Anda di halaman 1dari 4

Soalan 1 (A) Berdasarkan pernyataan diberikan, bagaimanakah seseorang guru dapat

memastikan pelajar menguasai fakta sejarah melalui kecerdasan pelbagai?


Kecerdasan merupakan anugerah yang diberikan oleh Tuhan kepada setiap insan.
Istilah kecerdasan ini sering dikaitkan dengan kemampuan seseorang untuk bertindak, bekerja,
menghitung matematik, mengukur, membaca cepat, berbahasa asing dengan lancer,
memecahkan masalah, bekerjasama, sabar, IQ di atas rata- rata, pengambilan keputusan dan
mengerjakan banyak hal sekaligus. Menurut Kamus Dewan dan Pustaka, kecerdasan
bermaksud kesempurnaan akal untuk berfikir, mengerti dan lain- lain seperti kepandaian,
kepintaran dan kecerdikan. Menurut Nur Amirah Zulkifli dan Norizwani Ibrahim (2010), pada
tahun 1983, seorang ahli psikologi barat iaitu Howard Gardner telah mengasaskan satu teori
yang berkaitan kecerdasan, iaitu Teori Kepelbagaian Kecerdasan melalui bukunya Gardner,
Frames of Mind. Dalam buku Frames of Mind: The Theory of Multuple Intelligences.,Howard
Gardner mendefinisikan Teori Kecerdasan Pelbagai seperti ini. An intelligences entails the
ability to solve problems or fashion product that are of consequence in a particular cultural
setting. The problem- solving skill allows one approach a situation in which a goal is to be
obtained and to locate the appropriate route to that goal.(david G.Lazear, 1991:xi) Maksudnya,
kecerdasan adalah kebolehan untuk menyelesaikan masalah ataupun mencipta produk yang
dihargai oleh sesuatu budaya.
Selain Howard Gardner terdapat beberapa ahli sarjana yang telah memberi pandangan
mereka terhadap Teori Kecerdasan Pelbagai ini. Dalam buku Murid dan Alam Belajar (2012),
Francis Galton (1869) berpendapat bahawa kecerdasan ialah sesuatu yang diwarisi.
Sehubungan itu, beliau percaya bahawa sesetengah bangsa akan lebih maju kerana memiliki
kecerdasan yang melebihi bangsa lain dan sebaliknya. Menurut Aristotle pula kecerdasan
bergantung pada daya imaginasi, persepsi dan kecerdikan yang pantas. Dalam buku yang
sama Alfert Binet membincangkan pendapat tentang konsep kecerdasan. Beliau berkata
bahawa seseorang pemahaman terhadap kecerdasan dapat / boleh difahami melalui
pengamatan terhadap proses berfikir yang kompleks. Selanjutnya, ahli psikologi, iaitu Lewis
Terman menganngap bahawa kecerdesan diwarisi, mengikut etnik dan gender serta
kecerdasan yang rendah dikaitkan dengan kumpulan bermoral rendah. Menurut Mok Soon
Sang (2008/10) ahli psikologi Robert Sternberg berpendapat bahawa kecerdasan pelbagai
adalah sesuatu yang berkaitan dengan pemprosesan maklumat. Beliau mengakui bahawa
seseorang individu tidak semestinya mempunyai satu kecerdasan sahaja. Beliau berkata
bahawa terdapat sesetengah individu yang mempunyai pelbagai jenis kecerdasan dengan
menunjukkan tahap kecerdasan yang sangat tinggi. Dalam buku Pengajaran dan Pembelajaran
Daripada Pelbagai Perspektif, David Perkins dari Harved mendefinisikan kecerdasan sebagai
keupayaan dalam menyelesaikan masalah yang kompleks, mengembangkan kepakaran dalam
bidang yang berasingan dan merancang, memantau dan menilai sesuatu perkara itu dalam
tindakan refleksi. Menurut Nur Amirah Zulkifili dan Norizan Abdul Rahim (2010) terdapat
pelbagai jenis kecedasaan yang dimiliki oleh seseorang sepeerti kecerdasan bahasa, muzik,
pergerakan, visuvalisasi dan lain-lain. Setiap individu yang memiliki kecerdasan ini mempunyai
ciri- cirri keistimewaan yang tertentu. Individu ini mempunyai kecenderungan untuk
mengembangkan bakat atau kebolehan yang mereka perolehi sekiranya dilatih dan diasah
dengan cara yang betul.Walaubagaimanapun, kecerdasan ini tidak akan menyerlah sekiranya
ia tidak digilap atau dibiarkan mati tanpa tunjuk ajar yang seharusnya. Menurut Wong (2011),
menyatakan bahawa setiap kecerdasan pelbagai ini adalah berasingan dan tidak saling
bergantung. Ini bermaksud, seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi
cemerlang dalam bidang lain. Kesimpulannya, setiap individu mempunyai Kecerdasan Pelbagai
yang tersendiri dan kecerdasan tersebut boleh dipupuk melalui pengalaman hidup yang
dilaluinya sama ada pengalaman tersebut berlaku secara formal ataupun tidak formal. Namun,
kegagalan dalam mengenal pasti kecerdasan tersebut akan memberi kesan terhadap
pengurusan sumber manusia dalam pendidikan negara (Ismail,2007).
Dalam buku Frames of Mind: The Theory of Multuple Intelligences Howard Gardner telah
mengemukakan lapan jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur
potensi kecerdasan manusa, kanak- kanak dan dewasa. Anatara lapan peringkat kecerdasan
yang dikenal pasti oleh Howard Gardner ialah kecerdasan verbal linguistik, logikal-matematik,
visual ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalistik. Teori Kecerdasan
Pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan
perkembangan psikologi, antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia.
Pendapat yang dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan
seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Kecerdasan seseorang tidak
semestinya melibatkan kesemua kecerdasan yang dinyatakan oleh Howard Gardner.
Walauubagaimanapun, terdapat juga mereka yang mempunyai tahap kecerdasan dalam
kesemua lapan kecerdasan yang disenaraikan. Kecerdasan yang dinyatakan dalam teori
kepelbagaian kecerdasan mempunyai perkaitan antara kecerdasan tersebut. Oleh itu, dalam
konteks pendidikan guru harus memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti dalam
pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri
daripada lapan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Howard Gardner. Oleh itu, guru Sejarah
perlu menitikberatkan kecrdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah bagi
memastikan pelajar menguasai fakta sejarah dengan lebih berkesan serta menjadikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran itu dijalankan dengan seronok dan tidak membosankan minat
pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah serta tidak tertumpu pada satu jenis kecersasan
sehingga membosankan.




Dengan itu, dapatlah disimpulkan bahawa kecerdasan ialah keupayaan untuk memperoleh dan
menggunakan pengetahuan untu menyelesaikan masalah dan menyesuaikan dengan
persekitaran.
Menurut Salhah Abdullah (2009), Teori Kecerdasan Pelbagai oleh
Howard Gadner menghuraikan hingga lapan kecenderungan potensi
seseorang individu. Potensi individu berdasarkan kecerdasan pelbagai
menjadi maklumat dalam membantu individu tersebut mengetahui tahap
potensi diri mereka sendiri.




Dalam buku Frames of Mind: The Theory of Multuple Intelligences Howard Gardner telah
mengemukakan lapan jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur
potensi kecerdasan manusa, kanak- kanak dan dewasa. Teori Kecerdasan Pelbagai yang
diperkenalkan oleh Howard Gardner lebih kepada aspek kognitif dan perkembangan psikologi,
antrapologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Pendapat yang
dikemukakan oleh Howard Gardner menunjukkan bahawa kecerdasan seseorang dapat
ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Beliau telah menyenaraikan lapan kecerdasan
yang terdapat pada seseorang. Anatara lapan peringkat kecerdasan yang dikenal pasti oleh
Howard Gardner ialah kecerdasan verbal linguistik, logikal-matematik, visual ruang, kinestetik,
muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalistik. Kecerdasan seseorang tidak semestinya
melibatkan kesemua kecerdasan yang dinyatakan oleh Howard Gardner.
Walauubagaimanapun, terdapat juga mereka yang mempunyai tahap kecerdasan dalam
kesemua lapan kecerdasan yang disenaraikan. Kecerdasan yang dinyatakan dalam teori
kepelbagaian kecerdasan mempunyai perkaitan antara kecerdasan tersebut. Dalam konteks
pendidikan guru memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan
pembelajaran supaya dapat memenuhi keperluan kecerdasan iaitu yang terdiri daripada lapan
kecerdasan yang diperkenalkan oleh Howard Gardner.

Anda mungkin juga menyukai