Anda di halaman 1dari 7

Pengenalan

1.0 Kesan Stres kepada Sesebuah Sekolah

Kesan stres boleh dibahagikan kepada beberapa kelompok iaitu murid, pentadbir, rakan
sekerja, ibu bapa, dan budaya sekolah. Kesan stres kepada murid ialah boleh menyebabkan
guru melampiaskan kemarahan tanpa sebab yang rasional terhadap murid. Contohnya apabila
guru terbawa – bawa masalah keluarga yang menyebabkan fikirannya tertekan sehingga ke
sekolah, kebiasaannya, muridlah yang akan menjadi mangsa. Sekiranya guru tidak cuba
mengawal emosi yang kurang stabil apabila masuk ke dalam kelas, lazimnya murid yang hanya
melakukan kesalahan kecil akan dimarahi dan menjadi mangsa melepaskan kemarahan.

Menurut (Marzuki, 2007) dalam buku karangannya, Psikologi Personel, ‘kesan


psikologi ini didapati boleh menyebabkan emosi menjadi statik dan tidak menunjukkan
sebarang petanda’. Sekiranya guru menghadapi stres, lazimnya kelas yang diajar akan menjadi
suram dan tidak ceria. Kesannya adalah terhadap murid – murid yang tidak dapat belajar dalam
suasana yang ceria dan membantutkan kemahiran sosial mereka.

Murid yang datang ke sekolah untuk belajar dan mengharapkan ilmu daripada guru
akhirnya perlu berhadapan dengan kerenah guru yang beremosi dan tidak dapat belajar dengan
suasana tenang dan berkesan. Selain membantutkan mood murid untuk belajar, murid juga
akan mempunyai satu persepsi baharu yang negatif terhadap guru tersebut dan
menggambarkan personaliti guru dalam diri murid setiap kali masuk ke dalam kelas.

Seterusnya ialah kesan terhadap rakan sekerja. (Mohan, 1997) dalam bukunya, Stress
Management For You, menyatakan bahawa ..you will antagonize those in your home, office and
social circles. You will draw them into your personal circle of stress.

Tekanan yang wujud dalam diri guru sendiri akan membawa impak yang negatif
terhadap pelbagai pihak termasuklah rakan sejawat. Misalnya, guru menunjukkan wajah
masam pada rakan sejawat yang bertanyakan khabarnya. Secara tidak langsung, suasana
akan menjadi muram dan mungkin menyebabkan rakan tersebut terasa hati. Mungkin guru
tersebut tidak berniat untuk membalas pertanyaan dengan wajah masam, namun tekanan yang

9
dihadapinya menjadikan fikirannya tidak dapat berfungsi secara rasional dan normal.
Natijahnya, rakan tersebut mungkin terasa hati dan mengakibatkan hubungan yang kurang
enak, selagi tekanan tidak berjaya diatasi.

Antara lain kesan tekanan terhadap rakan sekerja ialah menjadikan kerja berkumpulan
kurang bermutu. Dalam situasi pelaksanaan kerja secara berkumpulan iaitu panitia contohnya,
guru yang stres lazimnya tidak akan mampu memberikan hasil yang terbaik kerana tekanan
yang dihadapinya. Perkara ini secara tidak langsung akan menurunkan kualiti kerja panitia dan
menyebabkan bukan sahaja guru tersebut yang dikritik, malahan rakan sejawat lain yang
berada dalam satu pasukan yang sama juga akan turut dikritik kerana mereka berada dalam
satu organisasi yang sama.

Kesan stres yang berikutnya adalah terhadap ibu bapa. (Shaharom, 2005) dalam buku
Mengurus Stres menyatakan ‘dari segi kognitif, apabila tekanan tidak dapat dikurangkan,
seseorang akan menjadi tegang, seperti sukar membuat keputusan atau berfikir, serta mudah
melenting apabila menerima kritikan.’ Dalam realiti dunia perguruan, lazimnya akan ada
berlakunya sedikit salah faham antara pihak guru dan ibu bapa. Contohnya apabila murid
pulang ke rumah dan mengadu bahawa guru memukulnya kerana tidak menyiapkan kerja
rumah yang diberikan. Ibu bapa yang tidak menyiasat terlebih dahulu dan hanya mendengar
aduan anak secara membuta tuli pastinya akan meletakkan kesalahan sepenuhnya di atas
bahu guru. Akibatnya, ibu bapa datang ke sekolah dan membuat aduan tentang guru tersebut
kepada pihak pentadbir.

Guru yang stres akan mudah melenting dan sukar menerima kritikan yang dihadapkan
kepadanya, lebih – lebih lagi jika kesalahan tersebut bukanlah sesuatu yang rasional untuk
dipersoalkan terhadapnya. Senario ini akhirnya akan menjejaskan hubungan mesra yang
seharusnya terjalin antara guru dan ibu bapa. Kepercayaan terhadap guru yang sepatutnya
subur, makin pudar hanya kerana tekanan yang dihadapi oleh guru tersebut tidak
membolehkannya untuk menjelaskan perkara sebenar dengan rasional.

Seandainya guru menunjukkan respon yang negatif iaitu tidak cuba bersabar dengan
situasi dimarahi ibu bapa, tanggapan yang tidak baik terhadap guru akan terbina dan mungkin

10
akan disebarluaskan kepada masyarakat luar. Hal ini akan menjejaskan pandangan masyarakat
luar terhadap kerjaya guru itu sendiri dan memudarkan kepercayaan yang telah sedia wujud
sekian lama. Masyarakat luar yang tidak tahu perkara sebenarnya pula mudah dipengaruhi oleh
khabar angin tanpa mencuba meneliti terlebih dahulu situasi perkara yang sebenarnya.
Kesannya, kesalahan diletakkan di atas bahu guru seratus peratus dan tanggapan negatif
terhadap kerjaya guru terus berleluasa.

Pentadbir juga merupakan antara pihak yang terkesan dengan tekanan yang dihadapi
oleh guru. Menurut (Straw, 1993), stress will lesson your satisfaction with work and lesson your
performance. Seandainya guru tertekan, sehingga terbawa –bawa ke dalam ke tempat kerja,
tekanan tersebut mungkin akan mempengaruhi mutu peribadi dan pekerjaannya sebagai orang
bawahan pentadbir.

Tugasan yang diberikan oleh guru besar tidak dapat disiapkan dengan baik, dan kerja –
kerja lain juga terbengkalai kerana guru tidak bijak mengawal emosi untuk lebih rasional
memisahkan bidang tugas rasmi dengan tekanan yang dihadapi. Mutu hasil kerja yang kurang
memberangsangkan ini tentunya akan memberikan perspektif negatif pentadbir kepada guru itu
sendiri kerana tidak mampu menyiapkan tugasan mengikut kritirea yang ditetapkan. Situasi
sebegini jika kerap ditunjukkan kepada pihak pentadbir, akan menyusahkan guru tersebut
sendiri, antaranya mungkin perlu menyediakan surat tunjuk sebab yang akan dimasukkan ke
dalam fail prestasi, dan secara tidak langsung juga mewujudkan satu persepsi kurang elok
daripada pihak pentadbir sendiri terhadap peribadi guru itu.

Kesan stres yang terakhir adalah terhadap budaya sekolah. Contohnya, budaya
sekolah A ialah wujudnya sistem tutorial antara mento dan mentee iaitu antara guru dan murid
darjah 6 untuk sesi perbincangan berkaitan akademik atau luar akademik. Namun, guru yang
baru sahaja ditempatkan di sekolah tersebut sebagai guru permulaan merasakan bahawa dia
kurang keyakinan untuk menjadi mento seperti yang diamanahkan.

Hal ini adalah rentetan daripada sifat kurang keyakinan diri yang berlarutan sehingga
menjadi tekanan dalam diri guru tersebut. Menurut penulisan (Brecht) dalam bab lack of
achievement, ‘a vicious cycle is a set up of ‘I can’t achieve, which adds more fuel to the fire –

11
see, I knew I couldn’t do it’. Bab ini menjelaskan bahawa apabila individu memiliki pegangan
bahawa dia tidak boleh melakukan sesuatu perkara, maka fikiran dan anggota badannya juga
akan menjadi negatif dan tidak mencuba untuk melakukan perkara tersebut.

Akibatnya, budaya sekolah cemerlang yang lazimnya mempunyai program mento


mentee akan sedikit terjejas kerana sikap guru yang kurang bermotivasi dan mudah tertekan
tanpa usaha untuk mencuba terlebih dahulu tugasan yang diberikan.

2.0 Cara yang Berkesan untuk Menangani Stres dalam Kalangan Guru

Cara mengatasi stres yang pertama adalah dengan mengaturkan masa dengan teliti.
(Tuskan, 2002) dalam buku karangannya Kaedah Mengatasi Gangguan Stres dan Emosi
Menurut Islam mengatakan bahawa masa yang ada dalam kehidupan individu perlu diatur
mengikut kepentingan matlamat yang hendak dicapai dan dilakukan secara berfasa.

Kehidupan seharian sebagai seorang guru dan mungkin suri rumah tangga pastinya
menuntut perhatian yang perlu dibahagikan secara sistematik. Dalam merancang pelaksanaan
tugasan, guru perlulah bijak membahagikan masa 24 jam yang ada mengikut kepentingan
masing – masing. Contohnya antara soalan peperiksaan yang perlu disiapkan dalam tempoh
seminggu dengan memasukkan markah murid di dalam sistem yang hanya tinggal 1 hari
sebelum ditutup aplikasinya, guru perlulah mengutamakan memasukkan markah murid di dalam
sistem. Matlamat setiap tugasan perlu diukur kepentingannya agar masa yang diagihkan
menjadi lebih sistematik. Jadual yang sistematik juga perlu dirangka sebagai rujukan untuk guru
menyiapkan tugasan satu persatu agar tidak ada yang tertinggal dan boleh menyebabkan guru
stres.

Cara mengatasi stres yang seterusnya ialah dengan cuba untuk sentiasa bertenang.
(Kenton,1988) menyatakan ‘relaxation is also the most important key to mitigating the damaging
effects of long – term stress..’. Tekanan adalah perkara yang memang akan dilalui oleh setiap
individu, namun ketenangan adalah kunci yang diperlukan untuk membuka ruang bagi diri
berfikir dengan lebih rasional, bukannya emosional.

Contohnya pada situasi guru dengan ibu bapa seperti yang dibincangkan di atas,
sekiranya guru mampu bertenang dan mengetepikan perasaan marah dan mengawal
tekanannya, perhubungan antara guru dan ibu bapa mungkin tidak akan terjejas. Namun, hal
12
yang sebaliknya berlaku apabila guru tidak mampu bertenang, dan membalas kemarahan
dengan kemarahan. Natijahnya, hubungan yang tidak mesra terbentuk antara 2 pihak yang
sepatutnya memiliki hubungan yang baik untuk kepentingan murid. Ketenangan boleh didapati
dengan mengingati perkara yang indah dan melupakan seketika tekanan yang dihadapi. Saat
diri berasa tertekan, cuba pejamkan mata seketika dan bayangkan perkara yang
menggembirakan hati, insyaAllah, ketenangan akan dapat dirasakan dalam hati.

Selain itu, stres mampu diatasi dengan cara mengelakkan diri daripada perkara yang
boleh membawa kepada stres. (Marzuki, 2007) individu perlu berusaha mengubah atau
mengetepikan punca – punca tekanan supaya jalan penyelesaiannya dapat dimanfaatkan
secara bersama antara pekerja dan organisasi. Contohnya situasi antara guru dan pentadbir,
sekiranya guru merasakan bahawa pihak pentadbir memberi lambakan tugasan dan tidak
berdasarkan kemampuannya, maka seharusnya daripada peringkat awal penyerahan tugas,
guru perlu berterus terang dengan pihak pentadbir dengan menyatakan setakat mana
kemampuan dirinya.

Jika guru hanya menerima segala bebanan tugasan yang diberikan oleh pihak
pentadbir, tanpa memikirkan kemampuan dirinya, kemungkinan besar guru tersebut akan
menghadapi tekanan kerana ketidakmampuannya menyiapkan segala macam tugasan yang
diberikan. Hasilnya, bukan sahaja mutu tugasan kurang baik, namun dalam masa yang sama
hubungan baik antara guru dan pihak pentadbir mungkin terjejas. Guru berasa tertekan kerana
diberikan tugasan yang banyak, manakala pihak pentadbir berasa tidak puas hati kerana tidak
mendapat maklum balas tugasan yang berkualiti. Justeru, guru perlu mengelakkan diri daripada
menggalas sesuatu yang diri sendiri tidak pasti sama ada mampu dicapai atau tidak.

(Charlesworth, 2004) mengatakan other problems such as excessive workload may exist
only in some departments and this require narrower solution such as redesign of the way a job
is performed. Pernyataan ini menunjukkan bahawa adakalanya stres juga berpunca daripada
lebihan kerja yang diberikan oleh organisasi atau panitia masing- masing. Justeru, adalah amat
diperlukan untuk setiap organisasi menyusun semula tugasan mengikut kesesuaian dan
kemahiran setiap guru bagi mengelakkan tekanan dalam diri masing – masing. Jika guru
diberikan bebanan kerja mengikut kemampuan masing- masing, maka tidak akan timbul isu
tertekan kerana tidak mampu menyiapkan tugasan.

13
Cara mengatasi stres yang seterusnya ialah tidak mencampuradukkan urusan
peribadi dan rasmi. Lazimnya guru yang sudah berumahtangga akan terbawa- bawa masalah
mereka sehingga ke sekolah. Contohnya amarah kerana bergaduh dengan suami ketika di
rumah berlarutan sehingga ke bilik guru sekolah. Akibatnya, rakan sejawat yang ingin beramah
mesra takut untuk menegur dan berbincang tentang tugasan yang sepatutnya dilaksanakan
bersama. Guru sepatutnya bersikap profesional dan cuba sedaya upaya meninggalkan masalah
rumahtangga di rumah dan tidak menjejaskan prestasi dan hubungannya dengan rakan
sejawat. Tekanan yang telah sedia ada dan berpunca daripada masalah lain tidak seharusnya
ditambahkan lagi dengan menjejaskan hubungan antara rakan sejawat.

Guru perlu menyedari bahawa urusan peribadi dan rasmi adalah 2 kelompok berbeza
yang perlu diasingkan jika timbul apa- apa permasalahan. Kegagalan guru mengasingkan
keperluan kedua – dua aspek ini hanya akan menambahkan lagi tekanan dalam diri. Namun,
jika ada perkara baik yang berlaku dalam urusan peribadi, maka mood dan suasana ceria
tersebut bolehlah dibawa sehingga ke sekolah dan apa- apa urusan rasmi yang lain. Hal ini
kerana mood yang baik biasanya akan berpindah kepada orang lain dan secara tidak langsung
mewujudkan suasana yang damai dan ceria.

Selain itu, stres mampu diatasi dengan cara yakin terhadap kebolehan diri sendiri.
(Mohan, 1997) most stress is experienced only because of our imagined fears. Fears triggered
off by external factors and our reasoning of these factors. Now we must learn how to control our
fears, so that we can control our stress. Jelas menunjukkan melalui pernyataan ini bahawa
untuk mengatasi stres, guru perlu yakin dan tidak takut pada cabaran yang terbentang di
hadapan mata.

Misalnya jika seorang guru permulaan diberikan kepercayaan untuk mengendalikan


sesebuah program besar, pada awalnya mungkin rasa takut dan tidak yakin akan diri sendiri
akan timbul dalam diri guru tersebut. Namun, seharusnya guru tersebut tidak membiarkan
perasaan takut mencuba sesuatu yang baru beraja dalam dirinya. Seorang guru yang berkualiti
tidak kiralah daripada kategori permulaan, mahir, atau cemerlang sekalipun, seharusnya
bersedia dengan apa jua tugasan baru yang mencabar dalam proses untuk meningkatkan diri
ke satu tahap yang lebih baik.

Justeru, perasaan takut dan tidak yakin akan kebolehan diri perlulah dikikis dalam usaha
menjauhkan diri daripada tekanan. Guru perlulah sentiasa berfikiran positif dengan

14
menganggap bahawa segala tugasan baharu yang tidak pernah dilakukan sebagai medium
untuknya meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri ke peringkat yang lebih baik. Jika guru
sentiasa mengelak untuk melaksanakan tugasan baharu kerana takut diri tertekan, maka
kemungkinan besar kualiti diri tidak dipertingkatkan dan kurangnya pengalaman dalam diri
sendiri.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, stres atau tekanan sememangnya akan wujud dalam diri setiap
individu sama ada guru, doktor, peguam atau lain- lain profesion. Namun, cara menangani stres
tersebutlah yang membezakan impak stres terhadap diri masing- masing. Guru yang bijak dan
profesional adalah guru yang mengambil peluang atas tekanan yang dihadapi dengan
menjadikannya sebagai sesuatu yang positif.

Misalnya, tekanan akibat terlalu banyak kerja mampu mendorong guru untuk bertindak
secara positif atau negatif. Jika diambil tekanan secara positif, guru akan bertindak menyiapkan
kerja satu persatu mengikut keutamaan. Sebaliknya jika diambil secara negatif, timbunan kerja
tersebut akan menambahkan lagi tekanan guru hanya mengakibatkan guru mengeluh dan
berasa tidak mampu untuk menyiapkan kerja- kerja tersebut. Akibatnya, tekanan semakin
bertambah kerana tiada satu kerja pun berjaya diselesaikan dan bakal menimbulkan tekanan
lain di tempat kerja kerana tidak menjalankan tugasan dan amanah yang diberikan. Akhir
kalam, saya menyeru diri saya sendiri sebagai seorang bakal guru untuk melihat dan
mengambil tekanan daripada sudut yang positif dan berusaha mempertingkatkan diri ke arah
yang lebih baik, insyaAllah.

15

Anda mungkin juga menyukai