Anda di halaman 1dari 3

Pidato : Berbudi Bahasa Memartabatkan Bangsa

Terima kasih diucapkan kepada peneraju majlis,

Barisan panel hakim penjunjung kesaksamaan,

Penjaga masa penghitung detik perjalanan,

Para pendidik dan seterusnya rakan-rakan yang saya kasihi.

Selamat pagi dan salam 1 Malaysia bagi kita semua.

Arena ini saya lakari dengan sebuah pidato berpaksikan Tajuk “Berbudi Bahasa


Memartabatkan Bangsa”. Izikan saya mentakrifkan tajuk saya pada hari ini

Sidang hadirin yang saya muliakan,

Mengupas tafsiran budi bahasa:


Profesor Doktor Sidek Baba menyatakan budi bahasa bermaksud amalan memupuk sikap
kesalingan menggunakan bahasa yang baik, tanda hormat, penghargaan , terima kasih dan
faham akan martabat seseorang. Budi bahasa adalah gambaran pancaran hati jernih yang
diungkap secara baik dan mesra serta memberi kesan kepada orang lain.
Nah, sudah terang lagi bersuluh;
Menurut Kamus Dewan Edisi 4 muka surat 212 budi bermaksud akal, kebijaksanaan.
Manakala dalam muka surat 106, bahasa pula bermaksud percakapan dan tingkah laku yang
baik dan sopan santun.

Menyusuri hujah pertama, meninjau sudut agama:


             Sesungguhnya budi bahasa itu asas ajaran agama. Melaluinya, terjalin silaturahim
ummah, memupuk rasa mahabbah dan ukhwah, mengelak permusuhan dan perpecahan, apa
lagi pergaduhan!

  Sifat persaudaraan dapat disubur, sifat bongkak dapat dikubur, wujudkan


masyarakat beradab, hapuskan masyarakat biadap. Insya-Allah, semangat perpaduan
tidakkan mati, kerana agama menjunjung pekerti, masyarakat sejagat menjadi harmoni,
impian ummah menjadi realiti.

Meneruskan perjalanan, hujah kedua; berfokus aspek pendidikan:

1
             Kata orang, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Semenjak kecil, kita dididik,
kita dilentur agar budi bahasa tidakkan luntur, agar sopan-santun Melayu, tidakkan layu.
Kanak-kanak,  sebelum meningkat remaja mudah dididik agar berbudi bahasa dan
berperangai baik.
             Menghormati orang yang lebih tua menjadi budaya, mencium tangan mereka
menjadi amalan, bertutur secara lemah lembut lagi bersopan, diajar tidak melawan, dan jika
melakukan kesilapan, segera pula bermaaf-maafan.
             Kementerian Pelajaran Malaysia juga,  memain peranan, mengetengahkan mata
pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan melatih, memupuk dan
memastikan perkembangan sahsiah pelajar bertunjangkan
nilai-nilai budi bahasa yang terbaik.
                 
Warga dewan yang berwawasan.

Hujah seterusnya, merenungi bersama prinsip Rukun Negara yang kelima : Kesopanan
dan Kesusilaan.

             Bangsa Melayu merupakan etnik yang erat hubungan kemasyarakatan, mempunyai
persefahaman, memiliki penuh cirri-ciri ketimuran, lemah-lembut serta penyayang. Ciri-ciri
budi bahasa inilah yang menjadi ikon dan roll-model yang ideal kepada semua kaum di
Malaysia, dalam mengaplikasi dan merealisasi prinsip Rukun Negara kelima; Kesopanan
dan Kesusilaan sebagai mercu tanda identiti kebangsaan.

             Fenomena ini telah membuatkan para pelancong dan tetamu dari luar negara
terpikat dengan budi bahasa rakyat Malaysia, memberikan gambaran positif yang ketara,
yang pastinya memberikan impak memajukan sektor pelancongan negara.

Ayuh, kita teruskan dengan merintis hujah seterusnya, aspek sosial pula:
              Budi bahasa amalan kita,  setiap masa, di mana-mana sahaja. Di rumah atau di
sekolah, di desa atau di kota raya, malahan di pasar raya atau  di jalan raya. Semasa
memandu kenderaan, sikap bertimbangrasa mengelakkan  kemalangan. Sikap berhemah
mengurangkan samseng jalanan. Sikap tidak sabar patut dijadikan iktibar.

2
             Dalam aspek penggunaan kemudahan awam; telefon, tandas,  lampu dan
sebagainya, sikap cermat dan berhemah dapat menyelamatkan harta benda milik bersama,
tidak berlaku pembaziran, dan mampu dimanfaatkan tatkala kecemasan.
             Dalam konsep kejiranan, amalan bantu-membantu tanpa mengira waktu. Yang dekat
dikunjungi, yang jauh dikhabari. Kata peribahasa “ Orang berbudi, kita berbahasa, orang
memberi, kitapun sama merasa” Sambutlah amalan mulia, “Budi Bahasa Amalan Kita”

             Bukan kupandang indah di mata,


                         Kerana hati telah bertaut;
Bukan kupandang intan permata,
                         Kerana budi, hati terpaut.

Warga dewan yang budiman,

Kembara hujah  di penghujung jalan, sejenak saya merumus kesimpulan:

             Agenda kita,   marilah sama-sama memperkasa, amalan berbudi bahasa sepanjang
masa, kerana budi bahasa merupakan aset warisan bangsa.
             Sesungguhnya masyarakat yang  berbahasa, cerminan martabat bangsa.
Masyarakat yang berbudi, cerminan bangsa yang berperibadi.
             Hujah saya setakat ini. Puteri Skawah mengundur diri. Salam permisi.
Wassalamualaikum wbk.

Anda mungkin juga menyukai