Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KENT

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


TUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM : PPISMP NAMA GURU PELATIH :

TAJUK KURSUS : Pengantar SEMESTER: 2


Pengajian Profesional (Ambilan Jun 2014)
KOD KURSUS : GPP 1063

TARIKH MULA 2 Mac 2015 TARIKH HANTAR 2 April 2015

I. Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan pengertian, konsep dan aspirasi pendidikan


2. Mengamalkan personaliti, etika dan perwatakan sebagai pembinaan negara bangsa.
3. Menjana profesionalisma keguruan dan pembelajaran sepanjang hayat.
4. Menjelaskan kepentingan permuafakatan komuniti dalam pendidikan
5. Mereflek cabaran-cabaran profesionalisme keguruan
Tugasan projek ini menilai hasil pembelajaran 1,2, 3,4, dan 5.

II. Objektif Projek:

1. Menghasilkan pengurusan grafik i-THINK bagi membandingbezakan perkembangan


Falsafah Pendidikan Barat, Timur (China dan India) dan Islam
2. Pembentangan hasil pengurusan grafik i-THINK.
3. Menjawab soalan kuiz bagi topik yang disenaraikan.
4. Menulis esei mengenai peranan guru bagi meningkatkan kualiti sekolah.

III. Tugasan Projek (100%)

Guru pelatih yang merupakan bakal pendidik harus diberikan pendedahan awal mengenai dunia
pendidikan dan keguruan agar karektar guru berkesan dan profesional terbentuk. Justeru itu,
aspek-aspek penting seperti konsep pendidikan, perkembangan keguruan, aspirasi pendidikan
negara dan penghayatan kepada profesionalisme perguruan menjadi kerangka rujukan untuk
menyediakan guru yang berkualiti dalam menghadapi cabaran dan perubahan masa depan.

A. Penulisan Esei (40%) - Individu


Berdasarkan rujukan perpustakaan berkaitan isu-isu pendidikan di Malaysia, bincangkan
secara kritis, peranan seorang guru bagi meningkatkan kualiti sesebuah sekolah.
Penulisan esei perlulah merangkumi personaliti guru cemerlang, sekolah dan
pemuafakatan komuniti serta cabaran profesionalisma keguruan.

B. Pengurusan Grafik i-THINK (20%) - Kumpulan

Perkembangan keguruan boleh ditinjau berdasarkan analisis secara mendalam


mengenai perkembangan Falsafah Pendidikan Barat, Timur (Cina dan India) dan Islam.
Anda dikehendaki membandingbezakan mana-mana dua perkembangan falsafah
pendidikan berkenaan yang diilustrasikan dalam bentuk pengurusan grafik i-THINK yang
bersesuaian dan menarik. Perbandingan adalah berdasarkan aspek-aspek di bawah:
i Falsafah (Elemen-elemen yang terkandung dalam falsafah berkenaan)
ii Konsep dan prinsip
iii Pengasas

C. Pembentangan (10%) – Kumpulan

Anda juga dikehendaki membentang hasil pengurusan grafik i-THINK yang menarik
dengan menggunakan Power Point.

D. Kuiz (30%) - Individu

Anda dikehendaki menjawab 3 soalan struktur yang merangkumi topik-topik seperti di


bawah:
i Definisi dan konsep pendidikan
ii Bidang pengajian profesional
iii Aspirasi dan kepentingan pendidikan
iv Pembinaan Negara Bangsa, Profesionalisme Keguruan
v Etika Keguruan

F. Panduan Pelaksanaan Projek

1. Tugasan ini adalah tugasan individu (C) & (D) dan berkumpulan (A) & (B).
2. Anda boleh mengumpul data secara kolaboratif.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
i Font Arial
ii Saiz huruf ialah 11
iii Langkau satu setengah baris
iv Rujukan mengikut format APA
v Lampiran

4. Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali.


5. Panjang tugasan tidak kurang 15 muka surat (termasuk persembahan visual dan
lampiran) bagi semua tugasan (A), & (D).
6. Tugasan ini membawa wajaran 100%.

E. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria berikut:


1. Jawapan tugasan anda haruslah memenuhi kriteria-kriteria berikut:
a) Mempunyai pengenalan, isi kandungan dan penutup yang lengkap dan teratur
b) Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
c) Penulisan akdemik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam
menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal
d) Mempunyai refleksi keseluruhan jawapan yang tepat dan padat.

2. Mengemukakan bukti-bukti dan maklumat ilmiah yang dapat menyokong hujah-hujah


anda.
3. Menunjukkan keaslian hasil kerja dalam keseluruhan isi dan pengolahan fakta.
4. Menunjukkan kematangan pemikiran pelajar dalam perbincangan jawapan.

Kriteria Pentaksiran

Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh : Disemak oleh:

( JAMES GEOFFREY W. MOLIJOH) (KUNDAYIS LABEH)


Penggubal Pakar Bidang (SME)
Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Kent IPG Kampus Kent

Disahkan oleh:

(JULIANA DUMPIL )
Ketua Jabatan
Jabatan Pengajian Ilmu Pendidikan

Anda mungkin juga menyukai