Anda di halaman 1dari 9

Isu Tekanan Emosi Guru Akibat Bebanan Kerja

Disediakan oleh : Sua Shang Wei

Pada masa kini, dunia pendidikan sering menjadi isu penting tidak kira sama ada
dari segi pendidiknya, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan,
ganjaran dan kenaikan pangkat ataupun isu-isu semasa yang sering membabitkan
diri pendidik tersebut. Oleh itu, profesion perguruan sering dianggap oleh
masyarakat bahawa bidang ini bukanlah satu tugas yang sukar dan rumit kerana
kebanyakan mereka menganggap kerjaya guru hanya duduk di dalam kelas dan
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya sahaja.

Selain itu, terdapat juga orang yang berpendapat bahawa guru hanya perlu
membuat kerja-kerja perkeranian seperti menaip dan mengisi boring yang berkaitan
dengan murid. Justerunya, masyarakat kini sememangnya tidak begitu memahami
secara mendalam terhadap profesion keguruan dan tanggungjawab yang dipikul
oleh para guru.

Namun begitu, di negara kita masih terdapat persoalan-persoalan mengenai


tekanan kerja di kalangan guru sering dibincangkan di mana-mana sahaja pada bilabila masa. Ini adalah kerana profesion sebagai seorang guru merupakan salah satu
profesion yang sungguh mencabar. Tanggungjawab yang menyatakan bahawa guru
umpama lilin yang membakar diri bukan sahaja di dalam masyarakat kita tetapi di
negara-negara lain juga memandangkan tugas seseorang guru begitu banyak dan
tanggungjawabnya adalah amat berat terutamanya terdapat banyak cabaran yang
perlu dihadapi oleh seseorang guru dalam era globalisasi ini. Di negara kita, antara
cabaran yang dihadapi oleh warga pendidik adalah cabaran Wawasan 2020 untuk
melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya
saing.

Dengan itu, tanggungjawab dan tugas guru yang begitu mencabar telah
memberikan tekanan stres secara tidak langsung dan menyebabkan perkaraperkara yang tidak diingini berlaku. Tidak dapat dinafikan bahawa pada masa kini
terdapat kes-kes yang berkaitan dengan guru sering berlaku dan dilaporkan melalui
media massa. Kebanyakan Kes yang berkaitan dengan guru adalah amat serius
sehingga terdapat segelintir kes telah menyebabkan kecederaan dan kematian.

Dalam kes Bisikan Misteri Arah Guru Amuk yang berlaku di SK Sabur, Kota
Kinabalu adalah amat serius kerana guru tersebut telah mengamuk sehingga
menggunakan pedang samurai dan menyebabkan seramai 14 orang guru termasuk
dua orang guru wanita terpaksa menyembunyikan diri dalam hutan paya bakau.
Walaupun tiada sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku, akan tetapi
tingkah laku guru tersebut yang kurang waras telah mengancam keselamatan rakan
sejawat yang lain. Ini mungkin akan membawa sebarang kecederaan ke atas guruguru yang tinggal bersamanya. Sumber berkata bahawa suspek tersebut mendakwa
terdapat suara perempuan yang sering mengganggunya sejak beberapa minggu
lalu dan menyebabkan dia tidak dapat bertahan sehingga mengamuk.

Melalui pandangan masyarakat setempat yang bertahyul mungkin berpendapat


bahawa guru tersebut memang diganggu oleh makhluk halus. Walaubagaimanapun,
pandangan yang lebih saintifik mengenai kes ini berlaku mungkin disebabkan
tekanan emosi yang telah dipendamkan dalam guru tersebut yang agak lama
sehingga dia tidak dapat berfikir dengan waras dan mendakwa dirinya dapat
mendengar bisikan misteri yang mengganggu ketenteramannya. Akibatnya,
tekanan emosi yang serius ini telah menyebabkan guru berkenaan berfikiran tidak
mempunyai kesedaran diri dan melakukan perbuatan yang tidak terkawal yang
boleh mengancam keselamatan orang lain.

Dengan itu, kes yang telah berlaku ini telah membuktikan bahawa pada zaman kini,
para guru sentiasa menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan
daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi
meningkatkan lagi kualiti pendidikan. Selain itu, pelbagai reformasi dalam bidang
pendidikan dan masalah-masalah seperti masalah murid dan bebanan kerja pasti
akan menyebabkan tekanan stres di kalangan guru.

Stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan
kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori
stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai suatu reaksi yang
tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang
menimpanya.

Menurut Mohd Salleh (1994), stres adalah reaksi fizikal dan mental emosi seseorang
akibat sesuatu situasi yang menyebabkan seseorang itu tidak mendapat keselesaan
hidup. Di negara kita, fenomena stres di kalangan guru sering diperbincangkan dan
dijadikan bahan kajian. Ini adalah bidang pendidikan pada hari ini semakin

mendesak para guru untuk bekerja keras dengan lebih masa demi mencapai
permintaan tinggi pendidikan tersebut. Di samping itu, usaha peningkatan dan
pelaksanaan tersebut telah menyebabkan guru-guru semakin tertekan dengan
bebanan kerjaya pendidikan ini.

Mengikut Kyriacou (2000), stres guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap
emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan
dan kemurungan akibat daripada tugas sebagai seorang guru. Sementara itu,
menurut Sapora Sipon (2007), stres terhadap guru memang berkecenderungan
untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa,
kekecewaan dan kebimbangan. Maka, stres merupakan tindak balas fizikal yang
biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan
ketidakseimbangan berlaku.

Oleh itu, guru yang gagal mengawal diri akibat stres akan memberi kesan kepada
perhubungan guru dengan murid dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Isu
sebegini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion
perguruan yang akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang
mampu membawa negara kita ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu
pendidikan.

Isu beban tugas guru ini memang sukar difahami masyarakat umum melainkan
ada dalam kalangan keluarga atau rakan mereka terbabit dalam kerjaya itu. Tidak
seperti kebanyakan kerjaya lain, tugas guru tidak terikat kepada waktu
persekolahan. Selain terpaksa membawa kerja balik ke rumah, guru kadang kala
terpaksa membuat kerja yang tidak ada kaitan dengan tugas mengajar seperti
menghadiri mesyuarat sekolah, mengikuti program peringkat daerah atau peringkat
negeri atau wakil pengetua atau guru besar. Di samping itu, mereka juga terpaksa
melakukan penyeliaan dan bimbingan aktiviti kokurikulum seperti persatuan, sukan
dan badan beruniform. Ini tidak termasuk mengiringi pelajar menyertai program di
luar sekolah yang mungkin mengambil masa beberapa jam mahupun beberapa
hari.

Sememangnya peranan guru di sekolah adalah banyak dan tugas guru bukan
sahaja mengajar dan menyampai ilmu pengetahuan kepada muridnya di dalam
kelas tetapi dia juga diharapkan dapat melaksanakan tugas-tugas yang lain.
Antaranya adalah sebagai pengurus bilik darjah, mengawal disiplin murid,
perancang program-program, agen perubahan, penyelidikan, fasilitator, penilai dan

banyak lagi. Apabila sesi persekolahan menuju ke penghujungnya pada setiap


tahun, guru sekolah perlu mendapat semakin banyak tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan. Sementara tugas-tugas tersebut semakin bertambah, tugas seperti
pemeriksaan tugasan, ujian dan peperiksaan juga akan dihadapi oleh guru selain
melaksanakan tugas rutin iaitu mengajar. Dengan pertambahan tugas, guru akan
berasa beban dan seterusnya akan mengalami tekanan emosi yang serius.

Semua ini dilakukan tanpa kemudahan bayaran lebih masa, tuntutan perbatuan
yang dicatu mahupun lebihan masa yang digunakan untuk tugas rasmi diganti
sebagai cuti rehat pada keesokan harinya. Namun, bagi kebanyakan guru, beban itu
tidak pernah dipertikaikan kerana menyedari mereka sudah memilih kerjaya yang
tanggungjawabnya menjangkaui waktu kerja. Walaupun begitu, penyelesaian yang
wajar harus dicari bagi meringankan beban ini kerana jika stres atau tekanan
berpanjangan di dalam hidup seseorang guru dan tidak bijak untuk
menguruskannya, ia akan menyebabkan penyakit-penyakit tertentu yang akan
menjejaskan kesihatan dan kecergasan guru itu sendiri, selanjutnya memberi kesan
negatif kepada murid.

Antara penyakit-penyakit yang berpunca akibat mengalami tekanan stres adalah


sakit jantung, stroke, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Merujuk kepada
isu guru tersebut telah mengalami kesukaran tidur sehingga dia mengamuk.
Kesukaran tidur atau dikenali sebagai insomnia adalah salah satu penyakit yang
berpunca daripada tekanan stres.

Selain itu, terdapat juga banyak faktor yang menyebabkan kes sebegini berlaku.
Antaranya adalah persekitaran kerja yang tidak kondusif. Suasana kerja adalah
amat penting bagi seseorang guru kerana ruang kerja yang sempit dan sesetengah
kelas yang terlalu panas dan tidak selesa boleh menimbulkan ketidakselesaan
kepada guru berbanding dengan individu lain yang bekerja di tempat yang berhawa
dingin. Tambahan pula, kemudahan-kemudahan sekolah yang tidak mencukupi
untuk keperluan diri dan pelajarnya terutamanya sekolah-sekolah di kawasan
pedalaman akan menyebabkan guru tersebut semakin stres.

Selain itu, kelakuan dan perangai murid dalam kelas yang sentiasa menjadi
cabaran kepada seseorang guru juga merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan guru mengalami tekanan emosi. Murid sentiasa melakukan pelbagai
aksi untuk menarik perhatian guru tentunya akan menimbulkan masalah serta

memberikan kesan kepada emosi guru dan lama-kelamaan ia akan menjadikan guru
berasa stres.

Punca-punca peribadi juga merupakan antara faktor guru mengalami tekanan


emosi. Keadaan kesihatan guru terjejas ataupun berlakunya kemalangan dan
kematian dalam kalangan ahli keluarga akan menyebabkan guru tersebut
mengalami tekanan emosi yang seirus. Selain itu, hubungan dengan ahli keluarga
atau rakan sekerja adalah amat penting bagi seseorang guru kerana ia merupakan
satu sokongan kepada guru tersebut. Jika berlakunya perselisihan faham akibat
masalah komunikasi yang tidak berkesan maka ini boleh menyebabkan stres
terhadap guru tersebut.

Pada zaman kini, taraf hidup yang semakin tinggi telah menjadi keperluan yang
biasa bagi semua orang. Oleh itu, perbelanjaan kehidupan seharian amatlah
memerlukan wang yang secukupnya. Kita sering diberitahu bahawa gaji guru
adalah rendah berbanding dengan profesion yang lain. Dengan itu, masalah
kewangan telah membataskan aktiviti riadah dan taraf hidup seseorang guru. Ini
telah menyebabkan dia sukar untuk menikmati dan memberikan taraf hidup yang
baik kepada diri dan keluarga mereka. Maka, masalah kewangan ini akan
menyebabkan guru mengalami tekanan stres.

Berdasarkan faktor-faktor yang telah dibincangkan, banyak usaha dan rancangan


untuk mencari penyelesaian yang sesuai hendaklah dijalankan agar mengatasi
masalah beban guru sekolah agar isu ini tidak akan berterusan dan menjadi
semakin serius. Jika tidak, ia akan membawa kesan yang buruk sehingga guru tidak
suka akan kerja mereka dan secara tidak langsung ia mampu membawa kesan
buruk yang akan menjejaskan imej keguruan. Maka, pihak yang berkenaan haruslah
bekerjasama dan mengambil berat terhadap isu-isu guru mengalami tekanan emosi
akibat bebanan kerja.

Dengan itu, pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk
menangani masalah beban tugas guru. Salah satunya adalah Kesatuan
Perkhidmatan Pengurusan Perguruan Kebangsaan (KPKK) telah memohon supaya
skop kerja guru dapat dispesifikan dan kebajikan guru dapat diutamakan. Selain itu,
kemudahan asas sekolah perlu lengkap dan program pemprosesan data dapat
diringkaskan serta penambahbaikan semua sistem ICT agar urusan data guru atau
pelajar dapat dilaksanakan secara berpusat. Bukan sahaja begitu, pihak KPKK juga
mencadangkan agar mewujudkan jawatan pembantu murid untuk membantu

urusan kerja-kerja perkeranian dan mengasingkan guru akademik dan guru sukan
agar guru dapat lebih fokus pada tugas yang telah ditetapkan untuk setiap individu
dalam organisasi itu.

Sebenarnya, pihak kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap isu beban guru
dan berusaha mencari penyelesaian yang sesuai untuk menangani masalah
tersebut. Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merupakan
Menteri Pelajaran telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji beban
tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara dan
diharapkan untuk mencari penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan bebanan
guru.

Selain itu, tokoh akademik termasuklah bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri
Abdul Rahman Arshad telah meminta mengkaji mewujudkan jawatan pembantu
guru bagi membantu guru di setiap kelas bagi melakukan tugas pentadbiran dan
perkeranian. Dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mencari
penyelesaian dengan melatih dan menghantar pembantu pentadbir di sekolah
bertujuan untuk mengurangkan beban kerja guru. Tugas-tugas seperti tugas
perkeranian dan menguruskan pusat sumber serta bilik-bilik khas sekolah oleh
pembantu pentadbir sememangnya dapat mengurangkan masalah beban kerja
guru. Dengan ini, guru juga dapat lebih fokus kepada tugasnya untuk merancang
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Bukan sahaja begitu, pihak kerajaan juga telah berusaha menaik taraf infrastruktur
dan kemudahan sekolah terutamanya di kawasan pedalaman agar menyediakan
suasana persekitaran kerja yang kondusif bagi guru. Dengan usaha sebegini, maka
stres di kalangan guru dapat dikurangkan.

Bagi seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akibat bebanan kerja,
beliau seharusnya dapat memiliki penampilan yang baik dari segi mental dan dapat
menghadapi sebarang cabaran atau halangan dengan pemikiran yang jelas dan
baik. Ini adalah kerana guru bukan sahaja memerlukan penampilan yang baik dari
segi fizikal, malah beliau juga perlu sentiasa berfikiran waras dan dapat menangani
tekanan emosinya dengan berkesan. Oleh itu, guru seharusnya meningkatkan dan
menguasai kemahiran menyelesaikan masalah yang dapat membantu seseorang
guru menangani masalah tekanan emosi yang dihadapinya secara rasional,
seterusnya merancang cara penyelesaian secara sistematik.

Selain itu, sebagai seorang guru, beliau juga seharusnya dapat menguasai
kemahiran pengurusan masa. Pada masa kini, kebanyakan guru yang bekerja
menghabiskan masa ke atas tugasan yang kurang penting telah mengabaikan
tanggungjawab yang lain sehingga mereka berasa tugas mereka tidak dapat
diselesaikan. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi guru mengalami
masalah tekanan emosi akibat beban kerja. Oleh itu, kemahiran pengurusan masa
dapat membantu seseorang guru menumpukan kepada kerja-kerja yang penting
dahulu dan melakukannya dengan lebih bijak. Contohnya, seseorang guru perlu
merancang jadual bekerja dan meluangkan masa lapang individu yang secukupnya
untuk kegunaan diri.

Seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akibat beban kerja boleh
mempelajari kemahiran relaksasi yang dapat membantu meredakan reaksi fizikal
terhadap tekanan. Sebagai contoh, guru boleh boleh menjalankan relaksasi seperti
aktiviti yoga yang mengutamakan cara menarik dan menghembus nafas dengan
perlahan-lahan yang boleh menangani stres.

Bukan sahaja begitu, seseorang guru patut mengekalkan cara hidup yang sihat dan
seimbang dengan bersenam, makan makanan yang sihat, mempunyai tidur yang
cukup dan tidak meminum air beralkohol kerana badan yang sihat dapat
meningkatkan prestasi kerja. Untuk memperolehi cara hidup yang seimbang,
seseorang guru perlu meluangkan masa dengan melakukan hobi atau aktiviti
rekreasi. Dengan membuat demikian, mereka dapat mengalih fikiran mereka
terhadap kerisauan dan kebimbangan mengenai tugas serta mendapat persepsi
yang baru untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.

Jika seseorang guru itu mempunyai cara berkomunikasi yang baik dan
berkesan, maka mereka dapat mencari jalan untuk meluahkan buah fikiran dan
emosinya. Di samping itu, ia juga dapat memahami reaksi yang diberi. Maka,
dengan cara ini dapatlah seseorang guru itu mengendalikan masalah dan tekanan
emosi dengan lebih berkesan. Oleh itu, sebagai seorang guru, beliau perlu menjalin
hubungan yang baik dengan rakan sejawatnya agar dapat berkongsi masalah yang
dihadapi. Merujuk kepada kes guru tersebut, guru berkenaan sepatutnya
menjelaskan dan membincangkan masalah bisikan misteri yang telah dihadapi
olehnya kepada rakan sejawat yang lain agar dapat sokongan yang baik untuk
mencari cara penyelesaian yang lebih berkesan.

Seseorang guru yang mempunyai tujuan hidup biasanya dapat mengendali


tekanan dan stres dengan baik. Oleh itu, penglibatan diri dalam hal-hal keagamaan
juga merupakan salah satu cara bagi seseorang guru untuk menangani masalah
tekanan stres kerana agama dapat memberi sumber harapan atau menjadi
pegangan kepada seseorang apabila diperlukan. Golongan yang bekerja termasuk
guru adalah digalakkan untuk melibatkan diri dalam hal-hal kerohanian kerana ia
dapat memberi mereka perspektif yang betul tentang kehidupan dan pekerjaan.
Dengan ini, penampilan guru dari segi sifat rohaniah dan kejiwaan dapat
dipertingkatkan. Guru tersebut juga akan lebih bersifat tenang dan mempunyai
emosi yang mantap serta optimistik dalam kehidupan.

Selain itu, seseorang guru perlu berfikiran realistik terhadap pekerjaannya dan
memupuk sikap suka dan minat terhadap kerjayanya dengan menambah ilmu
pengetahuan mengenai bidang atau profesion yang diceburinya demi
memartabatkan lagi profesion keguruan. Beliau juga seharusnya dapat memahami
kekuatan dan kelemahan dirinya. Sementara itu, fikiran yang positif patut disemai
dalam kalangan guru agar mereka dapat bersiap sedia menghadapi sebarang
masalah dan bersikap terbuka untuk menghadapi sebarang perubahan terutamanya
dalam bidang pendidikan.

Bukan sahaja begitu, seseorang guru perlulah sentiasa bertanggungjawab dan


memahami akauntabilitinya terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara
serta rakan sejawat dan profesion keguruan agar dapat menunjukan prestasi yang
terbaik ketika bekerja terutamanya menjalankan peranannya untuk menyampai
ilmu pengetahuan dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
agar murid-murid dapat mencapai objektif yang optimum.

Pihak pengurusan sekolah pula harus berperanan untuk membantu guru dalam
menghadapi sebarang tekanan, konflik dan isu. Pihak berkenaan perlu sedar akan
kepentingan pemantauan ke atas tahap stres guru dari semasa ke semasa dan
mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengurangkan masalah tersebut.
Contohnya, pihak pengurusan di sekolah perlulah mengenal pasti guru-guru yang
mempunyai potensi mengalami tahap stres yang tinggi. Seterusnya, pihak sekolah
boleh bekerjasama dengan kaunselor pentadbir yang berada di Pejabat Pelajaran
Daerah dan di Jabatan Pelajaran Negeri agar mengadakan sesi pertemuan untuk
membantu guru yang berkenaan untuk memahami dirinya dan orang lain,
seterusnya mendapatkan alternatif terbaik yang boleh dilakukan dalam menangani
sebarang isu khususnya yang berkaitan dengan tekanan.

Kesimpulannya, tekanan emosi guru semakin ketara di sekolah akibat beban


kerja kerana globalisasi dan modenisasi dalam bidang pendidikan. Dengan
tanggungjawab guru semakin mencabar dan peranan guru juga berubah. Hal ini
telah menyebabkan para guru menghadapi tekanan emosi dan terdapat segelintir
guru tidak dapat tekanan kerja dengan sebaik mungkin sehingga menjejaskan
kesihatannya. Oleh itu, pengurusan tekanan emosi memerlukan kemahiran yang
mesti dipelajari oleh semua anggota di dalam organisasi pendidikan terutamanya
dalam kalangan guru kerana kegagalan mengawal tekanan boleh membawa kesan
yang buruk bukan sahaja kepada individu tetapi juga imej organisasi.

Selain itu, pihak berkenaan juga harus memberi sokongan dan membantu
mengurangkan beban stres yang dihadapi oleh guru dengan mengkaji semula skop
kerja guru. Para guru perlu sentiasa bersikap positif dalam menghadapi cabarancabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakan diri terus berada dalam
keadaan stres dan menjejaskan karier diri sebagai seorang guru.

Anda mungkin juga menyukai