Anda di halaman 1dari 4

PERINCIAN TUGASAN KURSUS QGU3013 KURIKULUM KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN

JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN


SEM 2 SESI 2013/2014

AKTIVITI 1

Bincangkan mengenai tajuk tutorial berikut:

1. TUTORIAL 1 (RUJUK TAJUK 2)


Pernahkah anda menilai tahap kesihatan diri anda? Cuba anda lakukan penilaian kendiri ini
dan kenal pasti tahap kesihatan anda sendiri. Rujuk modul Unit 2 bagi mendapatkan soalan
penilaian kendiri ini. Bincangkan perkara ini bersama rakan dan tutor anda semasa kelas
tutorial

2. TUTORIAL 2 (RUJUK TAJUK 4)


Sila bawa bersama anda Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani (Tahun 1)
dan Huraian Sukatan Pelajaran PJ (Tahun 1). Buat analisis perbandingan dari aspek kebaikan
dan penambahbaikan. Bincang dan bentangkan dalam kelas tutorial.

TUGASAN 1 – FORUM MYGURU – 20%

1. Forum dan aktiviti E-Learning melalui MYGURU (20 Markah)


Pelajar dikehendaki mengakses selalu MUGURU sekurang-kurangnya 1 jam dalam seminggu
untuk melayani aktiviti/tugasan yang akan disediakan oleh pensyarah kursus dalam MYGURU.

2. Pelajar dikehendaki memberikan respons sekurang-kurangnya sebanyak empat (4) hit bagi
setiap soalan forum.

3. Sila buka group forum bagi mendapatkan tajuk forum dari semasa ke semasa. Bagi setiap tajuk
forum, pelajar dikehendaki memberi maklum balas (respon) dalam bentuk perbincangan yang
ilmiah. Setiap forum mempunyai tarikh tutup. Sila pastikan anda tidak terlepas tarikh tutup
tersebut bagi mengelakkan anda gagal mendapatkan sebarang markah.

Kaedah pemarkahan:

KRITERIA PEMARKAHAN Cemerlan Bai Memuaska Sederhan Lema


g k n a h

Ciri perbincangan yang munasabah, 13-15 10- 7-9 4-6 1-3


beserta bukti, pandangan, cadangan, 12
implikasi dan aplikasi.

Bilangan respon/hit yang berkualiti 5 4 3 2 1

JUMLAH MARKAH

20
4. Tajuk forum adalah seperti berikut:

FORUM 1 (17/2/2014 hingga 2/3/2014)


Kurikulum perlu bersifat futuristik di mana keperluan masa kini dan masa hadapan dapat dipenuhi
oleh sistem pendidikan. Sila jelaskan maksud kurikulum futuristik dan bagaimanakah kurikulum
tersebut ditransformasi dalam sistem pendidikan di Malaysia?

FORUM 2 (3/3/2014 hingga 16/3/2014)


Sebagai pendidik dalam bidang pendidikan jasmani dan kesihatan, apakah sumbangan yang boleh
anda berikan dalam memupuk aspek fizikal, kognitif dan afektif di kalangan individu masyarakat
melalui program pendidikan jasmani dan kesihatan yang anda jalankan? Senaraikan sumbangan
tersebut.

FORUM 3 (17/3/2014 hingga 30/3/2014)


Berpandukan kepada komponen pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan, cuba kenal
pasti pelaksanaan kurikulum yang mengintegrasikan di antara kandungan dan kemahiran dari
pelbagai disiplin bagi mencapai matlamat Pendidikan Kesihatan.

FORUM 4 (31/3/2014 hingga 13/4/2014)


Berdasarkan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, yang manakah
berkaitan dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan? Pada pandangan
anda, sejauhmanakah akta tersebut digunapakai di sekolah anda?

FORUM 5 (14/4/2014 hingga 27/4/2014)


Apakah yang anda faham berkaitan penilaian formatif dan penilaian sumatif?
Mengapakah penilaian kurikulum penting kepada sistem pendidikan di sekolah?

TUGASAN BERTULIS 2 (40 MARKAH)


Arahan kepada pelajar: SOALAN TUGASAN INI MENGANDUNGI SATU (1) SOALAN DAN TERBAHAGI KEPADA
DUA BAHAGIAN IAITU 1(a) dan 1(b). JAWAB SEMUA SOALAN.
(Pensyarah E-Learning: Sila masukkan arahan ini dalam ruangan Assignment)

1(a). Pelajar dikehendaki menyediakan satu penulisan berkenaan Teaching Game For Understanding
(TGFU) dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.
a. Dalam penulisan tersebut, pelajar hendaklah berupaya melakukan sintesis dan membincangkan
dengan jelas tentang konsep TGFU berdasarkan objektif yang disenaraikan seperti berikut:
i. Mendefinisikan TGFU.
ii. Menerangkan kepentingan TGFU.
iii. Menyatakan komponen TGFU.
iv. Menjelaskan kepentingan pengajaran PJ menggunakan kaedah TGFU.
v. Membandingkan dan membezakan antara pengajaran secara tradisional dengan kaedah
TGFU.
vi. Menyediakan EMPAT modifikasi permainan bagi setiap kategori dalam komponen TGFU
dengan pecahan seperti berikut:
 Komponen menyerang dan bertahan – SATU modifikasi permainan
 Komponen sasaran – SATU modifikasi permainan
 Komponen jaring dan dinding – SATU modifikasi permainan
 Komponen memadang – SATU modifikasi permainan
Modifikasi permainan yang dibina hendaklah lengkap dengan maklumat berikut:
 Lakaran
 Huraian penjelasan
 Peraturan
 Borang skor
b. Untuk menghasilkan penulisan yang berkualiti, pelajar dikehendaki:
i. Menyediakan bukti sokongan dalam perbincangan tersebut dengan menggunakan bahan
seperti dapatan kajian, gambarajah, carta, statistik dan sebagainya yang diperoleh
sumbernya selain daripada buku teks.
ii. Menggunakan kreativiti secara maksimum untuk menghasilkan penulisan yang bernas,
bermutu, menarik dan mudah difahami pembaca.
c. Format penulisan adalah seperti berikut:
i. Mengandungi muka hadapan.
ii. Mengandungi bahagian isi kandungan.
iii. Mempunyai tajuk, sub tajuk dan rujukan.
iv. Di taip langkau 1.5.
v. Tiada had jumlah muka surat bergantung sebanyak mana pelajar boleh membuktikan
kefahaman beliau terhadap tajuk yang diberi secara kreatif dan efektif.
vi. Penulisan disusun dalam bentuk soft copy dan hendaklah diupload ke dalam tapak
penghantaran tugasan yang terdapat dalam MYGURU.
d. Kaedah pemarkahan:

KRITERIA 5 4 3 2-1 MARKA


H
Organisasi Organisasi Organisasi Organisasi Organisasi tidak
penulisan penulisan penulisan tidak tersusun dan tidak
mengikut format mengikut format mengikut format dirancang dengan
yang ditetapkan, yang ditetapkan yang ditetapkan, baik. Kurang
kreativiti yang tetapi kreativiti kreativiti yang kreativiti.
sangat yang ditunjukkan ditunjukkan
memuaskan kurang kurang
memuaskan atau memuaskan.
sebaliknya.
KRITERIA 15-12 11-8 7-4 3-1 MARKA
H
Isi Mengandungi
Mengandungi Mengandungi Mengandungi
Kandunga maklumat yang
maklumat yang maklumat yang maklumat yang
n relevan, tepat
relevan tetapi kurang relevan kurang relevan dan
dan mencukupi,
kurang dan kurang kurang mencukupi,
mengandungi
mencukupi, unsur mencukupi, kebanyakan
unsur penyelidikan mengandungi maklumat
penyelidikan
adalah unsur berasaskan
yang teliti, dan
memuaskan, penyelidikan yang pendapat peribadi,
integrasi
namun masih sangat sedikit. tiada sebarang
maklumat yang
menunjukkan Tiada integrasi penyelidikan
sistematik.
integrasi maklumat. dibuat.
maklumat yang
sistematik
JUMLAH MARKAH KESELURUHAN
20

1(b). Bincangkan tentang masalah obesiti dalam kalangan pelajar sekolah di Malaysia. Huraian anda
hendaklah dikaitkan dengan matlamat Pendidikan Kesihatan menurut Ewles dan Simnett (1986).
Penulisan hendaklah disertakan dengan rujukan seperti jurnal, buku dan sumber internet. Anda
dikehendaki memasukkan sumber rujukan di dalam bahagian Rujukan dalam tugasan.

Panjang tugasan ialah 10-15 muka surat termasuk muka depan, isi kandungan dan rujukan.
a. Kaedah pemarkahan:

KRITERIA 16-20 11-15 6-10 1-5 MARKA


H
Isi Mengandungi Mengandungi Mengandungi Mengandungi
Kandunga maklumat yang maklumat yang maklumat yang maklumat yang
n relevan, tepat relevan tetapi kurang relevan kurang relevan dan
dan mencukupi, kurang dan kurang kurang mencukupi,
mengandungi mencukupi, unsur mencukupi, kebanyakan
unsur penyelidikan mengandungi maklumat
penyelidikan adalah unsur berasaskan
yang teliti, dan memuaskan, penyelidikan yang pendapat peribadi,
integrasi namun masih sangat sedikit. tiada sebarang
maklumat yang
menunjukkan Tiada integrasi penyelidikan
sistematik.integrasi maklumat. dibuat.
maklumat yang
sistematik
JUMLAH MARKAH KESELURUHAN
20
1. Tarikh akhir hantar tugasan ialah pada 27 APRIL 2014 (MINGGU KE 10).
Maklumat penghantaran tugasan adalah seperti berikut:
a. Kedua-dua soalan tugasan di atas membawa sebanyak 40 MARKAH.
b. Kedua-dua tugasan hendaklah ditulis dalam 1 FAIL sahaja dan diupload dalam tapak
penghantaran tugasan.
c. Tugasan ini hendaklah dihantar kepada PENSYARAH E-LEARNING KUMPULAN MASING-
MASING SAHAJA! Jangan hantar tugasan ini kepada tenaga pengajar tutorial kerana
mereka mungkin bukan pensyarah e-learning anda, atau sesiapa sahaja yang bukan
menjadi pensyarah e-learning kumpulan anda.
d. Mekanisme penghantaran tugasan ini adalah melalui TAPAK YANG DISEDIAKAN DALAM
TUGASAN MYGURU3 SAHAJA! Jangan hantar tugasan melalui emel atau pos. Pensyarah
E-Learning anda TIDAK AKAN MELAYAN tugasan yang dihantar melalui pos atau emel
kecuali atas kes-kes tertentu yang dipersetujui oleh pensyarah e-learning.
e. SILA HANTAR TUGASAN INI SEBELUM TARIKH TUTUP IAITU PADA 27 APRIL 2014
(MINGGU KE 10)! Tarikh tutup tapak penghantaran tugasan adalah muktamad dan tidak
akan dibuka lagi selepas itu.
f. Oleh yang demikian, pastikan anda mengikuti langkah-langkah sepatutnya dalam proses
“upload’ tugasan bagi memastikan pensyarah e-learning berjaya membuka tapak
penghantaran tugasan anda.
g. Merujuk kepada pengalaman semester lepas, pensyarah e-learning tidak ada masalah
dalam membuka tapak tugasan pelajar kecualilah jika pelajar sendiri tidak melakukan
proses ‘upload’ dengan betul menyebabkan tugasan diterima tapi tidak boleh dibuka.

Anda mungkin juga menyukai