Anda di halaman 1dari 22

A122PJJ

Ijazah Sarjana Muda-Semester 2 Sesi 2012/2013

KBK 3073 : MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS


Tugasan 2

TAJUK ESEI ILMIAH:


Perkin (2003), mendefinisikan kecerdasan sebagai keupayaan dalam menyelesaikan
masalah yang kompleks, mengembangkan kepakaran dalam bidang yang berasingan dan
untuk merancang, memantau, dan menilai sesuatu perkara itu dalam tindakan reflektif.
Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan:
a. Kepelbagai Kecerdasan mengikut Horward Gardner.
b. Peranan ibu dan bapa dalam membantu kanak-kanak pintas cerdas.
c. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan
terhadap kanak-kanak pintas cerdas.
d. Masalah social dan emosi yang dihadapi oleh kanak-kanak pintas cerdas.

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO MATRIK NO.TELEFON


CHONG KWEE LIAN D20112054752 016-2263667

PUSAT PEMBELAJARAN : EL-A25(A122PJJ)


NAMA TUTOR E-LEARNING :  Dr Abdul Rahim bin Razali

1
TARIKH SERAH : 1.5.2013

Isi Kandungan Muka Surat

Pintar Cerdas 3-5

Kepelbagai Kecerdasan Horward Gardner 5-12

Peranan Ibu dan bapa dalam Membantu kanak-kanak


12 -14
Pintar Cerdas

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran yangf Boleh 14 - 18


Dilaksanakan Terhadap Kanak-kanak Pintar Cerdas

Masalah Sosial dan Emosi yang Dihadapi oleh kanak- 18 - 20


kanak Pintar Cerdas

Rujukan 21

2
PINTAS CERDAS

Mengikut Kamus Dewan, istilah pintar membawa maksud cekap dan pandai.


Cerdas pula didefinisikan sebagai sempurna akal. Ahli biologi mendefinisikan pintar
cerdas sebagai kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh seseorang individu untuk
melakukan adaptasi dan manipulasi terhadap keadaan dan perubahan persekitaran. Pakar
psikologi mendefinisikan istilah pintar cerdas sebagai kanak-kanak yang berupaya
melakukan taakulan iaitu mempunyai kebolehan berfikir dengan logik dan mempunyai
fungsi kognitif yang hebat. Kanak-kanak pintar ini berkebolehan mencari dan mengaitkan
sebab musabab terhadap sesuatu fenomena yang abstrak.

Menurut Nik Azis Nik Pa dan Noor Aini Khalifah (1982), kanak-kanak pintar
cerdas adalah mereka yang mempunyai interaksi tiga kelompok sifat manusia iaitu
kebolehan intelek umum yang atas purata (murid yang mempunyai IQ melebihi 120
dikategorikan sebagai kanak-kanak pintar cerdas), aras yang tinggi dalam tanggungjawab
kepada tugas dan aras kreativiti yang tinggi.

Stanford Binet, 1916, orang pertama menjalankan ujian pintar cerdas yang
dikenali sebagai The Stanford Binet Test telah menberikan definisi pintar cerdas sebagai
merujuk kepada keupayaan individu memahami, membuat pertimbangan dan penaakulan
dengan baik. Lewis Terman, 1916, pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang
yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak. Disamping itu, Marland, 1972, telah
mengemukakan satu definisi pelajar pintar cerdas yang diterima pakai oleh Jabatan

3
Pendidikan Negara, Amerika Syarikat pada tahun 1972. Definisi Marland, 1972 dalam S.
Deborah, 1988: hal. 277 iaitu:

“Gifted and talented children are those identified by professionally qualified


persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. These
are children who require differentiated educational programs and services beyond those
normally provided by the regular school program in order to realize their contribution to
self and society. Children capable of high performance include those with demonstrated
achievement and/or potential ability in any of the following areas singly or in
combination General intellectual aptitude, Specific academic aptitude, Creative or
productive thinking, Leadership ability and Visual and performing arts”

Pada tahun 1983, seorang ahli psikologi barat iaitu Howard Gardner telah
mengasaskan satu teori yang berkaitan dengan kecerdasan iaitu teori kepelbagaian
kecerdasan melalui bukunya Gardner, Frames of Mind. Teori ini hasil daripada kajian
beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai
kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut
Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata dan kecerdasan boleh
dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan, suasana
pembelajaran dan lain-lain. Teori Kecerdasan Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard
Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antrapologi dan
sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Pada mulanya teori ini terdiri daripada
tujuh kecerdasan tetapi pada tahun 1999, dua lagi kecerdasan dimasukkan kedalam teori
ini.

Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa


kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Beliau telah
menyenaraikan lapan kecerdasan yang terdapat pada seseorang. Kecerdasan seseorang
tidak semestinya melibatkan kesemua kecerdasan yang dinyatakan oleh Howard Gardner.
Walaubagaimanapun, Gardner (2005), telah membuat satu spekulasi bahawa terdapat
kewujudan kecerdasan yang kesembilan iaitu ‘existential intelligent’ yang digelar oleh
beliau sebagai ‘intelligence of big question’ .

4
Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza
kecerdasan dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan dengan pendidikan melalui
aktiviti yang bersesuian. kesembilan kecerdasan yang rendah dalam jenis kecerdasan
yang lain. Walaubagaimanapun, terdapat juga mereka yang yang mempunyai tahap
kecerdasan dalam kesemua lapan kecerdasan yang disenaraikan. Kecerdasan yang
dinyatakan dalam teori kepelbagaian kecerdasan mempunyai perkaitan antara kecerdasan
tersebut. Hampir semua orang boleh diperkembangkan dalam kelapan-lapan kecerdasan
yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-keadaan seperti penggalakan,
pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai (Armstrong, 1994).

Dalam konteks pendidikan guru memainkan peranan penting untuk merancang


aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan
kecerdasan iaitu yang terdiri daripada sembilan kecerdasan yang diperkenalkan oleh
Gardner.

KEPELBAGAI KECERDASAN HORWARD GARDNER

Terdapat lapan jenis kecerdasan yang diperkenalkan oleh Howard Gardner dan
kesemua kecerdasan yang diperkenalkan ini boleh dilatih dan dirangsang terhadap
seseorang individu melalui pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan.

1. KECERDASAN KINESTETIK
Kebolehan yang dimiliki oleh seseorang dalam menggunakan sebahagian atau
keseluruhan anggota badan untuk berkomunikasi atau menyelesaikan masalah. Selain itu,
kinestetik juga merupakan kecekapan menginteprestasikan pergerakkan anggota atau
tubuh. Kecerdasan kinestetik (Gardner 1993), merujuk kepada sensori badan terhadap
pergerakan. Antara kaedah yang sesuai untuk memproses idea baru ialah
menghubungkan idea tersebut dengan pengalaman yang lepas yang berkaitan dengan
pergerakkan badan. Contohnya, menulis sesuatu perkataan dipapan putih dengan
menggunakan pen maker adalah langkah yang terbaik untuk memastikan seseorang itu

5
lebih mengingat perkataan tersebut berbanding dengan menggunakan kaedah mengeja.

Menurut Howard Gardner, badan manusia bukan sejenis mesin, amat berbeza
daripada objek tiruan didunia ini. Ia adalah saluran deria rasa seseorang individu,
perasaan peribadi dan cita-cita, dan tidak ketinggalan entiti dimana orang lain bertindak
balas secara unik berdasarkan kualiti kemanusiaan mereka yang tersendiri. Antara ciri-
ciri kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan kinestetik adalah mereka yang berminat
dengan aktiviti sukan dan fizikal yang cergas. Kebanyakkan mereka juga mempunyai
kebolehan dalam menggunakan bahasa badan lebih suka kepada aktiviti tarian dan
lakonan.

Kecerdasan kinestetik ini dapat dilatih dalam kalangan pelajar melalui aktiviti
bersukan dan aktiviti kesenian seperti latihan menari. Kecerdasan ini boleh dilatih kepada
seseorang individu daripada sejak kecil lagi. Menurut Gardner (1983), selalunya kita
dapat melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional
seperti pelakon, buruh binaan, atlit, penari, guru tari, ahli terapi fizikal dan sebagainya.

2. KECERDASAN INTERPERSONAL
Kecerdasan Interpersonal adalah berkait dengan rapat dengan emosi. Kecerdasan
ini adalah berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat
orang lain. Seterusnya, kecerdasan ini juga adalah kemahiran bertindak secara berkesan
terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakan murid-murid terlibat dalam
sesuatu aktiviti.

Menurut Howard Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita


bersosial dengan orang lain.Sebagai contoh, melibatkan murid-murid untuk melibatkan
diri dalam program-program motivasi yang pengisiannya mempunyai slot yang
memerlukan kerjasama berkumpulan. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran
komunikasi dan hubungan sosial murid tersebut.

Menurut Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial

6
dengan orang lain. Hubungan sosial mula wujud ketika peringkat awal zaman kanak-
kanak, zaman persekolahan dan sehinggalah memasuki alam pekerjaan. Kecerdasan
interpersonal dimiliki juga penting kerana kemahiran ini melambangkan keperibadian
seseorang itu. Biasanya, seseorang yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang kuat
akan menjadi pemimpin dan pandai memberi nasihat. Oleh itu, mereka yang mempunyai
kecerdasan yang kuat dalam interpersonal boleh dijadikan tempat rujukan dan pemberi
nasihat. Seseorang yang mempunyai kecedasan interpersonal mempunyai keyakinan
apabila bersuara, mampu berdikari dan bijak dalam menyampaikan idea dan pendapat.
Sebenarnya kecerdasan I terpersonal ini dapat dilatih melalui pergaulan antara individu
yang berbeza umur, meminjamkan mainan dan berkerjasama dalam membuat sesuatu
permainan.

Menurut Gardner (1983), kebiasaanya kita hanya akan melihat perkembangan


utama dan potensi kecerdasan ini di dalam situasi vokasional. Antara kerjaya yang
melibatkan kecerdasan interpersonal adalah seperti guruguru, pakar terapi, ahli politik,
pemimpin organisasi dan lain-lain.

3. KECERDASAN INTRAPERSONAL
Kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang individu iaitu kebolehan seseorang
mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri,
mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan,
dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.Kebolehan mengenali
diri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, kehendak termasuklah kemahiran yang
menyebabkan seseorang itu mempunyai persamaan dan perbezaan dengan orang lain.
Kecerdasan intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang individu dapat membantu individu
tersebut menangani perasaan beradab sopan serta mengawal kemarahan dan kesedihan
yang dihadapi dengan sebaiknya. Walaubagaimanapun, individu yang memiliki
kecerdasan ini lebih suka bersendirian, suka kepada kesunyian dan suka bermonolog.
Individu seperti ini juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu
dan jika seseorang itu pelajar, mereka lebih selesa belajar secara bersendirian dan suka
termenung.

7
Antara ciri-ciri pelajar yang memiliki kecerdasan ini adalah seperti cenderung
untuk mempamerkan kebolehan untuk berdikari, lebih suka bersendirian untuk mengejar
sesuatu matlamat, hobi atau sesuatu projek serta mempunyai keperibadian yang tertutup.
Seterusnya, terdapat beberapa aktivit yang boleh melatih kecerdasan interpersonal
antaranya ialah dengan menceritakan perasaan sendiri, keinginan, cita-cita, berkhayal dan
mengarang cerita. Antara kerjaya dan aktiviti yang melibatkan banyak kecerdasan
intrapersonal adalah seperti kaunselor kerohanian,ahli falsafah, juru meditasi, ahli
psikologi dan lain-lain.

4. KECERDASAN LOGIK- MATEMATIK


Matematik adalah ilmu berkaitan kira-kira yang berkait dengan angka.
Kecerdasan matematik melibatkan individu yang pintar dalam penguasaan ilmu ini.
Sebenarnya kajian perkembangan kanak-kanak oleh Piaget dan Inhelder (1969), tahap
perkembangan terawal sekarang yang kita panggil kecerdasan logika matematik ialah
manipulasi dan permainan pelbagai jenis objek konkrit dalam persekitaran fizikal dan
keupayaan untuk mengenal pasti objek lazim dalam gambar dan memilih objek tersebut
keluar daripada gambar-gambar yang banyak mengandungi objek lain yang tidak
dikenali. Individu yang memiliki kecerdasan ini adalah seseorang individu yang
cemerlang dalam bidang matematik boleh bermain dengan angka dan tidak mudah keliru
dengan masalah yang timbul dalam pengiraan matematik. Mereka juga sering memberi
nilai, menghitung dan mencari penyelesaian secara tepat mengenai sesuatu perkara.

Kebanyakan individu yang cemerlang dalam bidang matematik sering diberi


perhatian oleh semua masyarakat dunia seperti Adiputra, Sufiah, Al- Khawarizmi, dan
Einstein. Individu ini mempunyai ingatan yang tinggi dan sering dikatakan mempunyai
ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula
dengan cepat. Kemahiran yang dominan dibahagian kiri otak membolehkan individu
tersebut dapat berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang mempunyai
berkeupayaan menyelesaikan masalah matematik kerana mereka mampu atau
berkeupayaan untuk menaakul secara deduktif. Individu ini lebih berminat untuk

8
melibatkan diri dalam permainan yang membolehkan mereka berfikir dengan aktif seperti
puzzle, penyelesaian masalah, catur, teka-teki dan pencarian formula baru. Kebanyakan
individu yang memiliki kecerdasan matematik ini cemerlang dalam bidang sains, ahli
fizik, kejuruteraan dan menjadi ahli matematik.

5. KECERDASAN VERBAL-LINGUISTIK
Kecerdasan verbal-linguistik merujuk kepada keupayaan dan kebolehan yang
berkait dengan penguasaan bahasa, kesusasteraan, pertuturan dan kemahiran
menggunakan bahasa yang kompleks. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, verbal
bermaksud lisan atau kata-kata, manakala linguistik mempunyai dua makna iaitu kajian
saintifik tentang bahasa atau sesuatu yang berkaitan dengan bahasa. Seseorang yang
mempunyai kecerdasan dalam bidang verballinguistik ini mampu memberi makna,
mentafsir, mendalami sesuatu perkara yang tersirat di dalam bahasa.

Menurut Howard Gardner’s, (1983), seseorang yang mempunyai kecerdasan


verbal-linguistik mampu memahami, bertutur, menulis pelbagai jenis bahasa dan mampu
menguasai bahasa aisng dengan baik dan fasih. Selain itu, seseorang yang memiliki
kecerdasan verbal-linguistik terdiri daripada golongan yang cemerlang pada peringkat
persekolahan dalam bidang bahasa. Individu sering melibatkan diri dalam pertandingan
berkaitan bahasa dan menonjolkan diri apabila bersuara. Mereka mempunyai kelebihan
dalam berbahasa dan sensitif kepada sesuatu perkara serta meminati ilmu falsafah dan
isu-isu sosial. Seterusnya, individu yang mempunyai kecerdasan linguistik kerap
membaca serta mempunyai keinginan yang tinggi dalam pengetahuan am. Mereka juga
suka membaca bacaan yang meluas dalam pelbagai subjek serta membaca dengan pantas.

Selain itu, mereka mempunyai tatabahasa yang tinggi dan menggunakan


tatabahasa yang baru dan unik. Oleh itu, guru amat memainkan peranan akan kepentingan
kecerdasan ini kerana dapatan kajian Norliah( 2005) menunjukkan amalan penerapan
kecerdasan pelbagai melalui elemen kecerdasan vebal-linguistik dalam pengajaran
bahasa melayu diprasekolah mempengaruhi secara signifikan oleh persepsi positif guru-

9
guru terhadap kecerdasan verbal linguistik. Individu dengan kecerdasan ini sering
menjadi peguam, ahli bahasa, ahli puisi, penulis atau ahli pidato yang sangat cemerlang.
Tokoh bahasa yang cemerlang di negara kita adalah Tan Sri A. Samad Said, Osman
Awang dan Za’ba.

6. KECERDASAN VISUAL-RUANG
Visual atau ruang adalah kecerdasan yang membolehkan seseorang individu
melihat sesuatu secara jauh dan mendalam. Individu yang mempunyai kecerdasan visual-
ruang ini memiliki keupayaan imaginasi yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang
kreatif atau baru serta sukar untuk difikirkan oleh orang lain. Mereka mampu untuk
membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang baik
serta boleh menyatakan segala kebimbangannya dengan jelas dan yakin.

Selain itu, mereka ini juga mampu membuat andaian atau hipotesis mengenai
pelbagai perkara seperti tafsiran mengenai alam. Individu ini sering memberi pandangan
mengenai dunia, alam semesta dan persekitaran. Golongan ini sering memberi persepsi
yang unik dan berbeza terhadap sesuatu perkara. Seringkali, apa yang dilihat oleh
mereka, berbeza dari pandangan individu normal seperti kita. Mereka juga mempunyai
kebolehan mengubah persepsi dan pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara.
Individu yang memiliki kecerdasan ini amat peka akan terhadap warna, garisan, bentuk,
corak dan ruang yang terdapat disekeliling mereka.

Disamping itu, individu yang memiliki kecerdasan ini juga mempunyai


keupayaan untuk berfikir secara tiga dimensi dalam bentuk gambaran dan bayangan serta
amat berminat dalam penghasilan peta minda, carta, lukisan dan sebagainya. kebolehan
pelajar untuk menghubungkan konsep yang dipelajari dengan menggunakan peta minda,
graf dan bentuk grafik yang lain memudahkan seseorang pelajar itu belajar mengenalpasti
dan menghubungkait konsep. Kerjaya yang sesuai kepada individu yang memiliki
kecerdasan ruang visual adalah seperti pembuat peta, pereka hiasan dalaman, arkitek,
pereka landskap, juruseni dan sebagainya. Menurut Gardner (1983), selalunya kita dapat

10
melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional.

7. KECERDASAN NATURALIS
Kecerdasan naturalis melibatkan alam dan kepintaran yang berkaitan tentang
keseluruhan alam. Individu yang mempunyai kecerdasan ini adalah seorang yang sangat
prihatin terhadap alam, mempunyai sikap penyayang yang sangat tinggi. Selain itu,
mereka juga mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi dan rasa empati terhadap semua
benda hidup. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mampu membina sesuatu sistem
baru, menjana idea yang berkait dan pandangan yang jauh ke hadapan. Mereka juga
mempunyai kebolehan dalam mengaitkan sesuatu perkara mengikut urutan, membina
klasifikasi atau kelas, menjelaskan dan menggabungkan konsep yang diketahui.

Individu yang memiliki kecerdasan ini sangat selesa apabila berada bersama
alamyang terbuka seperti pantai, hutan dan sebagainya atau mereka juga dikenali sebagai
pencinta alam. Mereka mudah terasa, sensitif atau peka apabila sesuatu isu yang
berkaitan dengan alam sekitar wujud. Keberkesanan pembelajaran individu yang
mempunyai kecerdasan ini dapat diwujudkan melalui aktiviti pembelajaran di luar bilik
darjah seperti membuat lawatan dan sebagainya. Melalui penyiasatan praktikal seperti
mengalami sendiri hasil pengetahuan tentang semuladi melalui pelbagai jenis
eksperimen. Antara aktiviti yang boleh merangsang kecerdasan ini dalam kalangan para
pelajar ialah seperti berkebun, memelihara binatang, memelihara tanaman dan aktivi
mendaki gunung.

Antara kerjaya yang memerlukan kecerdasan jenis ini adalah seperti ahli geologi,
ahli biologi, pendaki gunung, petani, ahli botani dan kerjaya lain yang melibatkan
sains.Secara amnya, seseorang yang mempunyai kecerdasan naturalis ini hampir sama
seperti pemikir dan ahli-ahli falsafah yang telah Berjaya. Antara tokoh pemikir yang
mempunyai kecerdasan ini adalah Imam Al-Ghazali. Beliau merupakan seorang ilmuan
Islam yang memiliki kecerdasan naturalis, interpersonal, verbal-linguistik dan merupakan
seorang tokoh yang amat berjaya dalam kehidupan beliau.

11
8. KECERDASAN MUZIK
Muzik adalah gabungan atau kombinasi bunyi yang boleh menenangkan fikiran
dan mengurangkan stress. Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga, muzik adalah gubahan
bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan atau bunyi-
bunyian. Kecerdasan dalam bidang muzik melibatkan kepakaran dalam prestasi,
komposisi, dan apresiasi terhadap pola-pola muzik. Ini termasuk keupayaan untuk
mengenali dan menyusun bola muzik, nada, dan irama.

Menurut Howard Gardner, kecerdasan muzikal berjalan di struktur yang hampir


sejajar dengan kecerdasan linguistik. Individu yang mempunyai kecerdasan ini mampu
mendengar bunyi yang dihasilkan dan membezakan setiap note muzik yang didengari.
Selain itu, mereka juga prihatin dan mempunyai suatu perasaan yang sukar digambarkan
apabila mendengar bunyibunyi alam seperti jatuhan air terjun, aliran sungai, deruan
ombak laut, kicauan burung deruan angin dan titisan hujan. Setiap bunyi yang dihasilkan
adalah berbeza dan memberi perasaan yang berbeza apabila didengari. Individu yang
mempunyai kecerdasan dalam bidang muzik sensitif kepada irama, pitch, melodi, nada
suara, Kebolehan menilai setiap bunyi yang didengari menjadi satu anugerah apabila
mereka mampu membawa genre muzik yang baru ke dalam industri hiburan tanah air.

Peranan muzik adalah luas kerana selain menghiburkan muzik juga digunakan
sebagai terapi kepada golongan bermasalah seperti gangguan mental, ADHD, autism, dan
pelbagai penyakit kronik melaui melodi dan irama yang didendangkan. Individu yang
mempunyai kecerdasan muzik ini mampu menghasilkan muzik yang baru, segar dan
sedap didengar. Kecerdasan ini boleh dirangsang terutamanya dalam kalangan kanak-
kanak iaitu dengan mempedengarkan muzik, bermain alat muzik, bernyayi dan
sebagainya manakala bayi dalam kandungan juga dapat dirangsang dengan
memperdengarkan muzik. Seseorang individu yang mempunyai kecerdasan dalam
bidang muzik sering berjaya menjadi selebriti yang terkenal sebagai penyanyi, penggubal
lagu, komposer, penulis lirik dan pengarah teater yang cemerlang. Terdapat juga
koreografer dan penari yang memiliki kecerdasan dalam bidang muzik.

12
PERANAN IBU DAN BAPA DALAM MEMBANTU KANAK-KANAK PINTAR
CERDAS

 Pada peringkat awal sesuatu program pendidikan pintar cerdas, ibu bapa dan
masyarakat perlu didedahkan dengan realiti konsep yang ingin diguna pakai agar
sebarang ekspektasi yang mungkin memberi tekanan yang tidak sewajarnya
kepada anak mereka dielakkan.
 Jangan membandingkan anak-anak dengan kanak-kanak lain.
 Memberi dorongan dan semangat kepada anak-anak.
 Kawal atau tegur anak-anak sekiranya anak-anak mengeluarkan kata-kata
seperti “saya sungguh bodoh” dan membantunya dengan menggunakan
penyataan seperti “ini adalah kecuaian diri saya”.
 Bantu anak-anak belajar mengambil keputusan daripada kejayaan yang telah
diperolehi pada hari ini.
 Bercakap tentang keadaan gender dan batasan antara lelaki dan perempuan.
 Menggalakkannya untuk mengikut minatnya dan merancang masa untuk belajar
tentang perkara yang ingin diketahui.
 Membantunya mencari dan mengenal kumpulan yang ingin diikutinya.
Sekurangkurangnya biarlah dia mencari kawan baru yang boleh menghargainya
dan menerimanya seadanya.
 Menyokong dalam membuat keputusan.
 Ibu bapa memerlukan kefahaman tentang hakikat memiliki anak yang berbeza
daripada biasa agar mereka dapat memberi sokongan psiko-sosial yang
sewajarnya bagi menggalakkan perkembangan anak mereka.
 Kebanyakan ibu bapa dan sebilangan besar masyarakat menganggap bahawa
pelajar pintar cerdas seharusnya cemerlang dalam semua aktiviti terutamanya
yang berkaitan dengan bidang akademik. Anggapan sebegini akan menyebabkan
tekanan kepada golongan sebegini sehinggakan ada sebilangan daripada mereka
yang gagal di pertengahan jalan.
 Jika anak-anak berjaya melakukan sesuatu dengan betul, beri pujian, manakala

13
jika mereka melakukan kesilapan tegur secara baik.
 Jangan terlalu memberi keistimewaan kepada kanak-kanak pintar cerdas dan
bagi dendaan jika mereka melakukan kesilapan.
 Menjadi model yang baik. Biarkan anak anda melihat anda gagal dan bangkit
kembali. Menunjukkan bahawa anda mempunyai batas anda sendiri dan
menumpukan pada kekuatan anda.
 Penglibatan dalam pelbagai aktiviti kompetitif dapat membantu anak-anak belajar
untuk menghadapi persaingan dengan cara yang lebih santai. Pengalaman yang
ada dapat membantu mengurangkan persaingan.
 Mendorong anak untuk memberi perhatian yang lebih dalam penyertaan dalam
satu-satu acara tersebut.

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BOLEH


DILAKSANAKAN TERHADAP KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

Keperluan yang akan dibincangkan di sini adalah lebih tertumpu kepada


kurikulum dan keperluan pembelajaran kanak-kanak pintar cerdas.
Kanak-kanak pintar cerdas merupakan golongan minoriti istimewa yang memerlukan
perhatian khusus seperti juga kanak-kanak berkeperluan khas yang lain. Di Malaysia
program bagi kanak-kanak berkeperluan khas telah diberi banyak penumpuan namun
usaha masih kurang dijalankan bagi memberi tumpuan khusus kepada golongan kanak-
kanak pintar cerdas ini. Sebenarnya kanak-kanak pintar cerdas juga memerlukan
perhatian khusus kerana mereka akan merasa cepat bosan dengan program pembelajaran
biasa.

Akhirnya mereka digolongkan dalam kumpulan kanak-kanak istimewa kerana


bersikap mengganggu rakan dan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Menurut Joyce Van Tassel Baska, isu yang biasanya dikaitkan dengan kanak-
kanak pintar cerdas ialah mereka biasanya akan dilabel sebagai ‘bermasalah’, tidak
mendapat ekuiti atau kesamarataan, biasanya keperluan golongan majoriti menjadi
keutamaan, keperluan yang diberi tidak bertepatan dan sistem pengredan yang terlalu

14
sempit.

Kanak-kanak pintar cerdas memerlukan pengajaran dan pembelajaran yang


berbentuk pengayaan, pecutan atau lebih terkehadapan berbanding pelajar biasa. Guru
kelas perlu mengetahui apakah keupayaan pelajar pintar cerdas mengenalpasti bentuk
kecerdasannya berdasarkan kepintarannya. Tugasan seperti salin-menyalin, menghafal
fakta dan latih tubi tidak akan dapat memenuhi keperluan pelajar pintar cerdas sebaliknya
ia hanya akan melatih kemahiran motor halus mereka sahaja. Mereka memerlukan
cabaran dari segi kualiti bukannya kuantiti.

Perkembangan mengenai konsep pintar cerdas memberi kesan kepada sistem


pendidikan. Perkembangan ini telah membawa kefahaman tentang pintar cerdas dalam
pelbagai perseptif yang lebih mendalam seperti ciri-ciri pelajar pintar cerdas, kebolehan,
dan motivasi (Senate Select Committee Report, 1988). Menurut Monks dan Katzko
(2005) menyatakan prinsip utama pendidikan kepada pintar cerdas melibatkan rancangan
individu dan pembezaan (differentiation). Rancangan individu merujuk kepada stategi
program yang disediakan pelajar pintar cerdas berdasarkan minat atau kebolehan
seseorang pelajar. Tambahan pula, bahan yang digunakan disesuiakan dengan kebolehan
serta mereka boleh membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
Manakala, rancangan pembezaan menurut Vygotsky (1980) merujuk kepada
pengubahsuaian kurikulum mengikut gaya belajar mengikut keupayaan individu. Selain
itu, ia merangkumi perincian dalam bidang kurikulum (California Association fot the
Gifted, n.d.).

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan terhadap


kanak-kanak pintar cerdas adalah:

A) Pendekatan pengayaan pintas cerdas


Penggayaan merujuk kepada kandungan kurikulum diubahsuai dengan mendalam,
terperinci, kompleks dan abstrak daripada kurikulum sedia ada. Menurut Renzulli dan
Reis (1997) menggambarkan penggayaan sebagai aktiviti pembelajaran yang direka

15
bentuk untuk menggalakkan hasil pembelajaran yang kreatif dalam kalangan pelajar.
Melalui penggayaan, pengalaman yang diperolehi dari dalam dan luar kelas yang dapat
menyediakan peluang untuk pelajar pintar cerdas belajar melebihi dari tahap yang
disediakan oleh kurikulum biasa.

Terdapat dua aspek yang digunakan dalam istilah penggayaan iaitu kurikulum
yang digunakan dan penyalurannya dalam bentuk program atau perkhidmatan. Menurut
Davis dan Rimm (1989) menyatakan dalam mana-mana program penggayaan, kurikulum
yang digunakan diperkayakan dengan pengalaman pembelajaran yang unik.
Pengubahsuaian atau modifikasi yang dilakukan merupakan dari aspek kandungan dan
juga strategi pengajaran dan pembelajaran yang direka khusus untuk pelajar berdasarkan
ciri unik mereka.
Di samping itu, pembelajaran yang melibatkan program penggayaan dapat
menyediakan pelajar pintar cerdas dengan peluang untuk mengembangkan kebolehan
mereka untuk melakukan pembelajaran sepanjang hayat. Menurut Bowlby (1969)
memberi empat tujuan penggayaan iaitu:

 Menggalakkan minat pelajar untuk terus belajar.


Ini boleh dilakukan dengan memberikan pendedahan dan pengalaman terhadap topik
yang mereka minati. Pengalaman tersebut haruslah berbentuk ‘first hand’.
Bagaimanapun, iainya juga boleh dilakukan dengan memberi pelajar peluang untuk
mengikuti seminar, kuliah atau pembentangan tentang tajuk yang mereka minati.

 Mengasah bakat sedia ada pelajar.


Tanggungjawab untuk mengasah bakat sedia ada dalam kalangan pelajar pintar
cerdas harus datang dari pelajar sendiri. Mereka harus bersedia untuk bergerak dari hanya
menanam minat terhadap topic tersebut dengan lebih lanjut. Bagaimanapun, kesediaan
mereka untuk mengasah bakat boleh dipertingkatkan dengan adanya sokongan yang
diberi oleh pelbagai pihak termasuk guru, ibu bapa, pihak sekolah dan rakan sebaya.
Pelajar boleh mengasah bakat mereka dengan berinteraksi dan menjadikan seorang pakar
dalam bidang yang mereka minat sebagai mentor yang dapat membimbing dan

16
menyumbang idea kepada mereka.

 Mengembangkan kemahiran.
Seterusnya, pelajar yang dapat mengasah bakat mereka dapat mengembangkan
kemahiran dalam bidang yang diminati. Peranan mentor memainkan penting kerana dapat
membing pelajar pintar cerdas dalam pelbagai pengetahuan. Mentor akan mencurahkan
segala pengetahuan kepada mereka.

B) Aktiviti pendedahan 
Murid diberi kebebasan atau ruang untuk mempelajari bidang yang diminati. Satu
sudut yang lengkap dengan pelbagai bahan pengayaan disediakan di bilik darjah.
Maklumat-maklumat pengayaan seperti apa yang menarik dalam bidang tersebut , dari
mana boleh mendapatkan maklumat tambahan, apakah isu-isu semasa dalam bidang ini,
disediakan. Selain daripada majalah, pampflet dan buku-buku, guru juga perlu
mengadakan aktiviti lawatan, ceramah, tayangan video dan sebagainya sebagai aktiviti
pendedahan.

C) Kaedah Pecutan
Kaedah pecutan juga boleh dikenali sebagai acceleration atau memendekkan masa
belajar. Kaedah ini merupakan suatu kaedah di mana kanak-kanak diberi bahan dan
tugasan yang kebiasaanya diesediakan kepada kanak-kanak gred yang lebih tinggi.
Kaedah pecutan ini melibatkan penggunaan kurikulum sekolah yang sedia ada walaupun
terdapat penggunaan bahan tambahan dalam pembelajaran. Program pecutan lebih
berkesan sekiranya sekolah mempunyai kurikulum yang ditetapkan dan penglibatan
sekolah berterusan.

D) Latihan berkelompok 
Ini merupakan program latihan bagi meluaskan skim pemikiran kanak-kanak.
Antara aktiviti latihan ini termasuklah pemikiran kritis, penyelesaian masalah, kaedah
projek dan inkuiri-penemuan.

E) Program Percepatan

17
Ini bermaksud kurikulum yang diajar kepada kanak-kanak pintar cerdas itu
dihabiskan dengan cepat. Ada beberapa cara untuk melaksanakan program ini seperti
kanak-kanak yang lebih muda memasuki tahun satu persekolahan, melangkaui kelas,
melangkaui sebahagian daripada masa kelas untuk mengikuti mata pelajaran tertentu
dalam kelas yang lebih tinggi (mengikut minat dan perkembangan intelek) dan
memendekkan tempoh pengajaran seperti kurikulum setahun diajar dalam tempoh 6
bulan dan lebihan masa iti digunakan untuk mempelajari kurikulum yang lebih tinggi.

F) Program Pengelompokan
Program ini menentukan bahawa kanak-kanak dalam kategori pintar cerdas ini
dikumpulkan dalam satu kelas dan diberi bimbingan yang sesuai oleh guru yang terlatih.
Program pengelompokan ini memerlukan satu penilaian yang standard untuk menentukan
tahap kanak-kanak pintar cerdas. Langkah ini juga dapat memberi peluang kepada kanak-
kanak pintar cerdas untuk menikmati pembelajaran yang lebih sempurna. 

MASALAH SOSIAL DAN EMOSI YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANAK


PINTAS CERDAS

Perbezaan setiap individu  adalah anugerah Tuhan, lebih-lebih lagi bagi kanak-
kanak pintar cerdas. Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya memperlihatkan kelebihan
intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Pada masa yang sama,
kelebihan ini menimbulkan pula beberapa masalah lain dalam hidup mereka. Sebagai
golongan minoriti, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan oleh
orang ramai. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik yang ada pada
diri mereka. Antaranya, konsep kendiri, fobia, perkembangan nilai/moral, keupayaan
yang tidak seimbang, masalah kemahiran bersosial dan masalah mengembangkan
potensi. Pada masa yang sama, faktor persekitaran seperti masalah komunikasi
diskriminasi terhadap golongan ini, masalah keluarga, masalah tidak dapat menyesuaikan
diri dengan sistem persekitaran dan pandangan orang lain terhadap mereka menyebabkan
masalah mereka yang sedia ada semakin bertambah.

18
Melabelkan kanak-kanak sebagai pintar cerdas tidak membantu kita memahami
apa yang dialami oleh mereka sendiri. Bagi orang kebanyakan, perasaan dalaman
golongan pintar cerdas masih dianggap misteri dan rahsia yang hanya dikongsi sesama
mereka sendiri. Konflik bukan sesuatu yang asing bagi mereka yang pintar cerdas.
Semakin mereka menjadi siapa diri mereka, semakin besar konflik mereka dengan orang
lain.

Kanak-kanak pintar cerdas dikatakan mengalami perkembangan asynchronous


apabila perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosialnya tidak sekata dan setara
dengan usianya. Sebagai contoh, kanak-kanak berumur enam tahun yang mempamerkan
tingkahlaku yang setara dengan usia tetapi mempunyai kemampuan intelek seperti kanak-
kanak 12 tahun atau kanak-kanak yang menunjukkan perkembangan sosialnya yang
setara dengan umur 10 tahun tetapi mungkin mempunyai tahap emosi seperti enam tahun.
Akibat dari perkembangan yang tidak sekata ini, kanak-kanak pintar cerdas yang boleh
memahami secara intelek mengenai perkara abstrak yang lebih tinggi dari kemampuan
rakan sebayanya, didapati tidak mampu menangani perkara yang melibatkan emosi pada
tahap ini. Ketidakmatangan kanak-kanak ini dalam menangani isu emosi pada usia yang
muda akan membawa mereka ke arah kebimbangan  terhadap kematian, masa hadapan,
seksual dan isu lain yang lebih tinggi dari tahap perkembangan emosi sebenar mereka.

Ini tidak ketinggalan dalam aspek perkembangan fizikal kanak-kanak pintar


cerdas ini yang bakal membatasi pergerakan atau kemampuan mengerjakan serta
menyelesaikan sesuatu tugasan yang dirasakannya begitu mudah diselesaikan dalam
gambaran intelek mereka. Kanak-kanak ini juga lebih gemar melibatkan diri dalam
perbualan dengan orang dewasa mengenai isu-isu global dan mampu untuk berdebat
dengan baik dalam menyuarakan pendapat atau pandangan mereka dalam isu tersebut.
Tetapi dari segi aspek emosi mereka akan menangis atau merajuk sekiranya mereka
berebut ketika bermain ataupun alat permainan mereka diambil oleh seseorang.

Sikap mementingkan kesempurnaan yang tinggi boleh mendorong kanak-kanak


ini ke arah takut kepada kegagalan. Ini akan menjadikan mereka seorang yang cepat
berputus asa kerana tidak mampu melaksanakan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan.

19
Kanak-kanak ini memerlukan maklumat yang lengkap sebelum menjawab sesuatu soalan
atau menyiapkan tugasan yang diberikan. Mereka lebih suka meluangkan masa mereka
melakukan aktiviti yang mereka sukai seperti membaca atau menyelesaikan masalah dari
bersosial dengan rakan sebaya yang dianggap tidak setara dari aspek perkembangan
intelek.

Selain dari itu, kanak-kanak ini mempunyai perasaan sensitif yang tinggi terhadap
perkara yang melampaui tahap pemikirannya yang masih muda seperti isu peperangan,
kebuluran, pencemaran, ketidakadilan dan keganasan. Malangnya, jika mereka terlampau
memikirkan isu global ini secara mendalam, mereka akan menjadi seorang yang introvert
dan mungkin menjurus ke arah kemurungan yang teruk di masa akan datang.

Akibat dari perkembangan intelek yang tidak setara dengan rakan sebaya, kanak-
kanak ini akan menghadapi masalah sosial dan emosi bukan sahaja dengan rakan sebaya
tetapi juga dalam kalangan orang dewasa yang setara dengan tahap inteleknya. Tahap
kepintaran yang tinggi ini menyebabkan mereka tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya
sistem pendidikan sedia ada di sekolah. Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan tahap
motivasi mereka berbeza dengan rakan sebaya iaitu perkembangan kebolehan intelek
yang jauh lebih tinggi. Perbezaan ini menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka
terutamanya dari aspek pendidikan yang sesuai dengan kepintaran mereka dan juga
perkembangan sosial dan emosi yang setara dengan usia mereka.

Biasanya, semakin tinggi tahap kecerdasan seseorang maka semakin tinggilah


keperluan kaunseling yang patut diberikan kepadanya (Davis & Rimm, 1998).Kanak-
kanak pintar cerdas adalah satu golongan yang heterogeneous. Mereka yang lebih tinggi
tahap kecerdasannya berbanding kanak-kanak lain menghadapi masalah dalam
penyesuaian diri berbanding kanak-kanak lain (Bee, 1999). Ini adalah kerana sebahagian
dari mereka memiliki ciri-ciri yang selalunya wujud apabila meningkat dewasa.
Disebabkan mereka ini matang dalam beberapa aspek berbanding dengan rakan sebaya
yang lain, maka mereka lebih selesa dengan orang yang lebih berumur dari mereka tetapi
mempunyai tahap kepintaran yang sama dengan mereka.

20
Sungguhpun begitu, ketika berdepan dengan masalah perbezaan tersebut, kanak-
kanak ini akan mengalami kemurungan kerana gagal menghadapi kemahiran sosial yang
sesuai dengan tahap kepintaran mereka. Oleh itu ada di antara mereka menggunakan
strategi yang kurang bijak seperti berpura-pura tidak bijak dengan berusaha tidak
mencapai tahap pencapaian yang sebenarnya. Selain itu, mereka juga akan melupakan
keperluan sosial dengan memilih untuk tidak berkomunikasi atau berinteraksi dengan
rakan sebaya (Rimm, 2008). Keadaan ini membawa kepada satu masalah sosial dan
emosi kanak-kanak pintar cerdas yang menuntut perhatian dari ibu bapa di rumah dan
juga guru di sekolah.

RUJUKAN
BUKU ILMIAH
David Lazear (2006). The Intelligent Curriculum: Using multiple intelligent to develop
your student’ full potential. Selangor: Masterpiece Publication Sdn. Bhd.

David Lazear (2004). Higher -Order Thinking: The Multiple Intelligence Way. United
Kingdom: Crown House Publishing Limited.

David Lazear (2007). Pemikiran Aras Tinggi: Kaedah Kecerdasan Pelbagai (Wirakarnain
Sani, Terjemah). Selangor. Wisdom Mind Resource Sdn Bhd.

Nik Azis Nik Pa (1990). Program pendidikan pelajar pintar cerdas: Teori dan praktik.
Petaling Jaya: Pustaka Islam.

T. T., & Koh, B. B. (1992). Pendidikan khas dan pendidikan pemulihan: Bacaan
asas.Kuala Lumpur: DBP

ARTIKEL / JURNAL
http://aesnote.blogspot.com/2012/12/kanak-kanak-pintar-cerdas-dan-berbakat.html

21
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Membangungenerasipintarcerdas_berbakat/
Article/artikel
http://ebookuniverse.net/id/jurnal+kajian+pintar+cerdas
http://www.freewebs.com/truesenfa/bab5.htm
http://myais.fsktm.um.edu.my/4954/1/1.pdf

SUMBER INTERNET
http://www.permatapintar.edu.my/default.pintarcerdas.aspx
http://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/sem10111/group/sejarah_perke
mbangan_kanak.pdf
http://jpt.mohe.gov.my/PENGUMUMAN/RMK10_Ucapan%20(10.06.2010).pdf
http://merp.upsi.edu.my/searchresultone2.php?rid=T0000000099

22

Anda mungkin juga menyukai