Anda di halaman 1dari 18

PENGHARGAAN

(Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang)

Setinggi penghargaan dihulurkan kepada En. Hairol Ilmi B. Che Omar, pemilik Pusat
Pendidikan Khas Minda kerana sudi bekerjasama dengan kami bagi menjayakan kajian
lapangan yang telah dijalankan. Juga kepada dua orang tenaga pengajar di Pusat berkenaan
atas kerjasama yang diberikan dalam memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada kami dalam
menjalankan kajian lapangan.

Segunung penghargaan juga buat pensyarah yang kami kasihi, Dr. Nurul Haniza Samsudin
kerana sudi memberi tunjur ajar serta bimbingan kepada kami. Segala panduan dan nasihat
yang diberikan dalam menghasilkan kajian ini disanjung tinggi. Semoga segala jasa baik dan
keikhlasan dalam menurunkan ilmu kepada para mahasiswa diberkati dan dirahmati oleh
Allah s.w.t.

1
Isi Kandungan

1.0 Pendahuluan

1.1 Objektif

1.2 Kaedah Kajian

1.3 Kawasan Kajian

2.0 Latar Belakang Subjek

2.1 Profil Ibu Bapa dan Pengasuh

3.0 Hasil Kajian

3.1 Ciri-ciri Autisme

3.2 Ujian-ujian

4.0 Refleksi Diri

5.0 Kesimpulan

Bibliografi

Lampiran

- Surat Rasmi Kajian Lapangan


- Proposal
- Lampiran Gambar
- Hasil kerja Adik Muhammad Ariq

2
1.0 Pendahuluan

Kanak-kanak merupakan anugerah terindah bagi ibu bapa di dunia ini. Mereka ini ibarat

kain putih dan suci serta menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencorak anak tersebut

agar menjadi seorang insan yang beriman dan bertaqwa. Sehubungan itu, anak-anak perlu

dididik dan dipelihara sebaik mungkin bagi menjadikan mereka permata yang berkilau.

Walau bagaimanapun, nature atau fitrah seorang kanak-kanak yang dilahirkan itu turut

menentukan perkembangan kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak lembam (slow learner)

merupakan antara golongan kanak-kanak yang dilahirkan dengan masalah pembelajaran.

Willard Abraham (1968), menyatakan bahawa walaupun pada dasarnya kanak-kanak

lembam ini kelihatan normal dari segi emosi, sosial, bentuk fizikalnya dan perkembangan

motor, namun terdapat beberapa perbezaan dari sudut lain. Bagi kanak-kanak lembam,

mereka dilahirkan dengan keadaan yang lemah dari segi kemahiran membaca, menulis dan

mengira pada tahap umur tertentu. Kanak-kanak ini disifatkan mempunyai umur fizikal

melebihi umur mental. Umur fizikal tidak melambangkan tahap pemikiran mereka.

Misalnya, umur kanak-kanak 12 tahun tetapi tahap pemikirannya kemungkinan berada

pada usia sembilan atau sepuluh tahun. Oleh itu, kanak-kanak lembam tergolong dalam

kalangan orang kelainan upaya (OKU). Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Kebajikan

Masyarakat mengiktiraf kanak-kanak lembam berada dalam kelompok keperluan khas dan

kanak-kanak ini tidak mempunyai sebarang kecacatan dalam sistem saraf terutamanya dari

segi otak. Oleh yang demikian, kanak-kanak ini akan ditempatkan dalam Program

Pemulihan Khas (PPK) yang tergolong dalam kelompok sekolah arus perdana.

3
1.1 Objektif Kajian

1. Mengenal pasti ciri-ciri masalah pembelajaran dalam seorang kanak-kanak

lembam (slowlearner).

2. Menganalisis gaya pembelajaran dalam diri kanak-kanak lembam berdasarkan

pemerhatian langsung di dalam kelas.

3. Mendapatkan profil pelajar & latar belakang keluarga kanak-kanak lembam.

1.2 Kaedah Kajian

Bagi memastikan objektif kajian tercapai, sebuah Pusat Pendidikan Khas bagi

kanak kanak berkepeluan khas Disleksia, ADHD, Autisme dan Slow Learner iaitu,

Pusat Pendidikan Khas Minda telah dihubungi bagi meminta kebenaran untuk

menjalankan satu kajian lapangan di pusat tersebut. Subjek kajian hanya dibataskan

kepada seorang sahaja. Pemilik pusat tersebut telah bersetuju untuk membenarkan

kami membuat pemerhatian langsung (direct observation) terhadap subjek selain

mendapatkan maklumat lanjut berkenaan latar belakang subjek dan keluarganya.

Pendekatan pemerhatian langsung dipilih supaya memudahkan pengkaji untuk

membuat pemerhatian terhadap subjek secara terus di dalam kelas mengenai

masalah pembelajaran yang dihadapi. Bahan mengajar serta alat bantu disediakan

oleh pengkaji. Antara alat bantu mengajar yang disediakan ialah kad suku kata dan

kad bergambar. Pengkaji berperanan sebagai pemerhati yang melihat kelakuan atau

tingkah laku kanak-kanak semasa proses P&P dijalankan serta menyelesaikan

senarai semak yang telah disediakan. Tambahan pula, kajian ini turut

mengaplikasikan pendekatan survey yang berbentuk temu ramah. Pengkaji telah

4
menemu ramah pemilik pusat berkenaan yang juga merupakan tenaga pengajar

yang terlibat secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar lembam.

Soalan-soalan temu ramah yang diajukan kepada mereka bertujuan untuk

mendapatkan maklumat lanjut mengenai ciri-ciri pelajar slow learner, pengalaman

dalam mendidik serta ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang pengajar yang ingin

mendidik dan mengajar pelajar slow learner. Bagi menjalankan pendekatan-

pendekatan ini, beberapa usaha dilakukan oleh pengkaji seperti merakam audio dan

video serta menyalin nota-nota kecil sepanjang sesi pemerhatian berlangsung ke

atas subjek.

1.3 Kawasan Kajian

Kajian ini dilakukan di Pusat Pendidikan Khas Minda yang terletak di Taman

Cahaya Alam, Shah Alam, Selangor. Pusat ini mula beroperasi pada tahun 2016 dan

mempunyai 40 orang pelajar setakat ini. Pusat ini dibuka setiap hari isnin hingga

khamis serta dikendalikan secara dua sesi, iaitu sesi pagi dan juga petang. Pusat

tersebut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan penjagaan serta pembelajaran

seperti ruang bilik darjah, ruang rekreasi, pembelajaran menggunakan komputer

dan sebagainya.

2.0 Latar Belakang Subjek

Kanak-kanak slow learner yang dikenal pasti bagi menjalankan kajian lapangan ini,

bernama Muhammad Ariq Ammar Bin Mohd. Solihin. Kanak-kanak ini berumur lapan

tahun dan merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Ariq dihantar ke

Pusat Pendidikan Khas setiap hari isnin hingga khamis oleh bapanya. Pada setiap pagi hari

5
isnin hingga khamis, Ariq akan mengikuti pembelajaran di pusat sebelum beralih ke

sekolah harian arus perdana pada waktu petang.

2.1 Profil Ibu bapa Subjek

Berikut disertakan profil kedua ibu bapa subjek bagi rujukan dalam kajian lapangan:

Nama Bapa : Mohd Solihin Bin Tasman

Pekerjaan : Ketua Operasi MGR

Nama Ibu : Shazalienna Binti Saharudin

Pekerjaan : Pegawai Teknologi Maklumat

3.0 Hasil Kajian

Kajian lapangan telah dilakukan pada 12 April 2018, sekitar jam 10.30 pagi hingga 12.15

tengah hari. Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada temu ramah yang dilakukan

terhadap pemilik pusat berkenaan, sedikit sebanyak memberi pengetahuan dan

memudahkan pengkaji. Antara perkara yang diberikan fokus termasuklah ciri-ciri masalah

pembelajaran yang dikenal pasti terhadap subjek kajian. Selain itu, latihan yang diberikan

turut memberi input terhadap penelitian perkembangan pembelajaran kanak-kanak

tersebut.

3.1 Ciri-ciri masalah pembelajaran

Murid-murid bermasalah pembelajaran ialah kanak-kanak yang mempunyai

masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh

mendapat manfaat pendidikan formal. Kanak-kanak ini dikatakan mempunyai

masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa,

pertuturan, penulisan, berfikir,membaca,menulis, mengeja, dan mengira. Kanak-

kanak lembam (slow learner) tergolong dalam kumpulan ini yang mempunyai

6
masalah pembelajaran. Berikut merupakan masalah pembelajaran yang dialami

dalam beberapa aspek:

1. Perkembangan Kognitif

Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2008), kemahiran kognitif

merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami,

mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia

melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang,

menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain.

Ariq mempamerkan masalah dalam beberapa aspek kognitif semasa

pemerhatian langsung dilakukan. Antaranya, mudah lupa dan ingatan yang

singkat terhadap konsep yang baru dipelajarinya. Misalnya, perkataan perahu

dan pelita yang diperkenalkan kepadanya. Ariq juga mengalami masalah dalam

menumpukan perhatian dan menterjemah arahan berkenaan sesuatu perkara.

Hal ini menyebabkan pengkaji membimbing secara berterusan terhadap arahan

yang diberi bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang

berlangsung. Sebagai contoh, Ariq sukar untuk membezakan arahan untuk

mengeja dan juga membaca. Namun begitu, bagi sesetengah konsep yang

diketahui, Ariq kelihatan mudah untuk menguasainya.

7
Tambahan pula, Ariq juga lemah dari aspek penguasaan 3M. Hal ini adalah

kerana, ada sesetengah huruf yang masih sukar dikenalinya. Sebagai contoh,

Ariq tidak dapat mengeja suku kata yang mempunyai huruf vokal i dan

konsonan t, s, k dan h. Namun begitu, melalui bimbingan secara berterusan,

sedikit sebanyak dapat mebantu adik Ariq menguasai perbendaharaan kata

tersebut.

2. Perkembangan Psikologi

Psikologi perkembangan manusia khususnya pada zaman bayi dan kanak-kanak

merupakan satu subjek yang amat kompleks dan menyeluruh. Pada amnya,sub-

bidang psikologi perkembangan emosi, tingkah laku, moral, kognitif, fizikal,

personaliti, perhubungan sosial serta segala bentuk permasalahan yang

berkaitan dengannya. Berikut merupakan perkembangan psikologi yang dapat

dilihat pada subjek kajian:

Ariq menunjukkan perkembangan psikologi yang sederhana. Semasa

pemerhatian langsung berlaku, didapati Ariq mempunyai keyakinan diri yang

kurang terhadap konsep yang dipelajarinya. Misalnya, Ariq berasa ragu-ragu

untuk memberi jawapan terhadap soalan yang diajukan kepadanya, walaupun

jawapan yang bakal diberikan itu adalah betul. Namun begitu, selepas beberapa

kali diberi tunjuk ajar dan bimbingan, sedikit sebanyak Ariq menunjukkan

perlakuan yang positif dan mula bertindak balas terhadap arahan yang

diberikan. Pada awalnya, adik Ariq kelihatan pendiam dan tidak aktif dalam

proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang diberikan kepadanya. Namun

begitu, setelah didekati secara perlahan-lahan, adik Ariq mula menunjukkan

minat dan berusaha untuk menjawab pertanyaan yang diajukan kepadanya.

8
3. Ciri-ciri tingkah laku

Adik Ariq menunjukkan kurang pergaulan apabila bersama dengan rakan-

rakannya. Walau bagaimanapun, dia akan duduk di tempatnya tanpa bergaul

dengan sesiapa dan menumpukan perhatiannya terhadap tugasan yang

diberikan. Adiq Ariq sangat suka melukis dan sebelum pengkaji memberikan

sebarang arahan, Ariq dengan spontan mengambil kertas kosong dan melukis.

Ariq kelihatan pendiam dan berasa malu apabila didekati oleh orang yang baru

sahaja dikenalnya. Pada awalnya, Ariq hanya akan menundukkan kepala dan

9
akan mendongak apabila diajukan soalan. Nada suara yang dikeluarkan juga

begitu perlahan bagi menunjukkan adik Ariq seorang yang pemalu dan

pendiam.

Pada awalnya, adik Ariq menunjukkan sikap kurang minat terhadap

pelajaran yang diberikan kepadanya hingga lambat memberi tindak balas

terhadap perkara yang diajukan kepadanya. Adiq Ariq lebih banyak berdiam

diri dan gagap apabila diajukan soalan. Hal ini mungkin disebababkan Ariq

masih belum menguasai konsep yang baru diperkenalkan dan berasa takut untuk

memberi jawapan yang salah terhadap soalan yang dikemukakan kepadanya.

Namun, pengkaji tetap memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berterusan

agar adik Ariq dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah

ditetapkan.

3.2 Gaya Pembelajaran

Pada bahagian ini, pengkaji memfokuskan kepada dua gaya pembelajaran, iaitu

gaya pembelajaran visual dan auditori. Berikut merupakan dapatan kajian yang

diperoleh:

1. Gaya Pembelajaran Visual

10
Visual merujuk keupayaan penglihatan seseorang terhadap sesuatu perkara.

Gaya ini tidak memerlukan arahan atau penerangan lisan kerana mereka

lebih mudah memahami dan mengingati sesuatu perkara terhadap bentuk

atau benda yang mereka lihat sendiri berbanding dengan perkara yang

dilontarkan secara lisan. Gaya pembelajaran visual memerlukan bahan yang

boleh dilihat dengan jelas seperti gambar, perkataan pada buku, rajah dan

sebagainya untuk proses pembelajaran (Baharom dan Illiyas 2010:92).

Penelitian terhadap gaya pembelajaran visual melibatkan penggunaan

bahan bantu mengajar yang disediakan oleh pengkaji, iaitu kad gambar dan

kad suku kata dalam proses P&P. Terdapat 5 item kad gambar dan 15 kad

suku kata yang telah disediakan oleh pengkaji untuk diberikan kepada

subjek kajian. Kad gambar yang diberikan kepada adik Ariq termasuklah

gambar benda bukan hidup seperti kereta, kerusi, kamera, pelita dan perahu.

Kad suku kata pula, mengandungi tiga suku kata dalam bahasa Melayu

berdasarkan gambar yang diwakilinya. Berdasarkan pemerhatian, didapati

adik Ariq boleh menyebut secara lisan nama objek dan mengenal pasti 3 kad

gambar yang diberikan kepadanya, iaitu kereta, kamera dan kerusi.

Sementara 2 kad gambar lain, iaitu pelita tidak dapat dikenal pasti dan

perahu dikenali sebagai bot. Namun begitu, bagi mengatasi masalah

tersebut, pengkaji telah menerangkan kepadanya tentang 2 kad gambar

tersebut dan membetulkan kesilapan yang Ariq lakukan. Bagi kad suku kata

yang diberikan kepadanya, adik Ariq menunjukkan kelemahan apabila

terdapat huruf vokal i dan konsonan k, t, s dan h pada kad suku kata tersebut.

Pengkaji mendapati, adik Ariq masih mempunyai masalah dalam mengenal

pasti huruf alphabet yang diajarkan kepadanya. Walau bagaimanapun,

11
pengkaji berusaha untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara

berterusan agar adik Ariq berjaya menyebut suku kata dan menyusun suku

kata tersebut dengan betul berdasarkan objek yang diperlihatkan kepadanya.

2. Gaya Pembelajaran Auditori

Auditori melibatkan keupayaan mendengar terhadap sesuatu perkara. Gaya

pembelajaran ini membolehkan kanak-kanak memahami dan mengingati

sesuatu perkara berdasarkan perkara yang telah didengarinya. Dalam usaha

mengingati juga, memerlukan pendengaran yang jelas dan diulang kembali

sebarang bentuk rakaman atau cerita. Gaya pembelajaran bersifat auditori

menggambarkan seseorang itu lebih suka mendengar secara lisan

berbanding dengan bentuk tulisan (Abbas 2012:110).

Berdasarkan penelitian terhadap subjek kajian, didapati adik Ariq

mempunyai masalah terhadap arahan yang diberikan kepadanya. Misalnya,

semasa pengkaji mengarahkan adik Ariq mengeja dan membacakan semula

kad gambar yang ditunjukkan kepadanya. Adik Ariq mengulang semula

arahan yang diujarkan oleh pengkaji sebagai tanda bahawa dia tidak faham

apa yang perlu dilakukannya. Oleh yang demikian, pengkaji telah

membantu adik Ariq untuk mengeja dan membaca semula, kemudian adik

Ariq mengulang semula.

12
4.0 Refleksi Kendiri

1. Erma Rahmayani Johan

Saya telah ditugaskan untuk menjadi pemerhati terhadap tindak balas yang dilakukan

oleh subjek kajian, iaitu adik Ariq semasa proses P&P berangsung. Sebelum

pemerhatian berlangsung, beberapa perkara asas seperti sikap dan perwatakan Ariq

telah pun saya maklum daripada perkongsian yang diberikan oleh Pemilik Pusat

Pendidikan Khas Minda, iaitu En. Hairol Ilmi B. Che Omar. Selain itu, saya juga cuba

untuk mendekati adik Ariq secara perlahan-lahan untuk mengetahui sedikit sebanyak

berkenaan dirinya. Pendekatan bercerita kosong bersama adik Ariq adalah untuk

melahirkan rasa tidak kekok antara kami. Namun begitu, untuk menyesuaikan dirinya

dengan saya memerlukan masa agak lama juga kerana sikapnya yang begitu pendiam.

Semasa proses P&P berlangsung, Ariq masih lagi menunjukkan sikap yang kurang

berminat terhadap arahan yang diberikan kepadanya. Hal ini adalah kerana, sikapnya

yang begitu pendiam dan pemalu apabila berhadapan dengan individu yang baru

dikenalinya. Namun begitu, setelah diberikan banyak bimbingan dan sokongan, adik

Ariq mula menunjukkan sikap yang positif kepada kami semua. Walaupun adik Ariq

menunjukkan tindak balas yang lambat terhadap konsep yang dipelajarinya, namun

usaha dan pengetahuan asas yang dimilikinya menunjukkan dia juga mampu untuk

menguasainya. Saya berasa gembira apabila dapat mengambil gambar swafoto

bersamanya dengan lagak gayanya yang meniru kartun ultraman yang disukainya.

Sepanjang pemerhatian, saya berasa amat berbesar hati, kerana telah diberikan peluang

untuk mengenali dan mendekati kanak-kanak lembam (slow learner) seperti adik Ariq.

Pengalaman mengajar serta menjalin hubungan dengannya merupakan suatu kenangan

dan pengalaman yang amat bernilai dalam hidup saya.

13
2. Nor Shazlin Bt Abdul Rahman

Saya telah ditugaskan untuk menjadi pemerhati terhadap tindak balas yang dilakukan

oleh subjek kajian, iaitu adik Ariq semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

berlangsung. Sebelum pemerhatian berlangsung, beberapa perkara asas seperti sikap

dan perwatakan Ariq telah pun saya maklum daripada perkongsian yang diberikan oleh

Pemilik Pusat Pendidikan Khas Minda, iaitu En. Hairol Ilmi B. Che Omar.

Selain itu, saya juga cuba untuk mendekati adik Ariq secara perlahan-lahan

untuk mengetahui sedikit sebanyak berkenaan dirinya. Berdasarkan pemerhatian saya,

adik Ariq ini merupakan seorang pelajar yang pendiam tetapi adik Ariq juga memberi

tindak balas sekirannya kami bertanyakan sesuatu. Walaupun adik Ariq pendiam tetapi

beliau mudah menyesuaikan diri dengan saya. Semasa sesi (P&P) berlaku, adik Ariq

memberikan kerjasama yang sangat baik. Adik Ariq juga mendengar segala arahan

dengan baik. Walaupun adik Ariq merupakan salah seorang pelajar yang mempunyai

masalah dalam pembelajaran (slow learner), tetapi adik Ariq membuktikan bahawa

golongan mereka juga boleh belajar sama seperti dengan pelajar normal bahkan lagi

baik. Sepanjang sesi (P&P) itu, adik Ariq berjaya mernerima arahan dengan baik sekali

dan saya amat bersyukur kerana adik Ariq amat membantu dalam kajian kami.

Pengalaman yang diperolehi saya amat manis dan berharga dan berharap saya dapat

hadir lagi ke Pusat Pendidikan Khas Minda untuk berjumpa dengan adik-adik istimewa

ini.

3. Salpianah Binti Saipuddin


Saya telah ditugaskan sebagai guru yang mengajar pada hari tersebut dan diberi tugasan

untuk mengajar subjek kajian iaitu adik Ariq semasa proses pengajaran dan pembelajaran

(p&p) berlansung. Sebelum pengajaran berlansung, pengasas Pusat Pendidikan Khas

Minda iaitu En. Hairol Ilmi B. Che Omar telah menceritakan sedikit sebanyak latar

14
belakang dan tingkah laku subjek kajian. Sepanjang menjalankan kajian saya melihat

subjek kajian mempunyai masalah dengan ingatan yang pendek dan juga susah untuk

mengingat dan menyebut huruf yang sukar seperti huruf S dan T. Selain itu, subjek kajian

iaitu adik Ariq dilihat sebagai kanak-kanak yang pendiam, dan kanak-kanak yang slow

learner memerlukan latihan yang berterusan agar dapat mengeja dan bergaul dengan kanak-

kanak yang lain. Sepanjang pengajaran tersebut saya juga belajar untuk cara mengajar

kanak-kanak slow learner yang mana kanak-kanak slow learner perlu diajar secara

berulang-ulang agar di dapat memahami apa yang diajarkan.

4. Nur Farah Syahirah Bt Mohd Nasir


Saya telah ditugaskan dan memainkan peranan sebagai guru yang mengajar murid yang

mempunyai masalah pembelajaran iaitu slow learner pada hari kajian dijalankan iaitu adik

Ariq semasa proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) berlansung. Ahli kumpulan telah

diberi pendedahan dan maklumat tentang latar belakang dan tingkah laku subjek kajian

serta murid-murid yang berada di tempat kajian oleh pengasas Pusat Pendidikan Khas

Minda iaitu En. Hairol Ilmi B. Che Omar.

Sepanjang kajian dijalankan, sebagai guru, saya melihat subjek kajian iaitu adik Ariq

mempunyai masalah dengan ingatan yang pendek yang mana subjek kajian sukar untuk

mengingat perkara yang diajar walaupun perkara yang diajar kurang daripada 5 minit.

Subjek kajian juga sukar untuk mengenal dan menyebut huruf yang sukar seperti huruf S,

P dan H. Subjek sukar untuk mengeja dan mengingat perkataan seperti ‘kerusi’ dan

‘perahu’. Selain itu, subjek kajian iaitu adik Ariq dilihat merupakan kanak-kanak yang

pendiam dan introvert.

Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran seperti slow learner dan

disleksia, mereka memerlukan pembelajaran yang berterusan dan latihan yang sama

15
berulang kali agar mereka dapat mengenalpasti, mengeja dan membaca dengan betul.

Mereka juga perlu dilatih untuk bergaul dengan kanak-kanak yang lain supaya keyakinan

diri mereka tinggi. Sebagai guru pada hari kajian, saya telah mengetahui cara untuk

mengajar pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran ini dimana bagi kanak-kanak

slow learner ini, mereka memerlukan perhatian yang secukupnya, diberi penerangan yang

ringkas dan mudah difahami serta pengulangan pembelajaran yang berterusan agar mereka

dapat memahami apa yang mereka belajar dan tidak lupa.

5. Saidatul Aliah Binti Amir

Setelah melakukan kajian lapangan di Pusat Pendidikan Khas Minda, saya telah

mendapat banyak maklumat mengenai masalah pembelajaran seperti autism, dyslexia

dan slow learner daripada pengasasnya, iaitu En Hairol Ilmi Bin Che Omar. Beliau

telah meneceritakan serba sedikit mengenai ciri-ciri pelajar yang bermasalah

sedemikian dan kaedah pengajaran yang dilaksanakan di Pusat Pendidikan tersebut.

Beliau juga telah menceritakan asal penubuhan Pusat Pendidikan tersebut kepada kami.

Sepanjang menjalankan kajian lapangan, saya dapat melihat subjek kajian

mempunyai masalah dalam mengenalpasti beberapa huruf yang sukar seperti hurus S

dan T dan boleh dikategorikan sebagai pelajar bermasalah slow learner. Selain itu juga,

saya mendapati semasa mengajar subjek kajian perlu mempunyai kesabaran dan kaedah

pengajaran yang berlainan dengan pelajar normal yang lain. Subjek kajian diajar satu

persatu sehingga faham dan perlu latihan secara berulang-ulang. Hal ini kerana, daya

ingatan dan pemahaman subjek kajian agak pendek serta perlahan. Kesimpulannya,

bagi pendapat saya jika pelajar tersebut diajar secara konsisten tidak mustahil pelajar

tersebut mampu berjaya dalam pembelajaran mereka.

16
5.0 Kesimpulan

Kajian lapangan ini telah memberikan pengkaji peluang untuk mengenal dengan lebih

lanjut tentang kanak-kanak lembam (slow learner). Adik Ariq yang merupakan subjek

kajian, telah jelas menunjukkan beberapa ciri yang ketara dari aspek perkembangan

kognitif, psikologi dan tingkah laku yang dipamerkannya semasa pemerhatian langsung

dilakukan. Gaya pembelajaran yang diaplikasikan dalam proses Pengajaran dan

Pembelajaran (P&P) telah menjelaskan lagi kelemahan yang terdapat dalam diri kanak-

kanak lembam. Antara ciri yang paling ketara yang dapat dilihat melalui kanak-kanak ini

termasuklah daya ingatan yang pendek. Selain itu, kajian ini juga telah berjaya

mendapatkan profil kanak-kanak ini serta latar belakang keluarganya dengan bantuan

pemilik Pusat Pendidikan Khas Minda. Kanak-kanak lembam tergolong dalam kalangan

anugerah teristimewa dan hendaklah diberi perhatian yang sewajarnya agar mereka mampu

setanding dengan kanak-kanak normal. Bak kata pepatah melayu, ‘Jangan biarkan perahu

hanyut tidak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke perlabuhan.’

17
Rujukan

Abbas Pourhossein Gilakjani, “Visual, Auditory, Kinesthetic Learning Style and Their Impacts
on English Language Teaching” dlm. Journal of Studies in Education 2 :1, hlm. 104
13, 2012

Baharom Mohamad & Iliyas Hashim, 2010. Gaya Pengajaran & Pemelajaran. Selangor: PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Jamila K.A. Mohamed., 2005. Pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa. Bentong, Pahang
: PTS Professional.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2005. Pendidikan “Memartabatkan Kecemerlangan


Pendidikan Negara. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

18

Anda mungkin juga menyukai