Anda di halaman 1dari 1

Pergi Ke ladang di pinggir titi,

Untuk menuai buah markisa;


Berbudi bahasa amalan berkualiti,
Berbudi bahasa menunjukkan bangsa.

Yang dihormati Tuan Pengerusi majlis, para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan
rakan-rakan yang dihormati. Selamat pagi dan salam Malaysia MADANI. Berdirinya saya
di sini adalah untuk membawa anda semua bersama-sama menyelami maudu‟ pidato yang berbunyi
"Budi Bahasa, Budaya Kita".

Hadirin yang dihormati,

Sebagai rakyat Malaysia, saya yakin bahawa kebanyakan rakan di sini pernah
mendengar ungkapan ' Budi Bahasa Budaya Kita '. Tetapi, adakah anda mengetahui
maksud ungkapan ini? Ungkapan ' Budi Bahasa Budaya Kita ' ini merupakan satu kempen
yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia bagi menyerapkan sikap budi bahasa dalam
kehidupan golongan masyarakat.

Sebenarnya, sikap berbudi bahasa bukanlah susah sangat. Perbuatan mudah seperti
mengucapkan terima kasih dan memberi salam juga dikira sebagai bersikap budi bahasa.
Walau bagaimanapun, pihak kerajaan masih menganjurkan kempen ' Budi Bahasa Budaya
Kita' kerana golongan muda sekarang semakin terlibat dalam masalah sosial dan tidak lagi
menghormati orang yang lebih tua daripada mereka.

Hadirin dan hadirat,

Dengan bersikap budi bahasa, seseorang memperoleh banyak manfaat. Namun, faedah
yang paling utama dengan bersikap berbudi bahasa ialah seseorang akan disukai oleh orang
ramai. Jika kita selalu membantu orang yang berada dalam kesusahan, orang lain juga akan
membantu kita apabila kita memerlukan pertolongan.

Sebelum saya menamatkan bait-bait bicara saya, izinkan saya menghadiahkan


serangkap pantun,

Sedap makan kacang kelisa,


Buah peria pahit dan maung,
Budi bahasa menggabungkan etnik bangsa,
Malaysia MADANI sama bernaung.

Justeru, gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan


masyarakat yang bertamadun ,kaya dengan budi bahasa dan memiliki minda kelas pertama.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai