Anda di halaman 1dari 7

Sem 1 2012/13

PENILAIAN KURSUS (PPGPJJ)


KPF3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah Dan Dasar

ZAINI BIN ABDULLAH (PENYELARAS KURSUS) FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA Jabatan Pengajian Pendidikan

PENGENALAN Kursus KPF3012 ini bermatlamat untuk melengkapkan para pelajar dengan pengetahuan terhadap perkembangan pendidikan negara. Pengetahuan yang diperoleh menerusi pertemuan bersemuka dapat diperluaskan oleh para pelajar menerusi pembacaan, perbincangan, perdebatan dan penerokaan. Kerja kursus merupakan sebahagian dari proses pembelajaran para pelajar dalam kursus ini yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan intelektual, pemikiran kreatif & kritis dan pembinaan sahsiah profesional sebagai seorang guru berwibawa. Panduan kerja kursus ini diharapkan dapat membantu para pensyarah dan pelajar untuk melengkapkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi kursus ini.

2.0

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS i. Menganalisis perkembangan pendidikan di Malaysia dari aspek falsafah, kurikulum dan dasar-dasar (C4, TS3). ii. Menghubungkait pembentukan kurikulum kebangsaan dan penterjemahannya menerusi sukatan pelajaran (C4). iii. Mempamerkan ciri-ciri keguruan selaras dengan Kod Etika Perguruan (C3, P2). iv. Membahaskan Akta Pendidikan 1996 (A3, CS3).

3.0

PENILAIAN KURSUS 3.1. Pemberatan


Kategori Kerja kursus Peperiksaan Akhir JUMLAH Pemberatan 60% 40% 100%

3.2.

Agihan Pemberatan Kerja Kursus


Bentuk Kerja Kursus Individu JUMLAH Jenis Tugasan Esei Ilmiah E-Forum Agihan Markah (Peratus) 30% 30% 60%

4.0

BENTUK KERJA KURSUS SECARA INDIVIDU

Sila baca SEMUA perkara yang terdapat di bawah supaya anda mendapat kefahaman yang sebenar tentang bagaimana hendak menyelesaikan kerja kursus anda.

Tugasan 4.1. ESEI ILMIAH

Arahan TAJUK: Pilih dan jawab satu (1) dari tajuk di bawah 1. Penterjemahan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran opsyen. 2. Penterjemahan kurikulum kebangsaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran opsyen. 3. Penterjemaan dasar-dasar pendidikan kebangsaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran opsyen. ARAHAN: 1. Merujuk kepada mata pelajaran opsyen anda, dapatkan dokumen kurikulum penting seperti Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Teks, Dokumen Standard Kurikulum dan Dokumen Elemen Merentas Kurikulum yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. Berdasarkan dokumen-dokumen tersebut, pilih satu tajuk/tema yang terkandung di dalam mata pelajaran anda dan jawab setiap perkara berikut: i. Huraiankan komponen merentas kurikulum berikut: a) Pengetahuan Pengetahuan kandungan mata pelajaran pengkhususan. Pengetahuan kandungan yang diserapkan dari mata pelajaran lain. b) Kemahiran Kemahiran spesifik yang hendak dicapai. Kemahiran lain yang digabungjalinkan. c) Nilai-nilai murni unggul yang diterapkan. d) Elemen Merentas Kurikulum (EMK). ii. Bina satu (1) peta minda yang menarik bagi menunjukkan hubungkaitan setiap komponen bagi tajuk pengajaran yang ditetapkan. iii. Berdasarkan kefahaman anda tentang aplikasi komponen pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai murni dan EMK dalam proses pengajaran & pembelajaran, nyatakan apakah jangkaan anda terhadap pembangunan modal insan kepada murid.

Tarikh Akhir 19 Okt 2012

% 30

iv. Bagaimanakah anda sebagai guru mata pelajaran dapat menterjemahkan kesemua komponen tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Tugasan MESTI dihantar melalui tapak yang dibina di Portal MyGuru di ruangan Assingment mengikut tarikh yang ditetapkan. Penghantaran melewati tarikh yang ditetapkan tidak akan dilayan. 4. Gunakan cover tugasan yang diberi (Rujuk Lampiran 1). 5.2 EFORUM 1. Tutor E-Learning bagi setiap kumpulan akan memuat naik (upload) 5 soalan untuk dibincangkan bersama dalam kalangan ahli kumpulan masing-masing di dalam portal MyGuru (Group Forum). 2. Setiap pelajar MESTI menjawab setiap soalan tersebut dengan mengemukakan 3 isi penting (lebih kurang 300 patah perkataan) bagi setiap jawapan. Jawapan mestilah dalam bentuk hujah yang ilmiah. 3. Selain dari menjawab soalan tersebut, setiap pelajar juga perlu membuat komentar terhadap sekurang-kurangnya dua (2) jawapan yang dikemukakan oleh rakan sekumpulan yang lain bagi setiap soalan yang dikemukakan. 4. Pelajar perlu peka dengan tarikh-tarikh yang ditetapkan. Kelewatan untuk menjawab dan memberi komentar mengikut tarikh yang ditetapkan akan menjejaskan markah kerja kursus yang disediakan. 5. Tajuk E-Forum ditentukan oleh tutor E-Learning mengikut kumpulan masing-masing. 6. Contoh tajuk-tajuk adalah seperti berikut: i. Falsafah Pendidikan Kebangsaan lebih didominasi oleh aliran falsafah pendidikan barat moden. Bincangkan. ii. Dasar Pendidikan Percuma untuk pembangunan modal insan secara menyeluruh dan adil. Bincangkan. iii. Bagaimanakah guru boleh merealiasasikan pengisian Standard Guru Malaysia ke arah memartabatkan profesion keguruan. Bincangkan. iv. Perancangan pembangunan pendidikan ke arah kesempurnaan akses, kualiti dan ekuiti dalam pendidikan negara. Bincangkan. v. Profesion keguruan boleh menjadi cemerlang dengan menguatkuasakan lagi Akta Pendidikan 1996. Bincangkan. JUMLAH

12 Okt. 2012 12 Okt. 2012 19 Okt. 2012 3 Nov. 2012 18 Nov 2012

6 6 6

6 60

5.

PANDUAN MENULIS ESEI ILMIAH. Penulisan mestilah mematuhi format berikut: i. Format APA ii. Font: Times New Roman iii. Saiz: 12 iv. Spacing: 1.5 v. Margins: Atas 1 (inci) ATAU 2.5 cm Bawah 1" (inci) ATAU 2.5 cm Kanan 1 (inci) ATAU 2.5 cm Kiri 1.5 (inci) ATAU 3.0 cm vi. Bibliografi/ Sumber rujukan mestilah ada sekurang-kurangnya: 5 buah buku ilmiah 4 artikel dari jurnal (bercetak/ atas talian) 4 Sumber internet yang berwibawa. Dinyatakan di dalam esei dan bahagian bibliografi vii. Panjang: 18 - 20 halaman.

6.

SKALA PEMARKAHAN KERJA KURSUS


E-Forum (30%) Tahap perbahasan secara ilmiah yang cemerlang, penyampaian yang cemerlang & kemas, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik.

Artikel Ilmiah (30%) A Penulisan ilmiah yang cemerlang, menepati format, isi mencukupi, isi di olah dan dikembangkan dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. A- Penulisan ilmiah yang baik, menepati format, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa. B+ Penulisan ilmiah yang sederhana, menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan bahasa. B Penulisan ilmiah yang sederhana, menepati format, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Idea disusun dengan baik. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara). B- Penulisan secara ilmiah, kesalahan format yang minima (tidak lebih 2 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan

Tahap perbahasan secara ilmiah yang baik, penyampaian yang baik, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi yang baik. Tahap perbahasan ilmiah yang sederhana, penyampaian yang baik, menarik & kreatif, idea yang bernas, ada elemen interaksi. Tahap perbahasan sederhana, penyampaian yang baik, menarik dan idea yang bernas.

Ada perbahasan secara ilmiah, penyampaian yang baik & menarik dan ada idea yang kemas

dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara). C+ Penulisan secara ilmiah, kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkara). C Penulisan secara ilmiah, kesalahan format tidak melebihi 4 perkara. isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa tidak melebihi 7 perkara. D Penulisan lemah, kesalahan format melebihi 5 perkara. isi tidak mencukupi, isi tdak dihuraikan. Tiada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa melebihi 8 perkara. E Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.

Ada penjelasan, penyampaian yang sederhana, Ada idea sendiri yang baik.

Tahap perbincangan yang rendah, penyampaian sederhana dan sekadar ada, ada idea tetapi kurang kemas.

Tidak ada penjelasan, penyampaian yang tidak berkesan, idea yang tidak jelas.

Gagal melengkapkan tugasan & Tidak menjawab soalan.

7.

PERHATIAN & PERINGATAN!!!!!!! Segala perkara yang berkaitan dengan kursus ini adalah merujuk dan mengikut arahan Tutor E-Learning anda. Kehadiran dan penglibatan pada setiap tutorial adalah WAJIB. Ketidakhadiran boleh menyebab anda dihalang (bar) dari menduduki peperiksaan akhir. Karya anda mestilah asli dari idea anda sendiri. Plagiat adalah jenayah intelek yang boleh dikenakan tindakan tatatertib. Sentiasa AWAS dan PEKA dengan tarikh-tarikh yang berkaitan dengan penghantaran tugasan secara on-line. Sentiasa rujuk kepada pengumuman dari masa ke semasa. Pastikan tugasan dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan secara on-line. Serahan pos tidak dianggap sebagai bukti penghantaran. Kegagalan anda melengkapkan & menghantar tugasan adalah tanggungjawab anda sendiri dan menjejaskan markah & gred anda. Pastikan anda menjadi pelajar yang aktif. Semua peraturan adalah tertakluk kepada arahan Tutor E-Learning bagi kumpulan masing-masing.

PEMARKAHAN

RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013


KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR TAJUK ESEI ILMIAH

DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-_________

NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________ TARIKH SERAH: ________________

Anda mungkin juga menyukai