Anda di halaman 1dari 8

Lirik

Ibu bapa dan kaum keluarga Saudara terdekat jiran tetangga Sayang menyayangi bertegur sapa Ketulusan ikatan sepanjang usia Para guru rakan sekolah Turut warnai kehidupan kita Ilmu ditimba pengalaman bertambah Pergaulan sihat peribadi ceria Bangsa Malaysia berhemah tinggi Ramah dan mesra elok pekerti Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi Bertimbang rasa hormat-menghormati Kita berkhidmat jujur dan ikhlas Mencurah bakti tak minta dibalas Harapan rakyat satu amanah Budi bahasa budaya kita

Budi Bahasa Budaya Kita


Budi Bahasa Budaya Kita

Kempen Budi Bahasa yang dilancarkan pada 11 Jan 2005 merupakan agenda lima tahun kerajaan dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi bahasa.

Perbuatan Tidak Berbudi Bahasa Situasi di mana pemandu tidak bertimbang rasa di jalan raya, Orang ramai membuang sampah sesuka hati, Memotong barisan tabiat memandu yang kurang sopan dan merbahaya Tidak memohon maaf apabila melakukan kesilapan, Bercakap kasar dengan pelanggan / kekasaran terhadap para pelanggan Merokok di kawasan larangan merokok ialah kurangnya perasaan sivik terhadap harta benda awam Senyuman Ikhlas Malah budi bahasa yang paling asas iaitu melemparkan senyuman dan mengucapkan terima kasih masih sukar dilihat dalam masyarakat kini. Beberapa pakar berkata kempen itu, yang kini dinamakan program Budi Bahasa dan Nilainilai Murni, baik tujuannya dan memang perlu diteruskan biarpun keberkesanannya belum meluas.

Rakyat Kelas Pertama Dapat kita rasakan bahawa ungkapan first class infrastructure, third class mentality itu tepat menggambarkan kerisauan ramai rakyat Malaysia tentang keadaan negara pada masa ini. Ekonomi negara terus berkembang pesat; penggunaan teknologi semakin berleluasa; jalan raya diperbanyakkan dan diperluaskan; dan banyak kawasan dibangunkan untuk perumahan dan perindustrian moden.

Namun, cara pemikiran kita dan peradaban kita tidak mengalami kemajuan yang sama, malah seolah-olah semakin mundur. Kita menghadapi satu senario di mana sifat-sifat luhur serta kesantunan budi bahasa yang dulu menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia semakin terhakis. identiti dan jati diri masyarakat Malaysia semakin luntur. Budi Pekerti Asas Utama Kepincangan ini telah melahirkan beberapa sindrom negatif yang kini dipandang seakan-akan satu kebiasaan di kalangan masyarakat Malaysia. Namun, pada hakikatnya, kita telah meletakkan budi pekerti sebagai satu asas dan tunjang dalam pelbagai dasar dan falsafah pembangunan negara, dari Rukun Negara sehinggalah kepada Wawasan 2020. Jelaslah bahawa aspirasi kita dalam bidang pembangunan minda dan rohaniah tidak sejajar dengan realiti kehidupan kita masa kini.
Dalam kesibukan kita sehari-hari, kita mungkin semakin lupa untuk memupuk ciri-ciri keperibadian luhur, baik untuk diri kita sendiri ataupun untuk anak-anak kita. Sebelum budaya masyarakat kita merosot lagi, kita harus sedar dan mempelajari serta mempraktikkan semula nilai-nilai dan budi bahasa warisan kita. Usaha ini harus dimulakan pada peringkat diri sendiri, peringkat keluarga dan pada peringkat masyarakat.

Nilai-nilai Murni Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni ini merupakan agenda penting kerajaanuntuk menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni kedalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Kempen ini diharap dapat memperkukuhkan kembali kekuatan peribadi dan jati diri setiap individu. Negara akan menjadi agung jika warganya terdiri dari insan-insan yang mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segi kebendaan tapi muflis dari segi keperibadian.

Aktiviti Yang Dijalankan 1.Mengenang Jasa Ibu Dan Bapa (Kekeluargaan) Mengadakan aktiviti seperti makan sekeluarga, menghormati ibu dan bapa, meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa, pertandingan sajak, pertandingan bergambar dan minggu keluarga. 2. Pelajar Berbudi Bahasa (Pembelajaran) Mengadakan pertandingan pidato, bahasa, pantun, drama, sketsa, choral speaking,boria, dikir barat, kuiz, nasyid, Kembara Budi Bahasa, melukis, animasi, Anugerah Asrama Terbilang dan Kem Jatidiri. 3. Berbudi Bahasa (Kemasyarakatan) Mengadakan aktiviti seperti Minggu Budi Bahasa, Kenali Jiran Anda dan Kempen Pemanduan Bersopan. 4. Senyum dan Terima Kasih (Perkhidmatan) Mengadakan kempen 'Kenali Saya' bagi anggota penguatkuasaan dan perkhidmatan kaunter supaya mengamalkan budaya senyum, memperkenalkan diri dan mengucapkan terima kasih. 5.Cintai Alam Sekitar, Flora dan Founa Mengadakan aktiviti seperti gotong-royong 'Sungaiku Bersih Alamku Permai', 'Tandas Bersih',' Kampung Indah Masyarakat Ceria','Anugerah Bandar Berbudi Bahasa', 'Anugerah Gerai/Pasaraya Terbaik' dan 'Anugerah Untuk Perusahaan Kecil' Kempen ini perlu diadakan kerana kedapatan di kalangan masyarakat masa kini nilai-nilai dan amalan hidup yang kasar, yang tidak berbahasa, yang tidak mengendahkan tatasusila dan beradab. Cara memberi khidmat, cara melayani pelanggan atau orang ramai oleh kakitangan kaunter hadapan di jabatan-jabatan kerajaan seterusnya menimbulkan tidak puas hati di kalangan orang ramai. Kempen Budi Bahasa Budaya Kita Kini kita bergerak untuk mengutip kembali warisan yang sangat berharga itu. Kempen Budi Bahasa Budaya Kita adalah satu gelombang yang diharap akan mengembalikan rakyat kepada asas hidup berbudaya negara ini. Kempen Budi Bahasa Budaya Kita adalah sepenting dan sebesar Wawasan 2020, destinasi impian yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri. Cuba lihat kembali cabaran-cabaran Wawasan 2020 menjadi negara maju dalam acuan budaya kita.

Untuk tidak kelihatan terlalu besar dan menakutkan, lihat saja budi bahasa dalam konteks kehidupan seharian semua kelas sosial dalam masyarakat. Amalan-amalan budi bahasa yang mudah dilakukan misalnya menyambut tetamu, melayan tetamu dan tatacara tidak rasmi ketika bertemu. Budi dan bahasa tidak akan terbalas dan bukan untuk dibalas. Budi dan bahasa yang baik akan terus kekal menjadi kenang-kenangan. Pantun Budi Dari Daik pulang ke Daik Sehari-hari berkebun pisang Budi baik dibalas baik Dalam hati dikenang orang Tanam lenggun tumbuh kelapa Terbit bunga pucuk mati Budi tuan saya tak lupa Sudah terpaku di dalam hati Tenang-tenang air laut Sampan kolek mudik ke tanjung Hati terkenang mulut menyebut Budi baik rasa nak junjung Kapal belayar dari Arakan Ambil gaji jadi jemudi Mati ikan kerana umpan Mati saya kerana budi Burung Serindit terbang melayang Mari hinggap di ranting mati Bukan ringgit dipandang orang Budi bahasa rangkaian hati

Budi Bahasa Budaya kita


By Editor April 15, 2010

Oleh SUTUNG UMAR RS Budi diberi erti oleh Kamus Dewan sebagai; 1. Akal, kebijaksanaan; 2. perangai akhlak, watak, sifat baik, perbuatan baik, kebajikan merasa berterima kasih terhadap kebaikan orang tidak lupa akan kebaikan orang; 4. Bicara, daya upaya, adat istiadat, tingkah laku, akal, perangai, tabiat. Berbudi bermakna; 1. Berakal, bijaksana; 2. Berkelakuan baik, baik akhlaknya, sopan; 3.baik hati, pemurah. Berdasarkan kepada makna yang diberikan oleh Kamus Dewan itu wajarlah apa-apa yang sedang terjadi dan dilaksanakan oleh pemerintah masa kini dengan Kempen Budi Bahasa yang begitu meluas. Pelbagai poster dan iklan, dalam pelbagai media elektronik mahupun cetak yang memaparkan slogan kempen Budi Bahasa Budaya Kita. Sekali imbas kempen itu seolah-olah tidak memberi makna yang besar kepada individu, kumpulan mahupun masyarakat kita umumnya masih banyak perlakuan zalim, pencerobohan dan tindakan yang tidak berbudi bahasa terjadi dalam masyarakat kita sama ada pada peringkat individu biasa mahupun yang mempunyai kedudukan. Apapun kempen itu pada hakikatnya amat penting sekali agar penduduk, rakyat iaitu individu, kumpulan mahupun masyarakat kita pada keseluruhannya hidup dalam keadaan berbudi. Memang hal yang seperti itu tidak mudah mencapai matlamatnya, namun dengan kempen yang seperti itu dan dilaksanakan secara terus menerus setidak-tidaknya menunjukkan masih ada manusia mahupun kumpulan dalam masyarakat kita yang melihat bahawa gejala buruk, dalam apapun bentuknya yang terjadi dalam masyarakat kita adalah berpunca daripada ketiadaan budi, berpunca daripada ketiadaan akal, ketiadaan kebijaksanaan, menularnya perangai-perangai dan tabiat yang buruk. Dalam perbendaharaan Melayu ada banyak frasa mahupun kata-kata yang mendukung hidup berbudi seperti misalnya orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Ataupun Yang kurik kundi, (kundi itu sejenis buah semacam buah saga tetapi kurik, ataupun berbelang-belang, banyak yang tak tahu menulisnya sebagai kendi) yang merah saga, yang baik budi, yang indah bahasa Dalam sebuah pantun budi yang amat tinggi mutunya telah diperturunkan oleh pujangga Melayu tak bernama: Pisang emas di bawa belayar, masak sebiji di atas peti; Hutang emas boleh dibayar,hutang budi dibawa mati Begitulah penting dan besarnya makna dsan hakikat budi dalam hidup individu, kumpulan dan masyarakat Melayu. Dilihat dalam aspek lain ia selari pula dengan pegangan pentingnya akhlak dalam kehidupan kita sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Apakah sifat-sifat tak berbudi atau sifat-safat tercela mereka yang hidup tidak berbudi itu? Antara lain dapat senaraikan di sini ialah bodoh, amarah, dendam, iri hati, kikir, sombong, angkuh, congkak, suka berkhayal atau panjang angan-angan, suka mempamerkan diri (dalam semua aspek kehidupan), cinta pangkat dan kekuasaan, banyak bercakap, senda gurau yang

melampau, besar mulut, dan penuh kesombongan, merosak hubungan nmasyarakat, suka mencampuri urusan orang lain, tamak. Lawan sifat keji mereka yang tak berbudi itu ialah sifat-sifat terpuji mereka yang berbudi atau yang hidup dikawal oleh budi. Antara lain adalah cintakan ilmu pengetahuan, sabar, suci batinnya, murah hati, lembut hati, tabah, bersyukur, hidupnya sederhana, cinta, rindu, bersahaja, ridha, ikhlas, jujur, waspada, sentiasa meneliti diri sendiri (muhasabah diri), peduli, kasih sayang sesama makhluk, bijaksana, terbuka, menjadi panasihat yang baik dan bicara yang bermanfaat, memiliki hati yang lembut dan akhlak yang baik, bertafakur, bertawakal, mencintai dan membenci sesuatu hanya kerana Allah s.w.t. Begitulah pentingnya budi dalam kehidupan sesebuah masyarakat, apatah algi dalam sebuah masyarakat pelbagai bangsa, etnik dan agama sebagaimana Malaysia ini. Apabila semua individu, kumpulan dalam masyarakat menghayati hidup berbudi dengan sebenarnyabenarnya maka dengan sendirinya lenyaplah segala mala petaka yang dilakukan oleh tangan manusia. Tidak adalah lagi bunuh, rogol, samun, rompak, segala macam bentuk penyalahgunaan dadah, rasuah, penipuan peringkat kecil/rendah mahupun peringkat tinggi kecurian dan kehilangan harta benda pun tidak akan ada lagi. Yang miskin ditolongi, yang kaya dihormati, yang berkedudukan dimuliakan kerana kedudukannya. Yang alim diminta barakahnya. Yang berpengetahuan diminta ilmunya. Rupa orang yang dalam keadan marah sangatlah buruk namun keadaan jiwanya lebih buruk lagi. Marah muncul sebagai peragai tercela yang disebabkan oleh naiknya darah dalam hati ketika ia ingin menuntut balas. Lawan marah atau amarah ialah sabar. Untuk melawan amarah, orang yang sedang marah itu hendaklah melatih dirinya semenjak awal lagi, sehingga hasilnya apabila muncul nafsu tersebut ia mudah ditakluki oleh akal. Sifat tak berbudi atau sifat budi buruk yang lain ialah dengki. Dengki ialah perasaan tidak senang yang muncul ketika melihat orang lain mendapat sesuatu nikmat dan malah ia ingin nikmat itu hilang daripada orang yang mendapatnya. Dengki sebenarnya muncul apabila didorong oleh rasa dendam (hiqd), satu lagi sifat jijik kerana ia menutup diri, merosak hubungan dan mencampuri urusan peribadi orang lain. Tidak kurang hebatnya ialah sifat kikir (bukhl). Allah Swt berfirman (Maksudnya): Dan sesiapa yang dipelihara daripada kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Surah al-Hasyr[59]:9). Berlawanan dengan sifat kikir yang bermastautin dalam rumah orang-orang yang tak berbudi ialah kedermawanan, iaitu memberikan kepada orang lain apa-apa yang melebihi daripada keperluan sendiri, sifat yang mementingkan orang lainh (itsar)adalah lebih baik kerana itu adalah darjat tertinggi dermawan. Congkak (ujd) juga bahagian daripada rumah orang yang tak berbudi. Congkak adalah sejenis sifat tinggi hati yang muncul dalam diri seseorang apabila dia membayangkan dirinyalah yang sempurna,, baik pengetahuan mahupun perilakunya. Hidup bersama sifat congkak ialah sifat terpedaya (ghurur) iaitu suatu sikap yang meyakini sesuatu yang bertentangan dengan kenyatan dan jiwanya menerima terhadap apapun yang bersifat khayal dan samar-samar serta menurut hawa nafsunya sendiri. Ada banyak orang yang ditawan nafsu ini seperti misalnya berpakaian seperti orang salih atau alim dan seumpamanya. Tidak kurang buruknya ialah sifat yang dinamakan Ingin di Puji (Riak).Dalam apa keadaan pun mereka yang bersifat begini senantiasa ingin dipuji. Kalau tidak mendapat pujian,

biasanya ia menjadi sangat marah. Di sinilah duduknya para pengampu dalam masyarakat kita, sebab ia membuat sesuatu tidak ikhlas. Tidak berapa jauh daripada sifat Ingin di Puji ialah Cinta Pangkat (hub al-jah wa al-riyasah). Inipun satu penyakit orang tak berbudi yang juga sukar diubati. Orang yang mendokong sifat ini jauh sekali daripada ikhlas. Sahabat orang tak berbudi lainnya ialah banyak bicara (katsrah al-kalam). Sifat ini tercela kerana ia mendorong pada hal-hal yang diharamkan dan kepada hal-hal yang tidak dianjurkan. Seperti misalnya menyebut dosa mereka yang telah mati, cerita fasak perempuan, berdebat bersaing-saing, berbicara dengan gaya yang angkuh pura-pura, menhina cabul, mengutuk, mengejek, ceroboh, mencemoh, membocorkan rahsia, berdusta, memfitnah, mengumpat dan yang seumpamanya. Sesungguhnya tidak banyak yang menyedari dengan sebenar-benarnya bahawa bahaya lidah amatlah besarnya. Senda Gurau (mizah) juga tidak mendatangkan manfat. Oleh itu lebih baik sahaja meninggalkannya. Sifat buruk lainnya ialah Berhias Kerana Makhluk (al-tazayyun lil-khalq) Para pencari kebenaran al-Khalik mengelakkan daripada melakukan perbuatan ini kerana ia menjadi penghalang, mengganggu perhatiannya daripada hanya mengingati Allah Swt. Perangai seterusnya ialah perangai buruk. Ini memang perangai yang dibenci oleh sesiapapun. Sebagaimana yang disebutkan pada bahagian awal tulisan ini sebenarnya banyak lagi sifatsifat tercela orang yang tak berbudi itu tetapi untuk kali ini cukuplah setakat ini dahulu. Di sebutkan secara agak terperinci sifat-sifat tercela dan sifat orang tak berbudi dalam tulisan ini bertujuan supaya yang membacanya kenal pasti apakah sifat-sifat itu berada pada dirinya. Sementara sifat-sifat terpuji pula tidak sisebutkan secara terperinci di sini. Hakikatnya yang terpuji itu, budi luhur itu adalah sifat-sifat yang berlawanan dengan sifat-sifat tercela yang disebutkan itu. Ingatlah, Allah s.w.t berfirman (maksudnya): Dan telah Kami (Allah) jadikan manusia dengan sebaik-baik bentuk. Kemudian Kami rendahkan ia sehina-hinanya, kecuali mereka yang beriman dan beramal salih. (Surah Al-Thin: 95: 4-6). Demikianlkah pentingnya budi dan pentingnya kempen Budi Bahasa Budaya Kita dalam kehidupan bermasyarakat, berbudaya dan bernegara bagi negara kita Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai