Anda di halaman 1dari 2

Yang dimuliakan Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-

guru, dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera dan Salam Malaysia MADANI. Hadirnya
saya di pentas yang indah ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Teknologi
dalam Era Pendidikan’.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, teknologi dapat diertikan sebagai aktiviti
atau kajian yang menggunakan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan,
perniagaan dan lain-lain manakala menurut Profesor Dr Sidek Baba dalam bukunya yang
berjudul Pendidikan Rabbani, pendidikan ialah proses memberikan asas asuh, pupuk dan bentuk.
Murid tidak semata-mata menerima pengetahuan, maklumat dan ilmu,sebaliknya diasuh tampil
cemerlang dari sudut ilmu, peribadi dan akhlak.

Dapatlah saya nyatakan di sini bahawa klausa Teknologi dalam Era Pendidikan boleh
diertikan sebagai aktiviti atau kajian yang menggunakan sains dalam proses memberi asuhan
dan mendidik.Hari ini, saya akan mengupas tentang cara-cara teknologi menjadi wahana
penting dalam era pendidikan.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Pendekatan menggunakan teknologi dalam pendidikan ini dapat meningkatkan


keberkesanan objektif dan hasil pembelajaran. Pembelajaran menggunakan teknologi
merupakan salah satu inovasi dalam sistem pendidikan yang diperbaharui bertujuan untuk
penambahbaikan sistem pendidikan yang sedia ada. Para guru dapat membuat persiapan dan
bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui
cara ini guru dapat mencari maklumat- maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih
baik seterusnya dapat menyampaikan kepada murid secara berkesan. Guru lebih kreatif dan
inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti
pendekatan pembelajaran, strategi dan penggunaan bahan bantu mengajar. Contohnya,
aktiviti melibatkan penggunaan multimedia, video interaktif, bahan maujud, Internet dan
bahan media yang lain.

Hadirin sekalian,

Teknologi juga dapat meningkatkan kecekapan para guru dan prestasi murid. Dalam
kajian terbaharu di Malaysia, penggunaan teknologi dalam pendidikan telah membantu
meningkatkan tahap kecekapan guru dan prestasi pelajar. Aplikasi Berbantu Al menggunakan
teknologi Kecerdasan Buatan (Al) dapat membantu pelajar dalam pembelajaran. ChatGPT,
Canva, dan Microsoft Designer ialah beberapa contoh Aplikasi Berbantu A1. CharGPT
merupakan platform yang membantu pelajar mencari jawapan bagi soalan yang mereka
tanyakan manakala Canva dan Microsoft Designer pula perisian yang dapat membantu pelajar
membuat bahan visual seperti poster dan carta. Penggunaan teknologi dalam pendidikan ini
telah membuka peluang untuk pembelajaran yang lebih efektif dan menyeronokkan kepada
murid-murid.
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan juga dapat memberi peluang


pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah
kelas, tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang
diajar oleh guru. Justeru itu melalui penggunaan teknologi murid-murid dapat memahami
perkara yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih
menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan teknologi tersebut.

Penggunaan teknologi dalam pendidikan juga dapat mewujudkan hubungan sosial yang
baik antara para pendidik dan pelajar. Penggunaan teknologi media ini juga merupakan salah
satu usaha yang memudahkan para pendidik untuk membantu meningkatkan kefahaman pelajar
terhadap pelajaran yang disampaikan walaupun tanpa perlu bersemuka. Contoh yang paling
ketara ialah semasa pandemik COVID-19 yang melanda di seluruh Malaysia, teknologi
digunakan semaksimum mungkin untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran secara
dalam talian bagi menggantikan proses pengajaran dan pembelajaran bersemuka seperti
penggunaan aplikasi Google Classroom, Google Meet, Telegram dan sebagainya.

Kesimpulannya, jelaslah menunjukkan penggunaan teknologi amat penting untuk


melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi kerana dapat memberi manfaat dan
kebaikan terutama dalam pendidikan.

Sekian, terima kasih..

Anda mungkin juga menyukai