Anda di halaman 1dari 4

RUMUSAN

Menurut (Saunders, 1998), stress is an external pressuring force or a catalyst resulting


in tension. Tension is an internal force that builds up inside and is caused by stress. (How To
Manage Stress And Take Control Of Your Life)
Stres seperti yang dimaksudkan di atas boleh berlaku pada sesiapa, di mana- mana
namun pada masa tertentu sekiranya berlakunya sesuatu peristiwa yang boleh menyumbang ke
arah pembentukan stres. Sebagai bakal guru, saya perlu berlatih untuk mengelakkan diri
daripada melakukan perkara yang boleh menyumbang kepada stres supaya tidak terdedah
dengan kesan kesan negatif stres.
Pertama bagi saya ialah dengan mengaturkan masa dengan teliti. (Tuskan, 2002)
dalam buku karangannya Kaedah Mengatasi Gangguan Stres dan Emosi Menurut Islam
mengatakan bahawa masa yang ada dalam kehidupan individu perlu diatur mengikut
kepentingan matlamat yang hendak dicapai dan dilakukan secara berfasa.
Kehidupan seharian sebagai seorang guru dan mungkin suri rumah tangga pastinya
menuntut perhatian yang perlu dibahagikan secara sistematik. Dalam merancang pelaksanaan
tugasan, guru perlulah bijak membahagikan masa 24 jam yang ada mengikut kepentingan
masing masing. Contohnya antara soalan peperiksaan yang perlu disiapkan dalam tempoh
seminggu dengan memasukkan markah murid di dalam sistem yang hanya tinggal 1 hari
sebelum ditutup aplikasinya, guru perlulah mengutamakan memasukkan markah murid di dalam
sistem. Matlamat setiap tugasan perlu diukur kepentingannya agar masa yang diagihkan
menjadi lebih sistematik. Jadual yang sistematik juga perlu dirangka sebagai rujukan untuk guru
menyiapkan tugasan satu persatu agar tidak ada yang tertinggal dan boleh menyebabkan guru
stres.
Cara mengatasi stres yang seterusnya ialah dengan cuba untuk sentiasa bertenang.
(Kenton,1988) menyatakan relaxation is also the most important key to mitigating the damaging
effects of long term stress... Tekanan adalah perkara yang memang akan dilalui oleh setiap
individu, namun ketenangan adalah kunci yang diperlukan untuk membuka ruang bagi diri
berfikir dengan lebih rasional, bukannya emosional.
Contohnya pada situasi guru dengan ibu bapa seperti yang dibincangkan di atas,
sekiranya guru mampu bertenang dan mengetepikan perasaan marah dan mengawal
tekanannya, perhubungan antara guru dan ibu bapa mungkin tidak akan terjejas. Namun, hal
9

yang sebaliknya berlaku apabila guru tidak mampu bertenang, dan membalas kemarahan
dengan kemarahan. Natijahnya, hubungan yang tidak mesra terbentuk antara 2 pihak yang
sepatutnya memiliki hubungan yang baik untuk kepentingan murid. Ketenangan boleh didapati
dengan mengingati perkara yang indah dan melupakan seketika tekanan yang dihadapi. Saat
diri berasa tertekan, cuba pejamkan mata seketika dan bayangkan perkara yang
menggembirakan hati, insyaAllah, ketenangan akan dapat dirasakan dalam hati.
Selain itu, stres mampu diatasi dengan cara mengelakkan diri daripada perkara yang
boleh membawa kepada stres. (Marzuki, 2007) individu perlu berusaha mengubah atau
mengetepikan punca punca tekanan supaya jalan penyelesaiannya dapat dimanfaatkan
secara bersama antara pekerja dan organisasi. Contohnya situasi antara guru dan pentadbir,
sekiranya guru merasakan bahawa pihak pentadbir memberi lambakan tugasan dan tidak
berdasarkan kemampuannya, maka seharusnya daripada peringkat awal penyerahan tugas,
guru perlu berterus terang dengan pihak pentadbir dengan menyatakan setakat mana
kemampuan dirinya.
Jika guru hanya menerima segala bebanan tugasan yang diberikan oleh pihak
pentadbir, tanpa memikirkan kemampuan dirinya, kemungkinan besar guru tersebut akan
menghadapi tekanan kerana ketidakmampuannya menyiapkan segala macam tugasan yang
diberikan. Hasilnya, bukan sahaja mutu tugasan kurang baik, namun dalam masa yang sama
hubungan baik antara guru dan pihak pentadbir mungkin terjejas. Guru berasa tertekan kerana
diberikan tugasan yang banyak, manakala pihak pentadbir berasa tidak puas hati kerana tidak
mendapat maklum balas tugasan yang berkualiti. Justeru, guru perlu mengelakkan diri daripada
menggalas sesuatu yang diri sendiri tidak pasti sama ada mampu dicapai atau tidak.
(Charlesworth, 2004) mengatakan other problems such as excessive workload may
exist only in some departments and this require narrower solution such as redesign of the way a
job is performed. Pernyataan ini menunjukkan bahawa adakalanya stres juga berpunca
daripada lebihan kerja yang diberikan oleh organisasi atau panitia masing- masing. Justeru,
adalah amat diperlukan untuk setiap organisasi menyusun semula tugasan mengikut
kesesuaian dan kemahiran setiap guru bagi mengelakkan tekanan dalam diri masing masing.
Jika guru diberikan bebanan kerja mengikut kemampuan masing- masing, maka tidak akan
timbul isu tertekan kerana tidak mampu menyiapkan tugasan.
Cara mengatasi stres yang seterusnya ialah tidak mencampuradukkan urusan
peribadi dan rasmi. Lazimnya guru yang sudah berumahtangga akan terbawa- bawa masalah
10

mereka sehingga ke sekolah. Contohnya amarah kerana bergaduh dengan suami ketika di
rumah berlarutan sehingga ke bilik guru sekolah. Akibatnya, rakan sejawat yang ingin beramah
mesra takut untuk menegur dan berbincang tentang tugasan yang sepatutnya dilaksanakan
bersama. Guru sepatutnya bersikap profesional dan cuba sedaya upaya meninggalkan masalah
rumahtangga di rumah dan tidak menjejaskan prestasi dan hubungannya dengan rakan
sejawat. Tekanan yang telah sedia ada dan berpunca daripada masalah lain tidak seharusnya
ditambahkan lagi dengan menjejaskan hubungan antara rakan sejawat.
Guru perlu menyedari bahawa urusan peribadi dan rasmi adalah 2 kelompok berbeza
yang perlu diasingkan jika timbul apa- apa

permasalahan. Kegagalan guru mengasingkan

keperluan kedua dua aspek ini hanya akan menambahkan lagi tekanan dalam diri. Namun,
jika ada perkara baik yang berlaku dalam urusan peribadi, maka mood dan suasana ceria
tersebut bolehlah dibawa sehingga ke sekolah dan apa- apa urusan rasmi yang lain. Hal ini
kerana mood yang baik biasanya akan berpindah kepada orang lain dan secara tidak langsung
mewujudkan suasana yang damai dan ceria.
Selain itu, stres mampu diatasi dengan cara yakin terhadap kebolehan diri sendiri.
(Mohan, 1997) most stress is experienced only because of our imagined fears. Fears triggered
off by external factors and our reasoning of these factors. Now we must learn how to control our
fears, so that we can control our stress. Jelas menunjukkan melalui pernyataan ini bahawa
untuk mengatasi stres, guru perlu yakin dan tidak takut pada cabaran yang terbentang di
hadapan mata.
Misalnya jika seorang guru permulaan diberikan kepercayaan untuk mengendalikan
sesebuah program besar, pada awalnya mungkin rasa takut dan tidak yakin akan diri sendiri
akan timbul dalam diri guru tersebut. Namun, seharusnya guru tersebut tidak membiarkan
perasaan takut mencuba sesuatu yang baru beraja dalam dirinya. Seorang guru yang berkualiti
tidak kiralah daripada kategori permulaan, mahir, atau cemerlang sekalipun, seharusnya
bersedia dengan apa jua tugasan baru yang mencabar dalam proses untuk meningkatkan diri
ke satu tahap yang lebih baik.
Justeru, perasaan takut dan tidak yakin akan kebolehan diri perlulah dikikis dalam usaha
menjauhkan diri daripada tekanan. Guru perlulah sentiasa berfikiran positif dengan
menganggap bahawa segala tugasan baharu yang tidak pernah dilakukan sebagai medium
untuknya meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri ke peringkat yang lebih baik. Jika guru
sentiasa mengelak untuk melaksanakan tugasan baharu kerana takut diri tertekan, maka
11

kemungkinan besar kualiti diri tidak dipertingkatkan dan kurangnya pengalaman dalam diri
sendiri.
Secara keseluruhannya, stres atau

tekanan sememangnya akan wujud dalam diri

setiap individu sama ada guru, doktor, peguam atau lain- lain profesion. Namun, cara
menangani stres tersebutlah yang membezakan impak stres terhadap diri masing- masing.
Guru yang bijak dan profesional adalah guru yang mengambil peluang atas tekanan yang
dihadapi dengan menjadikannya sebagai sesuatu yang positif.
Misalnya, tekanan akibat terlalu banyak kerja mampu mendorong guru untuk bertindak
secara positif atau negatif. Jika diambil tekanan secara positif, guru akan bertindak menyiapkan
kerja satu persatu mengikut keutamaan. Sebaliknya jika diambil secara negatif, timbunan kerja
tersebut akan menambahkan lagi tekanan guru hanya mengakibatkan guru mengeluh dan
berasa tidak mampu untuk menyiapkan kerja- kerja tersebut. Akibatnya, tekanan semakin
bertambah kerana tiada satu kerja pun berjaya diselesaikan dan bakal menimbulkan tekanan
lain di tempat kerja kerana tidak menjalankan tugasan dan amanah yang diberikan. Akhir kalam,
saya menyeru diri saya sendiri sebagai seorang bakal guru untuk melihat dan mengambil
tekanan daripada sudut yang positif dan berusaha mempertingkatkan diri ke arah yang lebih
baik, insyaAllah.

12

Anda mungkin juga menyukai