Anda di halaman 1dari 3

CERAMAH : JEREBU

Yang dihormati pengerusi majlis, yang berusaha Pn Iman Sofya, pengetua SMK Bata Amim, ibu
bapa,guru-guru dan hadirin sekalian. Ceramah saya pagi ini akan menyentuh berkenaan bencana yang
melanda negara kita baru-baru ini, jerebu.
Hadirin yang dimuliakan,

Kecoh baru-baru ini mneyentuh berkenaan isu jerebu yang melanda. Apakah kita benarbenar tahu apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan jerebu ini? Jerebu ialah satu fenomena
yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel halus yang tidak mampu dilihat oleh
mata kasar dan partikel ini sebnarnya terapung-apung di udara kita. Partikel-partikel ini mungkin
berasal secara semula jadi, namun ada juga partikal yang terhasil daripada kesan sampingan
pelbagai aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang terlampau
banyak dan berkelompok maka secara tidak langsung ianya boleh menyekat pancaran cahaya
matahari untuk sampai ke muka bumi.
Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar. Sekiranya
jumlah ukuran partikel tersebut melebihi tahap tertentu, maka sesebuah kawasan itu akan dilanda
jerebu. Semakin tingggi indeks bacaan partikal di sesuatu kawasan, semakin teruklah keadaan
jerebu yang melanda. Bahkan tahap jerebu di sesuatu kawasan itu juga berubah-ubah dan
bergantung erat kepada taburan hujan serta tiupan angin, yang mana ia mampu menambahbaik,
mahupun memburukkan lagi keadaan jerebu tersebut.
Sekarang, mari kita sama-sama telusuri, apakah yang menjadi faktor dan punca utama
berlakunya bencana jerebu khususnya yang melanda negara kita baru-baru ini. Yang pertama dan
utama, pembakaran secara terbuka. Pembakaran sampah sarap, pembakaran hasil tanaman serta
tidak dilupakan pebakaran hutan yang berleluasa memberikan kesan dan impak yang sangat
besar terhadap pencemaran udara, di samping meningkatkan kadar karbon dioksida dan gas-gas
lain, sekaligus meningkatkan kadar partikel di dalam udara yang kita gunakan untuk bernafas
setiap hari. Keadaan ini meenjadi lebih teruk, ditambah lagi dengan kegiatan sampingan lain
seperti pembukaan dan hasil asap daripada kilang-kilang, penggunaan mesin-mesin, penggunaan
kenderaan yang menggunakan pelbagai jenis minyak yang telah tercemar dan sebagainya yang
berterusan saban hari, di dalam mengejar arus modenisasi.

Keadaan ini secara tidak langsung menjadikan kita seolah-olah tida pilihan lain melainkan
terpaksa juga berdepan dengan situasi sebegini yang tidak mampu dielakkan, sekadar cum
mampu mengawal pengggunaannya.

Hadirin yang dimuliakan,

Keadaan jerebu yang berterusan sebegini sudah tentu akan mendatangkan kesan dan mudarat
yang lebih buruk kepada semua orang daripada semua lapisan masyarakat, terutama golongan
yang berisiko tinggi iaitu golongan kanak-kanak disebabkan factor daya imunisasi yang masih
rendah, golongan orang tua yang sudah tidak berdaya dan terdedah denan pelbagai jenis
penyakit, golongan perokok, serta tidak dilupakan golongan pekerja atau sesiapa sahaja yang
sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah. Tidak dilupakan bencana jerebu ini membawa risiko
kepada macam-macam jenis penyakit terutamanya yang melibatkan paru-paru, jantung dan
sistem pernafasan kita. Antaranya seperti penyakit asma, bronkitis, radang paru-paru , penyakit
paru-paru yang kronik, penyakit jantung, alahan dan macam-macam lagi.

Tidak dilupakan, kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada
jerebu termasuklah terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk, terasa sukar
untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair. hidung berair dan kerap bersin,
kulit badan terasa gatal-gatal, serta berasa sakit dada. Ini kemungkinan adalah salah satu tanda
atau

impak

daripada

bencana

jerebu

yang

melanda

kita

semua.

Justeru, suka untuk diingatkan kepada semua pelajar dan para ibu bapa serta penjaga pelajarpelajar, supaya segera menpapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya
anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut. Bahkansebagai langkah berhati-hati,
kurangkan aktiviti luar sekirnya tidak penting kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.
Banyakkan mengambil makanan yang seimbang di samping memperoleh air yang cukup supaya
keadaan sistem tubuh sentiasa dalam keadaan sihat dan terkawal.

Hadirin yang dimuliakan,

Bencana jerebu yang melanda negara kita baru-baru ini memberi tamparan hebat kepada kita
semua. Pelbagai impak buruk yang diterima oleh hampir setiap lapis masyarakat, yang berpunca
daripada bencana ini. Di manakah silapnya? Apakah perkara sebegini tidak dapat diatasi sama
sekali? Tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak, ayuhlah kita sama-sama kenalpasti
tindakan dan lengkah yang boleh diambil bagi mengatasi perkara ini.
Pertama dan paling utama, hindarilah diri kita dan kominiti di sekitar kita daripada
melakukan pembakaran apapun jenis bahan buangan secara terbuka. Kajian menunjukkan
kebanyakan kejadian jerebu setempat adalah disebabkan oleh aktiviti sebegini. Peningkatan
kenderaan bermotor yang semakin pesat juga merupakan salah satu sumber utama zarah dan
partikel jerebu semakin meningkat tetrutamanya di kawasan bandar berbanding di luar bandar.
Untuk mengurangkan dan meminimakan kadar jerebu, kenderaan perlulah diselenggara dengan
baik disamping pemilihan bahan api hendakla yang bersesuaian, dan paling penting hendaklah
rendah bahan cemarnya.
Tidak dilupakan, pembukaan tanah secara meluas bukan sahaja menyebabkan hakisan dan
penurunan gred tanah, malah ia turut merupakan salah satu factor utama berlakunya
zarah/partikel terampai di lapisan atmosfera bumi. Justeru,promosi ke arah penanaman semula
pokok hijau dan mengurangkan pembukaan tanah boleh mengurangkan bencana jerebu ini
daripada terus berulang saban tahun. Perlu diingat bahawa setiap individu mempunyai peranan
yang sangat penting dalam usaha untuk mengekalkan kualiti alam sekitar sebagai warisan
generasi kita yang akan datang.
Justeru sebagai masyarakat yang mencintai alam sekitar, ayuhlah kita sama-sama memelihara
bumi kita daripada tangan-tangan yang tidak peka dan tidak bertanggungjawab ke atas
kelestarian alam kita. Bumi ini milik kita lantas menjadi tanggungjawab kita semualah untuk
sama-sama menjaga dan memeliharanya seterusnya mewariskan bumi tercinta ini kepada
generasi berikutnya dalam keadaan baik dan harmoni. Sekian daripada saya, kelestarian alam,
nadi kehidupan kita.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai