Anda di halaman 1dari 36

1.

0 PENDAHULUAN

Dapatan Readers Digest tentang budi bahasa orang kita. Khabarnya, majalah Reader’s
Digest yang tinggi reputasinya ini meletakkan Kuala Lumpur hampir di tempat paling corot
dalam senarai Bandar Raya Paling Kurang Berbudi Bahasa iaitu di kedudukan ke-34 daripada
36 bandar raya utama dunia. Dalam lain perkataan, orang kita agak biadab.

Saya melihat dapatan ini ada benarnya. Antara yang biasa dilihat dan dialami ialah
bergelut menaiki bas sebelum penumpang turun, tidak mematuhi papan tanda larangan
merokok dan meninggalkan troli di kawasan letak kereta. Dikhabarkan juga, perbuatan
membiarkan perempuan hamil berdiri di dalam bas juga sangat ketara berlaku di kalangan
kita.

Nilai berbudi bahasa, sopan santun, sabar, merendah diri, toleransi dan hormat-
menghormati masih belum menjadi cara hidup kita. Di sebalik kemajuan teknologi, kita
sebenarnya berdepan dengan isu kemerosotan moral dalam kehidupan seharian kita.

BAB HURAIAN DAN PERBINCANGAN

2.0 Tiada Nilai-Nilai Budi Bahasa

Sikap pemandu kita yang tidak mematuhi undang-undang dikhabarkan berada di


kedudukan paling teratas dalam senarai perilaku tidak berbudi bahasa. Tengoklah di mana-
mana pun, harapan sentiasa ada untuk kita melihat kereta-kereta di letakkan sesuka hati
tanpa mengambil kira sama ada di kawasan bergaris kuning, di pili bomba dan sebagainya.

Paling memualkan menyaksikan pemilik kereta yang kononnya mewah, bernombor


plat yang agak istimewa pula, ditambah lagi dengan pelekat kereta di cermin depan yang
melambangkan mereka sangat istimewa. Golongan ini sewenang-wenangnya meletak kereta
di depan lobi hotel, pintu masuk pusat membeli belah ataupun restoran. Siapa yang boleh
marah mereka? Khabarnya, pihak berkuasa, polis dan pengawal keselamatan fobia bila
berdepan dengan kereta-kereta begini. Saya pernah terserempak seorang petugas parkir
meletakkan surat saman di atas sebaris kereta-kereta Proton tetapi tidak pula melakukannya
pada sebuah kereta Audi SUV yang bercermin gelap. Pastinya dia tidak mahu "menyusahkan"
dirinya nanti, saya membuat kesimpulan sendiri.

Lebih menjengkelkan, kalau memandu di lebuh raya pula, pemilik kereta mewah ini
seolah-olah berfikiran bahawa kereta-kereta yang tidak mewah perlu dengan segera
1
memberikan laluan kepada mereka. Kalau tidak diberikan laluan kepada mereka, bersedialah
untuk diikut dengan rapat oleh pemilik kereta ini, atau lampu kereta mereka akan berkelip-
kelip tanda amaran buat kita atau lebih tidak bernasib baik andainya mereka akan
menghalakan tangan kepada kita.

Sesungguhnya amalan budi bahasa atau ciri-ciri kesantunan tidak mungkin wujud
tanpa terlebih dahulu wujudnya akhlak yang mulia di hati setiap individu. Akhlak mulia itu
lahir dari hati dan kemudiannya bertanggungjawab memancarkan budi bahasa dalam bentuk
nyata. Dengan kata lain, hati merupakan pusat lahirnya unsur berbudi bahasa seperti
penggunaan bahasa yang halus. Hati juga akan berkata-kata atau membisikkan untuk
melakukan budi. Dan bermulalah terpancarnya bahasa yang mulia.

Bersesuaian dengan amalan masyarakat berbilang kaum, kepentingan budi bahasa dan
adab sopan yang tinggi, maka sebaik mungkin menggunakan bahasa yang halus, sopan dan
beretika. Lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan perbualan yang berbentuk nasihat, teguran,
mendidik dan sebagainya. Dari sini kita dapat lihat betapa penutur berbahasa Melayu
terutamanya memperlihatkan keperibadian yang tinggi dan mulia ketika berbahasa sesama
mereka.

Dalam masyarakat pelbagai kaum juga, seseorang yang mengamalkan budi bahasa
yang lembut, bersopan dan beretika akan disanjung, dihormati dan dimuliakan. Manakala
bagi mereka yang bertingkah laku buruk, kasar tutur kata akan dilabelkan sebagai seorang
biadab dan akan disisihkan atau tidak dihormati. Walaupun kini telah wujudnya golongan
yang berharta atau kaya, namun amalan berbudi bahasa yang sopan perlu diteruskan dalam
kehidupan harian mereka.

Bahasa dan aspek yang berkaitan dengan kebudayaan para penutur merupakan dua
entiti yang salin berjalinan. Hubungan antara bahasa dengan budaya pernah diterangkan oleh
Asmah bahawa bahasa adalah indeks bagi budaya. (Asmah, 1987:112). Ini bererti bahasa
mencerminkan budaya penuturnya, cara hidup dan juga persekitaran fizikal serta sosial
mereka. Dengan kata lain pernyataan menerangkan kepada kita unsur budaya menjadi
sebahagian daripada sifat bahasa yang digunakan oleh bangsa tersebut.

Oleh itu, beberapa kaedah untuk memupuk nilai bersopan santun dalam diri generasi
kini ialah ibu bapa haruslah memainkan peranan mereka dengan membimbing anak-anak
mereka ke arah berbudi bahasa dan bersopan santun sejak kecil lagi. Bak kata

2
pepatah,‘Melentur buluh biar dari rebungnya’. Hal ini berlaku demikian kerana ibu bapa
merupakan insan yang terdekat yang dapat diteladani oleh anak-anak dalam sesebuah institusi
kekeluargaan. Dengan ini, nilai berbudi bahasa dan bersopan santun dapat diterapkan dalam
diri anak-anak sekaligus menjadikan mereka insan yang berperibadi mulia. Tamsilnya, anak-
anak ini perlu diasuh menggunakan bahasa yang bersopan ketika bertutur dengan kedua ibu
bapa mereka.Jelaslah bahawa ibu bapa merupakan pihak yang berperanan penting dalam
membentuk sahsiah anak-anak mereka.

Selain itu, pihak sekolah juga boleh mewujudkan Bulan Berbudi Bahasa bagi
menyemai nilai sopan santun kepada para pelajar. Hal ini berlaku demikian kerana
kebanyakan pelajar sekolah tidak lagi mengamalkan nilai kesopanan dalam pergaulan
seharian mereka. Dengan mengadakan Bulan Berbudi Bahasa ini, nilai kesopanan pasti dapat
diterapkan melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan tersebut. Sebagai contoh, pihak
sekolah boleh menayangkan video, mengadakan ceramah dan sebagainya mengenai nilai
kesopanan kepada para pelajar bagi menyedarkan mereka tentang kepentingan nilai
kesopanan tersebut. Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pelajaran hendaklah
mengarahkan setiap sekolah mengadakan Bulan Berbudi Bahasa ini.

Di samping itu, pemimpin-pemimpin negara kita sendiri perlulah mengamalkan nilai-


nilai kesopanan ini dalam pentadbiran negara sekaligus menjadi suri teladan kepada generasi
muda ini. Hal ini berlaku demikian kerana golongan belia pada masa ini mudah terpengaruh
dengan perilaku seseorang yang terkenal. Dengan ini, secara tidak langsung objektif kerajaan
untuk memupuk nilai-nilai murni akan berlaku pada diri remaja tersebut. Sebagai contoh,
idola yang sering menjadi tumpuan remaja pada masa ini ialah Perdana Menteri Malaysia
kini iaitu Dato’ Seri Najib. Justeru, pemimpin-pemimpin negara ini perlulah mengamalkan
budaya bersopan santun ini agar diteladani oleh rakyat khususnya generasi muda dan disegani
oleh pemimpin luar negara.

Kesimpulannya, dapatlah kita justifikasikan bahawa kini, amalan sopan santun


semakin terhakis dalam diri generasi muda. Dengan demikian, masyarakat juga haruslah
menganjurkan aktiviti yang berteraskan amalan bersopan santun dalam aktiviti setempat.
Sekiranya amalan ini terus subur berkembang, nescaya generasi muda akan turut sama-sama
menghayatinya. Jelaslah di sini bahawa pelbagai alternatif perlu diambil untuk memastikan

3
amalan ini tidak terhakis dalam generasi muda kini, persis kata mutiara,‘Budi Bahasa Budaya
Kita’.

2.1 Sukar Ucapkan Terima Kasih

Hanya dua perkataan untuk mengungkapkan 'Terima Kasih' namun masih sukar mahu
mengucapkannya. Ia nampak remeh tetapi kepentingannya tidak mampu disangkal.
Malangnya, masyarakat semakin susah membuka mulut untuk berterima kasih sekali gus
menggambarkan nilai kesopanan kian terhakis. Walaupun ada yang berkata, besar sangat ke
nilai ucapan itu, saya tetap pertahankan, ia memang penting kerana menggambarkan nilai
budi seseorang.

Bayangkan situasi ini. Sesudah pertolongan diberikan, kemudian ucapkan terima


kasih, bagaimanakah rasanya. Bagaimana pula jika tiada ucapan. Sudah tentu ada perbezaan,
bukan? Sayangnya, perbuatan semudah itu semakin dilupakan gara-gara aliran perubahan
dunia yang mementingkan kemodenan. Mungkin ada anggapan, perbuatan itu tampak kuno.
Justeru, tidak hairanlah kebanyakan golongan generasi muda kini tidak mengambil berat
kepentingan mengucapkan terima kasih.

Begitu mahalnya ucapan itu, sehingga adakalanya perlu diingatkan terlebih dahulu
untuk berbuat demikian dan ia adalah satu keadaan yang sangat 'menyedihkan'. Sebagai
masyarakat timur, ia bukanlah satu senario 'asing' pengamalan budi bahasa dan nilai-nilai
murni termasuklah pengucapan terima kasih kerana ia menjadi kebanggaan warisan
masyarakat terdahulu.

Namun, cabaran globalisasi dan peralihan sikap yang memperlihatkan kepada


penjurusan sahsiah individualistik, materialisme, menyebabkan segelintir daripada kita 'lupa'
atau sengaja membuat lupa akan kepentingan penggunaan nilai itu. Walhal, nilainya tidak
pernah lapuk dek zaman malah diguna seluruh dunia. Ia dituturkan oleh semua bangsa dari
dahulu sehinggalah sekarang. Yang membezakannya, hanyalah bunyi ucapan itu sahaja.

Bagi orang Cina, ia disebut 'xie xie', bangsa Arab, 'syukran jazilan', bahasa Inggeris,
'thank you' dan bangsa France pula menyebutnya 'merci'. Biar apa pun sebutannya, namun
tujuannya tetap sama, yakni sebagai lambang penghargaan betapa kita menghargai apa yang
4
dilakukan oleh orang itu kepada kita. Ucapannya mudah, namun nilai di sebalik perkataan ini
sangat bermakna kepada seseorang dan boleh memberikan kebahagiaan, kegembiraan kepada
si penerima. Dalam Islam juga, terima kasih turut disesuaikan dengan kalimah 'syukur', yakni
diucapkan bagi menyatakan perasaan gembira sebaik menerima sesuatu nikmat, rezeki
sebagai menghargai anugerah pemberian Allah.

Biarpun keperibadian pemandu dan penunggang motosikal di sini dikatakan lebih


berbudi daripada negara luar, namun hakikatnya terdapat juga segelintir komuniti ini
membentuk senario 'kurang hormat' di jalan raya. Perilakunya itu, mungkin berpunca
daripada keperibadian diri (bukan semua), selain alasan hendak cepat sampai ke destinasi,
tekanan jalan sesak, sekali gus membentuk senario negatif itu. Realitinya, tidak kiralah apa
alasannya sekali pun ia bukanlah jaminan 'hak eksklusif' kepada mereka untuk berbuat
demikian kerana 'jalan raya' dikongsi bersama.

Justeru, ringankan tangan sebagai tanda, isyarat terima kasih kepada pemandu lain
kerana bersabar apabila anda melakukan kesilapan semasa memandu, memberi laluan di jalan
yang sempit dan sebagainya. Itu bukan sekadar menunjukkan tanda hormat, malah akan
mengelakkan pemandu lain memarahi anda dan mengeluarkan perkataan kesat yang tidak
sedap didengar.

Secara jujurnya, berapa ramai antara kita mempraktikkan pengucapan kalimah itu
kepada pemandu bas, teksi, petugas tol, kaunter dan seumpamanya? Berapa ramai juga yang
mengucapkan terima kasih kepada pengawal keselamatan yang membuka pintu untuk anda?
Pernahkah kita menuturkan perkataan itu kepada pembantu kafeteria yang menolong
mengutip pinggan atau gelas kotor yang kita gunakan? Dan terucapkah terima kasih kita
kepada pencuci pejabat apabila meja tempat kerja di bersih dan dikemaskan?

Itu hanya sebahagian sahaja kerana masih banyak lagi senario yang memerlukan
pengucapan terima kasih itu dilontarkan namun dipandang 'remeh' oleh segelintir manusia.
Paling tidak di masuk akal apabila ada mentelitikan pekerja-pekerja ini tidak sewajarnya
menerima ucapan terima kasih kerana sudah menjadi kewajipan mereka. Biar apa alasannya
sekali pun, tiada salahnya untuk menzahirkan terima kasih kerana ia menandakan seseorang
itu mempunyai nilai-nilai serta moral yang tinggi dalam dirinya.

5
Seperti yang kita tahu, budaya menzahirkan perkataan kepada golongan pendidik
bermula sejak usia tujuh tahun lagi sehinggalah pelajar itu melangkaui umur 17 tahun.
Selama 12 tahun kalimah itu bergema di halwa telinga pelajar, namun ia berubah sebaik
sahaja menjejakkan kaki ke menara gading. Tiada lagi ucapan kebiasaannya dizahirkan
kepada golongan pensyarah sebaik sahaja habis kelas. Senario yang menjadi kebiasaan sejak
zaman persekolahan itu dilihat seolah-olah tiada lagi nilainya untuk dipraktikkan.

Paling menyedihkan ucapan terima kasih hanya diberikan kepada pensyarah sebaik
sahaja selesai menduduki peperiksaan mahupun lulus subjek itu, itu pun kalau jumpa dengan
pensyarah itu. Mungkin bukan semua, namun amalan berterima kasih dalam pengucapan
yang sempurna dan berakhlak seharusnya menjadi pakaian lidah mahasiswa kerana ia akan
menambahkan lagi keberkatan serta memudahkan proses pembelajaran.

Kadang-kadang terlalu menjaga hati orang lain, rakan, pihak atasan, adakalanya kita
'terlupa' untuk menghargai ahli keluarga, walhal ibu bapalah yang bertungkus-lumus tanpa
mengira perih dan sukarnya membesarkan anak. Namun, anak (bukan semua) merasakan
pemberian berbentuk 'kebendaan' sudah cukup sebagai erti kasih, hormat dan lambang
balasan terhadap masa, wang dan sayang yang dicurahkan oleh orang tua mereka.
Hakikatnya, ucapan terima kasih itu sangat bererti dan merupakan hadiah paling mahal,
bermakna bagi seseorang berstatus ibu dan ayah.

Untuk itu, keluarga merupakan 'kunci' dalam proses penyemaian nilai-nilai murni
dalam keperibadian anak. Didik sejak kecil, ringankan mulut untuk menuturkan ucapan
terima kasih kepada anak biarpun ia hanyalah sekadar menolong mencuci kereta, mengambil
surat khabar kerana ini juga boleh mengeratkan silaturahim antara keluarga. Tidak mustahil,
pengucapan terima kasih akan sentiasa terucap di bibir anak mereka biarpun sudah
melangkaui dewasa.

Tidak salah bagi seorang 'ketua' menzahirkan perkataan itu kepada pekerjanya di atas
tugasan yang telah disiapkannya. Biarpun ketua, tidak semestinya ucapan terima kasih itu
tidak perlu dipraktikkan kerana selagi anda menghormati pekerja, sejuta kali mereka akan
menghormati anda.

Selain mewujudkan atmosfera harmoni di tempat kerja, ia juga psikologi terbaik


untuk menghargai pekerja anda, kata Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, Pakar Perunding

6
Psikiatri di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kepada Bernama. Ia sebutan mudah
lagi ringkas, yang dapat menambah rasa hendak memberi dan menghulur sesuatu berulang
kali malah lebih baik daripada sebelumnya, sekali gus meningkatkan lagi produktiviti
pekerja. "Dalam sesuatu organisasi, budaya apresiasi penting kerana akan membuatkan
mereka lebih bersemangat, bermotivasi untuk bekerja dengan lebih kuat sekali gus akan
meningkatkan lagi kecemerlangan organisasi," katanya.

Namun, pekerja pula jangan sekadar mengharap 'ketua' sahaja mengalunkan ucapan
itu kerana diri anda juga seharusnya menjadikan kalimah itu sebagai pakaian lidah dalam
kehidupan seharian. Walaupun ia hanyalah sekadar dua patah perkataan, namun nilai
tersembunyi di sebalik ucapan 'terima kasih' itu tidak patut dipandang remeh kerana ia lebih
berharga daripada wang ringgit.

Persoalannya, adakah perlu sentiasa mengucapkan terima kasih sedangkan ada


kalanya tidak perlu berbuat demikian kerana orang memahaminya. Tiada sebab menolak nilai
perbuatan yang baik. Contohnya, jika diguna pakai di sekolah, ia boleh membentuk sahsiah
murni di kalangan generasi muda. Bukankah ini satu nilai tambah yang bermanfaat? Kita
tidak boleh menolak kenyataan ramai golongan muda hari ini sudah rendah nilai akhlaknya,
sentiasa bersikap kurang ajar dan sebagainya. Namun, menyalahkan mereka sepenuhnya juga
tidak wajar kerana pendedahan terhadap pelbagai informasi dan perlakuan menerusi medium
seperti Internet, televisyen dan sebagainya sudah tidak mampu dikawal.

Bagaimanapun, menerusi nilai murni yang diterapkan, ia mampu mengekang budaya


melampau dan ia boleh dibentuk serta dimulakan di peringkat awal menerusi institusi sekolah
atau rumah. Justeru, apabila pelbagai pihak memperkenalkan dan menekankan pembelajaran
nilai murni, ia sangat dialu-alukan kerana pengaruhnya besar dalam membentuk generasi
berkualiti masa depan.

Diakui, antara institusi terpenting yang memainkan peranan ini ialah sekolah namun
tanggungjawab itu juga seharusnya dimulakan di rumah atas bimbingan ibu bapa. Ia lebih
berkesan kerana ibu bapa adalah insan paling dekat di hati anak. Jika ibu bapa
mencorakkannya, tentu pembentukan asas itu akan kukuh kerana pada masa sama boleh
berperanan sebagai model ikutan yang baik. Apabila kedua-dua pihak saling membantu,
penerapan apa saja nilai murni akan berjaya kerana masing-masing mengetahui peranan yang
perlu dilaksanakan.
7
Semua pihak berhasrat melahirkan golongan pemimpin berkaliber dan berani.
Bagaimanapun adakah hasrat ini mudah dicapai jika asas pembentukan diri yang mudah
gagal dilaksanakan? Justeru, supaya tidak akan berputih mata, mulakan langkah dari
sekarang. Sama ada ibu bapa atau guru, mereka perlu menerangkan kepentingan mendukung
nilai murni biarpun ada kalanya nampak mudah atau remeh. Jadikan institusi sekolah atau
rumah sebagai platform awal membuat latihan.

Saya percaya, jika selalu dipraktikkan, tiada sebab hasrat melahirkan golongan
berbudi pekerti akan gagal. Yang penting, mulakan langkah awal dan usaha. Kita tidak dapat
mengetahui kejayaan mahupun kegagalan jika tidak berubah dan bergerak.

2.3 Pembuli Jalanan

Perlakuan buli mahupun samseng merupakan satu fenomena yang kompleks (Collins et al.,
2004) . Tingkahlaku buli boleh terjadi dimana-mana, dan dilakukan dengan pelbagai bentuk .
Pandangan sejauh mana bahaya buli jalanan ini bergantung kepada budaya suatu masyarakat
yang menilai. Sesetengah masyarakat menganggap tindakan itu suatu buli, manakalan
masyarakat lain memandang permasalahan itu cuma perkara biasa dan hanya bersifat
gurauan. Walaubagaimanpun , tingkahlaku buli jalanan ini boleh di klasifikasikan sebagai
tingkahlaku agresif psesetengah pemandu yang menyusahkan pemandu yang lain di
jalanraya.

Situasi 1

Lia telah ke sebuah pasaraya, dia telah meletakkan kenderaan di petak putih dengan betul.
Setelah selesai membeli belah, Lia telah kembali ke keretanya. Dia terburu-buru untuk ke
mesyuarat di pejabatnya. Namun dilihat sebuah kereta telah diletakkan di sebelah belakang
keretanya. Oleh itu, Lia terpaksa menunggu lebih lama untuk mengeluarkan kenderaannya. 2
jam kemuadian, seorang lelaki datang dan mengaku kereta itu miliknya. Tanpa memohon
maaf kepada Lia, lelaki itu terus pergi.

Situasi 2

Kak long telah ke rumah kawannya di bandar untuk mengahantar barang. Setelah tiba di
rumah kawannya, Kak Long telah meletakkan kenderaan di sisi jalan raya berhadapan dengan
sebuah rumah. Kawasan meletakkan kenderaan itu adalah untuk orang ramai. Selesai
mengahantar barang yang hanya mengambil masa selama 15 minit. Kak long telah kembali
8
ke keretanya dan didapati ada kesan calar pada but hadapan . Dan terdapat nota ringkas yang
berbunyi “ Woi b**i, kamu ingat ni tempat parking mak kamu ke!? Ada hati parking
atas tanah aku” . Kak long terpinga-pinga kerana setahunya, tempat letak kenderaan itu hak
milik orang ramai.

Siatuasi 3

Situasi ini terjadi kepada saya sendiri, apabila sewaktu saya memandu, ada sebuah kenderaan
di belakang membunyikan honk berkali-kali mengganggu konsentrasi pemanduan saya dan
juga pemandu-pemandu lain. Apabila dilihat pada bacaan meter, saya telah memandu
bersesuaian dengan had laju yang telah ditetapkan di kawasan tersebut, dan saya berada
dalam laluan yang betul berdasarkan kelajuan saya. Kemudian kereta tersebut melintasi
kereta saya. Dengan angkuh pemandu itu melulu dengan laju dan mengangkat isyarat tangan
lucah dan mencarut kepada saya. Dengan tenang saya meneruskan juga perjalanan saya untuk
tiba di destinasi.

Berdasarkan situasi diatas merupakan gambaran jelas tentang situasi buli jalanan di
Malaysia. Rakyat Malaysia dikenali dengan sikap lemah lembut, dan sopan santun.
Seharusnya tidak ada perkara yang buruk berlaku seperti situasi-situasi di atas. Antara
Bentuk-bentuk kes buli jalanan adalah seperti meletakkan kenderaan secara bertindih (double
park) , mencarut dan mengganggu konsentrasi pemandu-pemandu lain, keganasan
seksual( sexual harassment) di kepada pemandu perempuan, dan meninggalkan surat layang
yang lucah serta merosakkan kenderaan orang lain tanpa sebab. Jalanraya adalah hak
bersama, oleh itu, ia perlu dikongsi dengan baik. Toleransi antara pengguna jalanraya amatlah
penting sama ada sewaktu pemanduan, ataupun semasa kereta diberhentikan. Sikap
sesetengah pemandu yang tidak bertolak ansur menjadi masalah kepada pemandu yang lain.

Menjadi masalah kepada mangsa buli adalah kerana mangsa kadang-kadang tidak
mempunyai bukti yang kukuh untuk melaporkan kes kepada pihak polis, sesetengah mangsa
pula diugut oleh pembuli dengan ugutan yang membahayakan keselamatan mereka dan ahli
keluarga. Bagi ramaja pula, samseng jalanan ini lebih merupakan nama lain bagi mat rempit.
Sikap mat rempit menjadi raja jalanan membuatkan mereka rasa jalan itu mereka yang punya.
Lalu terjadilah aksi-aksi mat rempit yang merbahaya dan menyusahkan pemandu-pemandu
lain.

9
Foto 1: menunjukkan keadaan ‘double park’

2.3.1 Punca timbulnya permasalahan samseng di jalanraya

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan berlakunya kes buli jalanan di Negara kita,
diantaranya adalah siakap pemandu yang tidak sabar dan tidak bertimbang rasa. Kesempitan
masa membuatkan pemandu tidak dapat bertolak ansur di jalanan. Meurut penulis majalah
Al-Islam (Erwanz , 2009) “aksi-aksi yang dtunjukkan oleh pembuli jalanan ini tidak ubah
seperti aksi yang ditanyangkan dalam drama dan filem. Mengapakah ramai remaja yang
memilih untuk merempit sedangkan mereka tahu itu suatu perbuatan yang sia-sia.

Menurut statistik Polis Diraja Malaysia ,PDRM pula ,sejak tahun 2001 sehingga Mei 2008,
sebanyak 3182 penunggang motosikal telah ditahan dengan pelbagai kesalahan lalu lintas,
dan 2970 daripadanya berusia antara 16 hingga 25 tahun. Hai ini jelas menunjukkan bahawa
lebih separuh daripada samseng jalanan ini terdiri daripada awal remaja hinggalah ke
peringkat pasca remaja. Kegilaan anak muda ini bukan sahaja merbahayakan mereka malah
juga merbahayakan pemandu-pemandu lain. Keinginan untuk mencuba cara baru merupakan
salah satu bentuk dilemma yang dihadapi oleh remaja saban hari ini.

Menurut laporan Polis Trafik Negara, mendapati kes kematian yang melibatkan
pembonceng motosikal kian mendadak di Negara ini dalam tempoh 10 tahun. Hal ini
menunjukkan semakin lama, semakin kurang kesedaran tentang penggunaan jalan raya
diterapkan kepada remaja ,khususnya pelajar.

2.4 Menggunakan Tandas Orang Kurang Upaya (Oku)

Dalam kalangan rakyat di malaysia masih ramai yang tidak mengenali hak dalam
kehidupan , hak di maksudkan adalah bagi golongan yang kurang upaya dalam penggunaan
10
perkhidmatan awam termasuk la tandas untuk orang kurang upaya. Penggunaan tandas untuk
orang awam yang sempurna tubuh badan telah di sediakan namun masih ada lagi segelintir
daripada mereka mengambil kesempatan menggunakan tandas OKU untuk kepentingan diri
mereka. Masih ada lagi nilai bertimbang rasa dan hormat menghormati hak orang lain tidak
dihiraukan dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Namun penggunaan tandas OKU
memudaratkan orang kepada mereka dan memberikan musibah kerana hak mereka telah
digunakan oleh orang lain. Tambahan pula, masalah ini mendatang kan banyak kekangan
yang akan dihadapi oleh OKU sebagai contoh kerosakan berlaku pada flash, paip bocor dan
sebagainya. Keadaan ini menyukarkan kepada golongan OKU untuk menggunakan tandas
sedia ada dan memberikan kesan kepada diri mereka.

Terdapat beberapa faktor berlakunya masalah ini. antaranya adalah jarak ke tandas
OKU adalah dekat berbanding dengan tandas yang sedia ada. Hal ini kerana mengambil jalan
mudah kononnya dapat menjimatkan masa perjalan serta kerja mereka. Alasan sebegini tidak
diguna pakai lagi kerana nilai menghormati hak orang lain perlu dijaga dan seharusnya
bertimbang rasa dengan orang kurang upaya menggunakan hak mereka. Kepentingan diri
sebeginilah membuatkan orang kurang upaya terpaksa bersusah payah menunggu dan
menggunakan tandas yang lain dan membebankan kepada mereka. Tidak wajar seandainya
mahasiswa/wi di Universiti menggunakan tandas OKU untuk kepentingan diri kerana
didikan yang diberikan adalah bergaris nilai-nilai murni dan norma masyrakat.

Kelemahan dalam penguatkuasa undang-undang terutama Hak orang orang kurang


upaya (OKU) salah satu faktor utama dalam masalah ini. Hal ini kerana, akta OKU tidak
mempunyai sebarang bentuk tindakan yang diambil kepada pesalah yang menggunakan
perkhidmatan OKU (Bernama). Tambahan pula kelamahan paling ketara dalam akta ini tidak
menyatakan penalti dan hukuman kepada mereka yang menyalah guna perkhidmatan OKU.
Aplikasinya orang ramai akan terus menerus melakukan kesalahan tersebut dan akta ini
seolah-olah sampah di mata OKU yang tidak membantu mereka. Selain itu, kelemahan sistem
undang-undang juga membuatkan masyarakat tidak lagi menghormati hak OKU dan nilai
murni dan budi bahasa yang kita bangga selama ini gagal diterapkan dalangan masyarakat
terutama siswa/wi, dan tidak mampu membentuk warganegara yang mempunyai nilai-nilai
sivik serta moral di negara kita.

Sekiranya hal ini berterusan akan mendatang kesan kepada golongan kurang upaya
(OKU) ini. Antara kesan membebankan oku yang terpaksa mengambil masa untuk menunggu
11
dan menggunakan tandas awam yang biasa. Hal ini kerana OKU terpaksa mencari alternatif
lain untuk mengunakan tandas dan masa yang diambil oleh OKU terlalu lama kerana
kemudahan tandas awam lain tidak sama dengan tandas yang disediakan untuk OKU.
Sekaran golongan membuatkan merasa gusar untuk ketandas kerana perkhidmatan digunakan
oleh mereka yang tidak bertanggjawab sehingga menyebabkan ada kalangan golongan
tersebut terpaksa menahan hajat mereka. Hal ini akan menjejas kesihatan mereka bahkan
dengan keaadaan mereka yang kurang upaya akan menambahkan lagi kesakitan mereka.
Perkara ini akan membuat penderitaan golongan ini lebih perit dan mendatangkan bebanan
kepada ahli keluarga terutama dari segi kewangan. Masalah ini akan menjadi rumit
seandainya ada pihak yang merosakan kemudahan tandas OKU dan kesukaran yang dihadapi
amat dirasai dengan terpaksa meminta bantuan orang lain.

Orang kurang upaya juga merasa mereka disisihkan oleh masyarakat kerana hak
mereka telah dirampas oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab. Golongan ini
merasakan di anak tirikan kerana tiada keadilan kepada mereka tentang hak mereka dalam
penggunaan perkhidamatan awam. Kelemahan sistem perundangan malaysia membuatkan
golongan ini terus terpinggir dan rasa terhina kerana tiada sebarang tindakan dan hukuman
kepada menyalah guna perkhidmatan OKU. Ketidaktelusan daripada tindakan kerajaan ini
membuatkan OKU ini mula rasa terpinggir dan seolah-olah tidak diambil berat lagi.
tambahan pula, hak-hak mereka mulai dipertikaikan oleh sesetengah orang dan ada pihak
yang cuba mengambil kesempatan keatas kelemahan OKU dengan menyalahgunakan
kemudahan yang diberikan kepada OKU. Hal ini menyebabkan terasa golongan ini tidak
diperlukan lagi oleh masyarakat dan kesanya timbul sikap rasa rendah diri dan tidak
berkenyakinan dalam melakukan sesuatu perkara, oleh itu, masalah ini akan memberikan satu
kekangan dan tekanan kepada diri mereka yang bergelar OKU ini untuk meneruskan
kehidupan.

Terdapat langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah ini, antaranya adalah
kerajaan seharusnya merangka balik akta orang kurang upaya (OKU) dengan memperhalusi
akta dengan penalti dan hukuman terhadap pesalah. Tujuannya bukan mencari wang semata-
mata namun ingin membela nasib OKU di negara kita termasuk la di Universiti menghargai
hak mereka dalam perkhidmatan awam. Kerajaan seharusnya lebih telus dalam akta OKU ini
supaya mereka ini dapat keadilan saksama dan tahu menghormati hak orang lain. Hukuman
yang setimpal seharusnya dikenakan kepada pesalah sebagai contoh hukuman denda

12
RM500.00 kesalahan yang dilakukan. Penguatkuasa undang-undang yang efektif perlu
mengambil berat terhadap semua aspek dan seharusnya tidak ada pihak yang dipinggarkan
untuk memberikan keadilan dan hak sama rata sama ada seseorang itu sempurna tubuh badan
atau tidak.

Pendidikan merupakan aspek penting harus di tekankan oleh masyarakat untuk


menangani masalah ini. Penekanan terhadap pendidikan perlu dititik beratkan dan menjadi
contoh terbaik untuk mengajar adalah ibu bapa. Pada hikmah saya ibubapa adalah role model
yang terbaik mengajar anak-anak mereka akan nilai-nilai murni dan kesantunan budi bahasa
itu. pembentukan akhlak anak-anak bermula dengan melihat perilaku ibubapa sebagai model
untuk dicontohi oleh mereka, seandainya baik tauladan dan contoh dibawa maka peniruan
anak mereka juga baik,jika tidak baik akan berlaku sebaliknya. Pengajaran nilai-nilai
menghormati, menyanyangi, bertimbang rasa boleh di terapkan kepada anak-anak dengan
bergaul serta amalan gotong-royong dengan masyarakat Orang kurang upaya untuk mendekat
diri kepada mereka. Proses ini dapat membantu anak-anak sehingga remaja menerap akan
nilai murni itu sehingga dewasa kelak. Oleh itu pendidikan tidak hanya mengutamakan guru
sahaja bahkan ibubapa menjadi pemakin pendidik anak mereka secara tidak langsung.

2.5 Kurang Menyelenggaraan Kenderaan Persendirian atau Awam

Statistik Nation Master menunjukkan Malaysia menduduki tempat ketiga daripada


133 negara sebagai negara paling banyak kenderaan bermotor, iaitu 641 kenderaan bagi
setiap 1,000 orang. Sedar atau tidak, pertambahan kenderaan sentiasa berlaku dengan
aktifnya walaupun berada dalam krisis ekonomi. Hal ini disebabkan rakyat Malaysia yang
gemar membeli dan menukar kereta sebagai satu bentuk meraikan kehidupan dan lambang
prestij status kehidupan. Misalnya, apabila menerima kenaikan gaji. Ada juga kelompok yang
merupakan peminat mengubah suai kereta antik, oleh sebab itu kerata-kereta lama ini tidak
dapat dilupuskan.

Pemilikan kenderaan induvidu ataupun awam bukanlah menjadi satu kesalahan dalam
melambangkan nilai-nilai sivik yang dikaji. Tetapi sikap pemilik kenderaan yang kebanyakan
tidak peka terhadap penyelenggaraan kenderaan atau servis berkala seperti tukar minyak
enjin, minyak brek dan bahagian-bahagian asas yang perlu diselenggara secara berkala. Sikap
13
pemilik kenderaan seperti inilah yang menggambarkan kurangnya nilai sivik dalam diri
mereka. Hal ini dapat member penjelassan mengapa sikap tidak cakna dalam
penyelenggaraan kenderaan ini adalah satu sikap yang tidak baik berdasarkan nilai-nilai sivik.

Apabila sesebuah kenderaan tidak melakukan penyelengaraan asas dalam jangka


masa yang lama ia akan menyebabkan kenderaan tersebut bukan sahaja mudah rosak tetapi ia
akan mendatangkan kesan terhadap alam sekeliling dan tahap kesihatan manusia sejagat
secara tidak langsung ekonomi negara akan terjejas. Jelas dapat dilihat, kenderaan yang
kurang melakukan penyelenggaraan menukar minyak enjin secara berkala akan
meningkatkan tahap kepekatan asap kenderaan. Ini bermakna asap yang dilepaskan oleh
kenderaan tersebut merupan asap hitam atau asap yang kotor yang dapat memberi kesan yang
negatif terhadap alam sekitar.

Kenderaan akan mengeluarkan gas-gas bahaya seperti karbon monoksida ke dalam


atmosfera yang dapat menghakis lapisan ozon langit. Lapisan yang berfungsi sebagai penapis
cahaya matahari dari terus terkena kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Sekiranya
lapisan ozon semakin menipis, manusia mudah untuk terkena sinaran Ultra Ungu (UV) yang
berlebihan yang akan mengakibatkan pelbagai penyakit seperti kenser kulit dan ketarak mata.
Manakala tumbuh-tumbuhan akan kurang menjalankan proses fotosistesis menyebabkan
kandungan karbon dioksida meningkat dan oksigen berkurangan. Sinaran UV yang
berlebihan juga akan menyebakan flora dan fauna mengalami kepupusan berterusan.
Ekonomi negara juga mungkin akan terjejas kerana ekopelancongan akan merudum jatuh
disebabkan pencemaran yang berlaku dalam negara.

Menjadi punca utama kenapa pemilik kenderaan kurang untuk melakukan


penyelenggaraan berkala bagi kenderaan mereka adalah mungkin disebabkan tidak
mempunyai masa yang sesuai untuk pergi ke pusat penyelenggaraan. Ada kemungkinan juga,
mereka menjadi malas untuk menyelenggara kerana harga barang dan upah penyelenggaraan
kereta di pusat-pusat servis adalah mahal dan ini menyebabkan mereka tidak melakukan
servis secara berkala mengikut tempoh masa yang sepatutnya. Sesetengah pemilik kenderaan
juga langsung tidak ambil cakna terhadap kereta yang mereka gunakan. Mereka sekadar guna
sehingga kereta itu tidak boleh berjalan. Apabila kenderaan mereka rosak barulah mereka
kelam-kabut untuk menghantar ke pusat membaiki kenderaan.

Sebagai guru Pendidikan Sivik saya berasa bertanggungjawab untuk membantu dalam
mengurangkan kadar pencemaran alam sekitar terutama yang berkaitan dengan amalan tidak
14
penyelenggaraan kenderaan awam ataupun persendirian. Melalui peringkat awal lagi iaitu
pada peringkat sekolah saya akan memastikan nilai-nilai dalam bidang ketiga iaitu berkaitan
alam sekitar dapat difahami dan dihayati para pelajar seterusnya menjadikan nilai-nilai itu
sebagai amalan dalam kehidupan mereka. Seterusnya, saya akan membuat satu aktiviti atau
kempen yang dapat menunjukkan kepentingan penjagaan alam sekitar. Langkah mendesak
pihak berkuasa secara berhemah agar penguatkuasaan undang-undang diperketatkan dengan
lebih tegas.

2.6 Tidak membuang sisa makanan dengan cara yang betul

Gula-gula getah

Gula-gula getah, baik untuk kesihatan mulut, akan tetapi cara untuk
membuangnya adalah salah. Gula-gula getah merupakan sejenis 'makanan' unik yang
dikunyah dalam tempoh masa yang panjang (selalunya dalam 20 minit) yang secara
relatifnya mempunyai nilai kalori (tenaga) yang rendah. Adalah penting untuk
membaca label gula-gula getah yang dipilih agar ia boleh membantu anda
mengenalpasti jenis dan kandungan yang boleh memberi faedah kepada kesihatan
mulut. Gula-gula getah terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis bergula yang terdiri
daripada sukrosa dan tidak bergula (mempunyai pemanis tiruan-seperti sorbitol dan
xylitol).

Gula-gula getah terdapat dalam pelbagai perisa. Perisa inilah yang merangsang
penghasilan air liur secara refleks sehingga 10 kali ganda. Rangsangan penghasilan air
liur bersama-sama pengunyahan gula-gula getah menyebabkan peningkatan
penghasilan air liur, peningkatan pH air liur serta memberikan kebaikan terhadap
keseimbangan remineralisasi atau demineralisasi permukaan enamel gigi (lapisan gigi
yang paling luar). Air liur ini turut berperanan dalam membersihkan sisa makanan
dalam mulut. Bikarbonat yang terhasil dalam air liur yang dirangsang adalah lebih
tinggi berbanding dengan air liur dalam keadaan rehat (tiada kunyahan). Bikarbonat
meneutralkan asid yang dihasilkan oleh plak bakteria. Maka gula-gula getah tidak
bergula boleh mencegah karies gigi peringkat awal dari menjadi lebih teruk.

Gula-gula getah telah terbukti:

Merangsang penghasilan air liur..


Meneutralkan asid plak gigi..
15
Merangsang remineralisasi enamel gigi..

Membantu mencegah pembentukan karies gigi..

2.6.1 Punca
Namun, yang menjadi permasalahannya adalah cara mereka membuang gulu-
gula getah setelah puas mengunyah. Nilai inilah yang dikategorikan sebagai nilai yang
tidak menggambarkan sivik. Ini kerana, mereka berasa malas untuk membuangnya
kedalam tong sampah. Oleh itu, mereka lebih senang untuk membuag gula-gula getah
di mana-mana sahaja tanpa rasa bersalah. Mungkin sahaja mereka berfikir bahasa
gula-gula getah itu terlalu kecil dan masyarakat tidak akan menyedarinya.

2.6.2 Kesan

Apabila membuang gula-gula getah ini di merata-rata tempat, orang lain boleh
tepijak atasnya, melekat di pakaian atau sebagainya. Masalah ini menyebabkan ramai
yang tidak berluas hati. Bayangkan dalam sehari berapa ribu orang yang suka
mengunyah gula-gula getah, kemudian membuangnya di merata-rata tempat. Sebagai
contoh, di atas kerusi, di laluan pejalan kaki, melekatkan ia di kawasan taman
permainan atau dimana sahaja. Amalan ini cukup tidak bermoral dan kelihatan agak
kotor. Bagaimana pandangan pelancong asing yang kebetulan terpijak gula-gula getah
ini? Keadaan ini boleh menyebabkan Negara kita dipandang sebagai sebuah Negara
yang anggotanya tidak menitik beratkan soal kebersihan Negara.

Selain itu, perbuatan ini turut memberi kesan tarhadap alam sekitar. Alam
sekitar akan kelihatan kotor. Bayangkan terdapat juga gula-gula getah yang diletakkan
atau dilekatkan di daun-daun yang menghijau, di dalam pasu-pasu bunga yang sedang
mekar atau di batang dahan kayu yang renek. Sedikit sebanyak akan mencacatkan
pandangan alam sekitar yang menarik ini. Malah turut memberi kesan terhadap
tumbesaran hijau kelak.

2.6.3 Cara menangani

Walaupun kita sering terlihat pada plastik gula-gula getah yang menerangkan
cara untuk membuang setelah puas mengunyah. Namun mereka tidak menghiraukan
16
penerangan itu. Bagaikan penerangan atau langkah untuk membuang gula-gula getah
itu hanyalah sebagai satu bentuk animasi di plastik itu sahaja. Ia tidak memberi kesan
kepada si pembeli gula-gula getah. Dimanakah nilai moral kita, sedangkan gula-gula
getah itu mempunyai kebaikkan terhadap diri kita sendiri. Tidak kira peringkat umur,
sama sahaja cara mereka membuang gula-gula getah.

Umum mengetahui bandar raya Singapura antara yang terbersih di dunia


selepas pemerintahnya mengenakan undang-undang ketat berhubung perkara itu dan
ia dipatuhi rakyat republik itu dan pelancong kerana mereka tidak terlepas daripada
tindakan pegawai penguat kuasa jika membuang bekas minuman atau gula-gula getah
bukan di tempat yang disediakan. Jika di singapura, denda akan dikenakan sekiranya
anggota masyarakatnya membuang sampah termasuk gula-gula getah di merata-rata,
adakah di Malaysia perlu melakukan hal yang sama?

Dulu terdapat kempen bagaiamana cara untuk kita membuang gula-gula getah
ini, dimana simpan plastik gula-gula getah tersebut di dalam saku seluar, setelah puas
mengunyah letak kembali di dalam sampul plastik yang telah disimpan tadi dan
barulah dibuang ke dalam tong sampah. Tetapi ia masih tidak dipraktikan oleh
sebilangan kelompok masyarakat. Mungkin sahaja kita boleh meletakkan papan tanda
supaya dapat memperingatkan masyarakat umtuk membuang gula-gula getah ke
dalam tong sampah. Namun didikan yang betul daripada permulaan adalah yang
paling penting. Seorang guru hendaklah sentiasa menunjukkan contoh yang terbaik
kepada pelajar tentang nilai-nilai yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian
pelajar kelak. Terutama melibatkan guru pendidikan moral dan sivik. Justeru
pemahaman yang mendalam berkenaan sesuatu nilai hendaklah dipertajamkan
sebelum ia diajar kepada orang lain.

17
Foto 1.1: Nampak sedap, gula-gula getah yang mempunyai pelbagai perisa..

Foto 1.2: Akibat daripada membuang gula-gula getah di merata-rata..

3.0 AMALAN YANG TIDAK MENGGAMBARKAN NILAI SIVIK DI UNIVERSITI

3.1 Kebersihan di kediaman kolej Za’ba semasa cuti semester.

3.1.1 Punca

I. Kekangan masa

Kekangan masa untuk membersihkan rumah sebelum meninggalkan rumah


untuk cuti semester disebabkan pelajar tidak membuat pembersihan awal.
18
Sudah tentu pelajar akan kesuntukan masa. Misalnya, bas yang akan
digunakan untuk balik ke kampung pada malam ini, tetapi pelajar mengemas
barang sendiri pada waktu petang, sudah pasti dia tiada masa yang lebih untuk
mengemas rumah.

II. Sikap pentingkan diri sendiri

Sikap pentingkan diri merupakan satu masalah dalam diri. Perkara ini kerana
jika sikap ini wujud maka seseorang pasti hanya melakukan kerja yang
menguntungkan diri atau memberi kebaikan kepada diri sendiri. Contohnya,
pelajar hanya mengemas barang sendiri atau bilik sendiri tanpa menghiraukan
ruang tamu dan bilik air. Sikap ini menyebabkan individu berfikir bahawa rugi
apabila dia membersihkan rumah tetapi orang lain tidak.

3.1.2 Kesan

I. Menjatuhkan imej bakal guru.

Tempat kediaman dan kebersihannya mencerminkan keperibadian pemiliknya.


Oleh itu, kesan atas kekotoran rumah akan menjatuhkan imej bakal-bakal guru
jika keadaan ini dilihat oleh orang luar.

II. Membuang masa pihak pentakbiran kolej.

Semasa cuti semester, kakitangan kolej akan memantau kebersihan rumah satu per
satu. Jika ramai pelajar tidak bertanggungjawab menjaga kebersihan rumah
sebelum meninggalkan rumah, pihak kolej akan membuat laporan dan senarai
rumah yang kotor. Perkara ini hanya membuang masa mereka sedangkan banyak
lagi urusan kolej yang perlu diselesaikan. Kebersihan rumah perlu dipantau kerana
semasa pelajar Ijazah bercuti, kolej akan didiami oleh pelajar (GSTT) guru
sandaran tidak terlatih atau golongan yang membuat aktiviti universiti.

3.1.3 Cara menangani

I. Membuat jadual pembersihan.

Sebelum balik cuti semester, pelajar seharusnya membahagikan tugas untuk


membersihkan kediaman mereka. Contohnya, kediaman kolej Zaba yang
memuatkan enam orang dalam satu rumah. Enam orang tersebut boleh
19
dibahagikan tugas seperti menyapu dan mengemop lantai, membuang sampah,
membersihkan tandas dan bilik air. Orang yang balik akhir memainkan peranan
memastikan keadaan rumah bersih dan tiada barang tertinggal sebelum
meninggalkan rumah.

II. Menguatkuasa peraturan kolej

Peraturan yang sedia ada ialah mendenda isi rumah sebanyak Rm 20 seorang atau
mengikut tahap kekotoran. Penguatkuasaan boleh dilakukan iaitu membuang terus
pelajar yang tidak mematuhi arahan kolej. Cara ini akan menyedarkan pelajar
berbanding denda berupa wang ringgit yang senang dicari.

III. Kesedaran diri

Perkara yang paling penting bagi memastikan keadaan rumah bersih adalah
kesedaran individu itu sendiri. Hal ini kerana, tanpa kesedaran diri sesuatu
perubahan tidak dapat dilaksanakan. Pelajar harus sedar bahawa tanggungjawab
mereka memastikan keadaan rumah bersih sebelum meninggalkan rumah sangat
penting. Ini akan menyenangkan semua pihak khususnya pihak pentakbiran kolej.
Pelajar juga tidak disenaraikan dalam senarai pelajar yang tidak mengikut arahan
kolej serta dikenakan denda.

Contoh gambar saman kotor sesi Jun di kolej Za’ba ( cuti semester)

20
21
Keadaan di luar rumah iaitu koridor.

Keadaan dinding bilik air yang tidak dicuci

22
Tandas yang kotor

3.2 Meniru semasa peperiksaan pertengahan ( midterm) dalam kalangan pelajar UPSI

Peperiksaan pertengahan semester biasanya dilakukan di dalam kelas. Suasananya hanya di


awasi oleh pensyarah kursus itu sendiri. Terdapat banyak kes pelajar meniru semasa
menjawab kertas soalan tanpa pengetahuan pensyarah. Namun ada juga kes, pensyarah
menyedari pelajar sedang meniru tetapi hanya membiarkan keadaan tersebut.

3.2.1 Punca

I. Pensyarah tidak tegas dalam mengawasi pelajar semasa menduduki peperiksaan.


Keadaan tersebut memberi peluang kepada pelajar yang tidak bertanggungjawab
mengambil kesempatan untuk meniru jawapan kawan.

23
II. Pelajar tidak membuat ulang kaji secukupnya menyebabkan mereka kurang
pengetahuan tentang soalan yang diberikan.

III. Fenomena ini juga hasil daripada peniruan sikap senior-senior. Pelajar baru
terikut-ikut sikap negetif senior yang meniru semasa peperiksaan.

IV. Ruang bilik kuliah yang sempit antara punca pelajar meniru semasa peperiksaan.
Keadaan sempit menyebabkan tiada ruang untuk duduk berjauhan antara satu
sama lain. Walaupun peperiksaan pertengahan yang kadang-kala merangkumi 10
hingga 20 peratus markah namun itu bukan alasan untuk menjadikan peperiksaan
tersebut tidak serius.

V. Sikap pelajar itu sendiri merupakan kunci pendiriannya. Peniruan semasa


peperiksaan tidak akan berlaku walaupun pensyarah tidak tegas atau ruang bilik
yang sempit. Peniruan akan dilakukan jika pelajar itu sendiri berusaha ke arah itu.

3.2.2 Kesan

I. Tahap pengetahuan terhadap mata pelajaran tersebut sukar diketahui oleh


pensyarah dan diri pelajar. Hal ini kerana kemampuan pelajar menjawab soalan
hasil daripada peniruan bukan usaha sendiri.

II. Imej terjejas

Pelajar UPSI merupakan bakal guru yang sepatutnya menunjukkan contoh terbaik.
Meniru semasa peperiksaan akan menjejaskan diri sendiri apabila tidak ada
keyakinan diri semasa keluar mengajar nanti.

3.2.3 Cara mengatasi

I. Peperiksaan pertengahan semester dilakukan di tempat yang seseuai.

Kerusi dan meja yang boleh dialihkan mengikut kesesuaian jarak sangat
penting dalam peperiksaan. Bilik kuliah yang terdiri daripada kurusi tetap
tidak sesuai apatah lagi jika jumlah pelajar ramai.

II. Peraturan tegas daripada pensyarah.

Usaha untuk mengelakkan pelajar meniru bukan semata-mata kerana


peraturan. Hal ini adalah sangat penting bagi melahirkan pelajar yang
24
mempunyai nilai-nilai murni dalam dunia pendidikan. Misalnya mempunyai
nilai jujur, bertanggungjawab dan amanah. Selain itu, cara ini mendidik pelajar
untuk mempunyai keyakinan diri dalam membuat keputusan berbanding
meniru jawapan kawan yang melambangkan mereka tidak percayakan
jawapan sendiri.

3.3 PANJAT PINTU PAGAR KOLEJ

Aktiviti ini lazimnya akan dilihat di alam persekolahan sahaja namun masalah ini juga
berlaku dalam kalangan mahasiswa/wi di Universiti yang tinggal di hostel atau kolej-kolej
yang disediakan oleh pihak Universiti sebagai kemudahan kepada mereka. Masalah berlaku
adalah melalui peraturan yang dikenakan oleh pihak Universiti terlalu ketat membuatkan para
pelajar atau mahasiwa/wi melakukan aktiviti tersebut dan atas dasar kepentingan diri mereka
akan melakukan perkara tersebut tanpa paksaan. Aktiviti ini sebenarnya dilakukan kerana
mereka inginkan kebebasan tanpa dikawal oleh mana pihak atau undang-undang yang
mengonkong mereka daripada melakukan perkara yang ingin yang dibuat. Hal ini kerana
Mahasiswa/wi akan mencari kebebasan tanpa mengikut arahan daripada sesiapa dan
perlakuan selalu diringi dengan kawan-kawan yang lain. Oleh itu, aktitivi ini kebanyakkan
melibatkan pengaruh daripada rakan-rakan yang lain yang mengajak mereka melakukan
perkara tersebut.

3.3.1 Punca

Antara faktor berlakunya masalah ini adalah pertama sebagai jalan pintas sama ada
melarikan diri daripada dikenakan tindakan dan mencepatkan perjalanan. Hal ini kerana
mahsiswa/wi mencari altrenatif yang lain untuk sampai ke tempat dituju dan dianggap akan
menjimat masa mereka. Sebagai contoh pelajar yang meletak kenderaan parkir luar kolej
terpaksa berjalan keluar selama 7 minit untuk sampai ke tempat kenderaan meraka dan untuk
menyelesaikan masalah tersebut para pelajar akan memanjat pagar tersebut kerana dekat
dengan kenderaan mereka serta masa dan jarak yang diambil oleh mereka begitu pendek.
Tambahan pula, tidak kurangnya mereka yang menyalahi peraturan di kolej yang terpaksa
memanjat pagar untuk memasuki kolej. Gambaran paling tepat adalah dengan gambaran
mahasiswa/wi yang lewat balik ke kolej sebelum pukul 12 pagi tidak dibenarkan masuk
selepas daripada jam tersebut. situasi ini sering berlaku dalam kalangan Mahasiswa/wi di
kolej terutama Kolej Harunaminurrashi (KHAR) yang menjadi kebiasaan kepada mereka
tanpa merasa rasa bersalah.
25
Kelonggaran aktiviti meronda oleh pegawai keselamatan membuatkan aktiviti ini
lebih kerap dilakukan oleh para mahasiswa/wi di kolej tersebut. sistem rondaan yang dibuat
oleh pegawai keselamatan tidak sistematik dan lemah menyebabkan gejala ini kerap kali
berlaku. Pegawai keselamatan hanya tertumpu kepada menjaga pintu pagar sahaja dan tidak
begitu memberikan perhatian kepada ruang sekeliling kolej dan sekiranya ternampak
sekalipun, mereka hanya membiarkan sahaja tanpa mengambil tindakan saman kepada
mahasiswa yang melakukan kesalahan tersebut. Sikap ini sekaligus akan menggalakan para
pelajar untuk melakukan salah laku tersebut tanpa merasa segan silu. Sikap pegawai yang
sebegini tidak akan mengurangkan aktiviti tersebut bahkan meningkat lagi bilangan
mahasiswa melakukan perkara tersebut. selain itu, sikap pegawai yang berkije sambil lewa
membuatkan aktiviti lebih senang dilakukan oleh pelajar tanpa merasa takut kepada undang-
undang yang telah ditetapkan. Tugas yang diberikan kepada pegawai keselamatan sekiranya
tidak di laksakan dengan telus akan mendatangkan banyak kesalahan para pelajar.

3.3.2 Cara mengatasi

Pelajar tidak takut kepada undang-undang yang di buat oleh pihak Universiti
seandainya berkara ini berterusan dan tidak dibendung dengan segera. Kelemahan dalam
sistem undang-undang Universiti adalah bermula dengan menyerahkan tugas kepada
seseorang tidak amanah dalam melakukan kerja menyebabkan pelajar dapat melakukan salah
laku tanpa segan silu walaupun dihadapan mereka sekali pun . undang-undang yang dibuat
hanya berlandaskann perjanjian diatas kertas semata-mata tanpa ada sebarang tindakan yang
yang lebih efektif untuk menanganinya. Hasilnya pelajar membuat perkara sesuka hati tanpa
ada sebarang kawalan undang-undang yang boleh menjejas nama diri dan sekolah Universiti.
Gejala memanjat ini sekiranya tidak dibendung oleh oleh pihak Universiti terutama pegawai
keselamatan tidak mustahil mereka tidak akan akan lagi masuk melalui pintu utama lagi
bahkan akan melahirkan para mahasiswa yang hebat memanjat dan melompat pagar dan akan
menyumbang ke arah gejala salah laku yang lain.

Kesan yang paling ketara yang dapat dilihat adalah akan menjejaskan imej pihak
universiti sebagai institusi pendidikan yang disegani oleh masyarakat. Masyarakat akan
memandang serong terhadap pentadbiran universiti yang tidak pandai menjaga tatacara dan
disiplin mahasasiwa di kolej dan akan menjejaskan kemasukkan para pelajar baru untuk
memasuki Universiti. Tambahan pula, pihak Universiti akan sukar untuk melahirkan para
pelatih yang berkredibiliti kerana sudah dilebalkan sebagai universiti yang buruk tingklaku
26
atau disiplin mahasiswa. Kesukaran mahsiswa mencari kerja juga akan berlaku kerana
melihat atitude graduan tersebut dan melihat tempat mereka belajar, seandianya datang di
Universiti yang sudah dilebalkan tidak berdisiplin maka harapan mendapat kerja oleh tipis.
Oleh itu akan ada graduan menggangur akibat daripada masalah tersebut.

Terdapat beberapa langkah untuk mengatasi masalah ini antaranya adalah


menguatkuasakan undang-undang dengan meronda sekeliling kolej untuk mencegah aktiviti
berlaku. Rodaan boleh dibuat pada waktu kuliah pada waktu pagi, tengari dan paling utama
pada waktu malam dengan bergilir-gilir dan ini akan mengurangkan lagi kes sebegini berlaku.
Tambahan pula, pihak atasan boleh memecat pegawai keselamatan yang tidak melaksanakan
tugasnya dan mengganti dengan baru dengan melaksanakan kerja diserahkan dengan penuh
amanah dan berdidikasi dan dapat memberikan komitment yang penug kepada kerja yang
diserahkan kepada mereka. Selain itu, pegawai keselamatan boleh mengenakan denda dan
saman yang tinggi sebagai pengajaran kepada mahsiswa supaya tidak melakukan kesalahan
lagi dan pada masa yang sama dapat menjaga disiplin mahasiswa di kolej ini.

Kesedaran diri dalam kalangan mahasiswa perlu diterapkan lagi dengan mendedahkan
keburukkan tentang amalan memanjat pagar kolej ini dan akur dengan peraturan yang telah
dilaksanakan adalah untuk kebaikkan bersama. Sebagai mahasiswa salah laku seperti ini tidak
seharusnya berlaku kerana kita di didikan dengan ilmu kifayah dan fardu ain sebagai asas
dalam mendidik akhlak manusia supaya melakukan perkara yang baik serta menjauh diri
daripada kemungkaran(keburukan) . Semangat jati diri perlu ditanam kepada diri setiap
mahasiswa supaya tidak terikut dengan sikap kawan rakan dan cuba mempertahankan diri
dengan prinsip-prinsip hidup dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang salah
disisi peraturan dan undang-undang. Tambahan pula, sebagai mahasiswa kita harus lebih
matang untuk membuat sesuatu perkara dan menilai mana satu yang baik dan tidak baik dan
membuat keputusan yang bijaksana untuk memilih keputusan yang baik

3.4 Memanipulasi Teknologi Secara Terlampau

Semakin hari semakin majunya teknologi di abad ini. Maka bukan sesuatu hal yang

mustahil apabila pelbagai maklumat amat mudah diprolehi atau diperkongsikan sebagai

tatapan umum. Disebabkan wujudnya individu-individu yang bijak pandai pelbagai perkara

boleh dilakukan melalui teknologi tersebut. Sayangnya apabila individu-individu ini tidak

27
mempunyai sikap atau nilai-nilai bertanggungjawab dalam penggunaan teknologi ini telah

memanipulasinya sehingga wujudnya pelbagai isu-isu yang meninggalkan kesan yang negatif

terhadap masyarakat. Sebagai contoh maklumat-maklumat palsu yang berunsur fitnah,

pornografi telah dijadikan ia sebagai tatapan umum yang jelas mendatangkan kesan yang

sangat buruk terhadap masyarakat sesebuah negara.

Penyebab utama terjadinya masalah ini adalah disebabkan sikap manusia itu sendiri

yang kurang mempunyai dan mengamati pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik.

Secara umumnya individu-individu yang melakukan gejala memanipulasi ini hanyalah

sebagai satu perkara yang remeh. Apabila ia dilakukan secara berulang perkara yang sama

menyebabkkan amalan untuk memanipulasi teknologi ini menjadi sebagai satu tabiat yang

sukar untuk ditinggalkan. Sikap tanggungjawab terhadap dalam menjaga keaiban orang atau

masyarakat akan mula dan terus luntur apabila tingkahlaku memanipulasi teknologi ini

menjadi satu tabiat dalam diri individu tersebut.

Sikap buruk ini akan meninggalkan kesan yang boleh membarah dalam setiap aspek

seperti dalam perpaduan masyarakat, ekonomi dan negara. Kesan yang paling

membimbangkan adalah berlaku perpecahan dalam kalangan masyarakat. Disebabkan

individu-individu yang memanipulasi teknologi melakukan atau meletakkan sesuatu perkara

yang tidak berfaedah seperti fitnah dan info-info porno, ia akan mudah menyebabkan

berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat. Secara langsung, perkara negatif ini akan

menular kepada jenerasi muda yang merupakan pelapis kepimpinan negara. Justeru, sesebuah

negara akan hilang jenerasi pelapis kepimpinan yang berwibawa untuk mentadbir negara

secara berkualiti.

Oleh itu, sebagai guru professional dalam subjek pendidikan Sivik Kewarganegaraan

ini, saya berasa menjadi satu kewajiban untuk menangani gejala ini dari terus menular dan

28
membarah dalam negara yang mendatangkan kesan yang negatif terhadap generasi muda

negara. Pada pendapat saya, tindakan yang saya rasa wajar untuk saya lakukan pada

peringkat awal adalah mencuba sedaya upaya memastikan pelajar dapat memahami dan

menghayati nilai-nilai murni. Hal ini secara tidak langsung akan membantu mereka untuk

menjadikan nilai yang difahami dan dihayati sebagai tabiat dalam menjalani kehidupan

harian mereka. Justeru, akan mula timbul rasa sikap prihatin dan bertanggungjawab dalam

diri mereka untuk bersama menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Foto : menunjukkan penyalahgunaan teknologi untuk provokasi

III.5 PLAGIAT

3.5.1 Definisi

Definisi Plagiat Glosori Istilah Kesusasteraan (1998). Penciplakan atau kegiatan dalam

kesusasteraan yakni mengambil karya ciptaan orang lain yang pernah tersiar atau diterbitkan

yang dianggap mungkin sudah dilupakan oleh pembaca lalu diakui oleh penulis itu sebagai

karyanya yang asli. Penulis berkenaan mungkin mencedok cerita dari segi plot dan

sebagainya dan kemudian mengolahnya semula tetapi pembaca atau pengkaji sastera yang

teliti dapat mengesan dari mana sumbernya yang asal diambil oleh si penciplak.

29
3.5.2 Punca

Dalam situasi seperti ini, adakah amalan plagiarism di kalangan pelajar akan dianggap

sebagai jenayah akademik? Sebab-sebab yang lebih khusus atau spesifik kenapa amalan ini

berlaku di kalangan pelajar kerana apabila para pelajar kurang mahir dalam mencari

maklumat. Pelajar yang tidak didedahkan kepada kemahiran mencari maklumat akan

mengalami kesulitan untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Situasi ini akan menyebabkan para

pelajar lebih cenderung untuk melakukan plagiarism.

Seharusnya, pelajar perlu didedahkan dengan kemahiran mencari maklumat.

Kemahiran mencari maklumat ini termasuklah cara menyelidik serta tahu objektif utama

tugasan mereka bagi mendapatkan sesuatu fakta yang tepat. Mungkin dengan cara ini, produk

yang dikeluarkan oleh para pelajar lebih kreatif dan berkualiti. Oleh itu, semua universiti di

negara kita mempunyai sistem mereka sendiri untuk membantu para pelajar mencari

maklumat.

Sebab yang seterusnya adalah para pelajar tidak mempunyai masa yang secukupnya.

Acap kali kita mendengar alasan ini oleh para pelajar dalam menyiapkan sesuatu tugasan.

Dalam kekurangan masa tersebut, maka timbul idea mengambil hasil kerja atau buah fikiran

pelajar yang lebih pandai dan menonjol dalam pembelajaran untuk menyiapkan tugasan

mereka. Hal ini kerana, faktor kekurangan masa tidak akan timbul kerana tempoh tugasan

yang diberikan oleh pensyarah untuk disiapkan oleh pelajar adalah lebih daripada cukup.

Mungkin sifat ambil mudah dan tidak prihatin tentang akademik yang wujud dalam diri

sendiri pelajar itu sendiri menyebabkan masa yang diberikan oleh pensyarah itu tidak

mencukupi. Apabila sifat ambil mudah ini wujud, maka pelajar tersebut lebih suka untuk

meniru atau mengambil tugasan orang lain.

30
Seterusnya, suasana pembelajaran di universiti berbeza dengan sebelumnya.

Persekitaran di universiti sangat berbeza dengan persekitaran semasa di sekolah mahupun di

peringkat matrikulasi. Di peringkat sekolah atau matrikulasi, para pelajar akan disuap dengan

nota-nota oleh guru-guru dan apabila mereka menjejakkan kaki di universiti. Amalan seperti

itu sudah tidak lagi diteruskan oleh para pensyarah.

Di universiti, para pelajar lebih diajar berdikari dan segala nota pembelajaran perlu di

cari sendiri oleh pelajar tesebut. Sesetengah pelajar yang tidak dapat mengikuti suasana ini

akan menyebabkan mereka ketinggalan dan tidak tahu bagaimana untuk mendapatakan nota-

nota atau segala maklumat tentang yang dipelajarinya. Sebagai jalan mudah, pelajar tersebut

akan melakukan amalan ‘copy paste’ untuk menyiapkan tugasan mereka.

Kurang kesedaran tentang plagiarism turut menjadi factor kepada kegiatan plagiat

dalam kalangan pelajar. Kebanyakan pelajar tidak tahu apa maksud sebenar plagiarism. Bagi

mereka, menciplak kerja orang lain tidak menjadi kesalahan. Pelajar perlu kreatif dalam

menyiapkan sesuatu tugas dan bukannya meniru bulat-bulat buah fikiran orang lain. Oleh itu,

para pensyarah perlu mewujudkan satu sesi khas dengan pelajar untuk membicarakan tentang

isu dan masalah para pelajar seperti isu plagiarism ini.

Para pensyarah perlu sentiasa mengingatkan pelajar mereka tentang bahayanya

amalam ‘copy paste’ ini. Para pelajar juga perlu menitikberatkan tentang masalah ini kerana

pelajar itu sendiri akan mendapat kesan buruk sekiranya mereka sering mengamalkan amalan

ini. Seterusnya, kurang persedian dalam menyiapkan tugasan. Etika dalam penyediaan

sesuatu kajian ilmiah perlu ada dalam diri pelajar. Kebanyakan pelajar yang melakukan

amalan plagiarism ini adalah terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai perancangan

yang betul untuk menyiapakan sesuatu tugasan atau melakukan sesuatu kajian ilmiah.

31
Sekiranya persediaan tidak dilakukan terlebih awal, kerja yang dihasilkan tidak

memuaskan dan apabila diminta oleh pensyarah untuk buat lain, maka pelajar itu tidak akan

bersemangat dan lebih cenderung untuk melakukan plagirism kerana mereka fikir, banyak

masa yang mereka telah luangkan untuk menyiapkan tugasan tersebut. Sedangkan kerja yang

dilakukan sebelum ini adalah tidak bersungguh-sungguh.

Sepatutnya pelajar tidak harus bergantung 100% kepada internet. Pelajar perlu

mendapatkan bantuan daripada penyelia (pensyarah) mereka yang lebih berpengalaman dan

luas ilmu pengetahuan. Untuk menghasilkan kerja yang bermutu, pelajar tidak boleh berguru

dengan internet semata-mata

Akhir sekali, berpunca daripada sifat pelajar itu sendiri. Kebanyakan pelajar yang

melakukan plagirism adalah terdiri daripda mereka yang mempunyai sifat-sifat tertentu dalam

diri mereka. Mereka telah dididik dari sekolah rendah untuk meniru tanpa usaha sendiri.

Berjaya menjejaki kaki ke mara gading tanpa usaha sendiri dan hanya dengan bantuan

plagiarism. Sifat ini akan terbawa-bawa ke universiti. Hal ini kerana apabila di universiti

kebanyakan pelajar seperti ini tidak dapat meneruskan pelajaran mereka dan mereka akan

ketinggalan dan seterusnya terpaksa menamatkan pengajian mereka terlebih awal.

Adakah dengan cara menciplak hasil kerja orang lain akan mendatangkan kajayaan

kepada anda? Sebagai pelajar, mungkin anda mempunyai pendapat sendiri mengapa

wujudnya amalan ‘copy paste’ di universiti dan saya yakin juga kebanyakan pembaca blog ini

terdiri daripada mereka yang cerdik pandai iaitu pelajar universiti.

3.5.3 Kesan

32
Budaya "cut & paste" adalah satu jenayah akademik. Tetapi ramai pelajar tidak menyedari

bahawa ia adalah satu kesalahan. Mereka juga tidak tahu bahawa itu adalah plagiat. Setiap

universiti mempunyai Perlembagaan sendiri untuk melucutkan kelayakan mana-mana pelajar

yang didapati menipu. Ia juga diperkatakan oleh Pengarah Perhubungan Korporat dan

Anatarabangsa Universiri Malaya (UM) iaitu Profesor Madya Khoo Boo Teong. Beliau

menjelaskan bahawa UM mempunyai Seksyen 56, Perlembagaan Universiti Malaya, iaitu

berkenaan dengan sebarang kes plagiat, meniru dan penipuan adalah punca yang boleh

menyebabkan berlakunya perlucutan pelajar dalam universiti.

Gejala plagiarisme juga merupakan perbuatan yang tidak beretika dan saling tak

tumpah konsepnya seumpama merompak. Ia terjadi apabila seseorang menghasilkan semula

atau menciplak hasil ilmiah milik orang lain samada dalam bentuk perkataan, idea-idea atau

penemuan-penemuan tertentu. Ada beberapa bentuk plagiarisme yang diamalkan. Antaranya

penipuan secara langsung perkataan-perkataan, perenggan atau sebrang bahan yang diambil

daripada bahan terbitan orang lain tanpa usaha yang sewajarnya dalam mengiktiraf sumber

asal bahan ilmiah tersebut. Pengubahsuaian perkataan-perkataan orang lain tanpa

memberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Dengan teknologi 'dunia di hujung jari' melalui

internet pada masa kini, diakui seseorang pelajar mampu menyiapkan kertas kerja atau

tesisnya dengan jalan pintas yang cepat.

3.5.3 Cara menangani

Dalam Akta Hak Cipta 1987 tiada makna ciplak digunakan. Bagaimanapun terdapat satu

peruntukan dalam Seksyen 36 (1) Akta Hak Cipta menyebut: pelanggaran terhadap hak cipta

berlaku apabila seseorang tanpa lesen tuan punya hak cipta itu melakukan atau menyebabkan

orang lain melakukan perbuatan yang perlakuannya dikawal oleh hak cipta di bawah akta ini.

33
Seksyen 13 (1) (a) pula menyatakan dalam keadaan manakah ciplak atau pelanggaran hak

cipta berlaku: Hak cipta mengenai karya sastera, muzik atau seni, filem, rakaman bunyi atau

karya terbitan adalah hak eksklusif bagi mengawal dalam Malaysia, pengeluaran semula

dalam apa-apa bentuk bahan keseluruhan atau sebahagian besar karya itu sama ada dalam

bentuk asal atau terbitan.

Rumusannya ciplak atau plagiat itu berlaku apabila individu tersebut meniru bulat-

bulat atau sebahagian ayat atau baris atau perenggan dalam karya yang asli lalu

memperakuinya sebagai karyanya tanpa izin daripada penulis asalnya. Hal ini kerana hak

cipta itu menjadi seperti “harta” mereka dan mereka berhak melindunginya. Namun demikian

undang-undang hak cipta tidak melindungi pernyataan idea.

Ini berbeza dengan “patent” kerana undang-undang berkaitan “patent” melindungi

ideanya sekali. Dengan perkataan lain, jika seseorang itu menemui sesuatu idea atau konsep

baharu, maka undang-undang hak cipta tidak melindunginya, tetapi jika idea atau konsep itu

dinyatakan dalam bentuk tulisan, maka undang-undang hak cipta memberikan perlindungan

terhadap pernyataan tersebut.

Terdapat beberapa pihak yang bertanggugjawab mencegah usaha plagiarisme dalam

penulisan akademik iaitu universiti dan fakulti, pensyarah dan para pelajar. Pihak universiti

harus mewujudkan atau jika sudah ada, haruslah dikuatkuasakan kuasa undang-undang

berkenaan budaya palgiarisme dan maklumkan kesalahan dan kesan negatifnya kepada semua

pensyarah dan juga pelajar. Pihak universiti juga perlu pastikan bahawa dalam buku panduan

akademik di setiap fakulti mengandungi maklumat dan kaedah penulisan sumber rujukan atau

bibliografi yang tepat sebagai cara mencegah dan menangani sebarang plagiarisme.

Hanya dengan cara memberi pengiktirafan terhadap pemilik karya asal, barulah

cedukan idea dan frasa-frasa tertentu dari karya asal tersebut 'dihalalkan' dalam konteks
34
penulisan akademik. Pihak pengurusan fakulti boleh mengaplikasikan perisian komputer atas

talian yang dapat mengesan sebarang aktiviti plagiarisme dalam penulisan tesis atau tugasan

pelajar. Perisian-perisian seperti ini diaplikasikan oleh kebanyakan universiti di seluruh dunia

yang digunakan secara meluas dalam menangani isu plagiarisme dalam penulisan akademik

oleh pelajar.

Misalnya, perisian-perisian komputer seperti Turnitin, Scan My Essay dan Word

Check System, cukup komprehensif dan efektif dalam menemukan sebarang unsur

plagiarisme tesis dan penulisan akademik secara atas talian. Para pensyarah adalah

berperanan untuk membimbing konsep plagiarisme kepada para pelajar bukan sekadar dalam

penulisan tesis, bahkan dalam tugasan, laporan mingguan, pembentangan dan sebagainya.

Pensayarah juga perlu tegas mangambil tindakan terhadap pelajar yang masih degil membuat

tugasan akademik secara plagiat samada meminta pelajar mengubahsuai tugasan tersebut atau

melaporkannya kepada pihak universiti.

Pelajar pula harus bertanggungjawab dalam menghasilkan sebarang penulisan

akademik atau tesis yang tidak mengandungi unsur plagiarisme. Setiap universiti mempunyai

buku panduan penulisan akademik dan mereka perlu menuruti semua sistem dan disiplin

penulisan yang telah ditetapkan. Mereka perlu sedar bahawa penulisan akademik adalah satu

usaha universiti untuk mengasah dan menyerlahkan tahap kebolehan akademik mereka

sendiri. jadikanlah penulisan akademik sebagai sumber terbaik untuk menyerlahkan daya

pemikiran mereka.

Bibliografi

35
Adab sopan Rakyat Malaysia http://www.bharian.com.my/bharian/articles/
GerbangNegeri_WargaKuantanlebihtakutdendaberbandingdenggi/Article/
diperoleh pada 2 November 2012

Ahmad Puhad Bin Alim & Nazatul Akma Binti Zakaria. Persepsi Ibu Bapa Melayu
Muslim Bandar Terhadap Penggunaan Telefon Bimbit Dalam Kalangan
Pelajar Sekolah Menengah : Universiti Teknologi Malaysia.
Bahasa dan ilmu: Memahami Hakikat Bahasa , http://basilhazmanblog.wordpress.com
/2012/09/05/bahasa-dan-ilmu-memahami-hakikat-bahasa-ilmu/diperoleh pada
15 November 2012

Collins, K. Gerry, M., Gary, A. (2004). Bullying in School: A NothernIreland


Study.Educational Research, Vol 48 (1), 55- 69

Erwanz. (2009). Filem dan Drama Gagal Mendidik, “Hantu-hantu” TetapBerkeliaran


Dan Bermaharajalela, Majalah Al-Islam. Julai: M/S 45-47.

Esah Sulaiman (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan. Johor: Penerbit

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

Gula-gula getah, kesihatan http://www.izieherb.net/produkkesihatanmulut.htm -..

http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/mengapa-anak-muda-pilih-untuk-
hidup-secara-anarki-1.84034 diperoleh pada 17 November 2012

Pautan: Samseng Jalanan @ Mat Rempit.http://pmr.penerangan.gov.my.

36

Anda mungkin juga menyukai