Anda di halaman 1dari 3

SOALAN STRUKTUR

1. Berikan dua masalah yang akan dihadapi oleh guru pendidikan khas dan guru aliran
perdana dalam melaksanakan pengajaran secara kolaboratif.
i.
ii.
(4 markah)

SOALAN ESEI

“Umum mengetahui bahawa terdapat tiga pendekatan yang boleh dilakukan oleh guru
pendidikan khas dan guru aliran perdana dalam melaksanakan pengajaran kolaboratif”

Dengan merujuk kepada pendekatan-pendekatan tersebut, bincangkan kebaikan


pelaksanaan pengajaran kolaboratif ini kepada guru dan murid.

(10 markah)
JAWAPAN

DRAF JAWAPAN SOALAN STRUKTUR

 Guru tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan pengajaran
kolaboratif kerana dibebani dengan kerja bukan akademik contohnya kerja-kerja
pengkeranian dan tugas tambahan lain yang perlu disiapkan mengikut masa yang
ditetapkan.
 Murid tidak memberi kerjasama iaitu murid di aliran perdana tidak membantu murid
bekeperluan khas serta tidak memainkan peranan yang diarahkan oleh guru.
 Guru sendiri kurang mahir tentang pembelajaran kolaboratif ini kerana kursus dalaman
anjuran KPM memberi guru pengetahuan dari segi teori tetapi tidak secara praktikal.

DRAF JAWAPAN SOALAN ESEI

 Membimbing murid kearah cara belajar yang berkesan


 Murid dapat menguasai kemahiran dan memahami topik yang disampaikan oleh
guru dengan lebih mendalam.

 Dapat menguasai kemahiran mengajar berpasukan


 Guru aliran perdana dan guru pendidikan khas akan dapat bekerjasama membuat
perancangan (Rancangan Pengajaran Harian dan Rancangan Pengajaran
Individu)
 Guru dapat berkongsi bahan bantu mengajar

 Menyediakan maklumbalas kepada kedua-dua guru untuk penambahbaikan


 Setelah selesai sesi pengajaran, guru dapat berbincang mengenai kelemahan dan
kekuatan sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung seterusnya
dapat membuat penambahbaikan bagi sesi pengajaran yang akan datang.
 Berkongsi mengurus bilik darjah
 Guru aliran perdana dan guru pendidikan khas mengurus dan menghias bilik
darjah bersama-sama agar ia sesuai dan kondusif untuk diduduki oleh murid
aliran perdana dan murid bekeperluan khas.

 Dapat memperuntukkan masa bagi tempoh yang sesuai untuk perbincangan dan
penambahbaikan
 Guru aliran perdana dan guru pendidikan khas dapat memperuntukkan masa
yang sesuai untuk sesi perbincangan mengenai masalah-masalah murid
sepanjang sesi pengajaran kolaboratif serta dapat membincangkan dengan
lebih mendalam berkenaan inisiatif yang boleh dilaksanakan oleh guru agar
murid dapat menguasai topik yang dipelajari.

 Menggunakan teknik Pembelajaran Koperatif


 Guru juga boleh menggunakan teknik pengajaran kooperatif sewaktu
melaksanakan pengajaran secara kolaboratif ini.
 Murid aliran perdana boleh membantu murid bekeperluan khas dalam
kumpulan yang sama untuk memahami topik pelajaran yang dibincangkan.

Anda mungkin juga menyukai