Anda di halaman 1dari 3

KPF 3012 – Perkembangan Pendidikan Malaysia – Falsafah dan Dasar

Kumpulan 1

Melalui penganalisaan kriteria falsafah pendidikan barat dan Islam, kaitkan hubungannya dengan
pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam melonjakkan kecemerlangan bidang
pengajian anda.

Kumpulan 2

Melalui penganalisaan kandungan, elemen-elemen, proses serta matlamat FPK, bincangkan


pengaplikasiannya ke dalam bidang pengajian anda.

Kumpulan 3 dan 10

“...Dan sesiapa yang menghidupkannya, maka sesungguhnya dia menghidupkan


manusia seluruhnya..” (ayat 32, al-Maidah).

Justifikasikan maksud terjemahan tersebut kepada aspek Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
berdasarkan Pemikiran dan Amalan dalam Profesion Keguruan.

Kumpulan 4

“...Guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari”.

Sebagai bakal guru, anda diminta menjustifikasikan peribahasa ini berdasarkan Dokumen Standard
Guru (DSG) dan Kod Etika Profesionalisme Keguruan.

Kumpulan 5

Berdasarkan bidang pengajian anda, bahaskan dasar pendidikan yang berkaitan usaha kerajaan
dalam pembangunan, penerapan insan dan pembentukan negara bangsa dalam pendidikan di
Malaysia.

Kumpulan 6

Berdasarkan penganalisaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dan agenda
Transformasi Nasional 2050 (TN50), kaitkan pelaksanaannya sebagai persediaan anda untuk menjadi
seorang guru.

Kumpulan 7

Bincangkan peranan guru dan murid dalam mencapai kehendak-kehendak pelaksanaan elemen
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) seperti yang dinyatakan dalam Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM)
Kumpulan 8

Justifikasikan perkembangan Kurikulum Sekolah Menengah di Malaysia berdasarkan Model-model


Tyler, Stenhouse, Taba dan trend terkini

Kumpulan 9

Sebelum memulakan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc), guru-guru perlu membuat dan
menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang disesuaikan dari Rancangan Pengajaran
Tahunan.

Bincangkan bagaimana anda menggunakan 3 domain objektif kurikulum dengan mengaitkan


Dokumen Standard Kandungan dan Dokumen Standard Pentaksiran untuk penulisan yang betul dan
tepat.

ARAHAN:

Berdasarkan tajuk yang diberi :


 Pelajar akan menghasilkan satu tugasan/artikel secara berkumpulan (sperti yang telah
ditetapkan)
 Perbincangan perlu ditunjukkan dalam ruangan ‘Forum’ di MyGuru (rujuk kumpulan masing-
masing. Lain-lain pendekatan perbincangan seperti perjumpaan, perbincangan kecil atau
sebagainya boleh dijalankan berdasarkan persetujuan ahli kumpulan kecil.

Bentuk penulisan :
i. Secara ilmiah (format artikel) - Sumber boleh diperolehi dari pelbagai bentuk seperti website,
tesis, majalah, artikel jurnal dan persidangan, akhbar, video dll.
ii. Font Times New Roman/Calibri/, saiz font 12 (tajuk) dan 11 bagi penulisan.
iii. Langkau 1.5
iv. Panjang 15 – 20 muka surat tidak termasuk rujukan/lampiran
v. Glosari
vi. Bibliografi
a) Mengikuti format APA

Hasil akhir juga perlu dihasilkan dalam format slaid pembentangan, seperti MsPowerPoint, Prenzi
Presentation atau lain-lain yang difikirkan menarik.

Tugasan MESTI dimuatnaik oleh Ketua atau Wakil setiap kumpulan secara ‘online’ di tapak MyGuru2
selewat-lewatnya pada akhir minggu ke 13.
Skala Pemarkahan Kerja Kumpulan

Gred Kriteria Projek Analisis Kurikulum


A Menepati format penulisan kajian ilmiah, isi mencukupi, isi di olah dan dikembangkan
dengan baik, ada contoh yang baik dan konkrit. Ada idea asli yang bernas, kreatif dan kritis.
Idea tersusun dengan kemas. Tiada kesalahan bahasa.
A- Menepati format penulisan kajian ilmiah, isi mencukupi, isi dikembangkan dengan baik, ada
contoh yang konkrit. Ada idea asli yang bernas. Idea tersusun dengan kemas. Tiada
kesalahan bahasa.
B+ Menepati format penulisan kajian ilmiah, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh.
Idea disusun dengan baik. Tiada kesalahan bahasa.
B Menepati format penulisan kajian ilmiah, isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh.
Idea disusun dengan baik. Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 3 perkara).
B- Menepati format penulisan kajian ilmiah, kesalahan format yang minima (tidak lebih 2
perkara), isi mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea sendiri. Kesalahan bahasa
minima (tidak lebih dari 3 perkara).
C+ Ada penulisan kajian ilmiah, kesalahan format yang minima (tidak lebih 3 perkara), isi
mencukupi, isi di huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain.
Kesalahan bahasa minima (tidak lebih dari 5 perkara).
C Ada penulisan kajian, kesalahan format tidak melebihi 4 perkara. isi mencukupi, isi di
huraikan dan ada contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa tidak
melebihi 7 perkara.
C- Kesalahan format melebihi 5 perkara. isi tidak mencukupi, isi tdak dihuraikan. Tiada
contoh. Ada Idea yang diambil dari sumber lain. Kesalahan bahasa melebihi 8 perkara.
D/E Tidak diserah pada waktu yang ditetapkan. Tidak lengkap.

Anda mungkin juga menyukai