Anda di halaman 1dari 25

Masalah ponteng sekolah sudah menjadi isu yang hangat secara bertahun-tahun yang lepas.

Akan
tetapi pada kebelakangan ini, terdapat isu guru ponteng yang dipaparkan di surat khabar dengan
tajuk Guru Ponteng Isu Serius. Kes ini berlaku di negari Sabah, Ranau.
Pada 22 Februari 2010, mendapati seramai 117 guru dari 11 sekolah tidak hadir bertugas, manakala
pada 25 Mei 2010 pula seramai 157 guru dari 14 sekolah juga tidak hadir bertugas.
(The Borneo Post Online, 24/12/2011)
Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas
tanpa kebenaran. Oleh itu, ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua
kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Bukan sahaja
murid yang ponteng sekolah, guru yang bertanggungjawab sebagai seorang pendidik turut terbabit
dalam gejala ponteng ini.
Menurut Supriyadi 1999, guru adalah seorang yang berilmu, berahklak, jujur dan baik hati,
disegani serta menjadi teladan bagi masyarakat. Manakala dalam pasal 1 Undang-undang No. 14
tahun 2005 Tentang Guru dan Dosen, Guru adalah pendidik profesional dengan tugas utama
mendidik, mengajar, membimbing, mengarahkan, melatih, menilai, dan mengevaluasi peserta didik
pada pendidikan anak usia dini jalur pendidikan formal, pendidikan dasar, dan pendidikan menengah.
Di sini, dapat kita dihat bahawa guru memainkan peranan yang amat penting dalam sesebuah
masyarakat. Apa yang menyebabkan seorang guru itu ponteng kerjanya? Apa yang tindakan yang
dilakukan oleh kerajaan untuk menangani masalah guru ponteng di Malaysia?
Ponteng kerja adalah antara perkara serius yang dilakukan oleh individu-individu yang tertekan.
Menurut laporan akhbar (Utusan Malaysia Online: 20 Mei 2008) terdapat seorang guru di Perak yang
tidak menghadirkan diri ke sekolah selama lebih dari 30 hari tanpa sebarang alasan yang kukuh.
Akibat dari perlakuan tersebut, pihak Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan disiplin yang
tegas terhadap guru terbabit termasuk memecatnya. Perkara ini dikhuatiri ada kaitannya dengan
tekanan kerja yang dihadapi oleh guru.
Ramai menganggap isu guru ponteng ini suatu perkara yang terpencil. Kebanyakannya
berlaku di kawasan luar bandar dan pedalaman sehingga menyebabkan Jabatan Pelajaran Negeri
sukar untuk mengambil tindakan. Bagaimanapun, perkara ini jika berlarutan boleh memberi kesan
yang tidak baik kepada kualiti pembelajaran di sekolah. Yang menjadi mangsa pastinya anak-anak
murid yang mengharapkan pendidikan yang sempurna daripada guru sesuai dengan gaji mereka
perolehi saban tahun.
Pada pendapat saya, beberapa faktor yang akan menyumbang kepada isu guru ponteng ini.
Antaranya adalah bebanan kerja guru yang semakin meningkat. Guru juga terpaksa berhadapan
dengan perubahan demi perubahan dalam bidang pendidikan sehingga wujudnya beban yang
keterlaluan. Contohnya apabila ada pegawai baru di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Jabatan
Pelajaran Negeri atau di peringkat kementerian, banyaklah idea dan tugasan baru yang harus dipikul
oleh guru. Bebanan ini bertambah dalam keadaan jumlah guru yang tidak seimbang dengan
peningkatan jumlah murid (Harian Metro, 2005).
Laporan awal Jawatankuasa Menangani Beban Tugas Guru telah mendapati guru- guru di
Selangor, Johor, Melaka dan Kuala Lumpur sebagai `guru terbeban' memandangkan mereka
terpaksa mengambil masa 74 jam seminggu untuk menjalankan tugas keguruan seperti 50.4 jam atau

68 peratus berkaitan kurikulum. Dapatan dari laporan awal itu juga didapati 12.7 peratus masa guru di
negara ini dihabiskan untuk aktiviti ko-kurikulum, 8.9 peratus untuk hal ehwal murid dan 1.2 peratus
untuk pengurusan asrama. Jawatankuasa itu turut mendapati 4.3 peratus daripada masa guru
digunakan untuk pengurusan, 2.4 peratus kewangan, 1.1 peratus masing-masing untuk latihan dan
hubungan komuniti manakala 0.1 peratus untuk pembangunan fizikal sekolah. Resolusi yang
dipersetujui oleh Persidangan Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO) (1930) telah mengkelaskan guru-guru
yang bertugas melebihi 48 jam seminggu termasuk dalam tugas perancangan, persediaan, penilaian,
penyediaan kurikulum dan perhubungan dikategorikan sebagai terbeban (Utusan Malaysia, 6 julai
2005).
Para pendidik hari ini mempunyai tanggungjawab yang berat dalam menyediakan sumber
tenaga manusia yang mampu menghadapi cabaran masa hadapan khususnya ke arah wawasan
2020. Tugas guru bukan sahaja mengajar dan mendidik terpaksa kerja- kerja tambahan seperti kerja
mentadbir, perkeranian, pembantu makmal, tukang kebun atau pembantu am rendah yang
sepatutnya dilakukan oleh orang lain tetapi terpaksa dilakukan oleh guru-guru (Minda pengarang,
Berita Harian, 15 Januari 1997).
Ekoran dari bebanan tugas yang berat yang terpaksa dipikul oleh guru-guru telah
menyebabkan mereka tidak menyempurnakan tugas mereka dengan baik dan seterusnya ditegur
atau dimarahi oleh majikan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami stres. Ketegangan yang
berpanjangan boleh mempengaruhi psikologi seseorang seperti hilang keyakinan, cepat meradang,
agresif dan hilang daya konsentrasi. Ini menyebabkan seseorang guru itu kurang bersemangat dan
tidak bermotivasi di dalam menjalankan tugasnya (Abdul Malik, 2000). Ini turut diakui oleh Zubaidah
Aman (1999) yang mendapati bebanan waktu mengajar, jumlah mata pelajaran dan bebanan tugas di
sekolah
mempengaruhi
keletihan
emosi
guru.
Tekanan emosi gurulah yang menjadi faktor kedua dalam isu guru ponteng. Menurut Kyriacou
(2000), stres guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti
tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai
seorang guru. Maka stress merupakan tindak balas fizikal yang biasa terhadap sesuatu perkara atau
peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berlaku.
Bebanan kerja yang semakin meningkatkan menyumbang kepada tekanan emosi guru. Pada
abad ke-21 ini, guru menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa,
masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan kualiti pendidikan.
Perubahan dalam sistem pendidikan yang menuntut perubahan paradigm dalam kalangan guru akan
secara langsung atau tidak membawa kepada tekanan terhadap guru. Tekanan emosi sememangnya
berlaku kerana guru berhadapan dengan pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak
pengurusan selain perlu menunaikan tugas harian atau tugas utama mereka di dalam bilik darjah.
Dalam proses melaksanakan tugas dan tanggungjawab, guru kian menemukan halangan, kesuntukan
masa dan perselisihan faham antara guru. Jika guru tidak dapat menyelesaikan masalah atau
menangani
cabaran
yang
dihadapi,
mereka
akan
mengalami
tekanan
emosi.

Berdasarkan kepada kajian oleh Jesus (2000), yang telah dijalankan di Portugal, lebih daripada
50% daripada guru yang menjawab borang soal selidik mengakui mereka mahu mencari kerja lain
akibat tekanan yang berlebihan di sekolah. Adalah menjadi satu kerugian yang besar kepada negara
sekiranya kebanyakan daripada guru yang tertekan meneruskan niat mereka untuk berhenti kerja

kerana ianya akan menggangu proses pendidikan di sekolah dan akhirnya yang akan menjadi
mangsa sekali lagi ialah para pelajar. Kerajaan juga perlu mengeluarkan kos yang besar dan
menghabiskan masa yang panjang untuk melatih guru-guru baru bagi menggantikan kekosongan
tersebut.
Masalah disiplin sememangnya boleh menggugat emosi guru. Masalah disiplin pelajar di
sekolah pada hari ini berada pada paras yang agak serius walaupun kadangkala kenyataan ini telah
ditolak oleh pihak-pihak tertentu. Apabila guru memasuki kelas yang bermasalah, maka mereka akan
sentiasa terbayang-bayangkan sikap dan perlakuan pelajar-pelajar sebegini sehinggakan kadangkala
menimbulkan trauma pula kepada guru tersebut. Menurut Nogueira, kebiasaannya guru akan berfikir
secara negatif apabila berhadapan dengan pelajar, contohnya Aku bosan dengan kelakuan pelajar
ini. Pemikiran sebegini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh sikap para pelajar yang bermasalah
seperti ponteng kelas, bergaduh, malas membuat kerja sekolah, membuat bising dan sebagainya.
Apabila guru berhadapan dengan perkara yang sama setiap kali sesi pengajaran bermula, maka
mereka akan berasa tertekan dengan keadaan tersebut. Dengan ini, guru kadangkala akan
mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan masalah disiplin pelajar seperti menengking pelajar
dan tidak menghadirkan diri ke kelas terbabit.
Semasa saya berpraktikum di sekolah, terdapat seorang guru kelas yang dibuli oleh muridnya
sendiri. Murid tersebut memberontak dan melawan guru tersebut dengan menolak mejanya. Akibatya,
guru tersebut menangis di hadapan kelas tersebut lalu mengadu kepada pihak atasan. Pada
keesokkan harinya, guru tersebut tidak hadir ke sekolah. Dengan ini jelas menyatakan bahawa
disiplin dan sikap murid yang buruk menyebabkan guru tersebut hilang minat terhadap kerjanya dan
seterusnya akan menyebabkan guru tersebut mengalami stres.
Selain itu, terdapat juga guru yang ponteng kerana ingin balik kampung semata-mata. Salah satu
kes yang berlaku di Sri Aman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin Snowdan
Lawan berkata Ibu bapa ada mengadu guru-guru kerap ponteng mengajar kerana hendak pulang ke
kampung masing-masing sebelum hujung minggu.. Kadang-kadang ada yang mengajar cuma tiga
dan empat hari se-minggu kerana hendak balik. (NamaBerita.Com, 27 Jun 2010)
Punca-punca tekanan yang dialami oleh guru tidak boleh dipandang enteng kerana ianya boleh
membawa kesan yang jauh lebih dahsyat kepada kemajuan pendidikan negara amnya dan kepada
pembangunan pelajar khasnya kerana mereka bakal menjadi pemimpin pada masa depan . Guru
yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran dan pentadbiran di sekolah terganggu
untuk satu jangka masa yang panjang. Akibatnya, banyak perkara yang tidak boleh diselesaikan
dengan segera seperti kegagalan menghabiskan silibus pengajaran dan kelewatan menganjurkan
aktiviti-aktiviti kokurikulum. Selain itu, rancangan pengajaran yang telah ditetapkan juga tidak dapat
diikuti lagi kerana telah tersasar dari perancangan asal menyebabkan perancangan yang baru perlu
disusun semula. Akhirnya, pelajar-pelajar kelas terbabit juga akan menerima padah apabila mereka
tidak mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik terutamanya peperiksaan besar
seperti SPM dan STPM , kesan daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak lancar.
Guru-guru yang ponteng kerjanya sebenarnya telah melanggar kod etika perguruan sebagai
seorang guru. Guru perlu mematuhi kod etikanya sendiri demi mermartabatkan profesion perguruan.
Kod etika dianggap penting kerana telah menyediakan garis panduan bagaimana guru harus
beringkah laku dalam profesion perguruan. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang
akauntabilitii guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Salah satu kod etika

profesion keguruan yag dilanggar adalah Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga
boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan
orang ramai terhadap profesion perguruan. Apabila seorang guru yang ponteng kerja, ini akan
memberikan imej yang tidak baik kepada pihak pengurusan, murid dan juga pihak ibu bapa. Apabila
kes ini dihebohkan di kalangan ibu bapa, maka masyarakat akan berpendapat bahawa guru-guru di
sekolah tersebut tidak beretika dan tidak menjalankan tanggungjawabnya sepenuhnya. Bak kata
pepatah Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga, hanya kerana salah seorang guru yang membuat
kesalahan, semua guru dan sekolah mendapat nama yang buruk. Terdapat satu kes di mana seorang
guru yang mengabaikan seorang murid yang hiperaktif dalam kelas dan akhirnya ibu murid tersebut
memohon untuk berhenti sekolah selamanya. Ibu tersebut mengatakan dia berasa amat kecewa
dengan semua guru disebabkan kes tersebut. Di sini, kita dapat lihat bahawa guru haruslah
bertingkah laku baik supaya tidak menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion
keguruan.
Seterusnya, guru yang ponteng kerja turut melanggar kod etika Guru haruslah bertingkah laku
begitu rupa supaya menjadi contoh baik kepada muridnya. Kita tahu bahawa gejala ponteng amat
serius dalam kalangan pelajar. Salah satu sebab murid ponteng kelas atau sekolah disebabkan sikap
guru semasa pengajaran dijalankan. Guru-guru terutamanya guru di sekolah menengah yang sering
ponteng kelas, tidak masuk kelas semasa waktu pengajaran akan menyebabkan murid-murid hilang
minat terhadap subjek tersebut dan lama-kelamaannya murid akan ponteng kelas seperti apa yang
ditunjukkan oleh guru tersebut. Ada di kalangan guru yang memberikan alas an terlalu banyak kerja
yang perlu dibereskan. Malahan kadangkala memberikan alasan kononnya dipanggil guru besar atau
pengetua. Apabila seseorang guru tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh keikhlasan,
maka tidak akan mendapat rasa hormat daripada murid-murid. Hal ini adalah kerana guru tersebut
telah menunjukkan contoh yang tidak baik kepada muridnya. Menurut Dr. Ragbir Kaur (2005), setiap
guru mesti ada satu bentuk sistem pengurusan tingkah laku mengawal kelas, pembelajaran yang
sihat dan produktif. Ini membawa maksud guru hendaklah berusaha untuk membimbing tingkah laku
positif dan menghentikan tingkah laku negatif. Untuk mencapai matlamat ini, guru sendiri haruslah
menunjukkan satu contoh yang baik.
Datuk Muhiddin Yusin, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah (JPNS) menegaskan walaupun
kejadian itu mungkin terpencil, namun hal berkenaan tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia
mampu melumpuhkan sitem pendidikan Negara jika tidak ditangani sewajarnya. Denagan itu, JPNS
telah mewujudkan satu lagi program AKUN yang dilaksanakn pada tahun 2012 2016. Program
AKUN ini bertujuan meningkatkan peratusan kehadiran guru di sekolah sekaligus memantapkan lagi
keberkesanan penyampaian serta penyebaran maklumat pekeliling dan peraturan si semua peringkat,
menerusi empat strategi iaitu e-Cerap, Pemantauan Silang, Pemantauan Bersepadau dan e-Hadir.
Menurut Datuk Muhiddin lagi, program itu bersifat serampang empat mata akan menekankan
pemantapan kualiti perkhidmatan di peringkat sekolah yang menjadi cermin kejayaan dan pencapaian
sebenar pendidikan.
Namun apa yang membataskan pelaksanaan sistem pemantauan kehadiran bersepadu e-Hadir
ini adalah capaian internet di setiap sekolah di Negeri Sabah. Jika hendak dilaksanaakan
pelaksanaannya, capaian internet di semua sekolah aruslah berkeadaan baik. Jika disekolah
pedalaman bagaimana mahu mengunakan aplikasi ini kerana ada diantara sekolah-sekolah
pedalaman yang masih belum mempunyai capaian internet. Oleh itu sesuatu perlu dilakukan bagi
mengatasi masalah ini sebelum pelaksanaan sistem e-hadir dilaksanakan sepenuhnya. Buat masa ini
sistem ini baru dilaksanakan di beberapa buah sekolah di kawasan-kawasan bandar sahaja dan

sekolah-sekolah yang mempunyai capaian internet yang baik. Diharap sistem ini dapat dilaksanaka
untuk kesemua sekolah di negeri Sabah supaya isu ketidakhadiran guru di sekolah tidak menjadi duri
dalam daging sistem pendidikan Jabatan Pelajaran Sabah.
Selain usaha kerajaan dalam menangani masalah ini, saya berpendapatan bahawa guru sendiri
turut mempunyai tanggungjawab dalam mengelakkan masalah ini berlaku. Kebanyakan guru pada
hari ini merungut mereka terlalu sibuk hingga tidak dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran
dalam kelas. Kemahiran pengurusan masa amat penting kerana tanpanya, guru mungkin akan
menghabiskan banyak masa dengan melakukan aktiviti yang menghalangnya daripada mencapai
matlamat. Menurut Stephen Covey (1989) dalam bukunya The Seven Habits of Highly Effective
People, menyatakan bahawa konsep masa mestilah dilihat secara menyeluruh dalam seluruh aspek
yang membabitkan kehidupan manusia. Seseorng guru boleh melakukan kerja sambilan seperti
mengajar piano ataupun belajar sesuatu yang diminati asalkan guru tersebut tahu membezakan
mana aktiviti yang harus didahulukan dan mana pula yang harus dikemudiankan. Dengan
mengamalkan kemahiran pengurusan masa yang baik, seseorang guru akan dapat melaksanakan
tugasnya dengan efisien tanpa berasa stress dan tidak akan mempunyai niat untuk ponteng kerjanya.
Di samping itu, pemerhatian dan pemantauan berterusan hendaklah dijalankan. Guru besar atau
orang-orang kanannya perlu sentiasa turun padang. Sesekali masuklah ke kelas ketika guru sedang
mengajar, melihat hasil murid dalam kelas-kelas. Hal ini adalah kerana dari situ penilaian dapat dibuat
secara spontan terhadap pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku di bilik darjah. Seperti
apa yang saya dapat lihat di sekolah saya berpraktikum, guru besar sekolah tersebut akan meronda
di sekeliling sekolah sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan untuk memastikan
setiap guru berada dalam kelas mengikut jadual waktu yang ditetapkan. Dengan ini secara tidak
langsung akan dapat meningkatkan kesedaran guru terhadap tanggungjawab sendiri sebagai
seorang guru.
Selain sebagai seorang guru, kita juga merupakan seorang pemimpin, adalanh menjadi tugas
utama untuk menyahut cabaran dan perubahan sistem pendidikan supaya kita berupaya dan
berkebolehan menjadi role model yang dapat memberi inspirasi dan motivasi kendiri kepada anak
didik dan guru-guru lain di sekolah serta kepada ibu bapa. Sebagai seorang professional, kita harus
bekerja dengan tidak ikhlas, yakni melakukan sesuatu dengan tidak mengharapkan balasan,
pupuklah rasa cinta kepada tugas dan cinta kepada organisasi tanpa mengira siapa murid yang
diajar.
Secara keseluruhannya, guru adalah orang yang selalu mendapati perhatian walau di mana
mereka berada. Segala tindak tanduknya sentiasa diperhatikan oleh masyarakat sekeliling. Adalah
menjadi satu kewajipan bagi guru-guru mengamalkan penampilan diri dan menunjukkan kesantunan
yang tinggi untuk memelihara martabat profesion perguruan. Oleh kerana guru menjadi idola dalam
masyarakat, maka guru perlu berupaya menampilkan diri dan mengaplikasikan nilai-nilai kesantunan
supaya dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan yang dihadapinya.

Rujukan:
1.
Syed Ismail Bin Syed Mustapa (2010). Asas Kepimpinan & Perkembangan Profesional.
Selangor Darul Ehsan. Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

2.
Raja Maria Diana Bt. Raja Ali (2011). Faktor-fakor Yang Mendorong Tekanan Kerja (Stres) di
Kalangan Guru Sekolah Menengah di Daerah Pasir Puteh. Diakses pada 21 Ogos 2012
dari http://eprints.oum.edu.my/666/1/faktor_raja_maria.pdf.
3.
Mohd Fitri Bin Sahhari (2006). Tahap Beban Tugas Guru Sekolah Menengah Di Daerah
Skudai:
Kajian
Kes.
Diakses
pada
21
Ogos
2012
darihttp://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/MOHDFITRIAP010212D2006TTP.pdf
4.
Amaran Keras Kepada Guru Ponteng: Muhyuddin. Diakses pada 21 Ogos 2012
darihttp://www.namaberita.com/2010/06/amaran-keras-kepada-guru-ponteng.html.
5.
Guru
Ponteng
Isu
Serius.
Diakses
pada
darihttp://www.theborneopost.com/2011/12/24/guru-ponteng-isu-serius/

20

Ogos

2012

6.
Guru Ponteng: Tindakan Tegas Akan Diambil. Diakses pada 21 Ogos 2012
darihttp://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2008/05/guru-ponteng-tindakan-tegas-akan.html

TAJUK 6: PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

6.3 Pengenalan
Inovasi dan perubahan akan berlaku dari semasa ke semasa. Matlamat akhirnya
adalah untuk menyumbang kepada perubahan organisasi, perkembangan dan
pembangunan negara. Dalam konteks pendidikan, setiap unit atau individu
dalam organisasi pendidikan harus bergerak dan sedia berubah dalam usaha
meningkatkan kualiti pendidikan

Dalam topik ini, perbincangan akan memfokuskan pada aspek inovasi dan
perubahan-perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Perubahan yang berlaku
ini adalah untuk menyediakan modal insan yang berkualiti dan mampu bersaing
pada peringkat global. Sebagai golongan pendidik, bagaimanakah anda sebagai
guru harus mengadaptasikan perubahan yang berlaku ini ?

6.4 Kepentingan Inovasi dan Perubahan Pendidikan


Menurut Noriati (2010) inovasi diertikan sebagai suatu cara atau pendekatan
terkini dalam melaksanakan sesuatu yang bermanfaat dalam kehidupan
manusia. Matlamat inovasi menjadikan kehidupan manusia itu lebih baik yang

mendorong ke arah peningkatan produktiviti. Manakala perubahan pula merujuk


kepada masyarakat yang mengalami globalisasi perlu sentiasa melakukan
perubahan dalam pendidikan sebagai suatu keperluan bagi memastikan amalan
yang diguna pakai relevan dan diterima (Swenson, 1997 dalam Noriati).

Jika dilihat pada hari ini perkembangan yang berlaku dalam bidang Teknologi
Maklumat adalah begitu pantas. Penggunaan komputer riba telah menjadi suatu
keperluan, manakala desktop dianggap ketinggalan zaman. Konsep dunia tanpa
sempadan telah menular dalam dunia pendidikan. Pelajar hari ini boleh
mendapatkan pelbagai maklumat dan data dari perpustakaan maya. Jelaslah
bahawa matlamat inovasi pada hari ini akan menghasilkan perubahan yang
positif iaitu;

Mampu melahirkan sebuah masyarakat dan negara kreatif.


Menjadikan pengajaran lebih menarik kerana menggunakan bahan bantu
mengajar yang pelbagai & kreatif
Dapat mengembangkan bakat & potensi pelajar.
Penyampaian nilai-nilai P&P dapat dijalankan dengan berkesan.
Meningkatkan kualiti pendidikan dan dapat meningkatkan kecekapan tenaga
pendidik.
Menjana idea kreatif pelajar seterusnya dapat menarik minat pelajar untuk
belajar

Sebagai penegasannya, kaji dan bincangkan ucapan yang dikemukakan di


bawah.

......adalah menjadi satu keperluan untuk kita melonjakkan kecemerlangan


sistem pendidikan negara, menjadikannya relevan bukan sahaja untuk
memenuhi tuntutan semasa, malahan membina keupayaan (capacity building)
untuk mendepani cabaran masa depan.

(Ucapan YAB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussien (2007),Menteri Pelajaran


Malaysia)

6.5 Strategi Pengurusan Inovasi Dan Perubahan


Pengurusan perubahan membawa maksud sesuatu yang berubah daripada sedia
ada kepada yang baharu. Anda pasti mendengar frasa hari ini sepatutnya lebih
baik daripada semalam. Dalam merealisasikan sesuatu perubahan, kita sering
mengharapkan perubahan itu berlaku berbanding berusaha keras untuk
merealisasikannya. Kadang-kala dalam kalangan kita lebih suka mengekalkan
status quo sahaja sedangkan dunia semakin berubah. Kita seharusnya menerima
perubahan-perubahan ini dengan senang hati demi kecemerlangan.

Dalam bidang pendidikan khususnya, perubahan akan terus berlaku kerana


bidang pendidikan itu adalah dinamik. Kurikulum sentiasa sahaja mengalami
perubahan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa. Misalnya, amalan MS
ISO 9000 yang suatu ketika dahulu hanya diamalkan dalam sektor korporat kini
mula digunakan dalam organisasi pendidikan. Begitu juga dengan penggunaan
ICT dalam pembelajaran dan pengisian markah secara online mula diperkenalkan
di sekolah-sekolah. Kalau kita renung dari mula kita bersekolah hingga kini
terlalu banyak perubahan yang berlaku.

6.5.1 Strategi Perubahan


Antara strategi perubahan yang berlaku dalam organisasi ialah:

Strategi Kekuasaan

Pihak pentadbir akan menggunakan autoriti formal dan kawalan untuk memaksa
ahli-ahli di bawahnya mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.
Misalnya, penguatkuasaan waktu masuk kerja dan balik. Pelbagai kaedah
digunakan seperti kad perakam waktu atau cap jari (thumb print). Bagi
memastikan peraturan ini diikuti, konsep ganjaran dan tindakan disiplin
diamalkan.

Strategi Pujukan

Dalam melaksanakan strategi ini, seorang ketua harus memiliki kemahiran


interpersonal bagi menyakinkan kumpulan sasaran atau ahli-ahlinya. Setiap
perubahan yang ingin dilakukan perlu dirancang dengan teliti dan dapat diterima
oleh mereka. Misalnya, amalan penjimatan penggunaan kertas atau elektrik
dalam organisasi. Memang tidak ada paksaan untuk melakukannya. Jadi,
kejayaan dan pengamalan budaya ini bergantung kepada sejauh mana seorang
ketua sebagai agen perubahan berjaya mempengaruhi orang bawahannya.

Strategi Pendidikan Semula

Sebagai ketua, beliau harus mendorong kumpulannya melakukan refleksi atau


berfikir sejenak tentang tindakan yang telah diambil dan sejauhmana tindakan
tersebut menemukan kejayaan dan kegagalan. Sebagai contoh, kita ambil kes
yang sama seperti di atas. Ahli kumpulan harus membuat refleksi tentang
implikasi mengamalkan budaya penjimatan kertas atau elektrik kepada
organisasi itu sendiri. Banyak baik atau buruk ?

Strategi Memudah Cara

Dalam kes ini kumpulan sasaran akan menentukan rancangan yang dipilih oleh
mereka dan agen perubahan akan menyediakan sumber-sumber yang
diperlukan. Tindakan ini adalah untuk memastikan bahawa tiada sebarang
halangan kepada kumpulan sasaran untuk meneruskan perubahan yang
dirancang. Contohnya, guru di kelas Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
memilih untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer untuk kemahiran menulis; maka pihak sekolah hendaklah berusaha
mendapatkan kemudahan tersebut.

6.6 Adaptasi Pelbagai Inovasi dan Perubahan Pendidikan


Seiring dengan perubahan masa pelbagai inovasi dan perubahan telah berlaku
dalam sistem pendidikan di negara kita. Program yang dianggap sesuai pada
masa dahulu, kini dilihat sudah tidak relevan lagi dengan perkembangan
semasa. Dalam usaha membentuk rakyat yang mampu berdaya saing, maka
dasar yang baru perlu diadaptasi dalam sistem pendidikan di negara kita.
Amalan adaptasi itu merangkumi aspek-aspek berikut:

6.6.1 Latihan Perguruan


Pembentukan modal insan guru bergantung yang berkualiti bergantung kuat
pada sistem latihan perguruan. Antara perubahan dalam latihan perguruan ialah
menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru.

Perubahan dari Maktab Perguruan ke Institut Perguruan

Pada tahun 2004 27 nama maktab perguruan dan 1 English Language Teaching
Centre telah ditukar kepada Institut Pendidikan Guru selepas dinaik taraf.

Pada tahun 2005 Jemaah Menteri telah meluluskan 27 Maktab Perguruan dinaik
taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) yang boleh menganugerahkan ijazah
Sarjana Muda Perguruan dan B.Ed. pada 13 Julai 2005
Pada tahun 2006 pengisytiharan naik taraf Maktab Perguruan kepada Institut
Pendidikan Guru. Pengisytiharan ini membolehkan IPG melaksanakan Program
Pensiswazahan Guru seperti Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah
(PGSR), latihan praperkhidmatan kepada guru sekolah rendah melalui Kursus
Perguruan Lepasan SPM (KPLSM) seperti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) dan B.Ed TESL.
Pada tahun 2009 Y.A.B Menteri Pelajaran, Dato Hishamuddin Tun Hussein telah
mengisytiharkan secara rasmi semua Institut Perguruan di Malaysia dikenali
dengan nama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Dari aspek pengurusan berlaku pemisahan fungsi antara IPGM dengan BPG. IPGM
akan memberi fokus kepada latihan praperkhidmatan manakala BPG akan
menumpukan fokus kepada urusan latihan dalam perkhidmatan. IPGM juga
diletakkan di bawah penyeliaan terus KPM manakala BPG kekal di bawah
penyeliaan TKPPM (Profesional Keguruan).

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Dengan Kepujian


Program ini dibuka kepada bakal-bakal guru ini terdiri yang daripada pelajar
Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM). Pelajar ini dipilih oleh BPG berdasarkan
beberapa temu duga dan ujian. Pelajar yang lulus peringkat persediaan sahaja
akan ditawarkan untuk menyambung Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(PISMP) di IPG.

PISMP adalah satu program latihan perguruan praperkhidmatan untuk melatih


guru sekolah rendah yang berijazah di bawah sistem pendidikan kebangsaan.
Program ini menawarkan 15 kursus di 27 buah IPGM. Program ini mula
ditawarkan pada ambilan Jun 2005 kepada 2000 orang pelajar. Mereka
dikehendaki mengikuti kursus persediaan selama tiga semester di IPG yang
ditetapkan sebagai prasyarat untuk mengikuti program PISMP. Secara rasminya
kohort pertama program PISMP ini bermula pada ambilan Januari 2007. Para
pelajar akan dianugerahkan ijazah dengan kepujian setelah mengikuti pengajian
sekurang-kurangnya 8 semester di IPGM

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan guru sekolah rendah yang
berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, dan ketrampilan
profesionalisme dalam bidang masing-masing selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Sepanjang tempoh
pengajian, pelajar-pelajar ini akan didedahkan dengan kurikulum yang akan
membentuk insan guru yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Bersifat dinamik, relevan, futuristik, responsif, holistik, dan bersepadu.


Konsep the personhood of teachers dan pendekatan humanistik akan diberi
fokus.
Aplikasi teori untuk membina insan guru yang dapat menangani cabaran sebagai
pendidik.
Bersifat koheren antara pengajaran berkesan (effective learning) dan
pengalaman klinikal (clinical experience).
Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.

Kurikulum Pendidikan Guru yang digubal turut mengutamakan kemahiran


insaniah dan pelbagai kemahiran yang lain. Perspektif global berkaitan dengan
pendidikan juga diambil kira seperti Education For All (EFA), Education for
International Understanding (EIU), Education for Sustainable Development (ESD),
dan juga empat tonggak pendidikan UNESCO (Pillars of Education). Fokus hasil
pembelajaran yang hendak dicapai sepanjang selama empat tahun pengajian
adalah dari segi:

Etika Profesional
Pengetahuan dan Kefahaman
Kemahiran Intelek
Kemahiran Praktikal
Kemahiran Kebolehpindahan
Penghayatan dan Amalan Nilai

6.6.2 Program Pensiswazahan Guru

Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR)


Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Staf Kementerian Pelajaran bertarikh 5
Februari 2007 telah meluluskan program PGSR di IPG menggunakan mod Latihan
Pensiswazahan Berasaskan Sekolah (LPBS) dengan syarat guru mengikuti
pengajian di IPG pada hujung minggu atau cuti semester tanpa meninggalkan
sekolah; mendapat gaji penuh; tidak dikenakan yuran pengajian dan
dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan di akhir pengajian. Program PGSR
merupakan satu saluran utama untuk guru bukan siswazah meningkatkan taraf

pendidikan ke peringkat ijazah pertama. Ijazah yang diperoleh membolehkan


mereka dilantik ke gerd DG 41.

Program Pensiswazahan Guru (PPG)


Pihak KPM bersama-sama dengan Unit Perancangan Ekonomi (EPU), Jabatan
Perdana Menteri telah mencadangkan supaya semua guru yang layak akan
disiswazahkan dalam tempoh RMKe-10 (2011-2015) melalui Program
Pensiswazahan Guru (PPG). BPG telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi
urus setia pada peringkat KPM bagi pelaksanaan program tersebut.

Mesyuarat Pengurusan KPM Bil. 16/2010 pada 29 September 2010 telah


meluluskan Cadangan Pelaksanaan PPG di bawah RMKe-10. Sasaran KPM adalah
untuk memastikan bahawa 60% guru sekolahrendah dan 90% guru sekolah
menengah adalah terdiri daripada guru-guru siswazah menjelang tahun 2015.
Semua PPLD yang berumur di bawah 47 layak memohon dan mengikuti PPG.
Dianggarkan jumlah guru yang akan mengikuti program ini hampir 100,000
orang yang terdiri daripada 8,686 orang guru sekolah rendah dan 91,171 orang
guru sekolah menengah.

PPG mendapat tajaan biasiswa dengan ikatan kontrak dan menggunakan mod
pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Tempoh pengajian akan memakan masa
antara tiga tahun setengah hingga empat tahun. Pelajar-pelajar program ini
ditempatkan di Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) 40%, Institut Pendidikan
Tinggi Awam (IPTA) 40% dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) 20%.
Penganugerahan ijazah akan diberikan oleh institusi pengajian masing-masing.

6.6.3 Kurikulum Transformasi


Dalam bahagian perbincangan akan berfokus pada Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) yang telah dilaksanakan pada tahun 2011. Transformasi
kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan
kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk
memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21.Secara
ringkas bentuk KSSR ini dapat dirumuskan seperti berikut:

Hasrat KSSR berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan


Kebangsaan. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO,
iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak
(learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan
belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).

Prinsip KSSR berasaskan prinsip KBSR iaitu pendekatan bersepadu,


perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan saksama untuk semua
murid dan pendidikan seumur hidup.
Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk
pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada
pembentukan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial.
Memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira
dan menaakul. Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan
penguasaan asas 4M. Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan
dan aplikasi kemahiran 4M.
Diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan mata pelajaran
dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai Modul Teras Asas, Modul Teras
Tema dan Modul Elektif.
Penambahbaikan Kurikulum Pendidikan Khas yang melibatkan tiga cabang utama
iaitu Masalah Pembelajaran, Masalah Penglihatan dan Masalah Pendengaran.
Dalam memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR, elemen yang baharu telah
ditambah iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat
dan Komunikasi.
KSSR digubal dalam bentuk pernyataan Standard. Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap
persekolahan.
Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) merupakan transformasi
daripada sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan
kepada sistem yang lebih holistik. Komponen PBS dalam sistem pentaksiran
kebangsaan merangkumi:
Pentaksiran Sekolah
Pentaksiran Pusat
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
Pentaksiran Psikometrik

6.6.4 Sekolah Berprestasi Tinggi


Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai
etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua
aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat
tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara
holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.
Rasional penubuhan SBT adalah untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah
terbaik, menghasilkan murid cemerlang dan merapatkan jurang antara sekolah
dalam sistem pendidikan di Malaysia.

Pemilihan sekolah untuk pengiktirafan SBT akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa


Pemilihan SBT yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(KPPM). Proses pemilihan SBT akan melalui tiga proses saringan. Untuk
memahami proses saringan itu, anda diminta merujuk laman web berikut:
http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/pekeliling/1288585406.pdf. Selepas
melepasi proses saringan, pihak kementerian telah menetapkan kriteria yang
diambilkira dalam pengiktirafan SBT iaitu:

Menunjukkan trend pencapaian akademik yang menaik bermula dengan Take Off
Value (TOV) sekurang-kurangnya 80% dalam peperiksaan awam.
Pencapaian Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) atau instrumen yang
setaraf dengannya sekurang-kurangnya 90% dalam semua dimensi
Menerima pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Berjaya melahirkan personaliti-personaliti unggul (towering personalities) yang
menerajui kepimpinan negara, negeri, organisasi dan komuniti.
Menjadi penanda aras dan contoh bagi sekolah-sekolah lain dari dalam dan luar
negara dengan menggunakan piawaian antarabangsa seperti Trends in
International Mathematics and Science Study (TIMSS) dan Programme for
International Student Assessment (PISA).
Wujud permuafakatan yang jitu antara sekolah dengan masyarakat.
Mempunyai jaringan yang aktif dengan sekolah-sekolah sama ada di dalam
negeri atau pada peringkat antarabangsa.
Membina jaringan dengan institusi pendidikan tinggi sama di dalam dan di luar
negara dalam pemindahan kredit, kajian tindakan bersama, perkongsian
kemudahan dan prasarana.

Ciri-Ciri Sekolah Berprestasi Tinggi

Pemimpin Sekolah di SBT mempunyai akauntabiliti dan kredibiliti dalam


pengurusan sekolah. Mereka mempunyai autonomi dalam membuat keputusan:
memilih kurikulum dan kaedah pengajaran, proses pemilihan serta penempatan
semula guru. Pihak pentadbir juga harus menyediakan perancangan strategik
dalam menentukan hala tuju sekolah pada sesi tahun berkenaan.
Guru Sekolah di SBT seharusnya boleh menyampaikan maklumat, mempunyai
akauntabiliti dan kredibiliti dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Penggunaan kaedah pengajaran yang berteraskan ICT dan hands-on.
Mereka seharusnya membangunkan potensi yang pada murid-murid bukan

sahaja pada peringkat sekolah atau negeri tetapi sehingga ke peringkat


antarabangsa.
Murid di SBT harus mampu menyediakan sasaran tahunan bagi peningkatan diri
sendiri. Mereka diberi kuasa autonomi untuk pembelajaran kendiri, mengendali
dan menguruskan diri dan aktiviti sekolah.

6.6.5 Sekolah Bestari


Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara
menyeluruh dari segi amalan pengajaran, pembelajaran, pengurusan sekolah
untuk menyediakan pelajar bagi menghadapi ledakan zaman maklumat. Sekolah
Bestari berkembang dengan pembentukan staf yang profesional, sumber yang
bertambah dan pentadbiran yang cekap. Ini membolehkan sekolah
menyesuaikan diri dengan keadaan yang kian berubah. Secara ringkasnya ciriciri di Sekolah Bestari ialah

Proses pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan pelajar, kesinambungan


dan reflektif. Kurikulum di Sekolah Bestari dirancang supaya bermakna,
mempunyai tanggungjawab sosial, holistik, global dan terbuka. Amalan ini
menggalakkan pembelajaran holistik, membenarkan kanak-kanak maju mengikut
tahap pencapaian masing-masing dan mengambil kira keupayaan, minat dan
keperluan pelajar yang berbeza-beza.
Sistem penilaian fleksibel ini akan membenarkan pelajar dalam satu kelas fizikal
untuk belajar pada aras yang berlainan dalam mata pelajaran yang sama. Pelajar
akan dibenarkan terus ke aras yang lain dalam mata pelajaran yang berlainan
pada bila-bila masa. Dengan cara ini, pelajar kurang cerdas, yang biasanya
diabaikan akan diberi perhatian yang sewajarnya.
Guru digalakkan untuk membina kemahiran sosial pelajar dan menerap moral
dan etika yang baik serta nilai patriotisme. Penggunaan teknologi maklumat
sebagai alat akan membolehkan penyimpanan data dan memudahkan pentadbir
untuk mendapatkan semula data yang banyak.
Pemantauan sistematik kemajuan pelajar akan mengingatkan sekolah tentang
perlunya tindakan susulan bagi pelajar pintar dan yang kurang pintar. Penilaian
berasaskan unsur dan rujukan kriteria tertentu untuk memberi gambaran holistik
dan tepat tentang prestasi pelajar. Penilaian juga menggunakan bahan
pengajaran dan pembelajaran konvensional dan elektronik yang sesuai dengan
strategi pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai.

6.7 Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

6.7.1 Latar belakang


Bagi memastikan kualiti pendidikan di institusi pendidikan meningkat secara
berterusan pihak Jemaah Nazir Sekolah (JNS) telah memperkenalkan suatu
mekanisme iaitu Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP). Selepas dua
pelaksanaannya berlaku penambahbaikan pada STKP. Kini, STKP dikenali sebagai
Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Pelaksanaan standard ini memberi
peruntukkan kepada Ketua Nazir Sekolah memastikan taraf pengajaran yang
memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan (an adequate
standard of teaching is developedand maintain in educational
institutions).Pelaksanaan SKPM Sekolah diperincikan dalam tiga dokumen iaitu:

SKPM 1 : Pernyataan Standard (PS)


SKPM 2 :Instrumen Pemastian Standard (IPS)
SKPM 3 :Rancangan Pemajuan Sekolah

6.7.2 Prinsip-prinsip SKPM


SKPMSekolah diolah berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

Sekolah berupaya dibangunkan ke tahap yang tinggi secara terancang


berasaskan potensinya.
Sekolah bertanggungjawab memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kepimpinan sekolah memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha
meningkatkan kualiti pendidikan.
Kemenjadian murid dalam bidang akademik, kokurikulum dan pembangunan
sahsiah adalah petunjuk utama kepada kejayaan sekolah menghasilkan
pendidikan yang berkualiti tinggi.
Sekolah sebagai sebuah organisasi pendidikan ditadbir urus berdasarkan teori
dan amalan pengurusan berkesan.
Proses pendidikan di peringkat mikro hendaklah berteraskan teori pembelajaran,
kaedah pembelajaran berkesan dan berpandukan pengalaman dan pandangan
pakar dalam bidang pendidikan.
Perancangan dan proses membuat keputusan program-program pendidikan
berasaskan maklumat dan fakta yang tepat.
Program-program yang dianjurkan oleh Jabatan dan Bahagian Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pelajaran Bahagian dan
Pejabat Pelajaran Daerah merupakan usaha-usaha yang selari dengan matlamat
SKPM.

Sekolah berupaya menggunakan segala input yang diperuntukkan mengikut


tatacara dan prosedur yang ditentukan.

6.8 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM)


6.8.1 Latar belakang
Pada Oktober 2011, Kementerian Pendidikan Malaysia melancarkan kajian
semula sistem pendidikan negara secara menyeluruh dalam usaha
membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baharu. Tujuan
utama kajian semula ini dibuat dalam konteks standard pendidikan antarabangsa
yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara dalam mempersiapkan
generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21, dan peningkatan
harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara.

6.8.2 Objektif
Pelan ini dibangunkan dengan tiga objektif khusus, iaitu:

Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan


memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard
(kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam
kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem.
Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem
pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang.
Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi
perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan
harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi
perkhidmatan awam.

6.8 3 Aspirasi Sistem Pendidikan

Akses

100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah


hingga menengah atas menjelang 2020.

Kualiti

Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa dan


PISA dalam tempoh 15 tahun.

Ekuiti

50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar - luar bandar,


sosioekonomi, gender) menjelang 2020.

Perpaduan

Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada


kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian

Kecekapan

Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia


ada.

6.8.4 Aspirasi terhadap Murid


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) adalah berasaskan aspirasi
alsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah menyediakan pendidikan seimbang
untuk setiap murid. Pelaksanaan pelan ini adalah merujuk kepada sistem
pendidikan yang berprestasi tinggi bagi membina kemahiran khusus dan atribut
kepada murid sebagai persediaan menghadapi cabaran pembangunan ekonomi
dan globalisasi.

PPPM ini telah menggariskan enam ciri-ciri utama yang menjadi asas aspirasi
bagi setiap murid di negara ini.

Rajah 6.1 : Aspirasi murid

Pengetahuan

Di peringkat paling asas, setiap kanak- kanak perlu menguasai sepenuhnya


kemahiran literasi dan numerasi. Selain itu, penting bagi setiap murid menguasai
mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga perlu didedahkan

kepada pengetahuan am yang menyeluruh tentang Malaysia, Asia, dan dunia


dari aspek sejarah, manusia, dan geografi. Murid juga digalakkan
mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni,
muzik, dan sukan.

Kemahiran Berfikir

Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang


kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan
pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan mereka menghubungkan
pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu
menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran
kritis, kreatif, serta inovatif. Bidang ini kurang diberi perhatian, menyebabkan
murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir
secara kritis di luar konteks akademik.

Kemahiran Memimpin

Dalam dunia yang semakin saling berhubung kait, kebolehan untuk memimpin
dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah amat penting. Sistem
pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya
dengan mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal untuk bekerja dalam
pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan,
kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan,
kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.

Kemahiran Dwibahasa

Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa


kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa
komunikasi antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap minima. Dengan
tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid
sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam
persekitaran kerja. Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua
murid mempelajari bahasa lain sebagai bahasa tambahan.

Etika dan Kerohanian

Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid
bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa, agar
mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat
pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang
kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem pendidikan juga
berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang
kepada kesejahteraan komuniti dan negara.

Identiti Nasional

Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara,


diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid akan
berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau
status sosioekonomi. Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid
dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama
untuk masa depan negara. Demi mewujudkan identiti nasional yang sebenar,
semangat keterangkuman yang teguh amat diperlukan. Identiti nasional akan
dapat dicapai bukan hanya belajar memahami dan menerima kepelbagaian,
tetapi juga menghayati kepelbagaian.

6.8.5 Sebelas Anjakan Utama Untuk Mentransformasi Sistem Pendidikan Negara


Kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi
menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia. Setiap
anjakan perlu memberi impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima
keberhasilan sistem, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. Kualiti
menjadi fokus utama merentasi semua anjakan kerana kualiti merupakan
dimensi penting yang perlu diberikan perhatian segera. Sebahagian daripada
anjakan ini merupakan perubahan strategi dan hala tuju pendidikan. Anjakan
yang lain merupakan perubahan pelaksanaan dalam cara Kementerian dan
sekolah melaksanakan dasar sedia ada. Sama ada perubahan bersifat strategi
atau pelaksanaan, semuanya menggambarkan anjakan daripada amalan
semasa. Sebelas anjakan tersebut adalah :

Anjakan 1: Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidika berkualiti


bertaraf antarabangsa.
Anjakan 2: Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa
Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan.
Anjakan 3: Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.

Anjakan 4: Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.


Anjakan 5: Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap
sekolah.
Anjakan 6: Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian
khusus berasaskan keperluan.
Anjakan 7: Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di
Malaysia.
Anjakan 8: Mentransformasi kebolehandan keupayaan penyampaian
Kementerian.
Anjakan 9: Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara
meluas.
Anjakan 10:Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
Anjakan 11:Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara
langsung.

6.8.6 Urutan Anjakan Transformasi


Berdasarkan keperluan membina kebolehan dan keupayaan sistem pendidikan
negara, Kementerian telah menyusun transformasi yang akan dilaksanakan
dalam tiga gelombang; gelombang satu, gelombang dua dan gelombang tiga.

Rajah 6.2 : Gelombang transformasi

Kementerian memberi penekanan kepada menambah baik sistem dengan


mempercepatkan perubahan kaedah pelaksanaan program. Dalam tempoh
pelaksanaan ini, tumpuan akan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti
pengajaran dengan meningkatkan kemahiran guru sedia ada di dalam sistem,
meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dengan memperbaiki pendekatan
pelantikan dan melatih pengetua/guru besar, dan meningkatkan kadar literasi
(bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan numerasi menerusi program
pemulihan yang intensif). Kementerian juga akan mengukuhkan dan memberi
pengupayaan kepada pegawai di peringkat negeri dan daerah untuk
meningkatkan kualiti sokongan yang diberikan kepada kumpulan barisan
hadapan ini bagi membantu semua sekolah. Menjelang akhir Gelombang 1,
Kementerian akan memastikan semua guru, pengetua/guru besar dan sekolah
mencapai tahap minimum standard kualiti yang dihasratkan. Antara inisiatif
Kementerian dalam Gelombang 1 adalah:

Meningkatkan standard pengajaran melalui bimbingan guru secara khusus


terutamanya dalam mata pelajaran teras (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,
Matematik, Sains).
Mereka bentuk semula soalan peperiksaan supaya lebih menjurus kepada soalan
kemahiran berfikir aras tinggi.
Mengukuhkan kualiti pendidikan STEM melalui pengukuhan kurikulum, pengujian
dan latihan guru, dan penggunaan model pembelajaran pelbagai mod (blended
learning).
Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia SJK
yang direka bentuk untuk murid yang bahasa ibundanya bukan bahasa Malaysia.
Mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris melalui pengujian dan
latihan semula guru, memperluas LINUS, dan menyediakan sokongan pemulihan
serta model pembelajaran pelbagai mod (blended learning).
Melaksanakan 1BestariNet ke semua sekolah untuk mengintegrasi ICT dalam
pembelajaran harian.
Melaksana Program Transformasi Daerah dengan tumpuan kepada sekolah
berprestasi rendah termasuk murid berkeperluan khusus untuk memacu prestasi
sekolah.
Merombak IPG dan latihan praperkhidmatan dan meningkatkan standard
kemasukan bagi guru baharu.
Mewujudkan pembimbing pengetua/guru besar yang berdedikasi untuk sekolah
Band 5,6 & 7 dan mengukuhkan kriteria pemilihan untuk pemimpin sekolah bagi
meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah.
Mentransformasi Kementerian dengan meletakkan pemimpin terbaik untuk
menerajui jawatan penting di JPN dan PPD bagi meningkatkan prestasi sistem
penyampaian.
Meningkatkan enrolmen prasekolah dan sekolah menengah melalui kempen
galakan enrolmen, lebih pelibatan ibu bapa, dan program vokasional yang lebih
baik.
Mengukuhkan praktikum dalam program vokasional melalui peningkatan
kerjasama dengan sektor swasta.

Dalam tempoh Gelombang 2, Kementerian akan melaksanakan perubahan


struktur sistem pendidikan negara untuk mempercepatkan perjalanan perubahan
(rancangan untuk semua inisiatif akan bermula semasa Gelombang 1).
Perancangan ini melibatkan pergerakan kesemua 410,00 guru dan 10,000
pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya baharu, penstrukturan semula
Kementerian, JPN dan PPD untuk menjajarkan dengan peranan yang
direncanakan menerusi Gelombang 1, dan memperkenalkan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang disemak
semula dalam usaha menangani kebimbangan mengenai pengetahuan,

kemahiran dan nilai untuk maju sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia
hari ini.

Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum


Standard Sekolah Rendah (KSSR) semakan semula bagi meningkatkan standard
kandungan dan pembelajaran setanding dengan standard antarabangsa.
Menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM melalui kempen dan
kerjasama.
Merintis pilihan program untuk meningkatkan pendedahan kepada bahasa
Inggeris, dan mengukuhkan penyediaan bahasa tambahan dalam usaha
menambah baik penguasaan kemahiran bahasa secara menyeluruh.
Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus seperti kumpulan
peribumi dan kumpulan minoriti lain, pintar cerdas, dan berkeperluan khas.
Memacu inovasi ICT khususnya untuk pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran
terarah kendiri.
Meningkatkan bimbingan dan sokongan kepada guru bagi penambahbaikan
penyampaian pengetahuan, kemahiran, dan nilai merentasi semua aspek
kurikulum dan kokurikulum.
Meningkatkan kompetensi dan kemajuan berdasarkan prestasi serta
memantapkan laluan kerjaya guru untuk mencergaskan semula profesion
keguruan.
Mengukuhkan bahagian utama Kementerian, menyusun semula peranan
Kementerian, JPN dan PPD untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan
pelaksanaan.
Memperoleh akreditasi antarabangsa dan memantapkan kurikulum program
matrikulasi sebagai persediaan murid ke universiti.
Memperluas pilihan pendidikan vokasional melalui perjanjian pelaksanaan
dengan pembekal pendidikan vokasional swasta.

Pada permulaan Gelombang 3, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar


perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Oleh itu, Kementerian
akan memberikan tumpuan kepada meningkatkan keluwesan operasi untuk
memupuk budaya kepimpinan rakan setugas bagi pembangunan kecemerlangan
profesional.

Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model


pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah
berdasarkan inovasi dalam pengajaran. Matlamat Kementerian adalah untuk

membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk


mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi.

Meningkatkan inovasi dan pilihan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran


dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris secara berterusan dan menyediakan
lebih banyak pilihan untuk mempelajari bahasa tambahan.
Melaksanakan program dan inovasi ICT bagi kumpulan berkeperluan khusus di
seluruh negara untuk meningkatkan standard pembelajaran secara berterusan.
Memupuk budaya kecemerlangan profesional keteladanan rakan setugas, iaitu
guru dan pemimpin sekolah saling membimbing, berkongsi amalan terbaik, dan
memastikan rakan setugas mempunyai kebertanggungjawaban memenuhi
standard profesional.
Mempertingkat pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi dari segi
pelaksanaan kurikulum dan pengurusan kewangan bagi kebanyakan sekolah
yang layak, sekiranya tidak kepada semua sekolah.
Memperkasa Kementerian dan menginstitusikan transformasi melalui
pengukuhan kemajuan kerjaya pegawai Kementerian.
Mengkaji semula penstrukturan sekolah untuk menentukan sekiranya wujud
keperluan untuk mengoptimumkan laluan dan pilihan persekolahan.

Rumusan
Inovasi dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan mempunyai
matlamat untuk menghasilkan modal insan yang kreatif dan inovatif. Sebagai
pengurus dan pendidik, mereka harus memahami peranan dan bersedia dalam
menghadapi perubahan ini. Hal ini disebabkan inovasi dan perubahan akan
memberi implikasi dalam setiap aspek program pendidikan yang dilaksanakan.
Perubahan ini juga akan meningkatkan kualiti modal insan guru yang dihasilkan.
Sebagai panduannya, Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia akan mengawal hala
tuju perubahan yang berlaku.

Rujukan

Abdullah Sani bin Yahaya. (1997). Mengurus Sekolah. Kuala Lumpur : PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Abdul Sukor Abdullah. (Jun 2004). Kepimpinan Unggul Tonggak Pengurusan
Pendidikan Cemerlang. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan 14(01).
IAB, Genting Highlands : Pp 18 20

Ishak Sin. (2003). Gaya Kepimpinan Transformasi dan Pengajaran: Gaya manakah
yang diperlukan Oleh Pengetua. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan.
02(13). IAB. Genting Highlands. Pp 01 11.
Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asas Pendidikan III: Perkembangan dan
Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur: Longman.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan2006-2010. http://www.moe.gov.my/tayang.php?
laman=home&bhs=my.Tarikh capaian 17 hb Februari 2007
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1981). Kurikulum baru sekolah rendah:
Matlamat, rasional, bidang pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran.
Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1993). Falsafah Pendidikan Negara.
http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=falsafah&bhs=my. Tarikh capaian
18hb Februari 2007.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1993). Misi Pendidikan Negara
http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=misi&bhs=my. Tarikh capaian 18hb
Februari 2007.
Kurikulum Baru Sekolah Rendah. (1986). Buku Panduan Am. Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka
Mohamed Nor. (1990). Asas-Asas Pendidikan: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur:
Flo Enterprise.
Mohd Salleh Lebar. (2002). Perancangan pendidikan: Peringkat sekolah dan IPT.
Kuala Lumpur. Utusan Publication dan Distributor Sdn. Bhd.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, (2013), Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2000). Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah:Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025
http://nizamkakashi.blogspot.com/2015/03/tajuk-6-pengurusan-inovasi-dan.html

Anda mungkin juga menyukai