Anda di halaman 1dari 2

P age |1

REFLEKSI : TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN (SGDT 4013)

Alhamdulillah, semester satu bagi sesi 2018/2019 berjalan dengan baik. Bagi subjek ini,

saya mempelajari tentang cara mengaplikasikan teknologi dalam pendidikan. Selain itu, melalui

projek yang lepas, kami diajar untuk mengkaitkan teknologi dan inovasi dalam pendidikan. Saya

sangat bersyukur kerana berpeluang untuk mempelajari subjek IT ini dan diajar oleh dua doktor

yang tidak kurang hebatnya iaitu Dr. Siti Nazuar dan Dr. Farah.

Sepanjang 12 minggu pengajian, kami didedahkan dengan pelbagai jenis ilmu teknologi.

Bagi kursus ini sebanyak enam puluh peratus markah yang akan diberikan untuk kerja kursus dan

aktiviti yang dijalankan manakala empat puluh peratus lagi akan diambil melaui peperiksaan akhir

yang merangkumi sukatan pelajaran bagi kursus ini.

Melalui kursus ini, kami mempelajari pelbagai jenis aplikasi yang boleh digunakan dalam

pembelajaran dan pengajaran. Antaranya ialah Kahoot, Quizzlet dan Quizzez. Aplikasi-aplikas i

ini sangat sesuai digunakan setelah habis sesi pembelajaran pada hari tersebut sebagai satu medium

untuk guru menganalisa pengetahuan dan pemahaman pelajar bagi subjek yang diajar pada hari tu.

Selain itu, bagi memantapkan lagi pemahaman kami, dengan aplikasi ini juga kami kaitkan

dengan projek yang telah kami jalankan seperti Kahoot dan Powtoon sebagai platform untuk

memberi maklumat tentang kesedaran LGBT.

Seterusnya, kami juga mempelajari tentang penyediaan e-portfolio. E-portfolio ini

merupakan portfolio atas talian. Ia lebih verstail dan menarik minat majikan untuk mengamb il

sesorang individu itu bekerja. Kami juga diajar untuk menggunakan Weebly dan Pathbrite sebagai

aplikasi e-portfolio. Sebagai bakal pendidik abad ke-21, saya sangat bersyukur kerana saya
P age |2

memilih kursus PGDE ini kerana saya berpeluang untuk mempelajari subjek Teknologi dan

Inovasi terutama dalam bidang pendidikan.

Kesimpulannya, sesi pembelajaran bagi kursus ini sangat menarik bagi saya kerana saya

belajar cara untuk mengaplikasikan teknologi dalam pendidikan. Sebagai bakal pendidik terutama

bagi Pendidikan Abad ke-21, ianya merupakan pendedahan awal bagi saya. Penggunaan teknologi

yang baik sangat penting pada abad ini dalam mencorak pendidikan dan perkembangan kanak-

kanak.

Anda mungkin juga menyukai