – 6 (Tahap 2), mereka dapat menguasai kemahiran 3M + Menaakul,
Kemahiran Asas TMK, Sosioemosi, Kerohanian, Fizikal, Kognitif, Sikap & Nilai. Selari dengan
perkembangan terkini dalam pendidikan negara berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri
Pendidikan Malaysia, YB Dr Maszlee bin Malik, maka kemahiran yang disasarkan kepada murid-murid
ditambah 1 M lagi menjadi 5 M:

3
“Namun, tanpa mengetepikan kepentingan 3M ini, saya melihat perlunya menambah lagi
satu M, iaitu manusiawi. Manusiawi bererti pendidikan memanusiakan manusia”.
(Dr. Maszlee Malik, Sinar Harian 1 Oktober, 2018)

SESI SOAL JAWAB


PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 1 – 3

SOALAN 1
Bagaimana hendak melahirkan lebih ramai pemimpin pertengahan yang berwibawa

Jackson : Saya sendiri generasi pertama LCML, manakala Pn Nursiah


generasi kedua. Peserta-peserta LCML boleh memainkan
peranan untuk sebar luaskan Kanvas Strategi di sekolah.
Secara tidak langsung memberi pencerahan kepada panitia
yang lain, seterusnya ke peringkat daerah. Hal ini
tentunya akan membuka mata semua pihak tentang
kelebihan kursus ini.

Norliah : Bermula dari pihak sekolah hendaklah memberi peluang menjadi Ketua Panitia agar
dapat menonjolkan bakat mereka dan dibimbing oleh rakan – rakan yang telah mengikuti
kursus LCML.

Nursiah : Semua ex peserta LCML ada pengetahuan dan pengalaman yang boleh disebar luaskan.
Di peringkat sekolah boleh disebarkan kerana di bawah kawalan. Untuk peringkat
daerah, bersedia dipanggil memberi perkongsian supaya sama-sama naik dan bukan
untuk menyaingi dan mencantas.

SOALAN 2
Hasil perkongsian yang dibuat, jelas sekali menunjukkan impak positif LCML Cabaran besar KP di
sekolah rendah dan menengah tentunya berlaku untuk mengaplikasikan Kanvas Strategi Analisis
Data yang dikemukakan. Bagaimana anda menghadapinya.

Jackson : Ahli panitia saya hanya 3 orang. Dengan berat hati apabila hendak melakukan sesuatu
yang baru, orang lain sukar hendak mengikut kita. Bagaimana nak ajak follow?
Pertama sekali, berkawan dengan mereka. Jangan cari perbezaan, cari persamaan.
Saya tertarik dengan soalan cikgu. Kenapa KP menjadi SU. Sepatutnya KP bukan
SU. Orang yang dibawahnya akan membentuk JK. As a teamwork. Cari persamaan
bukan perbezaan

Norliah : Saya juga guru tahun 6 dan memegang jawatan KP. Kita berbalik kepada Model ARRAS
dan DEFFRAAC dengan mengutamakan komunikasi yang berhemah, bertolak ansur
dan agihan yang sama rata.

Nursiah : Little Bit Confiuse. Apa yang saya faham bagaimana jika KP juga SU. Betulkan? KP tidak
semestinya SU. Dalam sekolah yang kecil hal ini tidak dapat dielakkan. KP juga
perlu memainkan peranan sebagai SU. Saya perlu kerja lebih keras, Just do it. Kita
laksanakan dengan sehabis baik.

3
SLOT
6
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 4
Cikgu Norlyziah bt. Ali Hussein, SMK SANZAC, Kota Kinabalu, Sabah
Tajuk : Peningkatan Kompetensi Guru Geografi Menengah Rendah

BIODATA
Cikgu Norlyziah bt. Ali Hussein merupakan guru opsyen
Geografi dan berpengalaman mengajar selama 16 tahun.
Sepanjang perkhidmatan sebagai seorang guru telah
mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada
tahun 2008, 2012 dan 2016. Selain daripada itu, kejayaan
lain yang diraih ialah:
1. Anugerah Guru Inovatif Kumpulan
 Johan peringkat negeri Sabah (2017 & 2018)
 Naib Johan peringkat kebangsaan (2017 & 2018)
2. Anugerah Inovasi Usahawan Muda
Tempat Ketiga Peringkat Kebangsaan (2016)
3. Anugerah Kajian Tindakan Penyelidikan
Pendidikan Peringkat Kebangsaan (2016)

YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, Ketua Pusat Pembangunan


Pengurusan Pendidikan
YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB
Cawangan Sarawak

YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Sidang hadirin semuanya.

PENGENALAN
Langkah pertama dalam Kanvas Strategi Analisis Data ialah mengenalpasti isu. Isu diperoleh daripada
hasil pencerapan dan pengumpulan data menggunakan borang SKPMg2.0 Standard 4. Data yang
dikumpul telah dianalisis untuk mengenalpasti jurang yang paling besar. Hasilnya, 3 isu yang
menunjukkan jurang paling besar telah dikenalpasti iaitu:
1. Guru kurang melaksanakan Pembelajaran Abad Ke-21
2. Aktiviti PdPC tidak melibatkan semua murid
3. Murid-murid tidak aktif dalam PdPC

MENGAPA? – MATLAMAT / OBJEKTIF

Berdasarkan isu-isu yang telah dikenal pasti, matllamat utama ialah “Meningkatkan Kompetensi Guru
Mata Pelajaran Geografi Menengah Rendah” agar dapat menjayakan pembelajaran Abad ke 21
dengan melibatkan semua murid secara aktif dan menerapkan 4K iaitu komunikatif, kolaboratif, pemikiran
kritis dan kreatif. Justeru itu, objektif yang hendak dicapai ialah:
1. Meningkatkan pengetahuan kemahiran guru dan membudayakan PAK 21
2. Menggalakkan budaya perkongsian amalan terbaik antara guru
3. Mempertingkatkan kaedah pengajaran guru

3
ANALISIS DATA SKPMg2.0 GURU GEOGRAFI MENENGAH RENDAH

Berdasarkan dapatan yang diperolehi, jurang terbesar yang dikenalpasti ialah 4.6.1. Rujuk graf berikut :

JURANG TERBESAR: 4.6.1 MURID SEBAGAI PEMBELAJAR AKTIF

LANGKAH INTERVENSI

Setellah isu utama dikenalpasti, maka semakan kembali program Panitia dilakukan untuk melihat
tindakan dan inisiatif yang sesuai bagi meningkatkan penglibatan aktif murid dalam kegiatan
pembelajaran.
Justeru itu, dua inisiatif telah diwujudkan , lima program telah dihapuskan dan empat program sedia
ada dikekalkan. Program yang diwujudkan ialah:
1. Peer Learning Coaching (PLC) untuk tujuan inovasi PdPC dan menerapkan elemen PAK21
2. Melaksanakan Instructional Rounds (IR) bagi mendapatkan gambaran lebih jelas PdPC berkualiti
Manakala lima program yang dihapuskan ialah ceramah teknik menjawab Geografi SPM, Kelas
tambahan Geografi SPM, Bengkel skema pemarkahan Geografi SPM, Modul berfokus Geografi SPM dan
nota hebat Geografi SPM yang dianggap tidak relevan kerana fokus intervensi untuk mata
pelajaran Geografi Menengah Rendah. Program yang terus dikekalkan ialah Mari Belajar Geografi,
Lesson Study dan Tatap Geo Bah.

3
SCHOOL PROGRAMME CHECK TOOLS (SPeCT)

BORANG “ONE PAGE PROJECT MANAGER”

Untuk memantau perjalanan program dan guru-guru yang dipertanggungjawabkan dalam menggerakkan
program agar mencapai objektif yang telah digariskan, borang OPPM digunakan. Penggunaan borang
OPPM memudahkan langkah pemantauan di buat secara lebih berkesan.

ONE PAGE PROJECT MANAGER

LANGKAH INTERVENSI UNTUK MENINGKATKAN PEMBELAJARAN AKTIF MURID

Perkongsian PLC bersama ahli-ahli Panitia Geografi telah dilaksanakan untuk membincangkan langkah
inovasi dalam PdPC dengan mempelbagaikan kaedah bagi mewujudkan PdPC Geografi Menengah
Rendah yang berkualiti agar menyeronokkan murid-murid dan dapat merangsang penglibatan aktif
mereka seoanjang proses pembelajaran. Pameran perkongsian amalan PAK 21 Geografi turut
dikongsikan bagi menonjolkan impak kegiatan belajar berteraskan 4K kepada murid-murid yang
melibatkan aspek komunikasi berkesan, kolaboratif, pemikiran kritis dan kreatif bagi mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif kepada murid-murid. Berikut ialah gambar-gambar berkaitan.

3
PERKONGSIAN PLC INOVASI AHLI-AHLI PANITIA GEOGRAFI

PERKONGSIAN AMALAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21 (PAK21)

INSTRUCTIONAL ROUNDS DAN PENGISIAN BORANG PLUS-MINUS-DELTA

Untuk meningkatkan lagi amalan PdPC Geografi yang berkesan, langkah Instructional Rounds turut
dilaksanakan bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan serta langkah penambahbaikan yang boleh
di

4
laksanakan setelah selesai mengamati amalan PdPC guru yang disasarkan. Perbincangan dilakukan
untuk mengisi dan melengkapkan borang PMD. Sumbangsaran yang dilaksanakan memberi input dan
idea untuk tujuan memperbaiki mutu PdPC guru-guru yang lain.

KELIHATAN MURID-MURID AKTIF KETIKA INSTRUCTIONAL ROUNDS DILAKSANAKAN

Pasca aktiviti intervensi yang dilaksanakan, mendapati jurang yang pada awalnya melebar kini
menjadi kian mengecil dan mendekati standard yang telah ditetapkan sebagaimana dibuktikan
berdasarkan dapatan skor pencerapan yang telah dilaksanakan setelah intervensi dilakukan.

4.5
4
3.5 3.8 3.8 3.8 4
3 4 3.4
2.5 3
Skor

3
2
1.5
1
0.5
0
4.2.1

4.4.1

4.4.2

4.5.1

4.6.1
4.1.1

4.2.2

4.3.1

Skor Unjuran Skor Sebenar

ANALISIS PASCA JURANG SKPMg2.0 GURU-GURU GEOGRAFI


4
IMPAK PROGRAM

Kesimpulannya, inisiatif yang diambil bagi mengatasi isu yang telah dikenalpasti menunjukkan impak
yang positif kepada guru-guru dan murid-murid.

Impak Kepada Guru

1. Kaedah pengajaran menjadi lebih baik


2. Peranan guru menjadi pembimbing
3. Pembelajaran berpusatkan murid
4. Murid-murid dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran
5. Guru-guru mengamalkan amalan pedagogi PAK21
6. Pembelajaran berkonsepkan Project Based Learning (PBL) diketengahkan

Impak Kepada Murid

1. Murid-murid dapat menjawab dengan lebih cepat


2. Jawapan Ujian Pasca semua betul berbanding Ujian Pra
3. Pencapaian murid 100%
4. Murid-murid aktif terlibat dalam aktiviti hands on
5. Keadaan kelas lebih terkawal
6. Murid-murid memberikan kerjasama
7. Murid-murid lebih yakin menjawab soalan
8. Minat dan motivasi murid juga kian meningkat
9. Murid-murid dapat menyelesaikan masalah
10. Murid-murid berani mengemukakan pertanyaan

RUMUSAN

Melalui inisiatif meningkatkan kualiti PdPC guru-guru menerusi amalan pedagogi yang berkesan
dengan membudayakan amalan PAK21 telah memberi impak positif kepada proses pembelajaran
murid menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan sekaligus meningkatkan motivasi dan meningkatkan
kecemerlangan mereka dalam mata pelajaran Geografi peringkat Menengah Rendah.

4
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 5
Cikgu Farhan bin Ahmad, SK Bebuloh, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah
Tajuk : Pemimpin Pertengahan Membudayakan Kemenjadian Murid

BIODATA
Cikgu Farhan memulakan perkhidmatan sebagai seorang guru pada tahun
2014 di Sekolah Kebangsaan Batu Keling, Belaga kemudian pada tahun
2017 hingga sekarang berkhidmat di SK Bebuloh, Wilayah Persekutuan
Labuan. Berkelulusan Sarjana muda Sains dengan kepujian dalam bidang
Pendidikan Jasmani dan Bahasa Inggeris. Menjadi peserta cemerlang
LCML 2017 dari Wilayah Persekutuan Labuan.

YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, Ketua Pusat Pembangunan Pengurusan
Pendidikan
YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Sidang hadirin semuanya.

LATAR BELAKANG SEKOLAH KEBANGSAAN BEBULOH

Sekolah Kebangsaan Bebuloh merupakan sekolah Gred B yang mempunyai 564 orang
murid dan 35 orang guru. Hanya terdapat 3 orang guru yang menjadi Panitia Sains iaitu
saya sendiri selaku Ketua Panitia dan dua orang guru lagi, iaitu Pn. Azian Munirah
Ismail dan En. Mohd Adil bin Maarof. Kedua-duanya merupakan guru novis.

PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK : EN FARHAN AHMAD

PENGENALAN

Saya berpendapat jika kita takut dan tidak berani untuk memperkenalkan sesuatu perkara baharu
yang telah diketahui baik dan positif, maka tentu sekali hal ini akan merugikan. Apapun juga pandangan
orang lain tolak ke tepi dahulu, yang penting program yang baik itu perlu diperkenalkan,
namun cara
4
memperkenalkannya biar mengujakan dan bukan rutin yang biasa dibuat seperti LADAP, kerana untuk
mengumpulkan guru-guru dan memberikan penerangan tentang perkara baharu, perkara biasa yang
lazim didengar ialah guru-guru akan menolak dan menganggap perkara baharu tersebut
membebankan. Justeru itu, saya telah memiikirkan bagaimana mempengaruhi guru-guru untuk
mengaplikasi langkah- langkah yang terdapat dalam Kanvas Strategi namun dengan cara yang tidak
disedari dan menarik minat mereka tanpa sebarang tekanan. Untuk menjayakan hasrat ini, maka satu
program saya ketengahkan di SK Bebuloh, Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Propaganda.

Setelah mengikuti kursus LCML, saya didedahkan dengan cara pengumpulan data. Saya
mengumpul data dengan merujuk buku-buku murid, Rancangan Pengajaran Harian guru, headcount.
Data awal HC menunjukkan 74% murid lulus, 26% tidakk menguasai tahap minima. Semakan buku murid
menunjukkan 70% murid gagal menjawab soalan berformat UPSR, 100 % guru menulis RPH mengikut
ketetapan yang telah dibuat dan 95% murid hadir ke sekolah. Saya perlu memaklumkan kepada
semua guru dengan pendekatan soft landing iaitu menggunakan pendekatan propaganda. Ada guru
yang akan setuju dan tidak setuju. Hal ini penting kerana dapat meningkatkan kecemerlangann
murid-murid.

MENGURUS PERUBAHAN

Pendekatan iklan digunakan untuk mempromosikan kepada guru-guru tentang elemen-elemen yang
terdapat dalam Kanvas Strategi Analisis Data (KSAD) seperti SPeCT, OPPM dan sebagainya. Perolehan
data awal yang dibuat menggunakan beberapa dokumen sedia ada, iaitu:

Headcount Buku Murid RPH Buku Ked.


74% lulus 70% gagal Dihasilkan Peratus
dan 26% menjawab mengikut kedatangan
tidak soalan format standard murid
menguasai UPSR 4.1.1 memuaskan

TINJAUAN DATA AWAL

Mengapa ada murid yang belum menguasai tahap minimum?.

Antara sebab-sebab yang telah dikenal pasti, ialah: guru novis tidak mempunyai keyakinan ketika
mengajar, murid-murid masih lemah dalam membaca, menulis dan mengira (3M) termasuk lemah
dalam menaakul, lemah juga dalam menjawab soalan mengikut format UPSR dan murid-murid
tidak menunjukkan minat terhadap mata pelajaran Sains.

Dalam mengurus pasukan, pendekatan ARRAS serta 7 daripada 14 kompetensi


kepimpinan diaplikasikan untuk mengendalikan Panitia. OPPM sangat bagus dan ringkas serta
memudahkan urusan Panitia. Ketika saya balik dari Kursus, UPSR tinggal lagi sebulan. Guru-guru
sedang sibuk. Tiba-tiba saya umumkan nak buat benda baharu. Pada saya, OPPM ialah ringkasan
kerja yang dibuat di sekolah. Bermula dari waktu iru, saya menjalankan gerak kerja untuk
menyebarkan apa yang telah saya perolehi daripada kursus LCML.

4
KOMPETENSI YANG DITERAPKAN

PROPAGANDA MENGURUS PERUBAHAN

Mengiklankan SPeCT dan OPPM yang memudahkan kerja guru. Tunjukkan benda dan perkara yang
positif idea berkenaan. Pengiklanan yang baik akan mempengaruhi orang lain dan menjadikan mereka
percaya. Saya komersialkan kedua-duanya dengan menggunakan poster menggunakan kata-kata yang
menarik minat untuk membaca dan mengetahui.

Perkataan Propaganda dipilih kerana sesuai dengan tujuan pelaksanaan program ini, iaitu:
mempamerkan maklumat yang bertujuan MEMUJUK penonton untuk MENERIMA IDEA atau SEBAB
TERTENTU, selalunya dengan menggunakan bahan yang BERAT SEBELAH atau dengan meyentuh
EMOSI

4
4
BENGKEL OPPM BERSAMA GURU-GURU – IMPAK DARIPADA IKLAN MENARIK MINAT GURU

Benda yang bagus jika tidak pandai dalam penmasaran, guru-guru tidak akan berminat. Kena prove
perkara tersebut efektif. Pemberitahuan juga diberitahu dalam group whattsapp. Pemberitahuan
disampaikan dalam keadaan yang tidak serius. Guru-guru mula memerhati dan ingin mengetahui.
Bengkel OPPM dan PiNTaS dilaksanakan untuk memberi kefahaman kepada guru-guru bagaimana
pemantauan berkesan dan perancangan strategik dapat dilaksanakan secara berkesan. Setelah itu, kaji
selidik diedarkan kepada guru-guru untuk mendapatkan maklumbalas menggunakan google docs.
Rata- rata memberikan maklum balas positif. Menerusi propaganda sebegini, guru tertarik terhadap
produk sekaligus mengingatkan guru untuk selalu menggunakannya sehingga mendapat kesan yang
positif.

ANALISIS JURANG

Soal selidik yang menggunakan item SKPMg2.0 Standard 4 diedarkan kepada guru-guru Panitia Sains.
Dapatan menunjukkan jurang yang paling tinggi ialah 4.2.2 iaitu Guru mengawal suasana
pembelajaran secara profesional dan terancang.

4.3.1 4.4.1 4.4.2 4.5.1 4.6.1

4.2.2

ANALISIS JURANG BERDASARKAN DAPATAN SOAL SELIDIK GURU


4
LANGKAH INTERVENSI

Dapatan menunjukkan jurang terbesar ialah 4.2.2 iaitu guru mengawal suasana pembelajaran
secara profesional dan terancang. Justeru itu, langkah-langkah diambil untuk meningkatkan
kemahiran guru dalam mengawal suasana pembelajaran dengan menawarkan konsep
pembelajaran yang lebih berpusatkan murid dan menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif,
iaitu:

1. Intructional Rounds : Perkongsian dan pembelajaran amalan terbaik bagi mengatasi kelemahan
dalam mengawal suasana pembelajaran dalam bilik darjah
2. Kongsi IT : Perkongsian dapatan positif sesi PdPC terus kepada kumpulan social Telegram
3. RPH PAK21 : Penulisan Rancangan Pengajaran Harian mengikut format terkini dengan
memasukkan elemen 4K (Komunikatif, Kolaboratif, Kritis dan Kreatif)
4. Penilaian : Menilai semula setiap program yang telah dilaksanakan (Post Mortem)

PENULISAN RPH PAK 21

SESI PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK

4
PENGISIAN BORANG SPeCT : MENYEMAK SEMULA PROGRAM PANITIA

BORANG SPeCT

Enam program yang telah diputuskan dalam borang SPeCT telah dipindahkan dalam borang
pemantauan program OPPM dengan menentukan objektif yang hendak dicapai, tempoh masa program
yang hendak dilaksanakan dalam bentuk Carta Gantt, guru-guru yang bertanggungjawab mengurus
dan mengelola program serta jumlah peruntukan untuk melaksanakan program. Menerusi borang
OPPM ini langkah pemantauan menjadi lebih jelas, kerana semua maklumat tertera dalam sekeping
borang dan cara menjejaki status serta perkembangan pelaksanaan program juga menjadi lebih mudah. Hal
ini amat membantu tugas pemimpin pertengahan melalui penggunaan borang ini.

OPPM : MENINGKATKAN % LULUS MP SAINS MURID-MURID TAHUN 2

4
PELAKSANAAN SESI INSTRUCTIONAL ROUNDS

Konsep Instructional Rounds ialah pemerhatian PdPC dalam bilik darjah dengan mengenalpasti guru
yang akan diperhatikan untuk memerhati bagaimana kawalan kelas dilaksanakan dan elemen pedagogi
diterapkan. Proses instructional rounds ini bolehlah dikatakan satu proses belajar yang boleh memberi
input dan ilmu bagaimana meningkatkan kualiti PdPC. Pelaksanaannya boleh dibahagikan kepada tiga
fasa iaitu :
Fasa Bil Aktiviti
1. Penentuan guru yang akan diperhatikan ketika Instructional Rounds
Pra Pelaksanaan 2. Mengenalpasti dan berbincang aspek-aspek yang akan diperhatikan
3. Penentuan tarikh (jadual) pemerhatian di buat
1. Pemerhatian terhadap suasana pembelajaran dan amalan pedagogi guru
Semasa Pelaksanaan 2. Pengisian borang PMD di bahagian Plus dan Minus
1. Perbincangan dapatan pemerhatian
Pasca Pelaksanaan 2. Pengisian ruangan DELTA tentang langkah penambahbaikan guru dan murid

PELAKSANAAN INSTRUCTIONAL ROUNDS

PLUS MINUS
 Bahan Bantu Belajar tidak menarik
 Guru yang berpengalaman
 Berpusatkan guru
 Dapat membuat kawalan kelas
 Gagal menarik minat murid
DELTA
GURU MURID
Set Induksi yang menarik Murid bermotivasi kerana diberi ganjaran
Arahan yang jelas Mengelola aktiviti bersifat hands on
Guru memberi ganjaran kepada murid Melibatkan pergerakan murid : Gallery
Walk

PENGISIAN BORANG PLUS-MINUS-DELTA

RUMUSAN

Penggunaan set induksi yang menarik telah meningkatkan perhatian murid-murid terhadap pelajaran
yang hendak disampaiikan di tambah pula dengan arahan jelas yang diberikan oleh guru. Disamping
itu, penggunaan sistem ganjaran telah meningkatkan motivasi murid-murid dalam menjalankan
aktiviti. Murid-murid juga lebih aktif dan menunjukkan minat yang tinggi apabila kegiatan gallery
walk dilaksanakan. Murid-murid juga dapat menyiapkan tugasan apabila diberi tempoh masa yang
tertentu.

Tindakan seterusnya yang perlu dilaksanakan ialah:


 Melihat perubahan murid melalui pemerhatian daripada hasil kerja, tingkah laku dan keputusan
peperiksaan.
 Mengaplikasikan amalan terbaik guru Idola.
 Sekiranya jurang berjaya ditutup, isu seterusnya akan diselesaikan.
 Menyelesaikan isu seterusnya mengikut Kanvas Strategi iaitu 4.4.1 .

5
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 6
Cikgu Syahrul Azinar bin Abdul Rahman, SM Sains Kuching Utara, Kuching
Tajuk : Pemerkasaan PdPC Sains Kesinambungan Menengah Rendah dan Menengah Atas

BIODATA
Cikgu Syahirul Azinar bt. Abdul Rahman merupakan Guru Kanan Mata
pelajaran Sains Matematik di SBP Sekolah Menengah Sains Kuching
Utara atau ringkasnya SAKURA. Berpengalaman mengajar mata pelajaran
Kimia selama 16 tahun. Sepanjang perkhidmatan, telah mendapat tiga kali
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang iaitu pada tahun 2006, 2012 dan
2017. Juga menyumbang khidmat bakti sebagai penceramah teknik
menjawab soalan Kimia SPM.

YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, KP Pembangunan Pengurusan Pendidikan


YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Sidang hadirin semuanya.

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Menengah Sains Kuching Utara merupakan salah sebuah Sekolah


Berasrama Penuh yang terdapat di Kuching, Sarawak. SMS Sakura telah
dibuka pada 1 Januari, 2013 merupakan sekolah berprestasi tinggi (SBT)
Gred A yang mempunyai 609 orang murid dan 57 orang guru dengan
jumlah anggota khidmat pengurusan (AKP) seramai 14 orang. Pada tahun
2015, Sekolah telah menduduki ranking 8 dari 67 buah SBP dengan GPS :
1.67. Jabatan Sains dan Matematik telah ditubuhkan serentak dengan
penubuhan sekolah yang menaungi 4 panitia mata pelajaran dengan jumlah
guru ialah seramai 9 orang.
Sekolah ini juga mempunyai 12 buah Makmal Sains dan 5 orang
pembantu makmal. Guru-guru di bawah Jabatan Sains dan Matematik ialah: Pn. Nurmarziana
(Fizik/Sains), Cik Aminah (Sains), Cik Azinawati (Sains), Datin Hjh Rosni (KP Biologi), Pn. Adilah
(Sains/Biologi), Cik Aliaa (KP Kimia), Dr. Suraiya (KP Sains) dan Pn. Saripah (KP Fizik).

GURU-GURU JABATAN SAINS & MATEMATIK

5
KURSUS LCML DAN NEXT STEP

Saya telah terpilih sebagai peserta Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML) di Institut
Aminuddin Baki Cawangan Sarawak untuk ambilan 3, pada 24 – 29 September, 2017. Pencerahan ilmu
dan kemahiran yang diterima sepanjang kursus ini tentang pembangunan kendiri, pengurusan tugas-
tugas utama dan pasukan telah banyak membuka minda saya untuk memainkan peranan secara lebih
berkesan sebagai GKMP. Tindakan seterusnya setelah selesai mengikuti latihan ini ialah mengadakan
sesi perkongsian berkaitan kepimpinan pemimpin pertengahan, iaitu:

Tarikh Pihak yang menerima perkongsian Perkara


02 Okt, 2017 Pengetua Penerangan tentang LCML
03 Okt, 2017 Pengurusan Tertinggi Sekolah Penerangan kepada GPK & GKMP
10 Okt, 2017 Panitia Sains, Kimia, Fizik & Biologi Penerangan tentang peranan ML

PEMERKASAAN PDPC SAINS : KESINAMBUNGAN MENENGAH RENDAH & MENENGAH ATAS

Untuk menjayakan program pemerkasaan PdPC Sains ini, murid-murid Tingkatan 1 (2017) dijadikan
kumpulan rawatan yang dilanjutkan hingga Tingkatan 2 (2018). Program ini melibatkan 3 orang guru
Sains yang mengajar Menengah Rendah dan Menengah Atas. Persoalan yang timbul - kenapa
mata pelajaran Sains?. Hal ini demikian, kerana tiga sebab utama, iaitu:
1. Sekolah SAKURA ialah Sekolah Menengah Sains
2. Motto Sekolah : Prestasi mata pelajaran Sains mesti cemerlang
3. Gred purata sekolah (GPS) bergantung kepada mata pelajaran elektif

Kesinambungan Menengah Rendah kepada Menengah Atas ada asasnya, kerana seringkali guru-
guru menengah rendah melepaskan tanggungjawab untuk mencemerlangkan murid-murid kepada
guru- guru Menengah Atas (pass baton). Hal ini tidak terhenti begitu sahaja, apabila berlaku
kemerosotan akademik atau masalah pembelajaran, guru-guru Menengah Atas seringkali menyalahkan
guru-guru Menengah Rendah kerana masih ada murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran
(dosa silam). Terdapat juga mata pelajaran elektif di peringkat Menengah Rendah yang kemudiannya
menjadi beban kepada pencapaian murid di peringkat SPM (elektif beban teras). Justeru itu, guru-guru
Menengah Atas terpaksa bekerja keras untuk menggilap semula murid-murid yang berhadapan
dengan masalah pembelajaran mereka agar berada di landasan yang betul (over haul).

KANVAS STRATEGI ANALISIS DATA

5
MENGAPA?

Objektif Umum
• Merancang dan melaksanakan program penambahbaikan berdasarkan keperluan guru
• Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan serta membuat penambahbaikan kualiti guru dalam
PdPc Sains.
• Memastikan keberkesanan program diselia dan dipantau

Objektif Khusus
• Prestasi subjek Sains Menengah Rendah
• Prestasi subjek Sains Tulen Menengah Atas
• Prestasi guru dalam PdPc

ANALISIS JURANG SKPMg2.0

Analisis Keputusan
Instrumen Standard 4 SKPMg2.0Ujian

Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Cabaran

Hasil dapatan analisis SKPMg2.0 kepada lima orang Guru Sains iaitu Che’ Nur Adilah bt. Che’ Arif, Pn
Nurmarziana bt. Madhi, Cik Syarifah Aminah bt. Wan Idrus, Dr Suraiya bt. Mohamad dan Cik
Azrinawati Jinep Jiheng, maka analisis jurang telah dikenal pasti isu kritikal yang perlu ditangani, iaitu:
1. Guru mendorong minda murid-murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran
2. Murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran
3. Guru melaksanakan penilaian

Isu yang dikenalpasti ialah kurangnya factor dorongan guru dalam melaksanakan aktiviti
pembelajaran, keterlibatan murid-murid dalam proses pembelajaran belum sepenuhnya aktif dan
standard penilaian guru-guru masih perlu dibuat penambahbaikan dengan menyediakan JSU dan
analisis item. Rentetan daripada itu, saya bersama-sama dengan Panitia Mata Pelajaran dan guru-
guru merancang program bagi mengatasi isu yang dikenalpasti.

MERANCANG PROGRAM

Program-program yang sedia ada disemak semula bagi memastikan sesuai dengan kumpulan sasaran.
Dua program telah diwujudkan iaitu Kursus Motivasi Untuk Kaunselor sekolah dan Program
Mentor Mentee bagi membing guru-guru untuk menjayakan tugas dan menjalankan peranan dengan
lebih berkesan.

5
BORANG SPeCT

Terdapat empat komponen penting yang dilaksanakan untuk menjayakan program Mentor Mentee,
iaitu: penanda arasan PdPC, mengadakan mesyuarat kurikulum, melaksanakan Peer Learning
Coaching (PLC) dan melakukan pencerapan PdPC.

LANGKAH PEMANTAUAN PROGRAM MELALUI BORANG OPPM

Semua program yang tertera dalam borang SPeCT telah dipindahkan dalam Borang One Page Project
Manager (OPPM) untuk tujuan melaksanakan pemantauan dan memastikan perkembangan
pelaksanaan program.

BORANG OPPM

5
PELAKSANAAN MESYUARAT BERSAMA KETUA-KETUA PANITIA

PROGRAM MENTOR MENTEE

5
VICE VERSA (SENIOR-JUNIOR / JUNIOR – SENIOR)

KETERLIBATAN MURID DALAM AKTIVITI PEMBELAJARAN

5
SLOT
7
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 7
Cikgu Madhtrine @ Aldrin Anak Gayok, SK Sbangki, Lubok Antu, Sarawak
Tajuk : Penggunaan Tripod Stand dan White Board 2 x 2.5 Dalam PdPC Abad Ke 21

BIODATA
Cikgu Madthrine @ Aldrin Anak Gayok atau lebih mesra disapa dengan
panggilan Cikgu Aldrin merupakan Guru Penolong Kanan Pentadbiran dan
Kurikulum (GPK1) di Sekolah Kebangsaan Sbangki, Lubok Antu,
Sarawak berpengalaman mengajar selama 24 tahun. Berkelulusan
Sarjana Muda Pendidikan. Antara pencapaian yang telah diraih ialah
menjadi Jurulatih Utama Kebangsaan bagi mata pelajaran Sains,
Penceramah motivasi di peringkat daerah Lubok Antu dan penggubal
soalan mata pelajaran Sains UPSR peringkat daerah Lubok Antu. Beliau
boleh dihubungi melalui nombor telefon: 019-8599756 dan alamat e-mel:
aldringayok@yahoo.com.my. .

YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, KP Pembangunan Pengurusan Pendidikan


YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Sidang hadirin semuanya.

PENGENALAN

Untuk menjalankan peranan sebagai pemimpin pertengahan secara lebih berkesan, Pelan
Pembangunan Kendiri menggunakan borang Bussiness Model You telah dilengkapkan bagi
mengenalpasti apakah tugas yang dilakukan, siapa yang membantu, siapa yang anda bantu,
bagaimana cara komunikasi dilakukan, apakah kesannya dan bagaimana perancangan dibuat. Dengan
cara ini, anda telah membuat pencerahan tentang diri anda dan menilai di manakah kedudukan
anda?.

5
OBJEKTIF PROGRAM
1. Memperkasakan aktiviti-aktiviti PAK 21 yang memberi impak kepada pengajaran guru dan
pembelajaran murid
2. Sebagai alat Intervensi untuk berkomunikasi antara pelajar menguasai “KPS dan KMS” untuk
membudayakan kemenjadian murid
3. Sebagai pergerak kepada inspirasi sekolah, guru dan murid untuk mendepani revolusi industri 4.0

SKPMg2.0 STANDARD 4

4.1.1 Guru merancang pelaksanaan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPC)


4.2.1 Guru mengawal proses pembelajaran
4.2.2 Guru mengelola suasana pembelajaran
4.3.1 Guru membimbing murid
4.4.1 Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran
4.4.2 Guru mendorong emosi murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran
4.5.1 Guru melaksanakan pentaksiran
4.6.1 Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran

Standard 4 dalam SKPMg2.0 mempunyai korelasi dengan konsep Pembelajaran Abad Ke-21 :

KORELASI KONSEP PAK21 DENGAN STANDARD 4 SKPMg2.0

Hasil penilaian kendiri dan cerapan oleh pemimpin sekolah telah menunjukkan dapatan skor SKPMg2.0
iaitu penilaian ken diri : 82.99% manakala penilaian pemimpin sekolah : 79.13%. Berdasarkan data
yang diperolehi, analisis telah dibuat untuk menilai Tahap Tindakan (TT) guru berdasarkan Rubrik Tahap
Kualiti (TK) daripada Penilaian Kendiri dengan Penilaian Fasa Pertama. Perbandingan antara penilaian
kendiri dengan penilaian fasa pertama yang dibuat menunjukkan adanya jurang yang besar pada
elemen :
4.4.1 Guru sebagai pendorong minda : PAK21, KBAT dan 6 aspirasi murid
4.4.2 Guru sebagai pendorong emosi : Penghargaan, Keperihatinan
4.6 Murid sebagai pembelajar aktif
 Murid kurang berkolaboratif semasa mejalankan tugasan kumpulan.
 Murid kurang berkomunikasi dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti PAK2.
 Guru kurang mendorong murid untuk memimpin.
 Guru kurang mengalakkan murid mengemukakan soalan.
 Guru kurang perihatian terhadap keperluan murid

5
Perancangan telah dibuat untuk merangka program bagi mencapai standard yang telah
ditetapkan iaitu: Program – program berbentuk PLC, LDP dan Dialog Prestasi kepada semua guru,
OPPM (Program Kecemerlangan UPSR), SPeCT dan memperkenalkan projek baharu.

BORANG SPeCT

TRIPOD STAND DAN WHITE BOARD

5
ISU YANG DIKENALPASTI

PdPc guru Sains tidak di tahap Cemerlang. Murid kurang kolaboratif dan berkomunikasi dalam
melaksa- nakan aktiviti-aktiviti PAK21

MATLAMAT

Mempertingkatkan Peratusan standard 4.4, 4.5 dan 4.6 dalam SKPMg2

KPI

Keputusan UPSR meningkat dan Tahap Penguasaan MP Sains pada purata 4.0

PENGHASILAN PROJEK

1. Sekeping Whiteboard 4x8 dibahagikan kepada 6 bahagian yang sama saiz.


2. Setiap bahagian berbentuk segiempat tepat berukuran 2x2½.
3. Bahagian sisi dibuatkan bingkai (frame) dan disapu cat

KELEBIHAN PROJEK

1. Ringan, senang diangkat dan mudah dipindahkan.


2. Kesalahan boleh diperbetulkan dengan mudah.
3. Mempunyai penyangkut(hooke) sedia untuk diletakkan pada Tripod stand atau dinding
4. Diguna semula untuk aktiviti yang berbeza pada masa datang

PENYELIAAN

1. Pemantauan Program Kecemerlangan Sekolah menggunakan OPPM


2. Semakan borang SPeCt, Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), PLC dan Dialog Prestasi
3. Penyeliaan Penggunaan Projek Tripod Stand dan 2x2½ whiteboard
4. Laporan-laporan selepas program dan projek

PENGGUNAAN WHITE BOARD DALAM BILIK DARJAH

6
Tripod Stand dan Whiteboard ini boleh dimanfaatkan murid-murid untuk :
1. Menulis laporan eksperimen
2. Melakar spesimen, radas atau rajah
3. Membuat jadual, carta dan graf
4. Tempat pameran
5. Peta I-THINK

MURID-MURID MELAKAR JADUAL DI ATAS WHITE BOARD

PEMBENTANGAN MENGGUNAKAN TRIPOD STAND

6
PELAKSANAAN GALLERY WALK KETIKA PEMBELAJARAN

Penggunaan white board ini memudahkan murid-murid membentangkan hasil perbincangan


dalam bentuk Gallery Walk kerana mudah dialih dan tidak memerlukan penggunaan kertas mah-jong.
Murid-murid juga dapat menggunakannya untuk semua mata pelajaran, boleh dipadam dan
dihapuskan untuk pelbagai untuk keperluan nota, lakaran dan bahan grafik. Melalui cara ini,
murid-murid akan mendapat kelainan dan seronok melakukan aktiviti.

KELEBIHAN PROJEK

1. Berpusat kepada murid


2. Merangsang murid berkomunikasi, dan berkolaboratif,
3. Mendorong pemikiran KBKK dan Penyelesaian masalah murid
4. Mewujudkan peluang murid untuk memimpin
5. Murid aktif, yakin dan berhemah
6. Penilaian Guru lebih terancang dan tersusun
7. Guru sebagai Fasilitator

KEKUATAN PROJEK

1. Aktiviti PAK21 dapat diterapkan


2. PdPc Lebih menyeronokkan
3. Objektif Pelajaran lebih cepat dicapai

PENAMBAHBAIKAN

1. Menggunakan Whiteboard logam


2. Tripod Beroda

6
PENGUMPULAN DATA BERKAITAN PROJEK

1. Perbandingan skor Pencerapan PdPc oleh PK/GB fasa 1 dengan fasa ke 2


2. Analisa Suara Murid tentang penggunaan Tripod Stand dan White Board.
3. Punggutan Suara rakan-rakan guru
4. Analisa TP dalam PBD murid

PENILAIAN FASA 1

PENILAIAN FASA 2

6
PERBANDINGAN SKOR SKPMg2.0 FASA 1 DAN FASA 2 OLEH GURU BESAR / PENOLONG KANAN

Skor SKPMg2 Fasa 1 dan Fasa 2


100.00%
95.00%
FASA 2

90.00%
85.00%
80.00%
FASA 1

75.00%
70.00%

4.1.1 4.2.1 4.2.2 4.3.1 4.4.1 4.4.2 4.5.1 4.6.1

🠶 Jurang yang ketara di antara pencerapan Fasa 1 dan Fasa 2. Penggunaan Tripod Stand dan
whiteboard berjaya mempertingkatkan Skor SKPMg2.
🠶 Guru berjaya mendorong, murid dari segi minda dan emosi, dalam PdPc.
🠶 PBD lebih mudah dikendalikan oleh guru.
🠶 Murid lebih aktif dan PdPc lebih berpusat kepada mereka.

ANALISA PUNGUTAN SUARA MURID-MURID TENTANG PENGGUNAAN


TRIPOD STAND & WHITE BOARD 2X2.5

1. 100 % murid bersetuju bahawa Penggunaan Tripod Stand dan Whiteboard 2x2½ lebih mudah
berbanding dengan penggunaan kad manila atau kertas majong
2. 100% murid merasakan mereka lebih berani untuk mencuba sesuatu untuk belajar.
3. 90% murid bersetuju bahawa semangat berkerjasama/kerja berpasukan antara mereka lebih
akrab.
4. 80% murid bersetuju bahawa penggunaan Tripod Stand merupakan satu kaedah pembelajaran
yang mencabar minda

DAPATAN PUNGUTAN SUARA GURU-GURU (TEACHER VOICE)

1. Semua guru rakan bersetuju bahawa penggunaan Tripod Stand dan Whiteboard mampu
mendorong membangkitkan semangat untuk belajar secara kolaboratif dikalangan murid.
2. Semua rakan guru bersetuju objektif pelajaran lebih cepat dicapai dengan menggunakan Tripod
Stand dan whiteboard
3. Semua rakan guru bersetuju Tripod Stand dan whiteboard dapat mempelbagaikan kaedah PdPc
guru
4. Semua rakan guru bersetuju dapat menyediakan peluang kepada murid untuk memimpin pasukan

ANALISA TAHAP PENGUASAAN MURID-MURID DALAM PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

1. Tahap Penguasaan setiap murid meningkat.


2. Murid aktif semasa menjalankan aktiviti
3. Murid yang selama ini, selalu membisu sudah menampakkan perubahan kepada mula
pandai bergaul dengan rakan-rakan.

6
4. Peluang setiap orang murid untuk menonjolkan diri dengan sikap kepimpinan, berfikir
secara kreatif dan kritis, kemahiran dwibahasa dan penyelesaian masalah dapat diwujudkan

TINDAKAN SUSULAN

1. Pengurusan PLC, LDP, Dialog Prestasi dan Program Kecemerlangan Akademik dilaksanakan
secara berterusan
2. Menubuhkan “task force LCML” yang terdiri daripada ketua – ketua panitia yang lain bagi
mengamalkan Tripod Stand dan 2x2½ Whiteboard bagi MP lain.
3. Melaksanakan program yg sifar bajet.

KEPUTUSAN UPSR 2017

GRED BILANGAN MURID


A 3
B 7
C 8
D 1
E 0
PERATUS 100%

Murid Cemerlang UPSR 2017 : 6A

RUMUSAN

Mempelbagaikan cara dan kaedah pembelajaran memberi impak yang positif terhadap kualiti
pembelajaran murid-murid dan meningkatkan penguasaan mereka dalam pelajaran. Hal ini sekaligus
memberi kesan terhadap pencapaian akademik dan mencapai KPI sekolah bagi mencapai 100 #
kelulusan dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

6
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 8
Cikgu Yong Kwai Ying, SMK Tun Mutahir, Melaka
Tajuk : Peranan Pemimpin Pertengahan Sebelum dan Selepas LCML

BIODATA
Cikgu Yong Kwai Ying merupakan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP)
Kemanusiaan di SMK Tun Mutahir, Melaka yang juga diberi kepercayaan untuk
menjawat pelbagai tugas seperti Penyelaras Pentadbiran, Penyelaras LADAP,
Penyelaras SKPMg2.0, Penyelaras Jadual Waktu, Penyelaras Program
Kecemerlangan Akademik, Pembentang Amalan Terbaik Dalam Kolokium
Pemimpin Pertengahan Pertama 2017. Perkongsian Amalan Terbaik dalam
Bengkel Pemimpin Profesionalisme Ketua Panitia Sekolah Rendah, Daerah
Melaka Tengah, Perkongsian Amalan Terbaik Dalam Kursus Kepimpinan
Pemimpin Pertengahan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran Sekolah Menengah
Daerah Melaka Tengah. Berkelulusan Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dan juga memiliki
Diploma Perguruan. Di bawah pengurusan bidang Kemanusiaan, banyak Panitia yang terlibat iaitu
Panitia Sejarah, Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Seni Visual, Pengetahuan Sains
Sukan, Geografi, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Pendidikan Sivk dan Kewarganegaraan.

YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, KP Pembangunan Pengurusan Pendidikan


YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Sidang hadirin semuanya.

PENGENALAN

Pembentangan ini akan menerangkan perubahan ketara yang berlaku setelah saya mengikuti Kursus
Kepimpinan Pemimpin Pertengahan berbanding sebelum menyertainya dalam menjalankan peranan
sebagai pemimpin pertengahan di sekolah. Jika sebelum ini, saya kurang pasti ketika menjalankan
tugas sebagai pemimpin pertengahan, tidak tahu apakah kompetensi yang boleh diaplikasikan,
malahan saya juga kurang pasti tentang bidang tugas dan tidak memanfaatkan data yang ada untuk
dianalisis secara bermakna bagi mengetahui isu dan masalah yang perlu ditangani.

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN PERTENGAHAN

Setelah mengikuti Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML) banyak pendedahan dan
pencerahan telah diterima tentang bagaimana mengurus pasukan dan menjalankan tugas untuk
menggerakkan perubahan di sekolah. Menerusi Model Pengurusan dan Kepimpinan Pemimpin
Pertengahan yang telah dikemukakan, peranan sebagai pemimpin pertengahan menjadi semakin jelas
yang melibatkan pembangunan kendiri, pengurusan tugas-tugas utama dan pengurusan pasukan. 14
kompetensi yang diketengahkan juga telah membangkitkan kesedaran saya bahawa untuk berinteraksi
dengan orang bawahan, kompetensi yang paling penting ialah komunikasi berkesan.

LCML juga telah menunjukkan langkah awal yang perlu dilakukan untuk mengenalpasti peranan
kita dengan mengenalpasti siapakah rakan kongsi yang selalu membantu, kepada siapa yang dibantu,
apakah kesan terhadap tugas dan peranan dan bagaimana mengoptimumkan tugas dan peranan dengan
melengkapkan maklumat tersebut dalam borang Bussiness Model You (BMY). Untuk membentuk dan
mengurus pasukan, teori kepimpinan 360 darjah serta model ARRAS & DEFFRAAC. Yang paling
penting, saya dilatih bagaimana bertindak berasaskan data dan bagaimana analisis data dilaksanakan
untuk memikirkan program yang sesuai melalui Kanvas Strategi Analisis Data.

6
ANALISIS JURANG

ANALISIS JURANG BERDASARKAN REFLEKSI KENDIRI

Saya telah mengarahkan guru-guru di bawah bidang Kemanusiaan untuk mengenalpasti tahap prestasi
mereka berdasarkan elemen dalam SKPMg2.0 yang melibatkan peranan guru sebagai perancang
(4.1.1), guru sebagai pengawal (4.2.1-4.2.2), guru sebagai pembimbing (4.3.1), guru sebagai
pendorong (4.4.1- 4.4.2)), guru sebagai penilai (4.5.1) dan murid sebagai pembelajar aktif (4.6.1).
PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK 2017

Setelah balik daripada berkursus di IAB, banyak perkongsian amalan terbaik telah dilaksanakan
dengan matlamat untuk memantapkan kemajuan kurikulum di bawah Bidang Kemanusiaan, bukan
hanya di peringkat sekolah tetapi juga hingga ke peringkat daerah dengan mencurahkan bakti
sebagai penceramah.

PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH

Untuk mendapatkan hasil kerja yang sistematik, guru-guru perlu diberi pendedahan dan
kemahiran tentang penggunaan tools untuk menyemak dan menyesuaikan kembali program Panitia,
menyemak dan memantau program, mengumpul dan menganalisis data serta mengambil tindakan
yang bertepatan. Justeru itu, Program Sekolah Berasaskan Data untuk semua Panitia telah
dilancarkan.

6
PROGRAM WALKS (Walking around Improvement keyS)
Program ini diketengahkan sebagai langkah memperkenalkan kepada guru-guru langkah-langkah
membawa perubahan dan tindakan berasaskan data dengan merujuk Kanvas Strategi Analisis Data
mengikut aliran proses berikut:

PROGRAM WALKS (KANVAS STRATEGI ANALISIS DATA)

Skor yang diperolehi daripada refleksi kendiri bagi setiap aspek dalam SKPMg2.0 telah
dibentangkan dan dibiuncangkan bersama guru-guru bagi mengenalpasti isu-isu yang timbul dan
aspek
jurang yang besar untuk dibuat penambahbaikan.

SKOR PENILAIAN GURU MENGIKUT ELEMEN SKPMg2.0 – STANDARD 4

6
Jurang terbesar yang telah diperolehi ialah:
4.6.1 Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara berkesan
4.4.1 Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran secara professional dan
terancang

MENYEMAK PROGRAM BIDANG MENGGUNAKAN BORANG SPeCT

Borang SPeCT telah digunakan untuk menyenaraikan program yang telah dirancang dan melihat
semula jurang yang telah dikenalpasti agar program yang disenaraikan sesuai dan relevan sebagai
langkah intervensi untuk mengatasi isu yang dikenalpasti.

BORANG SPeCT

Ketua: SMK TUN MUTAHIR Tarikh: 2 JANUARI 2018


Objektif Program: Untuk meningkatkan pelaksanaan PdPc yang berkesan

ObjektifTugasan UtamaStatus/Pencapain ProjekTanggungjawab


🗸 🗸 1 Walking around Improvement keyS A B C D
🗸 🗸 2 Professional Learning Community (PLC) A D C B
🗸 🗸 3 Pencerapan PdPc A B C
🗸 4 Bengkel Pengukuhan PdPc A B C D
September

Disember
November
Oktober
Januari
Februari

April
Mac

Tugas Utama
GKMP Kemanusiaan
Ogos
Julai
Mei
Jun

GKMP TEK VOK


GKMP Bahasa

Tarikh Sasaran
GKMP S & M

SU SKPMg2
Pengetua

PK HEM

SU LDP
Meningkatkan kemahiran 4K dalam PdPc

PKP
Meningkatkan kemahiran pedagogi guru

Objektif

PIBG 0
0
Kos KWKK 0
0
Ringkasan & Ramalan SUWA 0 Ringgit BelanjaanRinggit Anggaran
0
Dapat mengecilkan Analisis Jurang :
Aspek 4.4.1 Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran secara profesional dan terancang
Aspek 4.6.1 Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran secara berkesan
1.
2.

BORANG OPPM

6
Melalui penggunaan borang OPPM di atas, penanggungjjawab terhadap 4 program yang telah
disenaraikan dapat dikesan dan dilihat kemajuan pelaksanaan serta sejauhmana objektif dapat dicapai.

ANALISIS JURANG WALKS BULAN JANUARI

ANALISIS JURANG WALKS BULAN FEBRIUARI

7
ANALISIS JURANG WALKS BULAN MAC

ANALISIS JURANG WALKS BULAN APRIL

7
ANALISIS JURANG WALKS BULAN MEI

ANALISIS JURANG WALKS BULAN JUN

7
ANALISIS JURANG WALKS BULAN JULAI

ANALISIS JURANG WALKS BULAN OGOS

7
ANALISIS JURANG WALKS BULAN SEPTEMBER

ANALISIS JURANG WALKS JANUARI HINGGA SEPTEMBER

7
RUMUSAN

Pelaksanaan Walks dilihat memberikan impak positif terhadap tingkahlaku belajar murid-murid di SMK
Tun Mutahir, Melaka. Google Docs digunakan bagi mengumpul data daripada guru-guru tentang
pelaksanaan walks berkaitan Pembelajaran Abad ke-21, penulisan di papan putih, kawalan kelas,
keceriaan kelas, disiplin murid, Melindungi Masa Instruksional (MMI) dan Pentadbiran sekolah.

BERSAMA PEMBIMBING DR REDZUAN JANTAN

7
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 9
Cikgu Syabeli bin Johri, Sekolah Kebangsaan Pusa, Betong, Sarawak
Tajuk : Pemimpin Pertengahan Penggerak Hala Tuju Sekolah

BIODATA
Cikgu Syabeli bin Johri merupakan Ketua Panitia Matematik di Sekolah
Kebangsaan Pusa, Betong, Sarawak. Telah berkhidmat selama 9 tahun di
sekolah tersebut sejak lantikan pada 24 Ogos, 2010. Berkelulusan ijazah
Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor
kemudian mengambil kelayakan ikhtisas dalam bidang pengajian
Matematik, Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) dari Institut Pendidikan Guru
Kampus Rajang, Bintangor, Sarawak.

YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, KP Pembangunan Pengurusan Pendidikan


YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Sidang hadirin semuanya.

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Pusa, Betong dipimpin oleh Guru Besar, Cikgu Sulaiman bin Haji Meni.
Jumlah enrolmen murid sekolah ini ialah 478 orang dan dikategorikan sebagai sekolah luar bandar.
Jumlah guru yang berkhidmat di sekolah ini ialah 36 orang iaitu 31 orang siswazah dan 5 orang
bukan siswazah. Manakala jika ditinjau dari segi jantina, 8 orang guru lelaki dan 28 orang guru
perempuan.

OBJEKTIF PROGRAM

1. Melaksanakan program penambahbaikan berdasarkan keperluan guru untuk merealisasikan


konsep pembelajaran abad 21
2. Mengenal pasti kekuatan dan membuat penambahbaikan kualiti guru dalam PdPc abad 21
3. Merancang program yang berasaskan aktiviti pembelajaran abad 21 yang memberi impak
kepada guru dan murid secara berterusan
4. Memastikan keberkesanan program diselia dan dipantau menggunakan berberapa instrumen
sebagai pemangkin pembangunan kualiti PdPc guru

KANVAS STRATEGI ANALISIS DATA

Untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan, maka langkah-langkah dalam Kanvas Strategi Analisis
Data telah diikuti untuk memastikan tindakan intervensi yang sistematik dan dapat menangani isu-isu
yang telah dikenalpasti. Langkah pertama ialah pengedaran borang soal selidik kepada guru-guru yang
menggunakan SKPMg2.0 Standard 4, membuat analisis jurang untuk mengenalpasti isu setelah
itu merancang dan menyemak kembali program Panitia menggunakan borang SPeCT,
pembentukan pasukan, penyeliaan dan pemantauan menggunakan borang OPPM, pengumpulan data,
analisis data dan tindakan susulan.

7
SKPMg2 Std 4/ Soal Selidik
( STEP 1)
Mengumpul Data
Analisis Data (STEP 6)
( STEP 5)

Analisis Data (Pernyataan masalah) Tindakan Seterusnya?


( STEP 2 ) Penyeliaan OPPM ( STEP 7 )

Merancang Program
(STEP 3) Melaksanakan program/ aktiviti (DEFFRAAC & ARRAS)
sPeCt ( STEP 4 )

KANVAS STRATEGI ANALISIS DATA

1. Melaksanakan soal selidik Penilaian Kendiri berdasarkan Instrumen Standard 4 SKPMg2


2. Pencerapan Berjadual PdPc menggunakan Standard 4 SKPMg2

ASPEK TAHAP TINDAKAN

4.1.1 Guru merancang pelaksanaan PdPc


4.2.1 Guru mengawal proses pembelajaran

4.2.2 Guru mengelola suasana pembelajaran

4.3.1 Guru membimbing murid

4.4.1 Guru mendorong minda murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran

4.4.2 Guru mendorong emosi murid dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran

4.5.1 Guru melaksanakan pentaksiran

4.6.1 Murid melibatkan diri dalam proses pembelajaran

ASPEK TAHAP TINDAKAN DALAM SKPMg2.0

ANALISIS JURANG

Menganalisa data-data yang diperolehi untuk melihat kekuatan / kelemahan dan membuat
penambahbaikan professionalisme guru dalam aspek- aspek standard 4 PdPc SKPMg2. Program –
program berbentuk latihan personel diwujudkan untuk guru – guru berdasarkan analisis jurang data
paling ketara dalam SKPMg2 semasa.

7
PERANCANGAN PROGRAM MENGGUNAKAN BORANG SPeCT

Hasil semakan yang dibuat terhadap program Panitia, satu program di tambah dari segi bilangan
kekerapan, manakala lima program baharu diwujudkan dan dua program dikekalkan setelah
perbincangan dibuat bersama-sama dengan ahli Panitia. Lima program yang diwujudkan itu ialah:
1. Mengadakan mesyuarat peringkat panitia teliti sPeCt setiap individu dan keseluruhan panitia
2. Pelaksanaan program berbentuk Coaching and mentoring
3. Pelaksanaan PLC Berterusan peringkat sekolah dan Zon (Program UMI)-teknik menambat hati
anak
4. Learning Walks Lawatan bagi melihat bagaimana guru mengajar dan bagaimana murid belajar.
5. Mengadakan Kursus PdPc PAK21 dalam bentuk LADAP peringkat panitia , peringkat ZON
untuk perkongsian amalan terbaik sekolah masing-masing

LAPORAN PENYELIAAN
Instrumen Pemantauan Program
Mengadakan mesyuarat peringkat panitia teliti sPeCt setiap individu dan
OPPM
keseluruhan panitia
PMD Pelaksanaan program berbentuk Coaching and mentoring
Pelaksanaan PLC Berterusan peringkat sekolah dan Zon *(Program UMI)-
OPPM
teknik menambat hati anak
Learning walks Lawatan pihak pentadbir melihat bagaimana guru mengajar dan
OPPM
bagaimana murid belajar
Mengadakan Kursus PdPc PA21 dalam bentuk LADAP peringkat panitia ,
OPPM
peringkat ZON untuk perkongsian amalan terbaik sekolah masing-masing

Untuk meningkatkan kualiti PdPC dan memperbaiki amalan pedagogi guru, langkah Instructional Rounds
(IR) dilaksanakan kemudian diadakan perbincangan berbentuk coaching dan mentoring dengan
mengenalpasti kekuatan, kelemahan dan langkah penambahbaikan dengan menggunakan Borang Plus –
Minus – Delta (PMD).

7
LEARNING WALK PENTADBIRAN SEKOLAH

Pengumpulan data telah dibuat menggunakan :


1. Pencerapan PdPc guru oleh pihak pentadbir (penilaian sebenar) menggunakan SKPMg2 Std
4 bagi melihat perubahan pada setiap guru.
2. Soal selidik murid“Perubahan Sahsiah Murid”
3. Pencapaian murid dalam ujian saringan sekolah AR3

TINDAKAN SUSULAN

“PPLCML” (pasukan perlaksana) ditubuhkan terdiri daripada ketua – ketua panitia yang lain
merancang program bagi mengatasi setiap jurang yang paling besar pada setiap tahun dalam panitia
masing-masing.

2017 Panitia Matematik 2018 Panitai Teras 2019 Semua Panitia

Pengurusan dan perlaksanaan Peer Learning Coaching (PLC) dibuat secara berterusan.

RUMUSAN

Berdasarkan instrumen yang telah dipelajari melalui Kursus LCML, banyak kelebihan telah diperoleh
iaitu dapat memudahkan urusan pengurusan oleh Ketua Panitia, menjimatkan masa dalam proses
mengurus dan memantau program Panitia serta bentuk aplikasi adalah mesra pengguna. Sehubungan
denguan itu, sebagai Ketua Panitia saya perlu menggunakan kemahiran komunikasi secara berkesan
dan membangun kapasiti dengan pendekatan dan tindakan yang berhemah.

7
SLOT
8
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 10
Cikgu Noorlinda bt. Kamaruddin, SMK Tasek, Pulau Pinang
Tajuk : Kita Berhak Untuk Berjaya

BIODATA
Cikgu Noorlinda bt. Kamaruddin memegang jawatan sebagai Guru Kanan Mata
Pelajaran (GKMP) sejak 2008 hingga Feb, 2018 setelah itu, bermula 1 Mac,
2018 dilantik sebagai Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum, SMK Tasek (DG48).
Pernah berkhidmat sebagai Pegawai Sumber Manusia di May Plastic
Industries, Prai, Pulau Pinang. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan
Sumber Manusia dan Organisasi, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan
Diploma Pendidikan dalam bidang Pendidikan Sains dan Matematik, Maktab
Perguruan Persekutuan, Pulau Pinang (MPPPP). Dalam penglibatan sosial,
menganggotai Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Di Raja Malaysia
(TLDM) berpangkat Leftenan
Muda. Sepanjang perkhidmatan telah meraih Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak 2
kali iaitu pada tahun 2003 dan 2010. Turut terlibat sebagai Pembentang Amalan Terbaik
Pemimpin Pertengahan, Pulau Pinang (2018), Jurulatih Utama Matematik SPM dan penggubal Modul
Matematik SPM, PERDA, Pulau Pinang.

YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, KP Pembangunan Pengurusan Pendidikan


YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Sidang hadirin semuanya.

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. 70% murid-
muridnya terdiri daripada kaum India dan kedudukannya terletak di Kawasan black area (Geng 304
dan 308). Majoriti poenduduknya bekerja sendiri. Banyak kes penagihan hidu gam dan dadah berlaku.
Sekolah ini dikelilingi kampung-kampung Melayu. Dalam radius 2 km terdapat sekolah yang
hebat-hebat di sekitarnya, seperti Sekolah Sukan Negara, sekolah-sekolah yang ada asrama desa dan
tingkatan 6 dan sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang berpencapaian cemerlang. SMK Tasek juga
menjadi tempat murid- murid yang dibuang sekolah ditempatkan. Terdapat 2 aliran iaitu aliran
Perdana dan Pendidikan Khas. Ada pmurid lembam yang lambat belajar. Enrolment murid ialah 436
Melayu, 214 India, 5 Cina dan 5 lain-lain dengan bilangan guru 52 orang manakala jumlah murid ialah
660 orang.

8
ISU KRITIKAL
Pencapaian Matematik Tingkatan Lima yang rendah. Tingkatan 1 hingga 4 juga kritikal. Data
headcount telah digunakan di mana GPMP 8.85 (TOV) kemudian menurun menjadi 8.45 jauh dari
target 7.05. Punca masalah yang dikenalpasti ialah :
1. Kadar ponteng sekolah yang tinggi (tidak mencapai 75%)
2. Asas matematik yang sangat lemah. Ramai yang tidak mempunyai Kalkulator. Sekolah Terpak
meminjamkan. (Merujuk keputusan PT3 – 2015 – Hanya 7 (D) dan 14 €.
3. Amalan PdPC yang sederhana

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT PERUBAHAN

PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 10


Di Pulau Pinang, Ketua Sektor (Arwah Dr Nazari – Mantan Pengetua) telah
memperkenalkan program SIPI 5 iaitu langkah intervensi serta traffic light bagi mengenalpasti
pelajar yang berada di landasan atau tersasar. Ketua Bidang bersama Guru Mata pelajaran pergi ke
setiap kelas menerangkan di manakah kedudukan mereka dan harapan sekolah kepada mereka,
kemudian pihak sekolah memanggil waris dan menunjukkan kedudukan anak-anak bagi membantu
waris membuat sesuatu. Disamping itu, kita juga merujuk Rancangan Pengajaran guru, buku
latihan murid-murid (adakah soalan KBAT diberikan).

8
Fail keberadaan murid-murid juga disediakan untuk mengambil semula kehadiran bagi
mengenalpasti siapakah yang ada dalam kelas dan tidak ada dalam kelas. Taklimat kepada waris turut
dilaksanakan. Namun demikian, kehadiran waris kurang membe-rangsangkan.
Learning Walk telah dibudayakan di SMK Tasek. Geng Maths Cikgu Linda telah
diwujudkan disamping sesi perkongsian Guru-guru secara berkala. Oleh kerana SMK Tasek
banyak geng, maka program geng Maths diperkenalkan. Modus operandi Geng Maths ialah merekrut
murid-murid yang berpotensi iaitu yang lulus Matematik, namun murid-murid yang tidak lulus pun
turut dibenarkan menjadi ahli jika ada semangat belajar dan dilihat mempunyai potensi serta mahu
berubah. Anggota geng ini akan diberi lencana geng Maths dan akan dipakaikan pada baju disamping
membawa uncang. Program Geng Maths ini akhirnya menjadi sangat popular. Mereka akan diberikan
bimbingan khas. Mereka juga dilantik sebagai fasi dalam kelas dan dipanggil dalam perhimpuan
dan diberi token.
Semangat Maths is Fun juga dikembangkan hasil analisis keputusan UPSR yang dihantar
ke sekolah untuk menilai kebolehan dan murid-murid Tingkatan 1 yang berpotensu. Hampitr 60%
daripada mereka mendapat D dan gagal Matematik. Iaitu A = 10%, B = 17%, C = 15%, D = 38 %
dan E = 20 %. Ada juga timbul dalam benak guru-guru dan rasa malu dengan pandangan dan
persepsi masyarakat terhadap SMK Tasek, namun hal ini menjadi satu cabaran yang perlu
ditempuhi. Saya menaikkan semangat guru-guru dan menyatakan peranan besar mereka untuk
menangkis tanggapan ini. Untuk menjadikan pembelajaran matematik menyeronokkan, penerapan
belajar melalui permainan digunakan (Fun Learning).

IMPAK
Dalam pencapaian SPM 2017, GPS SMK Tasek ialah 7.12 walaupun ETR 7.05. Walau tidak
mencapai sasaran tetapi usaha telah dilaksanakan. Saya berpesan kepada murid-murid agar
berpegang kepada tagline: “Hari ini lebih baik daripada semalam, Hari esok lebih baik daripada hari
ini”. Usaha itu penting, hasil yang kedua. Guru-guru juga diberikan motivasi. Saya tidak perlukan guru
yang hebat dan guru pakar tetapi saya perlukan guru yang bersemangat.

CABARAN KETIKA MENJALANKAN PROGRAM


1. Guru tak cukup
2. Pelajar selalu ponteng
3. Sumber kewangan terhad
FAKTOR KEJAYAAN
1. Kepimpinan Sekolah
2. Kesungguhan guru
3. Kemahiran Pelajar
4. Perancangan Siustematik
PENAMBAHBAIKAN
1. Amalan Pedagogi Guru
2. Masalah ponteng sekolah
Saya bertekad untuk mengatasi masalah ponteng dengan kerjasama Unit HEM dan Unit Disiplin. Setiap
tindakan dilakukan berdasarkan data. SMK Tasek berhak untuk Berjaya, from Zero to Hero, ubah
musibah menjadi anugerah. Guru kena berubah. Sedikit perubahan yang berlaku sudah menjadi satu
pencapaian yang besar.

8
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 11
Cikgu Nor Julianawati bt. Mohd Samsuddin, SK Permatang Pasir, Pulau
Tajuk : AIS (Art In Science) Dalam Memperkasakan STEM

BIODATA
Cikgu Nor Julianawati bt. Mohd Samsuddin merupakan Ketua Panitia Sains, Sekolah
Kebangsaan Permatang Pasir, Pulau Pinang dan boleh dihubungi menerusi alamat
e-mel : norjuliana78@gmail.com. Berpengalaman sebagai guru selama 19 tahun
bermula di Sekolah Kebangsaan Undang Rembau, Negeri Sembilan (2000 – 2005).
Pernah menjadi Setiausaha Panitia Matematik dan Bahasa Melayu, Setiausaha
Pengakap Kelana, Negeri Sembilan dan Penolong Pesuruh Jaya Pengakap
Negeri Sembilan. Setelah itu, berpindah ke Sekolah Kebangsaan Sungai Karang,
Kuantan (2006 – 2007) dan dilantik sebagai guru ICT dan Penyelaras Makmal
Komputer.
Dalam tempoh 2008 – 2010, berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Membedai, Wilayah Persekutuan
Labuan, pada tahun 2011 – 2012 berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, Pulau Pinang
sebelum berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir sejak tahun 2013 hingga kini.
Berkelulusan Diploma Perguruan Malaysia dari Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka dalam
opsyen Sains dan Bahasa Melayu serta memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian.
Pencapaian yang telah diperolehi ialah dianugerahkan sebagai Guru Inovatif peringkat Negeri Sembilan
(2004), Finalis Guru Inovatif Peringkat Kebangsaan (2005), Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
(2011), Guru Cemerlang KoKurikulum Peringkat Sekolah (2015), Pembentang Perkongsian
Amalan Terbaik LCML peringkat Negeri Pulau Pinang (2018) dan muncul pembentang terbaik
dalam Kolokium Transformasi Sekolah (TS25) peringkat kebangsaan di Universiti Kebangsaan
Malaysia.

YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, KP Pembangunan Pengurusan Pendidikan


YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Sidang hadirin semuanya.

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir merupakan Sekolah Transformasi yang memberi tumpuan
kepada kemenjadian murid. Guru Besar saya Pn Hamidah Sulaiman banyak menyokong setiap
aktiviti yang dilaksanakan di sekolah demikian juga Guru-guru Penolong Kanan. Bilangan guru
ialah 54 orang, bilangan murid Tahap 1 dan Tahap 2 ialah 658 orang manakala murid-murid pra
sekolah melibatkan 79 orang. Sekolah ini dilingkungi oleh Kawasan sawah padi.

A.I.S (Art in Science)

Tujuannya untuk mewujudkan pembelajaran yang menyeronokkan menggunakan seni pedagogi yang
memberi impak kepada murid. Analisis data dibuat mengikut langkah-langkah dalam Kanvas Strategi
Analisis Data. Kepada ahli-ahli Panitia Sains, perkongsian tentang Kanvas telah dilaksanakan.
Seterusnya pembentukan pasukan dan analisis data menerusi SKPMg2 Standard 4 serta menggunakan
instrument OPPM dan SPeCT. Perkongsian kepada panitia lain, daerah dan negeri juga dibuat.

ISU YANG KRITIKJAL

1. Murid kurang berminat terhadap mata pelajaran Sains


2. Meningkatkan penccapaian murid-murid dalam mata pelajaran Sains iaitu meningkatkan
pencapaian lulus UPSR

8
LATAR BELAKANG MURID

Murid-murid di sekolah ini adalah anak-anak kampung yang hanya menunjukkan pencapaian yang
sederhana.

MAKLUMAT AHLI-AHLI PANITIA

Terdapat 3 orang ahli Panitia Sains yang berkelulusan Ijazah Sarjana muda dan masing-masing
memililiki opsyen dan pengalaman melebihi 10 tahun mengajar dan 2 orang mempunyai pengalaman
memeriksa kertas UPSR Sains.

PENCAPAIAN MATA PELAJARAN SAINS UPSR

Tahun Jumlah Murid Bilangan Gagal


2013 87 10
2014 105 13
2015 118 9
2016 88 7
ETR 2017 92 3

Selepas pelaksanaan AIS ini, telah meningkat kepada 96.3 % dan bilangan gagal hanya tinggal 3
orang sahaja

OBJEKTIF INOVASI

Bertujuan menerapkan elemen Fun Learning dengan menggunakan kemahiran seni jahitan, dan seni
lukis dengan objektif untuk :
1. Menyediakan PdPC Fun Learning
2. Melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis
3. Melahirkan guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi

BAGAIMANA MELAKSANAKAN?
1. Melaksanakan analisis jurang bagi mengenalpasti JSU kritikal iaitu 4.1.1, 4.4.1 dan 4.6.1
5.4.1 Guru merancang PdPC
5.4.2 Guru mendiiring minda murid bagi melaksanakan PdPC terancang
5.4.3 Melibatkan penglibatan aktif murid dalam kegiatan belajar
2. Parking Lot selepas PdPC
Melalui dapatan refleksi murid, hasil edaran kaji selidik kepada murid-murid maka item Ya dan
Tidak digunakan.
INTRUMEN KAJI SELIDIK
Soal selidik dengan item soalan yang mudah dikemukakan kepada murid-murid untuk dijawab. Antara
contoh item soalan ialah:
1. Adakah anda suka belajar mata pelajaran sains?
2. Jika guru mengajar secara lisan dan menulis di papan hitam . Adakah seronok
3. Anda setuju belajar kumpulan
4. Aktiviti hands on
5. Sukakah and ajika guru selalu meminta maklumbalas

8
Setelah itu, murid-murid memberikan komen terhadap PdPC guru. Antara komen murid ialah
guru mengajar chalk & talk, memberi nota, tidak suka cikgu mengajar sepanjang masa. Kebanyakan
murid- murid suka dielang seli dengan dengan aktiviti.

PERBINCANGAN DALAM PANITIA MENILAI PROGRAM PANITIA

Borang SPeCT digunakan untuk mengenalpastyi program yang perlu dikekal atau diwujudkan.
Kemudian dipindahkan dalam boring OPPM. Kaedah memujuk digunakan, kerana ahli-ahli panitia lebih
senior. Berlaku perubahan yang agak lambat sedikit. Jangan memaksa dan memberi arahan
sebaliknya menggunakan pendekatan rundiungcara dan memberi panduan dengan komunikasi yang
berkesan.

LAPORAN PELAKSANAAN PLC

1. Learning Walks – Kenalpasti amalan berkesan yang diimplementasi (10 kali)


2. Lesson Study – Melalui medium telegram (10 kali)
3. Teacher Sharing Session – Secara formal dan informal (28 kali)
Cara membuat silangkata menggunakan apps. Diojalankan di makmal computer, di kantin dan dibuat
secara tidak formal. Murid juga menggunakan seni jahitan untuk membuat model buruj. Situasi
pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan. Seni kulibari, Wayang Kulit moden dan interaksif note.

IMPAK KESELURUHAN
1. Memenuhi kehendak sekolah Transformasi. Komen Guru Besar amat positif : “Mengaplikasi seni
dalam mata pelajaran Sains. Murid melukis kitaran semulajadi air melalui gambaran lukisan.
Saya menyokong penuh kerana menggabungkan seni dan sains.”
2. Selepas PdPC Sains, murid di minta membentangkan. Mula-mula dalam tempoh yang
singkat, tetapi lama kelamaan murid-murid menjadi berani membuat pembentangan.
3. Pencapaian UPSR juga meningkat daripada 92.6% kepada 98.6 %
4. Murid-murid boleh membentangkan hasil pembelajaran mereka dan Berjaya mendapat award
dalam Promising Project Award di Innovation Robotix Challenge.
5. Memenangi pembentangan terbaik di Kolokium Sekolah Transformasi Peringkat Kebangsaan

PENAMBAHBAIKAN
Menjalankan PLC Teacher Sjaring bersama Panitia lain mengenai kanvas strategi dan perkongsian
tindakan yang kreatif dan inovatif. Program ini Berjaya menjadikan program dan aktiviti PdPC
lebih sistematik dan murid-murid juga berminat dalam PdPC.

8
PEMBENTANGAN AMALAN TERBAIK 12
Cikgu Dzolkapli bin Hj. Haron, Ketua Sektor Jaminan Kualiti,
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
Tajuk : School Leaders – A Revisit : Building Effective Middle Leaders Thru Strategic
Enggagement for Sustaining Performance

YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, KP Pembangunan Pengurusan Pendidikan


YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Sidang hadirin semuanya.

PROFIL NEGERI PULAU PINANG

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang melibatkan Kawasan Pulau dan Seberang perai. Kawasan
Pulau meliputi 5 daerah iaitu: Daerah Timur Laut, Daerah Tengah, Daerah Selatan, Daerah Barat
Daya, dan Daerah Utara.

Daerah Sekolah Sekolah Jumlah


Rendah Menengah Sekolah
Timur Laut 74 37 111
Tengah 56 31 87
Selatan 39 17 56
Barat Daya 39 13 52
Utara 63 30 53
Jumlah 271 128 399

OBJEKTIF JPN PULAU PINANG

OBJEKTIF JPN PULAU PINANG

8
MATLAMAT JPN PULAU PINANG DALAM MEMPERKASAKAN PEMIMPIN PERTENGAHAN

1. Membangunkan kompetensi pemimpin pertengahan untuk mewujudkan pasukan pemimpin


berprestasi tinggi di sekolah
2. Membangunkan keupayaan sebagai personel penting dalam membantu PGB meningkatkan
prestasi sekolah
3. Membangunkan keupayaan untuk mengenal pasti isu atau masalah yang menghalang ke arah
peningkatan sekolah
4. Membangunkan keupayaan membangun satu tindakan intervensi untuk menghadapi isu yang
dikenal pasti.

INISIATIF JPN PULAU PINANG

Saya telah menghadiri road show yang dilaksanakan oleh IAB Utara. Saya selalu berhadapan dengan
Guru-guru Kanan Mata Pelajaran yang rata-rata banyak melaksanakan kerja-kerja perkeranian. Hasil
daripada itu, saya fikir ini bukan tugas yang betul Saya mendapat input daripada road show ini. Saya
merasakan sesuatu perlu dilakukan. Saya telah membuat Literature Review tentang Middle Leaders.
Satu yang saya ingat ialah kata-kata Tom Rogers (2017) : A Middle Leader has to teach, lead,
manage, and learn – Full time.its one of the most challenging roles in any school”. Sebagai
pemimpin, Pemimpin Pertengahan mestilah seorang yuang visionary thinking iaitu moving
forward. Sir Michael Wilshaw (2011) juga pernah mengungkapkan : “People nioot structure are
the most significant drivers of improvement and change in our schools.” IAB telah mencetuskan
sesuatu yang bermakna yang boleh kita belajar.

Matlamat utama JPN PP ialah Sekolah Berkualiti yang merujuk kepada pemimpin sekolah dan
pemimpin pertengahan dan kemenjadian murid iaitu hasil akhir setiap murid. Terdapat 5 daerah iaitu
Timur Laut, Tengah, Selatan, Utara dan Barat Daya. SK 271 , SM 128 Jumlah 3399 buah sekolah.
20800 orang guru (4800 orang guru lelaki).

KETERLIBATAN PEMIMPIN PERTENGAHAN

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang amat perihatin dengan peranan pemimpin pertengahan dalam
membantu pihak kepimpinan dan pengurusan sekolah, justeru itu, JPN Pulau Pinang telah
memberi

8
perhatian khusus untuk membawa pemimpin pertengahan sebagai hirarki kepimpinan yang penting di
peringkat sekolah. Pihak JPN Pulau Pinang telah menyambut baik Kursus Kepimpinan Pemimpin
Pertengahan yang dianjurkan oleh Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. Jentera utama untuk
menggerakkan kepimpinan pemimpin pertengahan yang berkesan ialah Competency, Skills dan
Knowledge. Pelbagai siri perkongsian juga telah dibuat melalui pelbagai pendekatan seperti
perbincangan profesional, sumbang saran, bengkel, rakan kongsi dan pemudah caraan yang turut
melibatkan PGB, PPD dan IAB.

Di bawah inisiatif PPD Daerah Timur Laut, pemimpin pertengahan yang telah berkursus di IAB
dijemput melaksanakan perkongsian peringkat daerah yang melibatkan lima buah sekolah, iaitu SMK
Hamid Khan (20 April, 2017), SMK Air Itam (16 Mei, 2017), SK Jelutong (10 April, 2017), SJKT
Subramaniya Barathee (10-11 April, 2017) dan SK Sungai Gelugor (3,10 dan 17 Julai, 2017).
Perjumpaan peserta LCML dengan Pegawai Pendidikan Daerah Timur Laut juga dibuat manakala
persediaan bahan kursus dibuat oleh JU LCML dengan pegawai meja.

Kursus ML peringkat daerah dikendalikan oleh 4 orang JU LCML mengikut butiran berikut:

Bulan Jumlah Sekolah Terlibat


September, 2017 14 buah sekolah
Oktober, 2017 36 buah sekolah
Oktober, 2017 20 buah sekolah
November, 2017 35 buah sekolah

Bahan Kursus LCML seperti modul yang dipelajari oleh peserta LCML di IAB Cawangan
Utara. Peserta kursus dipohon sediakan bahan dokumentasi untuk persediaan pembentangan program
LCML yang dilaksanakan di sekolah pada tahun 2018. Peserta kursus perlu melaksanakan LDP di
peringkat sekolah. Satu laporan pelaksanaan LDP dihantar ke PPD.

EMPAT ORANG JURULATIH UTAMA LCML DAERAH TIMUR LAUT

8
PELAKSANAAN KURSUS LCML DAERAH TIMUR LAUT

Sepanjang kursus, pemimpin pertengahan setiap sekolah akan membuat pembentangan yang
merangkumi aspek-aspek berikut iaitu berfokus kepada bidang kurikulum, cadangan program
intervensi dan data-data yang berkenaan. Pemimpin pertengahan yang telah mengikuti LCML di
IAB Utara melibatkan 13 orang GKMP dan 19 orang Ketua Panitia yang diharapkan dapat menjadi
pemangkin kepada pemimpin pertengahan yang lain.

PEMBENTANGAN DALAM KOLOKIUM PEMIMPIN PERTENGAHAN DI IAB SARAWAK

8
SLOT
9
FORUM ILMIAH

Ahli Panel:
YBrs. Tn. Hj. Mahli bin Rosli, Ketua Jemaah Nazir Sarawak
YBrs. En. Jaul Anak Bunyau, Guru Besar SK Ulu Lubai
Tajuk : Pemimpin Pertengahan Pemangkin Budaya Pembelajaran Bermakna

Modetator : Hj Edmund Shah bin Tambi

YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, Ketua Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan
YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Ketua-ketua Jabatan
Pensyarah-pensyarah kanan
Peserta-peserta kolokium.

PELAKSANAAN FORUM

Berdasarkan tema yang akan dikupas, kita berharap ahli-ahli panel dapat membincangkan bagaimana
pemimpin pertengahan melestarikan peranan mereka di sekolah dengan menerapkan konsep
pembelajaran berterusan (learn-unlearn-relearn), apakah usaha dan inisiatif ke arah mencetuskan
perubahan dalam menguruskan pasukan secara kolaboratif di sekolah. Forum ini akan dilaksanakan
secara 3 pusingan. Jawapan yang akan diberikan nanti dapatlah membantu PGB dan PP untuk
menerajui perubahan ke arah kecemerlangan organisasi.

MEMPERKENALKAN AHLI PANEL

Cikgu Jaul anak Bunyau adalah pemimpin sekolah cemerlang dari SK Ulu Lubai. Apa khabar Cikgu?
Selamat datang dari Limbang. Semoga pandangan yang diberikan nanti memberi manfaat kepada
peserta-peserta hari ini. Cikgu Jaul telah berkhidmat lebih 20 tahun di SK Ulu Lubai. Memiliki
Sarjanamuda Pengurusan Kepimpinan dan telah tiga kali menerima Anugerah Cemerlang dan tiga kali
menerima new deal. Cikgu Jaul juga telah dikurniakan Pingat Bintang Kenyalang dan Perkhidmatan
Cemerlang. Dengan kepimpinan Cikgu Jaul, SK Ulu Lubai yang asalnya sebuah sekolah sederhana kini
menjadi sekolah berprestasi tinggi sejak 2011. Sekolah ini telah memenangi 177 anugerah. 24
daripada anugerah ini adalah di peringkat antarabangsa iaitu John Commenwealth Good Practises
Award 2009.

Tn. Hj. Mahli bin Rosli dikenali oleh semua pendidik di Sarawak, iaitu Ketua Jemaah Nazir Sarawak.
Pemegang Ijazah Sarjana Kepengetuaan dari Universiti Malaya. Memulakan khidmat di SMK Serian,
menjawat jawatan Pengetua, PPD Betong, Samarahan dan Kuching. Beliau juga merupakan graduan
NPQH. Pernah juga menjawat jawatan sebagai Ketua Sektor di JPN Sarawak sebelum dilantik sebagai
Ketua Jemaah Nazir Sarawak.

Moderator :
Usai sudah pengenalan dengan dua orang ahli panel kita. Fokus perbincangan kita nanti ialah tentang
peranan dan inisiatif pemimpin pertengahan di sekolah. PP merupakan role model untuk meningkatkan
kualiti PdPC. Saya mula dengan Cikgu Jaul. Guru-guru sebenarnya pelbagai ragam ada yang pro aktif,
asertif dan burn out. Bagaimanakah hal ini dapat diatasi menerusi peranan PP agar guru-guru
terus cemerlang sepanjang perkhidmatan mereka.

9
SESI PERBINCANGAN

Cikgu Jaul anak Bunyau, GB SK Ulu Lubai :

Dalam sesi ini, ketika mengupas isu saya tidak akan bercakap tentang pelbagai teori. Semua peserta
dah belajar. Apa yang saya akan kongsi lebih kepada amalan tentang apa yang telah kami buat,
sedang dibnuat dan akan dibuat di SK Ulu Lubai, Sellalunya saya hanya sebut SKUL.

Pertama di sekolah saya, bilangan murid 29 orang (7 Pra Sekolah , 22 orang SK), dan
hanya mempunyai 13 orang guru (Termasuk GB). Dalam kalangan guru di sekolah saya juga ada yang
pro aktif, asertif dan ada yang mula burn out. Cikgu yang mula burn out ini saya lihat kurang
bersemangat. Ada juga tiga kategori yang lain : Percintaan jarak jauh (PJJ), Suami Jarak Jauh (SJJ),
Isteri Jarak Jauh (IJJ). Jadi bagaimana nak mengendalikan masalah ini. Walaupun telah 13 tahun
dalam keadaan begitu, namun-namun guru-guru tidak minta pindah. Inilah kualiti guru yang kita
mahu, guru yang memiliki roh seorang guru.

Sebagai seorang pemimpin, kita kena gandingkan mereka. Dio sekolah saya hanya 13
orang bukannya banyak sangat. Kita kena tackle mereka. Terutama guru-guru baru dengan guru-
guru berpengalaman. Kita gandingkan mereka ketika memberi satu-satu tugas. Ada penyebab lain
keadaan ini berlaku. Kita kjena memberi mereka perangsang dan dorongan agar meningkatkan
semangat mereka. Kita menjadikan diri kita sebagai contoh. Jangan biarkan kita tenggelan dengan
mereka Sentiasa memiliki idea-idea baharu dan menerapkan idea-idea ini di sekolah. Hal ini akan
memberi mereka semangat untuk bekerja. Kita hendaklah sentiasa ke hadapan dalam perkara-perkara
baharu.

Kita perlu sentiasa menghargai mereka. Setiap kejayaan yang dibuat, kita hargai mereka.
Memberi tahniah dalam mesyuarat, dalam dialiog prestasi. Hargai usaha yang mereka lakukan.
Manusia mempunyai jiwa dan mahukan penghargaan. Ada sesetengah pemimpin langsung tidak
menghargai anak buah mereka. Saya juga memberikan sijil penghargaan terhadap usaha-usaha
mereka. Kita juga calonkan mereka untuk menerima anugerah. Sekolah saya pada tahun ini menerima
Anugerah Khas Ketua Menteri Sarawak pada kali ke 4. Minggu depan murid-murid akan menyertai
pertandingan peringkat antarabangsa.

Saya juga sentiasa mencabar kemampuan guru saya. Apabla sesuatu pertandingan mendapat
johan di peringkat daerah. Saya selalu mencabar mereka. Apakah next step. Selepas daerah kemana
lagi nak pergi. Lepas menang peringkat bahagian apa lagi next step. Lepas menang peringkat negeri,
kemana lagi. Lepas peringkat negeri peringkat kebangsaan. Lepas peringkat kebangsaan ke
peringkat antarabangsa.

Jika murid-murid menang peringkat kebangsaan, ibu bapa dah tidak lagi membuat sambutan,
hanya peringkat antarabangsa baharu di sambut pada peringkat permulaan, tetapi sekarang dah jadi
macam biasa sahaja. Murid-murid saya menguasai Public Speaking dan Tarian. Ketika menyertai
pertandingan di Brunei, ada 12 kategori, semua 12 kategori disapu oleh SK Ulu Lubai. Kita kena turun
task force. Seotrang guru seni akan melatih koreografi. Guru muzik akan mengajar muzik. Props,
Lighting, Costum semuanya dikendalikan oleh seorang guru. 13 orang guru dfi sekolah terlibat
Saya berhenti di situ.

Moderator :
Banyak perkongsian yang telah diberikan. Hebat Cikgu. Izinkan saya berpindah kepada En. Mahli. Tadi
Cikgu Jaul ada menyebut Role Model. Bagaimana Pemimpin Pertengahan boleh menjadi role model?.

9
Tn. Hj. Mahli, Ketua Nazir Negeri Sarawak :

Saya berminat dengan tajuk ini. Perkataan pemangkin menarik minat saya. Pemangkin kalau ikut bahasa
asalnya dalam istilah Sains. Apabila saya mendengar jawapan Cikgu Jaul ini, soalan tentang role model
ini tak perlu saya jawab lagi. Setiap pemimpin ialah role model. Keyword kepada role model ialah
pengaruh. Dengan pengaruh kita akan menjadi role model. Bila bergaya sebagai pemimpin, kita akan
menjadi role model. Pemangkin tidak begitu sinonim dengan watak pemimpin. Pemangkin perlu
dikaitkan dengan agen perubahan. Ada makna tersirat dalam istilah ini, iaitu tindakbalas. Kenapa perlu
pemangkin supaya ada reaksi. Pemangkin akan meningkatkan kadar tindak balas.

Karakter pemangkin dalam ertikata sebenar secara fizikal tidak terlibat dalam tindak balas.
Dalam konteks kita sebagai pemimpin, apa maknanya. Maknanya seorang pemimpin yang baik,
keberadaannya sudah memberi makna. Dalam tajuk ini juga ada pemimpin pertengahan. Pemimpin
bukan satu cop mohor. Kerja pemimpin ialah secara holistik, profesional dan kontekstual. Tiada
sempadan dalam istilah pemimpin up and down.

Seterusnya, pembelajaran memerlukan pemikiran. Cikgu Jaul telah menterjemahkan apa yang
telah diperkatakan. Laksanakan seperti apa yang Cikgu Jaul praktikkan. Kita kena ambil karakter
sebagai seorang pemimpin. Saya tidak mempunyai pengalaman yang panjang sebagai pemimpin
sekolah seperti Cikgu Jaul. Satu lagi perkataan yang menarik dan perlu kita fikirkan ialah
pembelajaran bermakna.

Sangat mendalam makna perkataan pemangkin tu. Keberadaan pemimpin memberi impak.
Dalam konteks organisasi, setiap tindak balas, ada tenaga yang cukup. Tenaga juga menjadi satu
halangan. Aras optimum tenaga itu dikurangkan agar tindak balas menjadi lebih tinggi. Maknanya
disini, sebagai pemimpin, merendahkan halangan, mengatasi barrier, kurangkan kesukaran guru.
Permudahkan kerja guru.

Pembelajaran bermakna itu secara mikronya dalam PdPC secara makronya apa yang
berlaku selepas sekolah. Meaningful Learning adalah merujuk kepada pembelajaran sesuatu dapat
mencetuskan pengetahuan baharu yang lain. Ertinya, dapat mengaitkan pengetahuan yang
diperolehi dengan pengetahuan yang lain. Di Sarawak ini, ada sekolah besar dan ada sekolah kecil
seperti Sekolah Cikgu Jaul, cukup sukar saya nak letakkan kategori pemimpin atasan, pertengahan dan
bawahan. Tidak ada sempadan.

Moderator:
Saya tertarik penggunaan perkataan catalyst. Sebagai agen perubahan atau pemangkin tadi. Nak tak nak
kita perlu bincangkan Pembelajaran Abad Ke 21. Adakah program-program panitia di sekolah cikgu
ada memberi impak kepada PAK21.

Cikgu Jaul anak Bunyau, GB SK Ulu Lubai :

Sebagai pemimpin di sekolah, sepatutnya dalam diri kita sebagai pemimpin, tetapkan halatuju atau
matlamat yang hendak di capai. Kalau Ketua Panitia, apakah halatuju panitia yang hendak dicapai.
Halatuju sangat penting. Apa yang kita hendak bawa. Semua pemegang taruh kena faham hala tuju
ini. Jangan nanti, tidur sebantal mimpi lain-lain. Kalau berjaya, satu sekolah berjaya. Kejayaan semua,
hasil usaha kita. Adakah kita mahu sekolah sederhana, berada dalam status quo atau berprestasi.
Contohnya SK Ulu Lubai, halatuju yang ditetapkan ialah: 100% Sifar Linus, GPS UPSR di bawah 2.0,
minima C dan D bagi sekolah, murid-murid itu dah dianggap gagal. Keutamaan di SK Ulu Lubai hanya
A dan B. Pada saya guru mesti rasa bersalah jika murid-murid dapat C. Jika semua guru faham
halatuju, semua akan berusaha sebagai satu pasukan. Murid-murid adalah pelanggan, maka
keutamaan adalah memberi khidmat terbaik kepada pelanggan.

9
Saya juga membuat penjenamaan sekolah. Bina identitI sekolah. Untuk program gotong-royong,
saya jenamakan menggunakan bahasa Iban. Seterusnya perlu ada budaya kerja. Saya nyatakan di
awal mesyuarat bersama staf. Elakkan budaya 4 M iaitu malas (bila beri satu tugas berikan alasan),
malu (malu memberi idea dan pendapat – perlu elakkan), manja (bila diberi tugas, selalu komen apa
yang tidak ada – Jangan cari yang tidak ada, cari apa yang ada), dan monyok (bila semua kehendaak tak
dapat jadi monyok). Apabila 4 M dielakkan ganti dengan 5M iaitu : Merancang (Jumpa PGB mesti
ada perancangan – mesti ada kertas kerja), Melaksana (Perancangan diterjemahkan dalam
bentuk pelaksanaan), Memantau (Gunakan masa untuk memantau ahli-ahli panitia, guru-guru di
bawah bidang agar program yang dilaksana berjalan lancar – Buat laporan kepada pemimpin
biarpun tidak ada di sekolah). Saya ada saya tidak ada, roh dan jiwa saya tetap ada di sekolah, Menilai
dan Menambahbaik. Seterusnya bina watak dan etos sekolah. Sekolah Berwatak mesti dibentuk dan
dipupuk. Watak sekolah yang dikembangkan di Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, ialah Komunikasi Bahasa
Inggeris. Latih murid- murid berbicara dan berpidato dalam Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris
digunakan dalam perbualan.

RPH amat penting dan tidak boleh diabaikan. Mesti tulis refleksi dalam RPH. PAK 21 dijalankan
melalui Projek Kelas Angkat (PROKAT). Hiaskan kelas dengan khidmat guru-guru dan komuniti agar
suasana kelas menjadi kondusif dan mempunyai banyak maklumat. Saya telah pergi melawat sekolah-
sekolah di luar negara, saya rasa malu. Di luar negara, sekolah ada guru pembantu. Di England ada 3
orang guru pembantu. Seorang yang diberi lantikan bergaji, 2 orang adalah dari dana PIBG. Saya
terapkan amalan ini, ibu bapa masuk dalam kelas ketika PdPC. Daripada ibu bapa duduk di luar,
mereka dijemput duduk bersama dalam kelas tetapi ibu bapa diberitahu apa yang perlu dilakukan:
Jangan main H/P, jangan bercakap, Jangan berkata kesat dan mencubit anak. Ketika aktiviti dilakukan,
ibu bapa akan membantu. Ibu bapa lebih tidak sabar daripada guru. Dalam Mesyuarat PIBG saya
beritahu ibu bapa, betapa besarnya pengorbanan guru. Ibu bapa menjadi faham peranan guru.

Di sekolah saya , apabila guru beritahu bawa barang-barang ini untuk aktiviti anak, ibu bapa
akan menyediakannya. Ibu bapa sangat membantu dan anak-anak sangat bersemangat.

Moderator:
Bagaiimana konsep pembelajaran sepanjang hayat dapat diterapkan dalam kalangan guru-guru.
Apakah syor-syor yang boleh Tn. Hj. Mahli kemukakan untuk membudayakan amalan ini.

Tn. Hj. Mahli, Ketua Nazir Negeri Sarawak :

Terima kasih sekali lagi. Setiap sekolah menggunakan pernyataan yang sama dari segi visi, iaitu
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera yang mana tidak sama. Yang tak sama setiap
sekolah ialah Kualiti dan Insan. Strategi yang akan dilaksanakan juga lain, mengikut konteks setiap
sekolah. Penterjemahannya perllu mengikut konteks sekolah. Pemimpin mempunyai visi dan misi yang
jelas barulah perancangan menjadi jelas dan tepat. Pemikiran strategik perlu di luar kotak. Jangan
cedok program sekolah lain.

Cikgu Jaul anak Bunyau, GB SK Ulu Lubai :

Apa yang ada dalam visi. Melestarikan, kemudian Berkualiti. Berapa orang murid yang tidak pandai
baca. Kalau ada jangan bermimpi untuk mencapai 100%. Murid pra dah pandai baca. Waktu masuk ke
Sekolah ini, pencapaian UPSR hanya 33%. Tindakan perlu dilakukan. Saya cipta satu program iaitu Kelas
Dewasa. Saya nama kan program Bacaan Bistari Secara Hoistik (BIOTIK).

Moderator :
Terima kasih satu perkongsian yang hebat. Terima kasih kepada kedua-dua ahli panel. Sarat dengan
ilmu, sarat dengan nasihat, namun masa mencemburui kita.

9
SLOT
10
RUMUSAN KOLOKIUM OLEH PENYELARAS LCML
Dr. Redzuan bin Hj. Jantan

YBrs En. Abdul Mu’ti bin Ahmad, Ketua Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan
YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan
Sarawak Ketua-ketua Jabatan
Pensyarah-pensyarah kanan

PENYELARAS KOLOKIUM : DR REDZUAN BIN JANTAN

AlhamdulilLah kita telah sampai ke hari terakhir Kolokium yang dimulakan dengan perasmian
oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, kemudian diikuti Ucaptama 2 oleh wakil Pengarah
JPN Sarawak, pembentangan kajian oleh Dr Zoolaiha Abdul Rahman dan perkongsian amalan terbaik.
Tema Pemimpin Pertengahan Pemangkin Budaya Pembelajaran Bermakna telah dikupas dengan
sebegitu sistematik melalui ucaptama dan forum yang telah klita semua ikuti tadi.

9
3 sub tema telah dikemukakan dan dibentangkan oleh para pembentang. Pemimpin
Pertengahan Sebagai Penggerak PdPC menjadi tajuk yang menjadi pilihan para pembentang. Para
pembentang mempunyai latar belakang yang hebat dan kebanyakannya telah menerima APC,
Pingat Emas Pertandingan Inovasi dan Pembentang terbaik.
Dalam forum hari ini, kita juga telah mendengar kupasan tentang tema oleh dua orang ahli
panel yang dijemput. Sebagai pemimpin di sekolah, sepatutnya dalam diri kita sebagai pemimpin,
tetapkan halatuju atau matlamat yang hendak di capai. Kalau Ketua Panitia, apakah halatuju panitia
yang hendak dicapai. Halatuju sangat penting. Apa yang kita hendak bawa. Semua pemegang taruh
kena faham hala tuju ini. Jangan nanti, tidur sebantal mimpi lain-lain. Kalau berjaya, satu sekolah berjaya.
Kejayaan semua, hasil usaha kita.
Sepanjang kolokium berlangsung, perhatian dan tumpuan diberikan seratus peratus oleh
peserta. Jumlah kehadiran melalui e-sidang juga meningkat berbanding hari pertama namun masih
ada yang belum tick kehadiran dalam e-sidang. Penilaian juga boleh dibuat untuk semua slot
sepanjang kolokium ini. Peserta telah mendengar semua pembentangan. Dari aspek kolaboratif dan
jaringan, tuan puan dari seluruh pelosok negara dapat saling kenal mengenal dan berinteraksi antara
satu sama lain.
SEKIAN TERIMA KASIH

PENGARAH CAWANGAN, DR ABANG HUT BIN ABANG ENGKEH


SEDANG MENYAMPAIKAN KATA ALU-ALUAN

9
KETUA PUSAT PEMBANGUNAN PENGURUSAN PENDIDIKAN, EN. ABDUL MU’TI BIN AHMAD : TANDA TANGAN BUKU PELAWAT

9
SLOT
12
UCAPAN PENUTUPAN KOLOKIUM
OLEH KETUA PUSAT PEMBANGUNAN PENGURUSAN PENDIDIKAN
YBhg. En. Abdul Mu’ti bin Ahmad
(Mewakili Pengarah IAB)

YBrs. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
YBrs. Hj Edmund Shah bin Tambi, Timbalan Pengarah IAB Cawangan
Sarawak Ketua-ketua Jabatan
Pensyarah-pensyarah kanan
dan siding hadirin yang dihormati.

Pertama sekali, bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-
Nya dapatlah kita bersama-sama dalam majlis pada hari ini bersempena dengan Kolokium
Pemimpin Pertengahan 2018 anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB) kali ke-2 kali yang diadakan pada
tahun ini.

Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada IAB umumnya dan IAB Cawangan Sarawak
khasnya atas penganjuran kolokium yang pertama kali diadakan di Bumi Kenyalang dan melibatkan
seramai 180 orang peserta. Ucapan penghargaan juga kepada semua warga IAB yang telah
memberikan komitmen mereka melalui modul yang dibangunkan dan latihan yang dilaksanakan serta
seterusnya menganjurkan kolokium ini. Mandat yang diberikan untuk melaksanakan kolokium
seumpama ini menunjukkan kebolehpercayaan yang diletakkan di bahu IAB sebagai pusat latihan
dalam kepimpinan dan pengurusan.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pembentang dan peserta
kolokium kerana sanggup meluangkan masa dalam majlis perkongsian ilmu ini. Semoga ianya
bermanfaat kepada tuan-tuan dan puan-puan sebagai pemimpin pertengahan di sekolah dan
seterusnya menjadi ruang kepada perkongsian amalan terbaik dalam organisasi masing-masing.

Sesungguhnya, penganjuran kolokium ini juga mencerminkan komitmen IAB sebagai institusi
latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan terulung di negara kita dalam memainkan peranan

9
penting dalam menjayakan anjakan kelima PPPM 2013 – 2025, iaitu memastikan setiap pemimpin
berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Semoga kolokium ini dapat memberi makna dan
impak positif kepada semua pihak, khususnya kepada para pemimpin pertengahan dan pentadbir
pengurusan pendidikan yang sudah pasti mengharapkan sesuatu sentuhan minda dalam menangani
perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar.

Sidang hadirin yang dihormati

Sesungguhnya, kehadiran dan penglibatan tuan/puan dalam kolokium ini membuktikan sokongan,
dokongan dan semangat untuk melestarikan bidang pendidikan secara holistik demi memartabatkan
sistem pendidikan negara. Saya berharap semoga usaha murni seperti ini merupakan salah satu
wadah ke arah menjadi pemimpin pendidikan berprestasi tinggi yang sentiasa peka dengan
perkembangan dan perubahan dalam dunia pendidikan.

Pemilihan tema kolokium pada kali ini iaitu “Pemimpin Pertengahan Pemangkin Budaya
Pembelajaran Bermakna” sememangnya sangat bertepatan dengan hasrat, kesediaan dan pencapaian
yang diutamakan oleh Kementerian Pendidikan. Perkara ini sangat berkait rapat dengan
tanggungjawab pemimpin pertengahan yang memainkan peranan penting sebagai pelaksana dan
pendokong dalam menentukan kejayaan dasar-dasar baharu pendidikan yang diilhamkan oleh
kepimpinan negara dan Kementerian Pendidikan. Perkongsian ilmu dan kerjasama sebeginilah
yang akan menjadi daya penggerak bagi menjamin kualiti pendidikan negara terus mencapai tahap
yang cemerlang.

Kecemerlangan ini boleh diterjemahkan melalui kemenjadian murid yang holistik,


berkebolehan, berkualiti, berwibawa tinggi, berintegriti dan berpegang kepada nilai-nilai moral yang
kukuh serta dapat melahirkan pemimpin di semua peringkat dan lapisan masyarakat. Hal ini jelas
menunjukkan komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga tuan-tuan dan puan-
puan bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah dan memartabatkan profesion keguruan. Saya yakin
berkat kerjasama dan kesungguhan kita semua pastinya akan berjaya meningkatkan lagi kualiti
pendidikan.

Sidang hadirin yang dihormati

Pemimpin pertengahan yang terdiri daripada Ketua Panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran berfungsi
untuk memantau dan mengawal gerak kerja kumpulan kakitangan yang mengurus sesuatu rutin kerja.
Mereka juga bertanggungjawab memastikan guru–guru menggunakan pengetahuan, kefahaman,
kemahiran dan kebolehan mereka dalam melaksanakan tugas di sekolah.

Pemimpin yang cemerlang berupaya menukarkan 'knowledge' kepada 'applied knowledge'


dalam tugasannya. Sehubungan dengan itu peranan pemimpin pertengahan perlu terus diperkukuhkan
lagi kerana mereka berperanan sebagai perancang strategik, menjadi jambatan antara pengurusan utama
dengan pegawai pelaksana, penterjemah dan pelaksana strategi sekaligus berperanan sebagai
pelaksana perubahan.

Oleh yang demikian, IAB telah mengambil inisiatif menambahbaik latihan pengurusan dan
kepimpinan pendidikan dengan mengadakan Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (Leadership
Course for Middle Leaders, LCML) bagi membangunkan kompetensi Pemimpin Pertengahan di sekolah.
Ini selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 dalam anjakan
kelima iaitu mempastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

Melalui Kursus LCML yang diadakan secara bersemuka selama 5 hari dan tugasan yang
dilaksanakan di sekolah dengan bimbingan Pensyarah Pembimbing, Ketua Panitia dan Guru Kanan
Mata Pelajaran diberikan pendedahan untuk menjadi pemimpin pembelajaran yang dapat mengiktiraf
9
dan menjadi suri teladan dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Selain
itu,

9
pemimpin pertengahan juga dibimbing dalam membuat penilaian kualiti pengajaran dan pembelajaran
dengan tepat. Pemimpin pertengahan juga diberikan pendedahan untuk meningkatkan kemahiran
yang diperlukan bagi melaksanakan tugas secara efektif sebagai mentor kepada rakan guru yang lain
dengan menggunakan data secara efektif untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran
serta meningkatkan standard sekolah secara keseluruhan.

Mereka juga dilatih untuk merancang dan memantau penambahbaikan sekolah berterusan
secara berkesan mengikut bahagian yang dipertanggungjawabkan kepada pemimpin pertengahan
tersebut. Diharapkan mereka dapat memberikan sumbangan yang efektif terhadap sistem pengurusan
prestasi sekolah melalui pencerapan pengajaran serta pemantauan terhadap pelaksanaan Pengajaran
dan Pemudahcaraan (PdPc) dalam bilik darjah.

Sidang hadirin yang dihormati


Pemimpin pertengahan merupakan kumpulan pengurus peringkat kedua dalam hirarki sesebuah
organisasi. Peranan dan kedudukan mereka penting kerana mereka ialah kumpulan pemimpin yang
menjadi penghubung di antara pemimpin atasan dengan kumpulan pelaksana iaitu guru-guru dan staf
sekolah. Mereka membantu pihak pemimpin atasan membuat perancangan strategik dan
melaksanakan perancangan tersebut bagi mencapai misi dan visi organisasi.
Dalam masa yang sama kumpulan pemimpin pertengahan berperanan menyelaraskan aktiviti-
aktiviti kumpulan pelaksana yang membawa kemajuan pembelajaran dalam kalangan murid.
Keberkesanan mereka melaksanakan tugas penting ini akan memberi impak secara langsung kepada
kemajuan prestasi murid. Selain melaksanakan tugas sebagai guru mata pelajaran, pemimpin
pertengahan juga menjalankan peranan sebagai pemimpin kurikulum yang akan menentukan
kecemerlangan pendidikan sesebuah sekolah.

Penyediaan pendidikan berkualiti bukan sahaja melibatkan aspek pembangunan prasarana


pendidikan yang serba lengkap dan moden, tetapi juga aspek kualiti kurikulum dan guru. Bagi
memastikan rakyat mendapat akses kepada pendidikan berkualiti, Kementerian Pendidikan
sentiasa memastikan ketiga-tiga aspek ini diberikan keutamaan.
Pemimpin pertengahan yang sememangnya memikul tugas besar, bukan sekadar
memimpin orang bawahan atau mengurus sumber yang ada, malah dipertanggungjawabkan
untuk bersama-sama merealisasikan apa jua perancangan dan perubahan sistem pendidikan
seperti yang dicita-citakan oleh negara.
Selain daripada itu, pemimpin pertengahan juga mempunyai peranan yang penting dalam
memastikan penyampaian pendidikan yang berkualiti kepada murid. Ini kerana kualiti pendidikan
di sekolah amat bergantung kepada keterampilan dan profesionalisme yang dimiliki oleh para
guru. Pemimpin pertengahan juga perlu berupaya menunjukkan kepimpinan dan pengurusan
yang berkualiti dalam mengurus pembelajaran formal dan tidak formal di sekolah masing-
masing. Kualiti murid kita hanya akan terjana menerusi amalan pengurusan yang berkualiti
dan beretika serta mementingkan budaya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat.
Jika kita tidak berubah seiring dengan perubahan semasa dan perkembangan teknologi,
kita akan ketinggalan. Kita perlu mempunyai semangat dan kemahuan untuk berubah ke arah
kebaikan kerana semangat ini akan membuatkan kita sentiasa bersiap sedia untuk
menghadapi sebarang bentuk cabaran sekalipun.
Kita sedar bahawa kualiti bukanlah satu destinasi, tetapi suatu perjalanan yang berterusan.
Sesuatu yang dianggap berkualiti pada hari ini mungkin tidak lagi berkualiti pada esok hari atau pada
masa akan datang. Oleh itu, pencapaian kualiti memerlukan perubahan.

9
Kita juga perlu mengurus perubahan dengan cekap. Untuk berjaya mengurus perubahan kita
perlu melakukan perubahan minda serta membuat penyesuaian nilai dan norma yang menjadi
pegangan. Peranan pemimpin pertengahan juga turut penting dalam memperkasakan sekolah. Mereka
mempunyai segala sumber dan kekuatan untuk bersama-sama menjayakan agenda ini. Di sinilah
terletaknya peranan sebenar seorang pemimpin pertengahan yang profesional.

Sidang hadirin yang dihormati

Dasar Baharu Pendidikan Negara hanya akan dapat dicapai seandainya kita semua meningkatkan
kefahaman tentang hala tuju negara dalam bidang pendidikan untuk meningkatkan keberkesanan
pendidikan di sekolah-sekolah sebagai pemangkin kepada visi dan misi Kementerian Pendidikan.
Pemimpin pendidikan di setiap peringkat perlu memainkan peranan yang proaktif dalam menjayakan
perubahan ini. Pengurusan sekolah masa kini sememangnya mencabar dengan pelbagai isu dan
perkembangan baharu dalam sistem pendidikan. Justeru, pemimpin pendidikan perlu sentiasa bersedia
dengan pelbagai langkah dan pendekatan untuk mengatasi cabaran dan halangan yang dilalui
sepanjang melaksanakan tugas di sekolah.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, harapan saya agar kolokium yang diadakan ini dapat membakar
semangat tuan/puan untuk mengintegrasi hasil positif dan mengadaptasi amalan terbaik serta
penemuan terbaharu bagi memantapkan lagi kualiti pendidikan yang sedia ada. Di samping itu,
manfaat yang diperoleh melalui penganjuran kolokium ini ialah dapat membina jaringan sokongan
dan hubungan profesional dan intelektual dua hala dengan warga pendidik di peringkat akar umbi
hinggalah kepada pihak pengurusan tertinggi.

Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan Kolokium Pemimpin
Pertengahan bagi tahun 2018. Mudah-mudahan kolokium ini berjaya mencapai matlamatnya demi
memartabatkan sistem pendidikan negara. Dengan lafaz yang mulia Bismillahir Rahmannir Rahim,
sukacita saya merasmikan penutupan Kolokium Pemimpin Pertengahan bagi tahun 2018 yang
bertemakan “Pemimpin Pertengahan Pemangkin Budaya Pembelajaran Bermakna”.
Sekian, Wabillahi Taufik Wal-hidayah, Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

9
LAPORAN KEBERKESANAN
KOLOKIUM PEMIMPIN PERTENGAHAN
KALI KE-2
A. KEHADIRAN

PEMIMPIN PERTENGAHAN / PPD / PGB / JPN

1. Syahirul Azinar bin Abdul Rahman


2. Madhtrine @ Aldrin anak Gayok
3. Syabeli bin Johri
4. Rengan anak Beiji
5. Corem anak Jumen
6. Norafiza bt. Amin
7. Fam Choo Chen
8. Alva Amin Anak Chu
9. Choo Lui Yiu
10. Lim Siaw Chin
11. Rokiah bt. Mantali
12. Sidek bin Hj. Othman
13. Zarah bt. Zaini
14. Norlela bt. Narawi
15. Ernie bt. Md. Salleh
16. Bong Miow Lan
17. Uming Ngerong
18. Aileen Alfa Wong
19. Asrina Kartina bt. Sulaiman
20. Choo Joo Min
21. Ibrahim bin Mohamad
22. Faridah bt. Salim
23. Teo She Hong
24. Dayang Suhaila bt. Awang Suhaili
25. John Aqmal bin Abdullah
26. Marjina bt. Marsidi
27. Lim Siaw Chin
28. Yati anak Upon
29. Hazira bt. Mohd Ismail
30. Abdul Hamid bin Adon
31. Ros Aliza bt. Abdullah
32. Rozema anak Majang
33. Simon Hon Lit Min
34. Norleila bt. Chip
35. Suratman bin Surami
36. Norlyziah bt. Ali Hussein
37. Sia Chai Ting @ Norsiah
38. Jackson Ladius
39. Farhan bin Ahmad
40. Norliah bt. Gapar
41. Shirley Tay Siew Hong
42. Wong Yue Lee @ Ellyna Shammin bt. Abdullah
43. Norinnie bt. Kassim
44. Nor Irdawati bt. Khamis

9
45. Norliah bt. Mustapin
46. Herlina Hendrikus
47. Dayana bt. Norizan
48. Hjh Rosnih bt. Nasir
49. Dayang Yasmaneh bt. Jumat
50. Alizah bt. Abdul Majid
51. Siti Sobrinah bt. Tassim
52. Ronie bin Mohamad
53. Jafri bin Pareh
54. Kamisah bt. Amiril
55. Rosianee bt. Guhan
56. Ajeme bin Barin
57. Yusof bin Saari
58. Siti Khainorliza bt. Mohd Nordin
59. Halleyza bt. Ibrahim
60. Yong Kwai Ying
61. Abd. Aziz bin Che Yusof
62. Salmah bt. Abdul Jalil
63. Zainab bt. Said
64. Nor Julianawati bt. Mohd Samsudin
65. Rohani bt. Mohamed
66. Noorlinda bt. Kamarudin
67. Nooraziah bt. Hashim
68. Nan Ayu Norhafidzah bt. Megat Laksana
69. Revichandran anak Gopalan
70. Norazita bt. Abdullah
71. Maziah bt. Yusof
72. Mohd Hilmi bin Mohd Roseli
73. Siti Amiza bt. Abdul Aziz
74. Md Yusof bin Dawam
75. Nor Haslin bt. Mohd Adnan
76. Dennes @ Shirley Jonioh
77. Wong Siew Kee
78. Ibrahim bin Bengang
79. Annie Chong Kim Nyuk
80. Kiew Kiu Hee
81. Joseph Ting Yew Hui
82. Balinda bt. Husain
83. Azman bin Hamzah
84. Abdul Rani bin Ghazali
85. Kartini bt. Mahli
86. Voon Khin Siong
87. Peter Daniel
88. Christina anak Meles
89. Ting Sii Ung
90. Dzolkapli bin Hj Haron
91. Mahli bin Rosli
92. Jaul anak Bunyau
93. Dollah bin Hj Mahaji
94. Rassidah bt. Hj Ahmat Sahari
95. Sulaiman bin Meni
96. Harold Wilson anak Api

1
97. Nurazila bt. Abdullah Midine
98. Nasri bin Baharom
99. Li Han Boon
100. Zainon bt. Hj Deli
101. Mustapha bin Hj Imbun
102. Abang Abd. Yazid bin Abang Yakup
103. Che Raziyusnita Erni bt. Che Wan
104. Mohd Hazreek bin Zainal
105. Hasbollah @ Asbola bin Amit
106. Siti Rahimah bt. Yusuppu
107. Aznan bin Hj Abiddin

STAFF IAB SARAWAK DAN SABAH

108. Dr Abang Hut bin Abang Engkeh


109. Abdul Mu”ti bin Ahmad
110. Dr. Redzuan bin Hj. Jantan
111. Adline Sinyap
112. Dayang Rahanah bt, Awang Mashor
113. Hj Edmund Shah bin Tambi
114. Samen Sanggod
115. Suffian bin Hj. Jalet
116. Hairolhamzi bin Bahroddin
117. Dayang Hironi bt. Awang Kipli
118. Dr Ahmad Rafaai bin Ayudin
119. Rosli bin Sarip
120. Minhad bin Mohtah
121. Philip Chayong
122. Afidah bt. Ahmat Sahari
123. Jacqueline Martin
124. Beatrice Paul Diring
125. Caroline Michael Umbak
126. Hasanah bt. Sapawi
127. Kasmahsari bt. Kassim
128. Jamaluddin bin Sabi
129. Suhaili bin Jaya
130. Aswandi bin Laman
131. Kidcarson James Gubar
132. Vimala Davy G. Ramiah
133. Ong Siu Gek
134. Bahliya bin Sapee
135. Rosnah bt. Juni
136. Hamzani bin Zainuddin
137. Surani bt. Jamali
138. Noni bt. Mohamed Keria
139. Joyce Paya Apoi
140. Elsie Pua Mei Ping
141. Peter Petrie Ahim
142. Rudiana bt. Buang
143. Mohd Asrul bin Othman
144. Annilin Apat
145. Masniah bt. Masrie

1
STAFF IAB SEMENANJUNG

146. Dr. Redzuan bin Jantan


147. Indiran a/l Subrumanian
148. Rusli bin Wahab
149. Noor Zamimi bt. Mohd Zahari
150. Hamizi bin Osman
151. Dr. Zoolaiha bt. Abdul Rahman
152. Paridon bin Hj. Sahid
153. Mohd Mujab bin Sukaimi
154. Faridah bt. Mohamad
155. Nor Rajiah bt. Ahmad Dawa
156. Hasmiah bt. Mohd Ramli

+ PGB dan PPD sekitar (+ 10 orang)

Jumlah kehadiran Kolokium Pemimpin Pertengahan Kali Ke-2 = 166 orang

B. MAKLUMBALAS PESERTA

HAZIRA BT. MOHAMAD ISMAIL (820930136080)


1. INPUT / DAPATAN  Banyak perkongsian tentang cara pengurusan yang
sistematik diperolehi
 Banyak cara boleh dilakukan untuk
meningkatkan prestasi sekolah
 Memantapkan pasukan kepanitiaan dengan
kaedah yang pelbagai
 Cara-cara meningkatkan motivasi guru dan murid
 Kaedah PdPC disesuaikan mengikut aras murid-
murid
KEPUASAN  Sangat berpuas hati
 Seronok mengikuti Kolokium ini kerana banyak
ilmu dan perkongsian yang boleh diguna pakai
 Memberikan motivasi dan semangat mahu berubah
 Mendapat idea untuk menjadi lebih kreatif
REFLEKSI KENDIRI  Akan berkongsi maklumat yang diterima dalam
Kolokium ini dengan pengurusan sekolah
 Memanfaatkan perkongsian yang diterima untuk
memantapkan panitia dan meningkatkan prestasi
murid-murid dan berkongsi dengan Panitia lain
HERLINA BT. HENDRIKUS (790226125172)
2. INPUT / DAPATAN  Mempelbagaikan aktiviti guru untuk memantapkan
profesionalisme keguruan
 Mendalami dan memahami kejayaan kanvas
strategi dalam kepimpinan ketua panitia
 Ketua panitia merupakan penggerak kepada
perubahan di sekolah kerana KP rapat dengan
guru-
guru
KEPUASAN  Mendapat suntikan semangat daripada rakan2
guru yang telah menggunakan kanvas strategi
dengan berkesan
 Perkongsian ilmu daripada guru besar cemerlang
yang sangat bermakna dan membuka luas mata

1
untuk maju kehadapan tanpa mengeluh atau
berpikiran negative
REFLEKSI KENDIRI Keberkesanan kanvas strategi sangat memberang-
sangkan melalui perkongsian ilmu daripada pemben-
tang. Beberapa aktiviti mungkin dapar dilaksanakan di
sekolah kerana keadaan persekitaran yang sama.
Cabaran sebelum ini akan cuba diselesaikan dan
segala kelemahan akan diperbaiki
DAYANG YASMANEH JUMAT (751130125520)
3. INPUT / DAPATAN Jadi seorang pemimpin yang 'turun padang' bekerja
bersama-sama guru panitia demi mendidik anak2
murid
KEPUASAN Sangat berbaloi hadir untuk menjadi sebahagian
daripada acara kolokium ini diadakan. Terutama dapat
mendengar amalan yang terbaik daripada GB SK Ulu
Lubai. Memang terbaik!!!
REFLEKSI KENDIRI Dengan amalan terbaik yang dikongsikan seorang
pemimpin pertengahan perlu menguasai sebaik
mungkin 14 kompetensi yang ada
KAMISAH BT. AMIRIL (690913125694
4. INPUT / DAPATAN Dapat membuka mata dan minda melalui amalan terbaik
yang dI kongsikan. Kadang kala benda yg kita rasa
mudah dan biasa boleh mberi impak yg besar
KEPUASAN Perkongsian ilmu yang banyak memberi manfaat dan
menjadi pendorong untuk terus memajukan sekolah
REFLEKSI KENDIRI Jangan mudah berpuas hati dengan apa yang telah
dibuat dan dcapai. Terus maju dan pamdamg ke
hadapan
DENNES @ SHIRLEY JONIOH (701219125145)
5. INPUT / DAPATAN Memperolehi ilmu kepimpinan terutama sebagai PP
dan mengetahui peranan PP yang lebih jelas.
Melalui perkongsian pembentang, beberapa intervensi
yang dikongsi membantu dapat melihat dengan lebih
jelas bagaimana meningkatkan prestasi
pengurusan dan
prestasi PdPc
KEPUASAN Penyertaan ke kolokium yang julung kali sangat
memuaskan dan diharap dapat menyertai kolokium
atau
kursus anjuran IAB di masa akan datang. Pengisian
masa yang efisien dan bermakna
REFLEKSI KENDIRI  Melalui perkongsian oleh para pembentang dan
cabaran yang diketengahkan membuka minda
bahawa segala isu berkaitan PdPC mampu untuk
diatasi sekiranya terdapat perancangan rapi.
 Kerjasama dalam pasukan perlu dibina agar PLC
dapat dijalankan dengan jaya.
 Penggunaan borang OPPM akan diperkasa untuk
memantau projek yg dirancang
SITI KHAINORLIZA BT. MOHD NORDIN (760629105224)
6. INPUT / DAPATAN Input sangat berguna dan relevan kepada saya untuk
melaksanakan tugas sebagai gkmp dengan lebih
berkesan dan berprestasi tinggi. Dapatan idea yang
diperoleh juga dapat membantu saya merancang,
melaksana dan menambah baik program di sekolah
untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan
1
1
kemenjadian murid. Perkongsian amalan terbaik
sangat memberi motivasi dalam apa jua keadaan
KEPUASAN Sangat berpuas hati
REFLEKSI KENDIRI Saya dapat menambah pengetahuan secara praktikal
ilmu LCML yang saya peroleh pada tahun 2017.
Perkongsian amalan terbaik dapat membuka minda
dan memberi idea untuk merealisasikan
kecemerlangan dan kemenjadian murid. Saya
bersyukur dan berterima kasih kerana peluang
menyertai kolokium menjadi platform saya berkola-
borasi antara satu sama lain dapat memberikan idea
kepada saya untuk menjalankan tugas secara berkesan.
Terima kasih iab, kolokium ini
sangat bermanfaat
UMING NGERONG (780218135451)
7. INPUT / DAPATAN Perkongsian amalan terbaik oleh para pembentang
memberi banyak input kepada saya sebagai seorang
pemimpin pertengahan. Banyak perkara yang dpelajari
terutamanya bagaimana memproses data/maklumat
yang terdapat d sekolah bagi menyelesaikan isu2 yang
boleh membantu ke arah peningkatan prestasi
sekolah. Persoalan-persoalan yang dhadapi oleh saya
sebagai seorang pemimpin pertengahan dapat
terjawab dalam kolokium ini. Kupasan ahli panel
melalui forum pemimpin pertengahan memberi
saya pendedahan tentang peranan dan tanggung
jawab sebagai pemimpin
pertengahan dengan lebih jelas lagi
KEPUASAN Sangat-sangat bermakna kepada saya sebagai seorang
pemimpin pertengahan
REFLEKSI KENDIRI Penyertaan dalam kolokium ini sangat memberi
inspirasi dan motivasi kepada saya sebagai seorang
pemimpin pertengahan. Saya semakin jelas dengan
peranan saya. Melalui ilmu pengetahuan yang
dipelajari dalam LCML ini, memberi saya lebih
keyakinan lagi untnk memikul tanggung jawab dan
menjalankan tugas
sebagai pemimpin pertengahan
JAFRI BIN PAREH (811229125995)
8. INPUT / DAPATAN  Perkongsian yang terbaik dan bermakna
 Mesti saling sokong menyokong semua
peringkat hirarki kepimpinan sekolah
 Everyone Can Learn: Pembelajaran Sepanjang
Hayat
 Komunikasi Berhemah dan berkesan
KEPUASAN Amat baik dengan perkongsian daripada para
pembentang terutamanya gerak kerja kanvas di
sekolah. Satu platform terbaik dan perlu disebar-
laksanakan di semua peringkat. Perlu penambahbaikan
di beberapa sudut yang minor. Tahniah kepada pihak
IAB dan semua pihak terlibat
 Memudahkan pelaksanaan di peringkat Negeri/
Daerah/ Sekolah.
 Memberi ruang dan peluang kepada saya
memperbaiki kualiti kerja dan Gerak kerja yang
berkesan dengan mengaplikasi dan
1
membudayakan
Kanvas Strategi Analisis Data (KSAD)

1
FARIDAH BT. SALIM (790212135660)
9. INPUT / DAPATAN Menjana idea tentang keberkesanan sebagai pemimpin
pertengahan dalam mempelopori transformasi di
sekolah
KEPUASAN Sangat berpuas hati dengan pengisian. Cuma agak
terkilan kerana perkongsian daripada En Jaul anak
Bunyau terasa singkat kerana kekangan masa. Saya
cadangkan agar perkongsian amalan terbaik juga turut
melibatkan beliau pada kesempatan yang lain
REFLEKSI KENDIRI Saya menjadi lebih bersemangat utk menterjemahkan
ilmu-ilmu yang diperolehi sebelum ini setelah
melihat dan mendengar sendiri tentang bgaimana
amalan tersebut dipraktikkan di sekolah. Malah
berniat pula
untuk menjana inovasi sendiri dalam PdPC. Terima
kasih kepada IAB atas kesempatan yang telah
diberikan
ROHANI BINTI MOHAMED (730629016072)
10. INPUT / DAPATAN Sangat berguna dan relevan kepada saya kerana amalan
terbaik yang di kongsi oleh para pembentang memberi
idea kepada saya untnk menjalankan tugas saya
sebagai pemimpin pertengahan yang lebih berkesan
dan berfungsi di sekolah saya amnya dan dalam
panitia
saya khususnya disamping berjaya memotivasikan diri
saya dalam apa jua keadaan
KEPUASAN Sangat puas hati
REFLEKSI KENDIRI  Pada akhir kolokium ini, saya dapat menambah
pengetahuan secara praktikal bagaimana ilmu yang
dibekalkan dalam kursus LCML di IAB yang saya
ikuti pada tahun 2016 dijalankan di sekolah
berdasarkan kan kanvas strategi dan tools spt
SPeCT, OPPM dsb.
 Sangat bermanfaat kepada saya.. Terima kasih IAB
kerana mengadakan kolokium ini sebagai platform
peserta kursus LCML berkongsi idea, ilmu dan
amalan terbaik yang dijalankan mengikut kreativiti
guru masing-masing bersesuaian dengan iklim
sekolah masing-masing: “just do it dan gayakan
apa
yang ada”
DIAYANA BT NORIZAN (790831055408)
11. INPUT / DAPATAN  Dapatan dari program ini sangat berguna untuk
kami sebagai guru amnya, kususnya sebagai
pemimpin pertengahan.
 Maklumat yang disalurkan dari ucaptama, pemben-
tang-pembentang dan forum yang diadakan dapat
membimbing pemimpin pertengahan agar lebih
kreatif dan terbuka dalam menyelesaikan masalah
ketika melaksanakan tugas
KEPUASAN Saya sangat berpuashati, teruja, terkesima dan
merasa bertuah kerana diberi peluang mengikuti
program yang hebat dan julung² kali diadakan untuk
pemimpin pertengahan

REFLEKSI KENDIRI  Menambah pengetahuan dalam perkongsian


1
sebagai pemimpin pertengahan dan boleh
diaplikasikan atau
disebarluarkan untuk manfaat bersama.

1
 Meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan
tugas.
 Program ini menjadi platform untuk menjadi
pemim- pin dimasa hadapan.
 Dapat bertukar² fikiran dengan rakan² baru, walau-
pun dengan hanya secara santai
RONE BIN MOHAMMAD (790826125897)
12. INPUT / DAPATAN Dapat mengetahui lebih mendalam bagaimana kursus
LCML sebelum ini dapat digunakan untuk
menangani
isu-isu lokaliti yang dihadapi oleh sekolah masing-
masing melalui pembentangan
KEPUASAN Sangat berpuashati dengan pengisian program yang
diatur oleh pihak IAB melalui perkongsian pemben-
tangan yang lebih praktikal untuk diaplikasikan di
sekolah dan panel forum yang dijemput banyak
memberi inspirasi kepada saya untuk membuat
perubahan dan penambahbaikan di sekolah kelak
REFLEKSI KENDIRI Pertama sekali, ucapan terima kasih kepada pihak IAB
kerana mempelawa saya hadir dalam kolokium ini.
Pengalaman pertama dan sangat berharga sepanjang
saya berkhidmat selama 15 tahun. Banyak ilmu
yang dapat diperolehi bermula dari ucap tama
TKPPM sehingga forum hari terakhir. Syabas
tahniah!!! kepada seluruh pihak di IAB yang terlibat
menyusun program kolokium untuk perkongsian
kepada semua peserta yang terlibat. Dapat
menyuntik semangat kepada saya untuk membuat
penambahbaikan pengurusan di sekolah dan
membuka minda tentang peranan sebagai pemimpin
pertengahan. Diharapkan pada masa akan datang slot
forum bersama panel jemputan dapat diberikan
masa yang agak panjang untuk ruang
perbincangan yang berimpak
ERNIE BT. MD. SALEH (750710105230)
13. INPUT / DAPATAN  Refresh semula ilmu yang dipelajari di LCML
 Perkongsian daripada peserta-peserta yang berjaya
mengaplikasikan semua tools yang dipelajari
KEPUASAN Banyak dapatan membina yang boleh digunakan di
sekolah
REFLEKSI KENDIRI Saya boleh perbaiki pengurusan bidang mata pelajaran
saya dengan melakukan penambahbaikan mengguna-
kan ilmu yang diperolehi sepanjang kolokium
Pemimpin
Pertengahan Kali Ke-2
DAYANG SUHAILA BINTI AWANG SUHAILI (820617135372)
14. INPUT / DAPATAN Banyak amalan terbaik dapat digunakan untuk
nemambahbaik PdPc dan pengurusan sekolah
KEPUASAN Sangat berpuas hati, sangat beruntung terpilih untuk
mengikuti kolokium
REFLEKSI KENDIRI Setelah mengikuti kolokium, saya rasa bersemangat
untuk memperbaiki segala kelemahan saya dalam
pengurusan di sekolah. Perkongsian yg amat
bermakna dan memberi idea baru kepada saya
PETER DANIEL (720819135671)
15. INPUT / DAPATAN Semua kaedah semasa kursus LCML sangat berguna
1
untuk dijadikan tools untuk membuat perubahan

1
KEPUASAN Saya dapat memahami lebih terperinci langkah-langkah
membuat kajian selepas kesemua 12 pembentang
membuat pembentangan
REFLEKSI KENDIRI  Saya merasa kecewa dengan diri saya sebab
tidak dapat yang hebat macam para pembentang.
 Cadangan saya kalau dapat perlu diberi
pendedahan kepada Ketua Panitia dan Guru Kanan
di sekolah di seluruh Negara
IBRAHIM BIN MOHAMAD (791018135047)
16. INPUT / DAPATAN Boleh menggunakan dan mengaplikasi dapatan perole-
han serta permasalahan dyang diterjemahkan ke
dalam kanvas data, SPeCT, OPPM. Tahu
mengendalikan permasalahan terutamanya bila
berurusan dengan organisasi
KEPUASAN Perkongsian yg sangat bermakna dan memberi
inspirasi untuk diapresiasi dlm pekerjaan
REFLEKSI KENDIRI Diharap ada jemputan sekali lagi dalam berkongsi dan
ilmu yang diberikan sungguh bermakna
NORAZITA BT. ABDULLAH (690102065288)
17. INPUT / DAPATAN Mencetus idea untuk inovasi mengikut persekitaran
sekolah dan kualiti murid bagi meningkatkan
kemenjadian murid
KEPUASAN Persiapan kolokium dan susunan pembentangan
sesuai dengan keperluan peserta yang hadir. Satu
Usaha IAB yang berkesan untuk membangunkan
peminpin yang berkualiti
REFLEKSI KENDIRI Setiap pembentangan memotivasi dan membuka
minda untuk membangunkan potensi diri secara
seimbang. Saya mengikuti pembentangan tanpa jemu.
Pastnya saya ada sesuatu yang bernakna untuk
sekolah dan saya telah mulakannya.. Tahniah AIB
dan terima kasih
memberi peluang kepada saya sebagai peserta dalam
kolokium 1 dan 2
SALMAH BINTI ABD JALIL (690824055030)
18. INPUT / DAPATAN  Motivasi diri
 Objektif lebih fokus
 Membina keyakinan untuk PdPc yang lebih
cemerlang
 Lebih jelas peranan untuk meningkatkan organisasi.
 Kembali semula kelandasan yang betul
KEPUASAN  Ilmu yang tiada di tempat lain.
 Mendapat input baru untuk diaplikasikan dalam
PdPC & sekolah
 Lebih brsemangat untuk menghasilkan inovasi bagi
menyelesaikan masalah PdPC di sekolah
REFLEKSI KENDIRI Sangat berpuas hati terutama dalam pembentangan &
forum. Berharap dberi peluang untuk menghadiri
kolokium yang akan datang

ZAINAB BT. SAID (660817106568)


19. INPUT / DAPATAN  Pemimpin Pertengahan perlu punya matlamat yang
jelas

1
 Kemahiran diri yang wajar dibina dan ditambah
 Kehebatan seorang pemimpin adalah hasil
kerjasama semua pihak
 Dalam memajukan organisasi usah terlalu banyak
beralasan. Gunakan kemudahan yang ada untuk
jadi lebih kreatif dalam memajukan diri juga
organisasi
KEPUASAN Saya amat berpuas hati dapat mengikuti kolokium
ini kerana banyak perkongsian yang sangat
mengujakan yang saya peroleh
REFLEKSI KENDIRI  Membina lebih keyakinan diri
 Akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik
dalam organisasi
 Perlu menambah ilmu dan kemahiran kepemimpinan
ROSIANEE BT. GUHAN (751225125646)
20. INPUT / DAPATAN  Dapat refresh semula kanvas strategi, SPeCT,
OPPM
 Mendapat idea meningkatkan pengurusan melalui
perkongsian amalan terbaik
KEPUASAN Sangat berpuas hati terutama melalui perkongsian
amalan terbaik dan forum
REFLEKSI KENDIRI Dapat memperbaiki diri sendiri dalam pengurusan dan
memimpin guru- guru panitia dalam menghasilkan
murid yang berkualiti

1
GAMBAR-GAMBAR
KOLOKIUM PEMIMPIN PERTENGAHAN
KALI KE-2

1
Gambar 1 : Pemandangan Kampus IAB Cawangan Sarawak

Gambar 2 : Mesyuarat Pelaksanaan Kolokium

Gambar
Gambar 1: Mesyuarat
3 : Persiapan Pelaksanaan
Dewan Utama (19Kolokium
hb Oktober, 2018)

109
Gambar 4 : Persiapan Sejinjang Lounge

110
Gambar 5 : Pemasangan Banner

Gambar 6 : Pemasangan Bunting

Gambar 7 : Bahan untuk peserta

111
Gambar 8 : Dewn Utama telah disiapkan pada 19 hb Oktober, 2018

Gambar 9 : Peserta Kolokium

Gambar 10 : Urusetia Kolokium di Dewan Makan

112
Gambar 11 : Kenangan Staf IAB Bersama TKPPM Dato’ Sulaiman Wak

113
Gambar 12 : Kenangan Staf IAB Bersama KP Pembangunan Pengurusan Pendidikan, En. Abdul Mu’ti bin Ahmad

114
Gambar 13 : Para Pembentang Amalan Terbaik dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan

115
Gambar 14 : Barisan Pensyarah Bersama Ahli Panel Forum

116
Gambar 15 : Tetamu VVIP Mengunjungi Tapak Pameran

117
Gambar 16 : Forum Ilmiah Mengupas Tema Kolokium

118
Gambar 17 : Barisan Urusetia Kolokium Yang Sentiasa Ceria dan Bersemangat

119
Gambar 18 : Pn. Dayang Rahanah, Pn Caroline, Pn. Hasmiah, Cik Adline, Pn. Beatrice dan Pn. Jacqueline

120
Gambar 19 : Berita Tentang Kolokium Dalam Siaran TV1

Gambar 20 : Pengarah Cawangan ditemani Penyelaras LCML Di Konti Sarawak.fm

121
Gambar 21 : Sesi Fotografi Bersama Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (TKPPM)

122
SEJUTA PENGHARGAAN KEPADA SEMUA
AHLI JAWATAN KUASA YANG TELAH MENJAYAKAN
KOLOKIUM PEMIMPIN PERTENGAHAN KALI KE-2

Jawatankuasa Jemputan VVIP / VIP Jawatankuasa Jamuan Jawatankuasa Buku Program, Banner, Beg dan
En. Suffian bin Hj Jalet Pn. Hasanah binti Sapawi Tag Nama
Pn. Hasmiah binti Mohd Ramli Pn. Hjh. Halijah binti Ariffin Pn. Dayang Hironi binti Awang Kipli
En. Mohd Ishak bin Ismail Pn. Surani binti Jamali En. Azwan bin Wamin
Pn. Joyce Paya Apoi Pn. Normah binti Ramli
Jawatankuasa Protokol, Pengurusan Majlis Pn. Caroline Michael Umbak Dr. Ahmad Rafaai bin Ayudin
dan Sambutan Cik Rosnah binti Juni Pn. Elsie Pua Mei Ping
En. Suffian bin Hj Jalet Pn. Beatrice Paul Diring Pn. Joyce Paya Apoi
Pn. Beatrice Paul Diring En. Mohd Asrul bin Othman
Pn. Hasmiah binti Mohd Ramli Jawatankuasa Pembentang
En. Mohd Ishak bin Ismail Cik Nor Rajiah binti Ahmad Dawa Jawatankuasa Penilaian Kolokium
Dr. Abang Adam bin Abang Deli Cik Masniah bt. Masri @ Masrie Dr. Nor Foniza binti Maidin
Dr. Aswandi bin Laman En. Philip anak Chayong Dr. Tarzimah binti Tambychik
En. Suhaili bin Jaya Pn. Faridah binti Mohamad Dr. A’azmi bin Shahri
Pn. Hjh. Hilmun binti Baharuddin Hjh Siti Fadzlun binti Abdul Thani
Jawatankuasa Pelaporan dan Prosiding Pn. Annilin Apat En. Noor Azam bin Mahmad
Dr. Ahmad Rafaai bin Pn. Jacqueline Martin Dr. Hjh Noraini binti
Ayudin En. Minhad bin Dr. Teoh Hong Kean Abdullah Cik Chang Fui
Mohtah Chin
Pn. Ong Siu Gek Jawatankuasa Persiapan Tempat dan Dewan Hj. Paridon bin binti Sahid
Cik Afidah binti Hj Ahmat En. Jamaluddin bin Sabi Hjh Khalina binti
Sahari Dr. Aswandi bin Laman Khalid Dr. Jeffri bin
Idris
Pn. Ong Siu Gek En. Jamaluddin bin Sabi
Jawatankuasa Pameran En. Rosli bin Sarip En. Kidcarson James Gubar
Pn. Vimala Davy G. Ramiah En. Hamzani bin
En. Samen anak Sanggod Zainuddin En. Bahliya bin Jawatankuasa Cenderamata
Sapiee

1
En. Zulkifli bin Manaf En. Peter Petrie Ahim Cik Adline Sinyap
En. Termizi bin Mohd Yusof Pn. Elsie Pua Mei Pn. Vimala Davy G Ramiah
Ping

1
Pn. Joyce Paya Apoi Jawatankuasa Pendaftaran dan Penginapan MODERATOR
Pn. Noni binti Mohamed Keria Pn. Caroline Michael Umbak En. Rusli bin Wahab
Cik Lim Siew Ngen Tn Hj Mujab bin Sukaimi
Jawatankuasa Pensijilan Hj. Shahrin bin Alias En. Hairolhamzi bin Bahroddin
Cik Afidah binti Ahmat Sahari Dr. Norlaila binti Kuslan Pn. Hjh. Hilmun binti Baharuddin
En. Mazli Hazril bin Hasanuddin En. Kidcarson James Gubar En. Hamizi bin Osman
Pn. Maimunah binti Karim Dr. Abang Adam bin Abang Deli
Jawatankuasa Portal, Teknikal, Peralatan, QR En. Mohd Rozali bin Mohd Subandi Hj. Edmund Shah bin Tambi
Code dan Multimedia Cik Faizatoen binti Zulkarnain
En. Rosli bin Sarip En. Liew Fook Sin
En. Mohd Nazri bin Ibrahim En. Mohd Asrul bin Othman
En. Kidcarson James Gubar Pn. Joyce Paya Apoi
En. Hisham bin Jamen Pn. Elsie Pua Mei Ping
Hj. Paridon bin Hj Sahid Pn. Noni binti Mohamed Keria
En. Muhammad Arqam bin Muhamad
En, Ekhwan Besah @ Sitam Jawatankuasa Seranta dan Media
Pn. Dayang Hironi binti Awang Kipli En. Suffian bin Hj Jalet
En. Jamri bin Mohd Nawawi Pn. Hasmiah bt. Mohd Ramli
En. Bahliya bin Sapiee En. Mohd Ishak bin Ismail

Jawatankuasa Teks Ucapan dan Kata Alu-aluan Jawatankuasa Pengacaraan Majlis


En. Hairolhamzi bin Bahroddin En. Hairolhamzi bin
Pn. Salmah binti Ismail Bahroddin Pn. Kasmahsari bt.
Hj Kassim En. Philip
Jawatankuasa Pengangkutan, Keselamatan Chayong
dan Kebajikan
En. Hamzani bin Zainuddin
Jawatankuasa Kewangan
En. Peter Petrie Ahim Cik Rudiana binti Buang
En. Mohd Asrul bin Othman Pn. Hjh Norihan bt. Mohamed Naim
En. Samen anak Sanggod Pn. Zalina binti Zainal

Anda mungkin juga menyukai