Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR

TUGASAN PROJEK

A.
1.

TAJUK PROGRAM :
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

NAMA GURU PELATIH :

TAJUK KURSUS :
PENYELIDIKAN TINDAKAN 1 PJM3163

SEMESTER :

TARIKH MULA

TARIKH HANTAR

Hasil Pembelajaran Kursus


Menjelaskan kaedah-kaedah penyelidikan pendidikan dan aplikasinya dalam bidang Pendidikan
Jasmani.

2.

Menerangkan asas-asas penyelidikan termasuk jenis-jenis penyelidikan pendidikan, reka bentuk


penyelidikan, prosedur dan etika penyelidikan dalam bidang Pendidikan Jasmani.

3.

Menganalisis isu-isu semasa dalam Pendidikan Jasmani melalui penyelidikan tindakan.

4.

Mengaplikasi pengetahuan asas dan proses kajian tindakan dalam bidang Pendidikan Jasmani.

5.

Mereka bentuk satu kajian tindakan yang merangkumi kaedah penyelidikan, prosedur
pengumpulan data, analisis data dan intepretasi data.

6.

Memperoleh kemahiran menulis kertas cadangan untuk kajian tindakan, laporan kajian dan artikel
untuk jurnal dalam bidang Pendidikan Jasmani.

Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 1, 3, 4 dan 5


B.

Objektif Projek

1.

Menjelaskan masalah yang dihadapi dan refleksi kendiri dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.

Mencadangkan kaedah yang sesuai bagi mengatasi masalah yang dihadapi melalui penulisan kajian.

3.

Menjelaskan proses tindakan yang dicadangkan dalam penulisan kajian

Tugasan Projek (50%)


Penyelidikan memankan peranan yang penting dalam pelbagai bidang kerana ia merupakan petumjuk
utama ke arah penyelesaian masalah secara rasional dan berkesan. Melalui aktiviti penyelidikan, penyelidik
dapat mengesan, memahami, memperbaiki dan mempertingkatkan keberkesanan tugas harian serta

keupayaan profesionalismenya. Penyelidikan tindakan pula merupakan bidang penyelidikan dalam situasi
sosial yang berhasrat untuk memperbaiki kualiti sesuatu amalan yang dilakukan oleh pengamal dalam
usaha memperbaiki kefahamannya tentang sesuatu peristiwa, situasi dan masalah supaya keberkesanan
amalan itu dapat diperbaiki
Tugasan
A.

Tugasan ini mengkehendaki setiap pelajar menggunakan pengetahuan tentang pelbagai kaedah
penyelidikan tindakan dalam pendidikan dan asas penyelidikan pendidikan yang telah dipelajari. Tugasan
ini juga menuntut pelajar meneroka cara-cara merancang dan melaksana satu kajian tindakan dalam
bidang pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani, menganalisis dan
menginterpretasi data penyelidikan, dan kaedah mendokumentasi hasil penyelidikan tindakan dalam
bentuk kertas cadangan kajian tindakan berdasarkan komponen di bawah:1. Membuat refleksi pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian.
2. Membuat refleksi kajian literatur.
3. Menentukan fokus / isu keprihatinan kajian.
4. Menentukan objektif / soalan kajian.
5. Menentukan kumpulan sasaran.
6. Menentukan tindakan yang dicadangkan berdasarkan:i.

Perancangan Tindakan

ii.

Perancangan Cara Mengumpul Data

iii.

Perancangan Cara Menganalisis Data

iv.

Perancangan Pelaksanaan Tindakan Jadual pelaksanaan dan kos kajian.

Laporan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria-Kriteria Berikut;


1.

Liputan isi yang menyeluruh, konsisten dan terperinci

2.

Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut;


a. Implikasi
b. Rumusan/cadangan

3.

Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan.

4.

Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian dengan sokongan ilmiah

5.

Format dan organisasi penulisan perlu jelas dan koheran.

6.

Penulisan harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan
dan kematangan berhujah.

7.
8.

Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus


1.

Tugasan ini adalah tugasan individu

2.

Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat.

3.

Format penulisan adalah seperti berikut;


3.1

Muka depan hendaklah mengikut templet terkini

3.2

Fon Arial

3.3

Saiz huruf 12

3.4

Langkau 1.5 baris

3.5

Rujukan mengikut APA (American Psikological Association)

3.6

Penulisan mestilah dalam Bahasa Melayu.

4.

Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan

5.

Amalan plagiat tidak dibenarkan

6.

Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh 6 minggu

7.

Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran

FORMAT PENULISAN TUGASAN


- Semua tugasan hendaklah bertaip dengan font Arial bersaiz 11. Gunakan huruf besar untuk
semua tajuk utama. Sub-sub tajuk boleh ditulis dalam huruf kecil dan/ atau italic mengikut
kesesuaian.
- Penulisan anda mestilah mengikut penulisan seperti di bawah:-

BIL

TAJUK

i.

Isi kandungan Mengandungi senarai isi kandungan dan muka surat bagi pecahan tajuk.

ii.

Penghargaan Mengandungi penghargaan kepada pihak yang membantu


melaksanakan kajian atau menyiapkan laporan. (Dedikasi tidak sama dengan
penghargaan). Untuk proposal dedikasi tidak perlu buat.

iii.

Tajuk kajian Tajuk hendaklah ringkas, mengandungi hala tuju, tindakan dan sasaran
kajian.

iv.

Nama penyelidik Catatkan nama penuh penyelidik.

v.

Nama sekolah Catatkan nama dan alamat lengkap sekolah.

vi.

Senarai jadual (Jika ada)

vii.

Senarai rajah (Jika ada)

viii.

Singkatan istilah

PENDAHULUAN
1.1 Menghurai pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian amat jelas.
1.2 Menilai kembali pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus amat berkesan.
1.3 Membincangkan secara mendalam andaian, nilai dan kepercayaan terhadap P&P
dalam refleksi pengalaman P&P.
1.4 Membincangkan secara amat terperinci jurang antara nilai dan kepercayaan yang
dipegang dengan amalan P&P yang dilaksanakan.

TINJAUAN LITERATUR
2.1 Menghubungkait artikel-artikel penyelidikan dengan isu keprihatinan yang telah
dikenalpasti dengan amat jelas.
2.2 Penggunaan sedutan kata (quotation) yang amat sesuai.
2.3 Sorotan kajian tindakan mengandungi sekurang-kurangnya 5 sumber kajian lepas
yang tepat dan relevan.
2.4 Penulisan rujukan dan bibliografi yang betul (Sistem APA).

FOKUS KAJIAN/ ISU KEPRIHATINAN


3.1 Mengenalpasti dan menghuraikan isu keprihatinan yang berkaitan dengan
pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid dengan amat baik dan
jelas.
3.2 Dapat menilai pemilihan fokus berdasarkan kriteria berikut:

Kebolehtadbiran

Kepentingan

Kebolehgunaan

Kawalan dan kolaborasi

Kerelevanan kepada sekolah

3.3 Menyatakan fokus kajian dan peluang penambahbaikan dengan amat jelas.
3.4 Menghuraikan cara pengumpulan data awal untuk membuktikan masalah/ isu
wujud secara amat terperinci.
4

OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN


4.1 Pernyataan objektif kajian tindakan dapat dinyatakan dengan amat jelas 3 perkara
berikut:

Fokus

Tindakan

Pencapaian tindakan

4.2 Soalan kajian amat relevan dengan objektif kajian.


5

KUMPULAN SASARAN
5.1 Memerihalkan ciri-ciri responden secara terperinci semua perkara berikut:-

Bilangan

Jantina

Nama kelas/ jawatan

Prestasi akademik

Ciri-ciri unik yang lain

TINDAKAN YANG DICADANGKAN


6.1 Perancangan Tindakan

Memperincikan langkah-langkah/ aktiviti tindakan (P&P) dengan amat jelas.

Memberi rasional terhadap tindakan yang dicadangkan dengan amat jelas.

6.2 Perancangan Cara Mengumpul Data

Merancang kaedah pengumpulan data yang amat sesuai untuk menjawab


soalan kajian.

Instrumen kajian tindakan dijelaskan dengan amat terperinci dan dilampirkan.

6.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

Kaedah analisis data amat tepat bagi jenis data yang dikumpul.

Perancangan kaedah analisis data dijelaskan dengan amat baik.

6.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan Jadual pelaksanaan dan kos kajian.

Menyediakan jadual pelaksanaan/ carta Gantt dengan lengkap.

Menyediakan anggaran kos kajian dengan amat terperinci.

RUJUKAN

Disediakan oleh:

( EN. HISHAMUDDIN BIN HASSAN )


IPGK TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR

Disahkan oleh;

( PN. RASHIDAH BINTI SUIB )


IPGK TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR

Anda mungkin juga menyukai