Anda di halaman 1dari 1

Ahmad Rifhan Zikry Bin Hanafi D20171079047

PENDIDIKAN PERGERAKAN QJI 3011


KUIZ – (10%)
Arahan: Sila jawab semua soalan dalam Myguru (Online)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan pergerakan?


Pendidikan pergerakan adalah pergerakan yang melibatkan pergerakan-pergerakan
asas seperti berjalan,berlari, melompat dan mengawal tubuh badan.

2. Jelaskan pergerakan asas dalam pendidikan pergerakan ?


Antara pergerakan asas dalam pendidikan pergerakan adalah gimnastik irama,
gimnastik pendidikan, gimnastik artistik dan pergerakan kreatif.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan rangkaian pergerakan aliran bebas ?


Rangkaian pergerakan aliran bebas merupakan pencatuman beberapa pergerakan yang
dilakukan secara licin, lancar dan berterusan tanpa henti.

4. Apakah perbezaan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif


alatan ?
Lokomotor – Pergerakan yang memerlukan seseorang bergerak dari satu tempat ke
satu tempat yang lain contohnya seperti berjalan, berlari dan melompat. Pergerakan
akan berubah mengikut corak daripada pelaku.

Bukan lokomotor – Pergerakan yang tidak mengubah kedudukan dasar menyokong


pelaku pergerakan. Ia tidak bergerak contohnya seperti membongkok, memusing dan
menarik sesuatu.

Manipulasi alatan – Kemahiran asas yang dapat menyesuaikan diri pelaku dengan
menggunakan alatan iaitu bagaimana cara pelaku untuk menggayakan dan
menggunakan alatan dengan cekap untuk membentuk pergerakan. Dalam konteks ini,
kemahiran menggunakan alatan sangat diperlukan. contohnya menggunakan gelung
rotan dalam pergerakan.

SOALAN TAMAT
SELAMAT MENJAWAB

Anda mungkin juga menyukai