Anda di halaman 1dari 31

Bahagian A: Penulisan Akedemik

1.0 Isu dan cabaran utama profesion perguruan mengikut pandangan anda







Rajah 1
Dewasa ini, dunia pendidikan kerapkali dihujani dan digemparkan dengan pelbagai
isu terutama yang berkait dengan guru. Di dada akhbar, isu yang melibatkan guru
bagaikan menjadi satu topik hangat yang sering diwar-warkan dan begitu laris bagai
pisang goreng panas. Isu beban tugas guru, kenaikan gaji guru, guru dibenarkan
berpolitik dan pelbagai lagi isu yang melibatkan profesionalisme guru dan keguruan
diperbincangkan. Profesionalisme guru menurut Hoyle (1980) dalam buku Asas
Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, adalah sikap dan tindakan yang
menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-hal tentang
syarat-syarat kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan hal-hal lain yang berkaitan
dengannya.
Pendidikan merupakan salah satu tunjang utama pembangunan dan kestabilan di
negara kita. Pendidikan merupakan pemangkin dan komponen penting untuk
memacu pembangunan negara kita bagi mencapai status negara maju menjelang
tahun 2020. Oleh itu, mutu pendidikan yang bermutu tinggi dan mampu
menghasilkan golongan cendiakawan yang berkualiti hendaklah diberikan
penekanan kerana mutu pendidikan secara langsung dan tidak langsung
menyumbang kepada pembangunan negara yang dinamik, mampan dan
menyeluruh. Mutu pendidikan yang cemerlang banyak bergantung kepada
produktiviti para pendidik mencorak arus mutu pendidikan semasa selari dengan
cabaran dunia global yang memerlukan pendidikan melonjak ke satu tahap yang
baru dan tidak hanya selesa berada di takuk yang lama.
Dalam usaha untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan, para pendidik
terutamanya para guru adalah orang yang bekerja untuk merealisasikan impian
wawasan 2020 negara iaitu untuk menjadi negara yang maju dan setaraf dengan
negara-negara maju yang lain. Para guru perlu bekerja dengan lebih produktif, lebih
cekap, lebih kreatif dan mempunyai akauntabiliti yang tinggi terhadap tugas mereka.
Untuk mendapatkan prestasi kerja yang terbaik daripada guru, guru hendaklah boleh
melakukan tugas-tugas mereka tanpa tekanan dan tanpa dibebankan tugas-tugas
yang lain. Lambakan tugas-tugas lain seperti kerja perkeranian terhadap guru akan
menganggu prestasi kerja mereka dan menyebabkan mereka mengalami tekanan
emosi.


ISU DAN
CABARAN
PERGURUAN
Sikap ibu bapa
Tindakan guru
Pergaruh
persekitaran
Perkembangan
teknologi
Tindakan ibu bapa.
Kebanyakan pelajar pada masa kini mengatakan tidak suka berkongsi
masalah dengan ibu bapa terutamanya yang bersifat peribadi. Komunikasi dengan
ibu bapa lebih bersifat formal dan rigid. Hal ini kemungkinaan anak-anak zaman
sekarang tidak suka dikawal. Mereka tidak suka ibu bapa mengarah mereka dalam
semua perkara. Kajian Wan Asiah juga mendapati pengabaian dari sudut kasih
sayang dan kurangnya komunikasi yang berkesan antara anak-anak dan ibu bapa
adalah pinca utama berlakunya gejala sosial. Anak-anak remaja dianggap sudah
matang untuk berfikir dan dilepaskan untuk bertindak mengikut kehendak hati
mereka tanpa pengawasan dan pengawalan keluarga.
Situasi tersebut ditambah pula dengan kesibukan ibu bapa yang bekerja dari
pagi sampai ke petang menyebabkan masauntuk bersama anak-anak amat terhad.
Terdapat ramai ibu bapa yang sibuk dengan pekerjaan memberitahu bahawa
mereka berkerja untuk kepentingan anak-anak.Mereka mencari wang untuk
memenuhi kepentingan anak-anak seperti makan minum, pakaian, belanja sekolah
dan lain-lain lagi. Ibu bapa berkerja keras sehingga melupakan bahawa anak-anak
mereka memerlukan masa untuk berkongsi masalah serta mendapat perhatian
secukupnya daripada kedua ibu bapa mereka.
Ibu bapa zaman sekarang menyerahkan anak mereka bulat-bulat kepada
guru untuk mendidik anak-anak mereka. Namun mereka tidak memahami sikap dan
perangai anak-anak mereka sebenar apabila di sekolah di samping persekitaran
rakan sebaya anak-anak mereka. Ibu bapa mengharapkan guru mendidika anak-
anak mereka, namun mereka tidak membenarkan guru-guru menyentuh anak-anak
mereka. Apabila guru hanya meroton anak-anak mereka dengan kesilapan yang
berulang kali dilakukan oleh anak-anak mereka seperti tidak menyiapkan kerja
rumah, ibu bapa zaman sekarang terus membuat laporan polis terhadap tindakan
guru tanpa bertanyakan kepada guru sebab guru mengambil tindakan tersebut. Hal
ini juga kerana kebanyakkan ibu bapa ingin mendapatkan wang hasil daripada
perbicaraan makamah yang membenarkan ibu bapa menuntut wang yang bernilai
ribuan ringgit jika kes yang dibacarakan berpihak kepada ibu bapa pelajar.

Selain itu, sikap ibu bapa sendiri yang tidak mahu memberikan kejasama
terhadap guru-guru adalah salah satu isu dan cabaran utama profesion perguruan.
Ibu bapa yang tidak mempercayai apa yang diperkatakan oleh guru apabila guru
menyatakan bahawa sikap dan tingkah laku anak-anak mereka bertentangan
dengan sikap dan tingkah laku anak-anak mereka di rumah. Ibu bapa lebih
mempercayai apa yang diperkatakan oleh anak-anak mereka berbanding guru
mereka. Hal ini bertentangan dengan sikap ibu bapa pada zaman dahulu yang lebih
mempercayai guru sehingga anak-anak mereka takut untuk memberitahu kepada
ibu bapa mereka jika mereka dihukum di sekolah. Ibu bapa juga tidak memberikan
kerjasama kepada guru-guru apabila guru-guru meminta ibu bapa meluangkan masa
dalam temu murni, ibu bapa tidak hadir semasa sesi tersebut.
Tindakan ibu bapa sekarang yang jarang memantau kerja sekolah anak-anak
mereka menyebabkan anak-anak semakin malas untuk menyiapkan kerja
sekolah.Hal ini disebabkan kesibukan ibu bapa dengan mengejar arus pemodenan
sehingga melupakan masa yang perlu diluangkan bersama anak-anak mereka.
Apabila guru memarahi anak-anak mereka sehingga merotan anak-anak mereka,
ibu bapa akan memarahi guru akibat tindakan guru tersebut.
Tindakan ibu bapa yang campur tangan dalam isu pendidikan yang
menyebabkan kesalahan anak terletak kepada kesalahan guru yang mendidik
adalah tidak wajar sama sekali. Hal ini disebabkan guru perlu mendidik terlalu ramai
murid yang mempunyai personaliti yang berbeza-beza. Masa yang diperuntukkan
kepada guru untuk mengajar juga adalah sedikit sahaja diluangkan contohkan jika
guru Dunia Sains dan Teknologi hanya mempunyai 2 waktu sahaja dalam seminggu
sahaja. Justeru, bagaimana hendak seorang guru mendidik setiap anak ibu bapa
seperti yang diharapkan oleh ibu bapa murid berkenaan bagi mendapatkan nilai-nilai
murni.


Tindakan guru
Murid pecah gegendang telinga ditampar guru, begitulah tajuk berita akhbar
Berita Harian bertarikh 26 Mei 2010 iaitu sepuluh hari selepas menyambut Hari Guru
pada tahun tersebut. Apabila berita ini menjadi tatapan masyarakat, pelbagai
andaian, tomahan dan tuduhan dilemparkan kepada guru tersebut khasnya dan
komuniti guru amnya. Persoalan yang biasanya akan dibincangkan di kedai-kedai
kopi atau tempat-tempat rehat adalah kenapa guru tersebut melakukan sedemikian
rupa? dan guru tersebut gila atau sewel?. Jarang sekali kita mendengar
pandangan yang membela atau mempertahankan guru tersebut. Guru tersebut
umpama digantung tidak bertali oleh lapisan masyarakat yang cetek pemikiran dan
nipis ilmunya tanpa usul periksa dan tanpa mendengar luahan daripada guru
tersebut. Adakah guru tersebut benar-benar gagal mengawal emosinya dan
bertindak sedemikian tanpa ada sebarang nilai rasional dalam dirinya? Ataupun guru
tersebut bertindak sedemikian kerana provokasi yang dilakukan oleh murid tersebut
dan rakan-rakannya? Persoalan ini telahpun dijawab oleh masyarakat yang saya
percaya rata-rata akan menyalahkan guru tersebut kerana tindakannya dan
melupakan semua jasa guru tersebut mendidik anak-anak muridnya sebelum ini.
Beban tugas bermaksud tanggungjawab yang mesti dipikul dan dilakukan
oleh para guru sama ada tanggungjawab di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik
darjah untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah. Beban tugas ini boleh diukur
dengan melihat jumlah masa yang diperuntukkan untuk menyelesaikannya.
Tugas dan tanggungjawab guru di sekolah bukan sahaja merangkumi tugas
akademik malahan juga tugas bukan akademik. Tugas-tugas akademik merupakan
tugas-tugas yang berkait dengan tugas pengajaran dan pembelajaran secara formal
sama ada di dalam atau luar bilik darjah. Tugas akademik hanya dijalankan oleh
guru-guru yang berkelayakan dalam bidang-bidang tertentu sahaja. Tugas akademik
ini terbahagi kepada tugas akademik rutin harian dan tugas akademik bermusim.





Tugas bukan akademik merupakan tugas-tugas yang dilakukan oleh guru di
sekolah dan tugas ini boleh juga dilakukan oleh mereka yang bukan guru. Tugas
bukan akademik adalah tugas yang tidak melibatkan proses pengajaran secara
formal. Tugas ini termasuklah tugas-tugas pengekeranian, tugas-tugas khas dan
tugas kokurikulum. Tugas bukan akademik yang dilakukan seharian dinamakan
tugas bukan akademik rutin harian dan tugas bukan akademik yang dilakukan
mengikut musim dinamakan tugas bukan akademik bermusim.

Berdasarkan tajuk muka hadapan Berita Harian Seksa Jadi Cikgu bertarikh
1 April 2010. Paparan muka hadapan ini jelas menyatakan seksa menjadi guru
kerana guru dikatakan menanggung beban tugas yang terlalu banyak. Dalam artikel
ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah membuat aduan
mengenai beban tugas guru kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana
Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 30
Mac 2010.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam artikel tersebut
juga telah mengulas bahawa berdasarkan aduan yang dibuat oleh NUTP, antara
tugas guru bukan sahaja meliputi hal pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah, malahan juga ada guru yang terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum,
hal ehwal murid, pentadbiran, pengkeranian serta beberapa kerja tambahan lain.
Selain itu, NUTP turut membuat aduan bahawa guru terpaksa bekerja setiap Sabtu
disebabkan terbabit dengan banyak aktiviti sedangkan pekeliling yang dikeluarkan
membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua kali setiap bulan.
Pengerusi Majlis Permuafakatan Kesatuan Guru Malaysia, Jemali Paiman
menyebut;
Ketika ini, guru terutama guru kelas adalah mereka yang paling teruk dibebani
dengan tugas tambahan selain mengajar dan ia paling kritikal ketika musim
persekolahan baru bermula. Guru bukan setakat perlu menyediakan maklumat
peribadi pelajarnya tetapi dibebani dengan banyak lagi tugas lain. Mereka perlu
mengutip yuran, sediakan buku kedatangan pelajar, dapatkan maklumat murid serta
keluarga mereka seterusnya membuat analisis kelayakan untuk diberi bantuan,
malah guru juga bertindak sebagai pegawai kesihatan yang merekodkan maklumat
kesihatan. Mana ada jururawat yang ditugaskan membuat landskap hospital. Mana
ada jurutera yang ditugaskan mengecat bangunan pejabat, tapi guru ada ketikanya
perlu buat semua itu. malah, mural sekolah atau mengecat bangunan sekolah juga
tergalas di bahu mereka.
Tugas-tugas sedemikian sememangnya mendatangkan beban kepada guru
kerana telah mengganggu tugas hakiki guru iaitu mendidik pelajar. Pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia memandang berat isu ini dengan menubuhkan
sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji beban tugas guru dan mengkaji tahap
keseriusan isu beban tugas guru ini.

Berdasarkan artikel ini, dapat disimpulkan bahawa isu beban tugas guru
perlu dipandang serius bukan sahaja oleh pihak kerajaan, malahan semua pihak
termasuk masyarakat. Setiap individu perlu mengembleng tenaga dan idea untuk
menyelesaikan masalah dan isu ini. Ini kerana, beban tugas yang semakin
bertambah dan kian mencabar telah menyebabkan prestasi seorang guru terjejas
dan ini secara tidak langsung menjejaskan prestasi murid-murid di sekolah.

Berdasarkan butir-butir yang terkandung dalam laporan kaji selidik NUTP
bertajuk Pandangan dan Syor NUTP: Beban Guru Meliputi Sekolah Rendah,
Sekolah Menengah, Sekolah Teknik dan Politeknik, beban tugas guru dibahagikan
kepada lima bidang iaitu:
1. Urusan data, fail, buku rekod dan laporan
Pemprosesan maklumat guru, pelajar dan sekolah
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), stok mata pelajaran dan bengkel
Penilaian kerja kursus mata pelajaran untuk peperiksaan
Penilaian lisan berasaskan sekolah (PLBS)
Buku Nilam Sekolah
Laporan Adab Belajar
Baitulmal dan biasiswa
Laporan guru bertugas
Urusan disiplin pelajar
Urusan pusat sumber
Program khas dari Jemaah Nazir
Buku rekod kerja sekolah
2. Pentadbiran
Pegawai pinjaman di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah
Pengurusan pentadbiran
Kutipan yuran dan pelbagai
Guru kelas

3. Kurikulum
Jenis peperiksaan
Program sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran
Kertas kerja kajian tindakan
Panitia
Mata pelajaran
Pentaksiran Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS)
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)

4. Kokurikulum
Aspek keselamatan & perlindungan guru dan pelajar

5. Hal Ehwal Murid (HEM)
Urusan HEM Sekolah Menengah Berasrama

Laporan kaji selidik yang telah dijalankan pada 1 Jun 2005 menunjukkan
bahawa tugas guru meliputi pelbagai bidang, namun tugas yang dijalankan lebih
tertumpu kepada tugas pentadbiran. Menurut Setiausaha NUTP, Lok Yim Pheng,
berkata pihaknya risau apabila mendapati kira-kira 60 peratus tugas guru kini
membabitkan kerja pentadbiran.

Dulu guru boleh mencorakkan cara pengajaran sendiri tanpa perlu memberi
banyak komitmen terhadap tugasan lain. Berbanding sekarang, terlampau banyak
kerja remeh temeh terpaksa dilakukan termasuk tugas dokumentasi yang perlu
diserahkan kepada pihak tertentu. Ab Aziz Mohd Yatim
.
Tindakan guru yang merotan atau mendenda murid-murid pada zaman
sekarang adalah disebabkan juga oleh faktor tugas bebanan guru yang semakin
banyak dan kurangnya pemahaman mengenai tugasan guru oleh masyarakat. Hal
ini menyebabkan masyarakat menunding jari kepada guru jika berlakunya salah laku
yang disebabkan oleh anak-anak mereka sendiri. Walhal, masyarakat tidak
mengetahui tugasan guru yang semakin hari semakin bertambah dan dengan
adanya sikap ibu bapa yang tidak memberikan kerjasama kepada guru bagi
mendidik anak-anak mereka.
Selain itu, terdapat segelintir guru yang kurangnya menerapkan nilai pedogogi
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka lebih banyak mengajar murid-
murid seperti cara Allyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem Masam-Masam
Manis. Cara pengajaran yang sama setiap hari juga membuatkan murid-murid
sekarang lebih cepat bosan. Hal ini disebabkan dengan pendedahan media massa
yang terlalu banyak, menyebabkan adanya sebahagian murid-murid inginkan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih interaktif.
Kurangnya guru yang mempunyai nilai kreatif dan inovatif dalam pengajaran
juga menyebabkan berlakunya tindakan seperti gambar rajah 1. Hal ini disebabkan
sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah serta teknik yang
sama menyebabkan murid-murid cepat hilang fokus dan apabila guru tidak
mengetahui hal tersebut, guru mengambil tindakan dengan merotan murid tanpa
usul periksa walhal hal ini terjadi akibat kaedah pengajaran guru itu tersendiri.

Pengaruh Persekitaran.

Perkembangan Teknologi
Pada hari ini kita melihat perkembangan teknologi di era ini terlalu pesat. Hal ini
sedikit sebanyak turut melibatkan individu kecil iaitu kanak-kanak. Perkembangan
teknologi yang boleh penulis istilahkan disini adalah meliputi teknologi seperti
penggunaan internet, komputer, televisyen, telefon bimbit dan sebagainya. Boleh
dikatakan sekarang ini ramai kanak-kanak sudah diajar untuk menggunakan
internet. Malah penulis turut mengandaikan dalam setiap rumah internet bukan lagi
suatu benda yang asing lagi.
Telefon bimbit juga pada hari ini bukan lagi seperti zaman awal-awal kemunculannya
dimana sesiapa yang memilikinya dikira sebagai golongan yang kaya dan ternama.
Namun pada hari ini kita boleh melihat di sekelilingi kita semua golongan mampu
untuk menggunakan kemudahan demikian. Malah, penulis juga tidak terkejut jika
dikhabarkan bahawa kanak-kanak yang berumur tiga, empat tahun tahu dan turut
memiliki telefon bimbit sendiri. Hal demikian disebabkan faktor pengaruh dan faktor
setiap orang berkuasa untuk memilikinya dan menggunakannya.
Namun penggunaan teknologi yang meluas terhadap kanak-kanak ini turut
mendatangkan banyak implikasinya antaranya baik dan buruk. Implikasi yang wujud
ini boleh menimbulkan banyak kesan-kesan lain yang akhirnya boleh memberi
keuntungan bagi yang menggunakan dengan cara yang betul. Manakala bagi yang
salah penggunaanya maka mereka akan memperolehi bahaya terhadap fizikal dan
mental kanak-kanak.





1.0 Isu dan cabaran utama profesion keguruan.







Rajah 2
Berdasarkan gambar rajah yang tertera di atas, dapat digambarkan bahawa
perbezaan antara tindakan ibu bapa terhadap guru pada zaman dahulu
berbanding dengan guru zaman sekarang. Dapat dilihat berdasarkan gambar
rajah 2 di atas, keadaan ibu bapa pada zaman dahulu yang lebih menghormati
guru berbanding dengan zaman sekarang yang hanya menyalahkan guru
walpaupun tindakan yang dikenakan oleh guru terhadap anak-anak mereka
hanyalah tidak seberapa.
Ibu bapa pada zaman dahulu tindakan yang mereka ambil adalah lebih
mempercayai guru dengan memberikan kepercayaan kepada guru mendidik
anak-anak mereka supaya pandai namun dalam pada yang sama mereka masih
mengambil berat terhadap pembelajaran anak-anak mereka. Ibu bapa zaman
sekarang pula lebih menyerahkan anak-anak mereka secara bulat-bulat kepada
guru. Ibu bapa pada zaman sekarang lebih berfikir kepada pendidikan hanyalah
guru sahaja sehingga mereka melupakan tugas mereka dalam mendidik anak-
anak mereka. Tindakan ibu bapa yang meninggalkan anak-anak mereka di
sekolah dan memikirkan bahawa guru anak-anak mereka dapat menjaga anak-
anak mereka dengan selamat. Kebanyakkan ibu bapa sekarang menganggap
sekolah seperti pusat jagaan kanak-kanak.
Keluarga merupakan sebuah institusi yang mampu mempengaruhi ahli-
ahlinya yang terdiri dari ibu bapa dan anak-anaknya. Ibu bapa sebagai pengurus
bertanggungjawab untuk membentuk dan memastikan anak-anaknya menjadi insan
yang berguna dan mampu menyumbang ke arah kebaikan sejagat. Di samping itu,
ibu bapa mempunyai peranan yang penting di dalam mempengaruhi pencapaian
akademik anak-anak mereka. Menurut Rozumah Baharudin (2001), masalah
kepincangan peranan keluarga banyak mempengaruhi serta menjejaskan
pendidikan anak-anak mereka. Struktur dan nilai keluarga tersebut sering
dipengaruhi oleh kecekapan yang membabitkan proses memperbaiki kedudukan
ekonomi serta peningkatan pencapaian diri ibu bapa tersebut.
Selain dari itu, kurangnya sikap tanggungjawab di kalangan ibu bapa menyumbang
kepada kegagalan dari segi pengawalan dan penekanan terhadap pengaruh dan
gejala luar yang semakin mencabar pada masa kini. Ibu bapa seharusnya menjadi
contoh yang terdekat kepada anak-anak dalam keluarga mahu pun dalam
masyarakat. Kegagalan ini bukan sahaja akan mempengaruhi keperibadian anak-
anak mereka malah mempengaruhi proses pembelajaran yang berlaku secara
terancang dan tanpa disedari. Kebergantungan dan penyerahan tanggungjawab ini
kepada pihak lain akan menyebabkan ibu bapa secara tidak langsung
mempengaruhi pembelajaran anak-anak mereka. Sebagai contoh, pertembungan
budaya di dalam keluarga dan kurikulum yang dilaksanakan dalam pendidikan di
sekolah akan mengujudkan suatu suasana yang menekan dan hilangnya tumpuan di
kalangan pelajar-pelajar yang sering bermasalah. Keadaan ini seharusnya ditangani
oleh para ibu bapa bagi membentuk anak-anak mereka seiringan dengan kurikulum
sekolah yang mempunyai objektif membentuk insan yang berguna.
Keberkesanan pembelajaran anak-anak juga dipengaruhi oleh didikan awal
yang diberikan oleh ibu bapa. Didikan yang diterima sebelum dan selepas dilahirkan
akan mempengaruhi perkembangan pembelajaran kanak-kanak tersebut (Manja,
1990). Ini disebabkan didikan awal akan membentuk corak pembelajaran sebenar
anak-anak mereka dan pemberian didikan dari awal akan membentuk
kecemerlangan dalam pembelajaran. Didikan serta pencorakan ini dapat
mempengaruhi anak-anak kerana menurut Ariffin (1990) menyatakan 70 peratus
adalah masa ibu bapa berinteraksi dengan anaknya berbanding Cuma 30 peratus
interaksi yang berlaku di antara guru dan anaknya. Proses didikan ini hendaklah
secara berterusan sehingga mereka meningkat dewasa kerana proses pembelajaran
akan terus berlaku dalam bentuk akademik dan sebagainya.
Setiap pelajar memmpunyai hak untuk diberi peluang dalam pencapaian
pelajarannya disebabkan terdapat pelajar yang dilahirkan dengan kebijakan
semuljadi. Sekiranya mereka tidak mendapat dorongan serta peluang akan
menyebabkan kebijakan yang ada tidak dapat digunakan sepenuhnya dan akan
hilang begitu sahaja. Didikan yang diberikan oleh ibu bapa hendaklah disertakan
dengan kasih sayang agar keharmonian serta kesan yang positif dapat
mempengaruhi pembelajaran anak-anak mereka kelak.
Sebagai pendidik, ibu bapa juga hendaklah mempunyai sifat-sifat yang terpuji,
penuh dengan kasih sayang dan merupakan role model kepada anak-anak untuk
meneruskan proses pembelajaran mereka tidak kira di mana juga. Dalam mendidik
anak-anak, ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar kerana didikan yang
diberikan tidak hanya tertumpu pada pelajaran sahaja malah ia meliputi halatuju
anak-anak mereka suatu hari nanti yang akan berhadapan dengan masyarakat serta
dunia yang mencabar ini.
Ibu bapa merupakan pihak yang mempunyai tanggungjawab yang besar dalam
memastikan anak-anak mereka mendapat pelajaran serta pembelajaran yang
sewajarnya. Ini disebabkan pengaruh ibu bapa tersebut yang secara langsungnya
memberi kesan samada secara positif atau negatif kepada anak-anak mereka
berdasarkan kepada sikap, minat, latar belakang pendidikan, cara didikan,
kedudukan ekonomi keluarga dan institusi keluarga itu sendiri. Pihak luar seperti
sekolah dan masyarakat merupakan sokongan kepada keberkesanan pembelajaran
yang dijalankan di sekolah secara formal dan ibu bapa pula merupakan pendidik
sepanjang hayat kepada anak-anak serta generasi akan datang secara berterusan
dan berpanjangan.
Justeru itu, perlunya ada tindakan ibu bapa itu sendiri dalam membentuk
peribadi serta perlakuan anak-anak mereka sendiri. Ibu abap juga haruslah
memberikan kerjasama kepada pihak guru bagi mendidik anak-anak mereka
walaupun diberikan denda oleh guru atas sikap dan tingkah laku anak mereka
sendiri. Ibu bapa haruslah menerima hukuman yang diberikan oleh guru terhadap
anak mereka selagi tidak menyebabkan kecacatan, patah serta kematian.

2.0
HURAIKAN KESAN ISU
TERSEBUT TERHADAP EMOSI
MURID DAN GURU SERTA
LANGKAH MENANGANINYA.
2.0 Kesan Isu Terhadap Emosi Murid dan Guru serta Langkah Menanganinya.
Kesan Isu Sikap Ibu Bapa Terhadap Emosi Murid.
Kewujudan iklim persekitaran yang bersih, teratur dan tenteram, kewujudan
displin yang baik, dengan zero defect dalam semua aktiviti perndidikan akan mampu
membentuk emosi untuk terus belajar di sekolah. Emosi murid perlu dikekal atau
dipertungkatkan dengan pengajaran guru lebih bersifat pembimbing di sisi. Hal ini
disebabkan profesion perguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial di
mana guru bertanggungjawab mendidik anak bangsa berlandaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Masalah emosi merupakan sesuatu yang tidak asing bagi seseorang yang
mempunyai masalah. Tekanan emosi boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa
mengira usia. Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang
menunjukkan satu atau lebih perwatakan oleh murid-murid. Kamus dewan bahasa
dan pustaka telah memberi maksud kepada gangguan emosi sebagai akibat konflik
yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui
pertuturan atau perlakuan tertentu.
Seterusnya gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan
menunjukkan ciri suka menyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Antara
gangguan personaliti yg berlaku ialah antisosial. Ketidakmampuan untuk belajar
yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor intelektual, kesihatan juga menjadi
definisi kepada gangguan emosi. Secara ringkasnya gangguan emosi boleh
dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang
menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil. Gangguan emosi ini akan
menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid. Gangguan
emosi adalah satu perkara yang amat serius pada usia persekolahan. Mereka akan
mengalami gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada murid-
murid.
Sikap ibu bapa dalam institisu kekeluargaan juga menjadi punca murid mengalami
gangguan emosi. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan
yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup
mungkin bersifat positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang
tersayang. Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan, penceraian,
kemalangan ,kematian, muflis atau hilang pekerjaan, dipenjara, krisis
kewangan dan lain-lain.
Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk perkahwinan,
mengandung, kenaikan pangkat dan berpindah ke rumah baru. Peristiwa
dalam kehidupan keluarga seperti yang dinyatakan itu memberi kesan ke atas
masalah emosi seseorang murid. Peristiwa yang sedemikian akan
menyebabkan emosi murid tertekan dan selalunya mereka akan menunjukkan
tindak balas fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari segi emosi,
murid akan berasa susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah, resah
dan lain-lain lagi.
Di samping itu, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang
mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian
dan perpisahan akan membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian
kanak-kanak yang tidak stabil. Pengaruh keluarga menjadi punca keadaan ini
berlaku. Dari segi tingkah laku, murid berkenaan mungkin akan bertindak
berlainan di antara satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada
juga yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan sebarang
emosi. Keluarga yang mesra antara satu sama lain, demokratik dan ibu bapa
yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanak-
kanak tersebut. Kanak-kanak yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan
menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahandan ketekunan dalam
melaksanakan sesuatu perkara.
Faktor tidak biasa berenggang dengan keluarga juga menjadi salah satu
puncanya kenapa kanak-kanak mengalami gangguan emosi. Contoh situasi ialah,
kanak -kanak yang tidak pernah berenggang dengan ibunya juga akan dilanda
tekanan emosi jika ditinggalkan di bawah jagaan pengasuh tadika. Kanak-kanak
tersebut akan menangis dan menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara.
Jika kanak kanak ini dimasukkan ke hospital , ibu atau bapanya dinasihatkan
agar sentiasa berada di sisinya kerana keadaan persekitaran yang asing dan
berbeza akan memberi kesan kepada status emosi anak itu. Kehadiran ibu
bapa sedikit sebanyak akan mengurangkan tekanan emosi dan perasaan takut
kanak kanak tersebut.
Kurangnya kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa kanak-kanak juga
salah satu penyebab kenapa kanak-kanak mengalami gangguan emosi. Kasih
sayang akan menberikan impak yang besar kepada emosi kanak-kanak yang
sedang membesar yang sentiasa menginginkan tumpuan dan kasih sayang yang
mencukupi. Kasih sayang yang cukup akan membuatkan semosi kanak-kanak
menjadi stabil dan akan membuatkan mereka menjadi sangat gembira dan selesa
dalam kehidupan seharian mereka.
Keadaan anak-anak mereka semakin tertekan apabila tidak dapat mencapai
keputusan yang baik di kalangan mereka di sekolah tambahan lagi terdapat ibu bapa
yang memberi tekanan dengan cara memarahi anak-anak mereka kerana
pencapaian tersebut. Sebaliknya ibu bapa seharusnya memahami perasaan anak-
anak yang menghadapi situasi seperti berikut kerana sokongan serta dorongan
secara positif amat diperlukan masa itu. Sekiranya ibu bapa tidak dapat memahami
keadaan tersebut maka anak-anak mereka akan kurang minatnya pada pelajaran
sebaliknya cuba menghiburkan dirinya dengan permainan serta perkara-perkara
atau aktiviti-aktiviti yang menghiburkan dan kadangkala mendedahkan serta
menjerumus anak-anak mereka kepada aktiviti yang negatif dan tidak bermoral.
Penemuan yang diperolehi oleh para pengkaji ini membuktikan bahawa
tekanan yang tidak terkawal boleh mendatangkan implikasi yang negatif kepada
pelajar yang mengalaminya. justeru, identifikasi awal kepada simptom-simptorn
tekanan boleh membantu remaja berkenaan. Antara simptom-sirnptom yang
menunjukkan seseorang mengalami tekanan ialah mengalami gangguan
tidur.Pelajar tersebeut tidak dapat tidur dengan betul dan ini akan menyebebkan
matanya merah dan selalu berair dan pelajar itu juga mungkin selalu kelihatan
kehausan dan keletihan disebabkan tidak cukup tidur.



Kesan yang seterusnya ialah menunjukkan reaksi berlebihan terhadap
kejadian-kejadian biasa. Apabila seseorang pelajar itu mengalami tekanan emosi dia
akan menunjukkan reaksi reaksi yang abnormal dan berlebihan .Contohnya
marahdan maki hamun mana mana pelajar jika terlanggarnya di tangga.
Kesan yang seterusnya ialah ,pelajar sebegini akan menunjukkan rasa tidak
gembira terhadap pencapalan diri. Walaupun mereka telah menunjukkan
pencapaian yang cemerlang di akademik ataupun kokurikulum tetapi dirinya sendiri
tidak akan menghayati dan menghargainya pencapian tersebut dan hanya
mengambilnya pencapaian tersebut dengan tanpa makna.
Pelajar pelajar yang telah mengalami tekanan emosi akan mengamali
keletihan yang melampau dan kurang bertenaga, menunjukkan tingkahlaku gelisah
seperti mata berkelip-kelip dan menggeleng-gelengkan kepala, sakit perut atau saklt
kepala pada setiap hari atau pada setiap minggu, menunjukkan tingkahlaku untuk
mendapatkan perhatian seperti tingkahlaku agresif, tidak berupaya rnembuat
keputusan dan hilang sifat kelucuan.
Tidak berminat dalam pelajaran dapat dikaitkan dengan tidak memahami
pelajaran yang diajar juga merupakan kesan terhadap emosi murid. Oleh itu kanak-
kanak atau murid-murid yang berkenaan biasanya bersikap negatif terhadap guru
seperti tidak suka menerima nasihat daripada guru, nakal dan pencapaian akademik
mereka rendah daripada kawan-kawan lain.
Kanak-kanak yang tidak suka belajar ini disebabkan oleh faktor biologi, iaitu
merangkumi faktor baka dan penyakit-penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan
urat saraf, mereka lemah dan tidak dapat memahami dan mengikuti setiap
pengajaran yang disampaikan oleh guru. Hal ini menyebabkan kanak-kanak ini tidak
memberikan perhatian pada setiap pengajaran yang disampaikan oleh guru. Minat
belajar murid ini juga kurang akibat ibu bapa tidak memotivasikan anak-anaknya
untuk belajar bersungguh-sungguh. Murid sebegini juga seringkali cepat bosan
dengan teknik penyampaian pelajaran oleh guru-guru yang tidak membangkitkan
minat murid untuk belajar. Kanak-kanak ini juga mudah terpengaruh dengan rakan
sebaya dan persekitaran yang tidak sihat ditambah pula dengan sikap sambil lewa
mereka dalam pelajaran.
Murid juga menjadi tidak berminat untuk belajar apabila peraturan dan disiplin
sekolah yang ketat dan berbeza dengan kawalan di rumah. Jika di rumah mereka
bebas melakukan apa sahaja yang mereka suka tanpa disiplin yang ketat. Mereka
akan memberontak dan tidak mahu dan tidak berminat untuk belajar.
Mereka juga tidak boleh membaca dengan betul dan mengalami kekekokan
semasa menulis pada peringkat sekolah rendah. Keadaan ini secara tidak langsung
akan menyebabkan murid ini tidak berminat belajar dan ketinggalan dalam
pelajaran. Mereka lebih suka membuat bising di dalam kelas untuk mendapatkan
perhatian daripada guru dan tidak mahu membuat kerja yang diberikan oleh guru
kerana tidak faham.
Murid sebegini juga kurang keyakinan diri. Mereka akan cuba menolak diri
daripada melakukan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Hal ini berlak kerana
mereka merasa diri mereka sangat lemah dan tidak mampu untuk melakukan setiap
aktiviti yang dibuat di dalam kelas. Mereka lebih suka bermain dan mengganggu
rakan di dalam kelas.
Kewujudan salah satu atau sebahagian daripada perkara-perkara yang
dinyatakanmenunjukkan bahawa individu tersebut berkernungkinan mengalami
tekanan. Pelajar yang mengalaminya berkemungkinan sedar atau tidak sedar
bahawa mereka sedang mengalami gangguan tekanan. Pengenalpastian kesan-
kesan yang dinyatakan bukan sahaja dapat memudahkan golongan ibu bapa
mernbantu pelajar yang tertekan bahkan pelajar yang menyedari bahawa mereka
menunjukkan slmptom-simptom tersebut boleh mendapatkan bantuan leblh awal
sebelum kesan negatif yang mungkin berlaku akibat tekanan berlaku pada diri
pelajar.




Contoh tekanan emosi murid
Langkah Mengatasi Kesan Isu Sikap Ibu Bapa Terhadap Emosi Murid.
Bagi mengatasi kesan sikap ibu bapa terhadap emosi murid adalah dengan
ibu bapa itu sendiri memainkan peranan sistem kekeluargaan. Keluarga adalah
institusi pertama dalam masyarakat dan negara. Di situlah berkembangnyaindividu
serta terbentuknya tahaptahapawal pemasyarakatan. Oleh itu ia harus dipelihara
dan dijaga kemurniannya mengikut syariat yang telah digariskan oleh Allah
SWT.Cabaran keibubapaan ialah untuk membentuk komunikasi yang positif dan
berkesan antara suamiisteri dengan anakanak dan ahli keluarga lain dari awal
perkahwinan sehingga ke akhir hayat malah sehingga dibangkitkan pada kehidupan
abadi dan ia hanya dapat dihadapi jika ibu bapa mempunyai pengetahuan,
kemahiran, sikap dan emosi yang tulus dan peka.

Penghayatan keluarga adalah pemangkin ke arah meningkatkan kesedaran
supaya kita menjalankan tanggungjawab dan memainkan peranan sebenar dalam
keluarga. Ini bertujuan mengukuhkan institusi kekeluargaan kerana jika tiada
perhatian sewajarnya, ia akan mengakibatkan wujudnya masalahmasalah sosial
yang menghantui masyarakat ketika ini. Justeru perlu dimantapkan dengan
penyediaan diri dalam memainkan peranan sebagai pemimpin rumahtangga,
keluarga, bangsa, agama dan negara. Adalah dipercayai bahawa kesulitan yang
dialami oleh individu atau tingkahlaku bermasalah dapat dikesan dengan tepat
dalam keluarga berkenaan.

Dengan andaian ini juga ahli keluarga bermasalah boleh dibantu dalam
situasi keluarga mereka. Contohnya, sepasang ibu bapa yang sering berbalah akan
meninggalkan kesan emosi dan psikologi dalam perkembangan jiwa anak mereka.
Anak mungkin akan didapati tidak dapat memberikan tumpuan kepada apa yang
sedang dilakukan. Apabila diselidiki, anak mungkin menjawab bahawa takut kerana
tumpuan terganggu oleh bunyi bising perbalahan ibu bapa. Jelas disini, anak
bermasalah kerana masalah yang ditimbulkan oleh ibu bapa.Menjadi ibu bapa
merupakan satu jawatan atau peranan terpenting dalam struktur keluarga. Jika
sesuatu jawatan perlukan surat perlantikan maka surat lahir anak merupakan surat
perlantikan itu. Tugas dan tanggungjawab menjadi ibu bapa amat berat dan tentunya
akan
memperolehi ganjaran. Tidak dalam bentuk kewangan tetapi ganjaran lain seperti
sumber inspirasi, sumber kebanggaan dan sumber peribadi yang sukar dipenuhi
oleh kejayaan lain. Ibu bapa hari ini menghadapi persekitaran yang berbeza zaman
mereka membesar di mana tiada internet, multimedia, permainan computer.

Selain itu, ibu bapa juga perlulah membina pendekatan sistem terapi keluarga
bagi mengatasi masalah ini. Perkembangan diri seseorang individu bermula dalam
lingkungan keluarga, budaya dan agama yang dianuti. Individu mewarisi agama dan
adat resam daripada keluarga dan keturunan. Apabila mereka memasuki alam
persekolahan, mereka membawa bersama kepercayaan dan nilai yang diperolehi
daripada keluarga, kawan-kawan, masyarakat, agama, budaya yang melibatkan
aspek diri serta perhubungan dengan individu lain. Kepercayaan dan nilai yang
ditanam dalam diri mereka ada kalanya bercanggahan dengan apa yang dialami di
dalam situasi persekitaran. Dalam hal ini, kanak-kanak mungkin mengalami konflik
untuk memilih emosi yang sepatutnya. Mereka sentiasa mencari makna dalam
kehidupan yang dipelajari melalui peranan yang dimainkan oleh sistem keluarga
sendiri. Pelbagai permasalahan yang menimpa mereka antaranya kesunyian, rasa
bersalah, marah, putus asa dan sebagainya biasanya terhasil.

Perundangan Negara dan dunia yang mengiktiraf Hak Asasi Kanak-Kanak
juga adalah cara dalam menangani tekanan emosi di kalangan murid. Kewujudan
undang-undang yang memperuntukkan perlindungan terhadap kanak-kanak
bukanlah satu perkara yang baru. Sejarah menunjukkan bahawa beberapa negara
seperti Amerika Syarikat dan England telah mempunyai undang-undang dan
perkhidmatan kebajikan kanak-kanak bagi melindungi kanak-kanak yang didera atau
diabaikan seawall abad ke-17 dan 18. Kebangkitan sentiment mengenai isu kanak-
kanak yang didera telah memuncak kembali pada awal tahun 1960-an berdasarkan
penyelidikan yang dijalankan oleh Dr Henry Kempe iaitu seorang pakar kanak-kanak
di Amerika Syarikat. Sejak itu, kesedaran dan usaha untuk menangani masalah
mengenai kanak-kanak telah diperhebat. Hak Asasi Kanak-Kanak ini telah
memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk membela diri mereka masing-
masing jika terdapat kesalahan yang dilakukan kepada mereka seperti penderaan
oleh kedua-dua ibu bapa.

Pada peringkat kebangsaan, Malaysia menyatukan tiga undang-undang
perlindungan kanak-kanak dan mahkamah juvenil yang terdahulu untuk membentuk
Akta Kanak-Kanak 2001 yang menjadikan laporan penganiayaan kanak-kanak
mandatory. Kanak-kanak mudah dipengaruhi, memerlukan jagaan dan perlindungan
khas. Hal ini meletakkan penekanan khas ke atas penjagaan utama dan
tanggungjawab perlindungan keluarga. Sekali lagi, mengesahkan keperluan bagi
perlindungan undang-undang dan perlindungan yang lain kepada kanak-kanak. Hal
ini meliputi hak sebelum dan selepas lahir, kepentingan hormat kepada nilai-nilai
kebudayaan komuniti kanak-kanak. Hal ini merupakan satu peranan yang amat
penting bagi kerjasama antarabangsa dalam menjamin hak asasi kanak-kanak.

Pihak sekolah juga perlulah mengambil langkah sebagai mengatasi masalah
emosi murid dengan mengadakan kem yang melibatkan murid serta ibu bapa murid.
Kem tersebut bukan sahaja dapat memupuk nilai kasih saying antara ibu bapa dan
anak-anak mereka, malah kerjasama antara guru dan ibu bapa. Masa yang ibu bapa
luangkan bersama anak-anak mereka dapat mendekatkan diri ibu bapa dengan
anak-anak. Justeru, pelbagai pihak diperlukan bagi mengatasi masalah tekanan
emosi dikalangan murid, namun penekanan diberikan kepada ibu bapa yang perlu
mengatasi masalah emosi di kalangan murid kerana ibu bapa lebih mempunyai
masa bersama anak-anak mereka di rumah bebanding pihak-pihak lain.




KESAN ISU UTAMA TERHADAP EMOSI GURU.
Pada masa kini, dunia pendidikan sering menjadi isu penting tidak kira sama
ada dari segi pendidiknya, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan,
ganjaran dan kenaikan pangkat ataupun isu-isu semasa yang sering membabitkan
diri pendidik tersebut. Oleh itu, profesion perguruan sering dianggap oleh
masyarakat bahawa bidang ini bukanlah satu tugas yang sukar dan rumit kerana
kebanyakan mereka menganggap kerjaya guru hanya duduk di dalam kelas dan
menyampaikan ilmu pengetahuan kepada muridnya sahaja.
Selain itu, terdapat juga orang yang berpendapat bahawa guru hanya perlu
membuat kerja-kerja perkeranian seperti menaip dan mengisi boring yang berkaitan
dengan murid. Justerunya, masyarakat kini sememangnya tidak begitu memahami
secara mendalam terhadap profesion keguruan dan tanggungjawab yang dipikul
oleh para guru.
Namun begitu, di negara kita masih terdapat persoalan-persoalan mengenai
tekanan kerja di kalangan guru sering dibincangkan di mana-mana sahaja pada bila-
bila masa. Ini adalah kerana profesion sebagai seorang guru merupakan salah satu
profesion yang sungguh mencabar. Tanggungjawab yang menyatakan bahawa guru
umpama lilin yang membakar diri bukan sahaja di dalam masyarakat kita tetapi di
negara-negara lain juga memandangkan tugas seseorang guru begitu banyak dan
tanggungjawabnya adalah amat berat terutamanya terdapat banyak cabaran yang
perlu dihadapi oleh seseorang guru dalam era globalisasi ini. Di negara kita, antara
cabaran yang dihadapi oleh warga pendidik adalah cabaran Wawasan 2020 untuk
melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya
saing.
Dengan itu, tanggungjawab dan tugas guru yang begitu mencabar telah
memberikan tekanan stres secara tidak langsung dan menyebabkan perkara-
perkara yang tidak diingini berlaku. Tidak dapat dinafikan bahawa pada masa kini
terdapat kes-kes yang berkaitan dengan guru sering berlaku dan dilaporkan melalui
media massa. Kebanyakan Kes yang berkaitan dengan guru adalah amat serius
sehingga terdapat segelintir kes telah menyebabkan kecederaan dan kematian.
Dalam kes Bisikan Misteri Arah Guru Amuk yang berlaku di SK Sabur, Kota
Kinabalu adalah amat serius kerana guru tersebut telah mengamuk sehingga
menggunakan pedang samurai dan menyebabkan seramai 14 orang guru termasuk
dua orang guru wanita terpaksa menyembunyikan diri dalam hutan paya bakau.
Walaupun tiada sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku, akan tetapi
tingkah laku guru tersebut yang kurang waras telah mengancam keselamatan rakan
sejawat yang lain. Ini mungkin akan membawa sebarang kecederaan ke atas guru-
guru yang tinggal bersamanya. Sumber berkata bahawa suspek tersebut mendakwa
terdapat suara perempuan yang sering mengganggunya sejak beberapa minggu lalu
dan menyebabkan dia tidak dapat bertahan sehingga mengamuk.






BAHAGIAN B
PENGHASILAN PETA
PEMIKIRAN

PERSEKITARAN MURID
Bilik Darjah
Sekolah
Rumah
Persekitaran kondusif
Suasana sesi pengajaran
dan pembelajaran yang
selesa
Bersih
Ceria
Rakan sebaya yang
mempunyai tingkah laku
yang positif.
Nilai kasih sayang antara
guru dan murid-murid.
Suasana sekolah yang
ceria
Persekitaran yang bersih
Pergaulan yang baik di
antara murid dan warga
sekolah.













REFLEKSI
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia serta rahmat dari-Nya dapatlah saya siapkan tugasan ini dengan
sepenuhnya pada masa yang ditetapkan. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Tn. Hj. Mansor bin Mohamad, selaku
pensyarah bagi subjek ini. Hal ini disebabkan beliau banyak memberi tunjuk ajar dan menerangkan cara-cara untuk memastikan
tugasan ini diselesaikan dengan sempurna.
Selain itu, terima kasih juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu. Tanpa mereka nescaya tidak sempurnalah
tugasan saya ini. Walaupun pada awalnya saya agak risau dan tertekan kerana sukarnya untuk memahami kehendak soalan
maklumat mengenai tugasan ini, namun keazaman dan ketekunan akhirnya membuahkan hasil. Banyak faedah yang saya perolehi
sepanjang proses menyempurnakan tugasan ini.
Ketika menyiapkan tugasan ini, saya telah menghadapi beberapaa masalah kerana tugasan ini agak rumit dari segi
perlaksanaannya. Masalah pertama adalah saya menghadapi masalah kekurangan sumber-sumber rujukan. Saya telah mencari
bahan rujukan di perpustakaan, tetapi tidak banyak sumber yang saya perolehi kerana banyak buku telah dipinjam oleh pelajar-
pelajar lain.
Tugasan ini juga memerlukan masa yang banyak dan saya telah menghadapi masalah dengan masa kerana pada masa
yang sama saya juga perlu menyempurnakan kajian tindakan yang sedang dijalankan. Hal ini menyebabkan kekangan masa bagi
menyiapkan tugasan ini disebabkan oleh komitmen yang terpaksa diberikan terhadap proses menyiapkan laporan kajian tindakan.
Kelebihan dalam menyelesaikan tugasan ini memberikan kelebihan kepada para guru pelatih. Tugasan ini adalah bertujuan
memberikan pendedahan kepada bakal guru bagi mempersiapkan diri dengan pelbagai cabaran dan tanggungjawab sebagai
persediaan untuk menghadapai alam pekerjaan yang sebenar. Hal ini kerana, apabila kita terlibat dalam dunia keguruan tentu
sekali pelbagai cabaran dan perkara akan timbul dan memerlukan kita bersedia lebih awal untuk menangani masalah itu kelak. Di
samping itu, para guru yang akan melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar harus benar-benar faham dan mahir dengan
perubahan pendidikan pada masa sekarang dari segi kerja guru, sikap ibu bapa, perkembangan teknologi serta pengaruh
persekitaran.
Selain itu, tugasan ini juga memberikan kami para bakal guru mendapat pendedahan awal mengenai perbezaan arus
pendidikan pada masa dahulu dan sekarang. Cabaran yang lebih besar bagi pendidikan pada zaman sekarang memerlukan guru-
guru bersedia lebih kepada mental bagi menghadapi suasana pekerjaan sebagai seorang guru.

Tugasan ini juga memerlukan saya mernghasilkan peta minda berasaskan i-Think. Hal ini dapat memberikan ilmu kepada
bakal guru bahawa pendidikan sekarang memerlukan pembelajaran yang berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Jika hal ini
tidak ditekankan, guru boleh dikatakan ketinggalan arus peredaraan zaman dan hal ini menyebabkan pelbagai isu yang timbul dari
segi guru tersebut seperti tekanan emosi.

Saya amat berbesar hati dan berharap tugasan ini diterima oleh pensyarah serta menepati kehendak tugasan ini. Harapan
saya juga, semoga apa yang kami persembahkan ini dapat memberi sedikit pengajaran kepada pembaca dan penggunanya di
masa depan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai