Anda di halaman 1dari 6

SHAH ALAM - Karnival Sivik & Kewarganegaraan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) TTDI

Jaya kali ke-2 meriah dengan berlangsungnya dua program serentak.

Karnival sivik dimeriahkan dengan pertandingan pameran makanan tradisi negeri seluruh Malaysia
serta pertandingan memasak melibatkan semua 12 kelas tingkatan tiga, sekolah tersebut.

Program anjuran Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dengan kerjasama KDU University
College itu berlangsung meriah disertai lebih 200 pelajar tingkatan tiga dan 24 guru.

Guru Kanan Mata Pelajaran Kemanusian, Hazlina Mansor berkata, objektif utama program itu ialah
untuk mencungkil dan mengembangkan bakat serta potensi pelajar di luar bilik darjah dalam semua
bidang khasnya dalam kemenjadian pelajar.

"Hari ini kita boleh tengok bakat-bakat terpendam mereka memandangkan mereka baru selesai
PT3. Ada kalangan mereka memang ada bakat chef, ada yang petah berbicara dan bijak
berkumunikasi dengan orang luar.

"Ia juga menguji dan meningkatkan tahap keyakinan pelajar. Kita bagi task program dalam masa
seminggu, mereka urus sendiri... kita hanya beri modal kepada semua kumpulan RM30 untuk
siapkan booth pameran dan RM30 juga untuk persiapkan menu masakan.

"Selain itu, ia juga dapat mempertingkatkan daya saing dan semangat kerja sepasukan serta
mengaplikasikan pembelajaran dalam kelas kepada situasi sebenar," ujarnya.

Menurut Ketua Panitia Sivik & Kewarganegaraan, Fairuz Asyikin Aptu, terdapat 12 kumpulan bagi
pertandingan pameran masakan seluruh negeri dan 12 kumpulan untuk pertandingan memasak.

"Antara kriteria yang dipilih menjuarai kedua-dua pertandingan itu adalah pakaian dan dialek, serta
cara masakan. Pelajar akan ditemubual tentang khasiat makanan juga kaedah promosi makanan
tersebut ke peringkat antarabangsa.

"Program seperti ini dapat memupuk semangat sabar selain hormat-menghormati dalam kerja
berpasukan kepada pelajar dan guru yang menyelia," ujarnya.

Program bertemakan 'Young CiviChef Challenge' dan 'Food Tourism & Career Path' itu tambah
meriah dengan adanya juri dari kalangan personaliti terkenal tanah air iaitu Pengerusi Balai Seni
Visual Negara, Datuk Mahadzir Lokman dan Pensyarah Kanan Hospitality & Tourism KDU
University College, Mohd Noor Izam Said (juga dikenali Chef Zam) serta Pengarah Eksekutif Asam
Pedas Premier Sdn Bhd, Noor Asylynna Lee Abdullah.

Datuk Mahadzir turut berkata program tersebut amat bagus dilaksanakan di sekolah.

"Ramai juga pelajar lelaki yang terlibat... itu sangat baik dan boleh melatih mereka berdikari di
rumah. Tidaklah berharap pada ibu atau kakak sahaja," katanya.

Sementara itu, Chef Zam turut bergembira melihat gelagat pelajar-pelajar yang baru berusia 15
tahun, sudah pandai mengeluarkan idea-idea untuk memasak.

"Untuk masa hadapan dari segi kulinari, mereka dah ada pendedahan. Saya berharap program
sebegini diadakan setiap tahun untuk menimbulkan minat pelajar dalam dunia chef. Semua perlu
tahu chef bukan tukang masak, mereka pengurus di dapur.
"Pengetahuan dan teknik memasak penting dan semoga minat mereka dalam bidang kulinari akan
bertambah kerana bidang kerja ini dah popular di serata dunia," katanya.

KDU University College cuba membuka peluang kepada pelajar yang berminat dalam bidang
kulinari untuk melanjutkan pelajaran kerana universiti itu memiliki tempat tercanggih dan termoden di
Asia Tenggara.

Menurut Guru Kanan Bahasa, selaku ketua juri pertandingan pameran makanan tradisi negeri,
Rosilawati Yusof turut kagum dengan persembahan dari pelajar dan itu menunjukkan kreativiti
mereka dan hasil kerjasama mereka.

"Kami menilai dari segi ketetapan tema ikut negeri yang dipilih, kreativiti penyediaan bahan dan
perhiasan juga kerjasama antara ahli dalam kumpulan dalam menyiapkan tempat pameran serta
pemberi penerangan kepada kami.

"Ada antara kumpulan yang sangat kreatif menyediakan kuiz untuk kami para juri menjawab dan
mereka sediakan hadiah," katanya.

Wakil Kumpulan 3 Beta juga selaku pemenang pertandingan masakan, Dani Irfan Mohd Faidz turut
melahirkan rasa syukur dengan kemenangan itu.

"Saya juga agak terkejut apabila diumumkan sebagai pemenang bagi pertandingan memasak
masakan utama kerana menu kami Ikan Patin Masak Tempoyak mendapat saingan sengit dengan
kumpulan lain," ujarnya.
PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH (PKS)DALAM PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
(PSK)1.Konsep

Penilaian dalam Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) ialah PenilaianKendalian Sekolah (PKS)
yang dijalankan secara menyeluruh dan berterusan.Aspek afektif dan amalan tidak dapat diuji dalam
penilaian sumatif. Oleh itu,kaedah PKS dapat melengkapkan penilaian yang meliputi ketiga-tiga aspek
iaitupengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik yang merupakan tigakomponen utama dalam
organisasi kandungan kurikulum.

2.Tujuan

PKS bertujuan menilai perkembangan dan kemajuan setiap murid secaramenyeluruh dan berterusan
dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivikdan kewarganegaraan. Di samping itu, PKS
membolehkan guru dan muridmengetahui tahap pencapaian pembelajaran serta membuat tindakan
susulan.

3.Ciri-ciri Penilaian

PKS lebih bersifat formatif dan menekankan perkembangan individu. Maklumatyang diperoleh memberi
maklum balas tentang tahap dan kesan pembelajaranyang dikuasai oleh murid. PKS dikendalikan oleh
guru secara bersistem iaitumerancang, mengurus, merekod, melapor dan membuat tindakan
susulan.Penilaian ini menggunakan pelbagai kaedah seperti pemerhatian, lisan,penulisan dan penilaian
kendiri.

4.Tumpuan Penilaian

PKS dalam PSK dinilai mengikut tema. Penilaian ini dibahagikan kepada 3aspek yang meliputi
pengetahuan PSK, kemahiran PSK dan nilai PSK sepertiberikut:i.

Pengetahuan Sivik dan Kewarganegaraan

Pengetahuan sivik dan kewarganegaraan terdiri daripada maklumat dan ideaasas yang murid perlu tahu
serta menggunakannya untuk menjadiwarganegara yang bertanggungjawab dan berkesan. Maklumat
asas inimerangkumi aspek perkembangan diri, hubungan kekeluargaan, hidupbermasyarakat,
masyarakat pelbagai kaum dan budaya di Malaysia,pentadbiran negara dan cabaran masa depan.

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

ii.

Kemahiran Sivik dan Kewarganegaraan

Kemahiran sivik dan kewarganegaraan terdiri daripada kemahiranmelibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti
di dalam dan di luar bilik darjah yangmembolehkan murid membuat keputusan serta menyelesaikan
masalah.Kemahiran ini juga dapat meningkatkan kesedaran sivik dan membolehkanmurid memberi
sumbangan terhadap pembangunan diri, keluarga,masyarakat, negara dan global.iii.
Nilai Sivik dan Kewarganegaraan

Nilai sivik dan kewarganegaraan terdiri daripada nilai murni yang perlu bagimelahirkan insan yang
berakhlak mulia dan warganegara yangbertanggungjawab. Nilai sivik ini antara lain merangkumi nilai
adil, saksama,patriotisme dan menghormati hak orang lain di samping menekankanpenghargaan
terhadap masyarakat pelbagai budaya.

5.Prinsip Penilaian

Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran danpembelajaran (P & P) yang meliputi
prinsip-prinsip seperti yang berikut.i.Berterusan, bersifat formatif, memenuhi objektif P & P dan sesuai
dengankaedah P & P.ii.Mempunyai unsur integrasi antara pengetahuan, kemahiran dengan nilaisivik dan
kewarganegaraan.iii.Terdapat pemeringkatan berdasarkan aras Taksonomi Bloom –pengetahuan,
kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

6.Aspek Penilaian:

i.

Pengetahuan

a)Berdasarkan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian SukatanPelajaran (HSP).b)Item boleh berbentuk
objektif, pilihan jawapan, struktur, jawapanringkas dan esei.c)Pemarkahan berdasarkan jumlah soalan
dan jawapan.

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

ii.

Kemahiran dan Nilai

a)Penilaian boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan.b)Penilaian boleh menggunakan


pelbagai teknik seperti yangberikut.

Perbincangan

Lakonan

Simulasi

Forum
-

Main Peranan

Permainan

Dan lain-lain7.

Persekitaran dalam Penilaian

Penilaian yang dilaksanakan perlu mengambil kira beberapa aspek yang dapatmembantu mewujudkan
persekitaran penilaian yang kondusif. Antara aspekyang perlu diambil kira dalam membuat penilaian
adalah seperti yang berikut.i. Memotivasikan muridii. Menggembirakaniii.Ada kepuasaniv.Ada keinginan
untuk mengetahuiv.Peluang untuk membaiki kelemahanvi.Menerima keputusan secara positif vii.Tidak
menghukumviii.Tidak menimbulkan keteganganix.Tidak memalukan

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN KBSR

8.Langkah Penilaian

Guru perlu mengenal pasti semua aspek P & P termasuk merancang,menyusun strategi dan menentukan
beberapa perkara seperti yang berikut.i. Menentukan hasil pembelajaranii. Menetapkan kaedah
penilaiana)Kaedah penilaian (pemerhatian, lisan, penulisan dan penilaian kendiri)mestilah sesuai dengan
hasil pembelajaran yang hendak dicapai.b)Kaedah yang dipilih boleh digunakan secara berasingan
ataudigabungkan.iii.Menentukan dan memilih alat penilaian yang sesuai

a)

Senarai Semak

Mengandungi aktiviti yang disusun dengan teliti bagi membolehkanguru menilai pembelajaran dan
perlakuan murid.

Kandungan senarai semak berdasarkan SP & HSP, buku teks dansumber lain.

Boleh disediakan secara individu atau berkumpulan.

-
Ditanda dengan menggunakan simbol dan warna.b)Rekod Anekdot

Suatu alat pemerhatian yang menunjukkan tahap dan kualitipenguasaan serta pencapaian tingkah laku
murid dalam perkaratertentu.

Sesuai digunakan untuk mengesan atau memerhati tahapperkembangan murid.c) Skala Kadar

Pembinaan skala kadar perlu mengambil kira beberapaperkara seperti konsep dan takrif yang jelas bagi
setiap item.

Terdapat 2 bentuk skala iaitu:

skala angka. Contoh : 1 = Sederhana, 2 = Baik 3 = Cemerlang

skala huruf, perkataan atau frasa. Contoh :

HurufPerkataanFrasa

A – Cemerlang Sangat memuaskanPencapaian cemerlangB – Baik MemuaskanPencapaian baik

Anda mungkin juga menyukai