Anda di halaman 1dari 6

BAHASA JIWA BANGSA

Andai patah sayap rajawali,

bertongkat jua saya ke mari,

bukan kerana ingin bermimpi,

tetapi untuk membawa anda semua menyelami mauduk pidato yang berbunyi Bahasa Jiwa
Bangsa.

Sambutlah Salam Sejahtera,Salam Satu Bahasa. Semarak kasih,sekalung budi Tuan Pengerusi
Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi berkarisma,penjaga masa setia pada saat dan ketikanya,
seterusnya para hadirin pencetus revolusi minda yang saya muliakan.

Sebelum kaki mengorak langkah lebih jauh,izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya.
Menurut kamus Bahasa Malaysia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa ditakrifkan
sebagai sistem lambang bunyi suara. Jiwa pula merupakan roh atau nyawa.
Seterusnya Bangsa dapat didefinisikan sebagai j enis manusia daripada satu asal keturunan.

Secara konotosinya Bahasa Jiwa Bangsa juga membawa maksud milik mutlak sesuatu
bangsa yang menjadi identiti kebangsaan.Sesungguhnya Bahasa itu menunjukkan jati diri
sesuatu bangsa.

Kekuatan bahasa itu juga membuktikan kuatnya sesuatu bangsa itu sendiri.

Yang kurik itu kundi.

Yang merah itu saga,

Yang baik itu budi,

Yang indah itu bahasa.

Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-sungguhnya


nenek moyang kita menjaga adab dan pergaulan terutamanya dalam aspek pertuturan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Apakah wasilah terpenting untuk membentuk bangsa Malaysia? Jawapannya jelas


Bahasa Kebangsaan kerana Bahasa Jiwa Bangsa´. Hal ini bermakna bahasa apa yang kita
daulatkan, bahasa itulah yang membentuk jiwa kita sekaligus memercikkan jati diri kebangsaan.
Pada amnya,proses evolusi Bahasa Melayu berkembang selaras dengan taraf pembangunan yang
dicapai oleh negara dan rakyat. Pada masa kini, Dasar Bahasa Kebangsaan telah
mengiktiraf Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam setia purusan.
Tidak cukup dengan itu,dasar pendidikan kita juga menetapkan bahawa Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa pengantar utama. Dengan adanya dasar-dasar ini,kita bukan sahaja dapat
memastikan Bahasa Kebangsaan termaktub dalam perlembagaan,tetapi dapat dihayati dan
diamalkan secara meluas oleh masyarakat.

Warga pendengar yang budiman,

Dalam meredah arus globalisasi kini,media massa berperanan penting dalam mengembangkan
Bahasa Melayu agar identiti kita sebagai bangsa Melayu dikenali oleh masyarakat di seantero
dunia. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mengamalkan Bahasa Melayu dalam apa jua perkara
agar kita dapat menaikkan taraf Bahasa Kebangsaan kita seiring dengan bahasa-bahasa lain di
dunia.

Sedap makan kacang kelisa,

Buah peria pahit dan maung,

Bahasa menggabungkan etnik bangsa,

Satu bahasa sama bernaung.

Justeru,gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang
bertamadun, kaya dengan budi bahasa dan memiliki minda kelas pertama. Bahasa Kebangsaan
harus didaulatkan. Inilah sikap dan pemikiran yang amat diperlukan untuk mencapai Wawasan
2020. Secara konklusinya, Bahasa Jiwa Bangsa jelas menunjukkan bahawa Bahasa Melayu itu
menjadi nadi penggerak yang amat penting untuk menzahirkan identiti diri kita. Bahasa ibunda
sewajarnya dipraktikkan agar tidak akan pupus ditelan zaman. Akhir sekali,bahasa itulah yang
menunjukkan bangsa.

Sekian terima kasih.......


KEPENTINGAN KEGIATAN KOKURIKULUM

Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada tuan pengerusi majlis,para hakim
yang arif lagi bijaksana,penjaga masa yang sungguh setia dengan tugasnya serta para hadirin
pendengar sekalian. “Kepentingan Kegiatan Kokurikulum”. Begitulah tajuk pidato saya pada
hari ini.

Pertama sekali,saya ingin menyatakan definisi tajuk pidato saya pada pagi yang mulia ini
iaitu Kepentingan Kegiatan Kokurikulum. Menurut kamus Bahasa Melayu Edisi Kedua,
kepentingan bermaksud keperluan,kegiatan pula bermaksud aktiviti,manakala kokurikulum
pula sama maksudnya dengan gerak kerja di luar bilik darjah.Bermakna Kepentingan
Kegiatan Kokurikulum sama maksudnya dengan keperluan aktiviti gerak kerja di luar bilik
darjah.

Para pendengar sekalian,

Kegiatan Kokurikulum merangkumi kegiatan persatuan atau kelab dan badan


beruniform.Antaranya, termasuklah Persatuan Bahasa Melayu,Persatuan Seni
Lukis,Persatuan Alam Sekitar,Persatuan Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kadet
Remaja Sekolah.

Warga dewan sekalian,

Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia, setiap murid atau pelajar diwajibkan
menyertai mana-mana persatuan dan badan beruniform.Hal ini demikian kerana kegiatan
kokurikulum ini banyak faedahnya.

Pertamanya, melalui kegiatan dalam persatuan, murid-murid bukan sahaja dapat


memanfaatkan masa lapang, malah akan dapat memperolehi pelbagai pengetahuan dan
pengalaman,lebih-lebih lagi jika menyertai lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang
menarik dan bersejarah.

Para pendengar sekalian,yang kedua, peraturan yang mesti dipatuhi dalam persatuan atau
kelab yang disertai pula membantu murid-murid mendisiplinkan diri. Dalam hal ini,murid-
murid dilatih agar bijak membahagikan dan mengurus masa, bijak merancang aktiviti, bijak
mengawal perasaan dan sebagainya.

Ketiganya, murid-murid dilatih berdikari ketika menjalankan sesuatu tugasan dan berdaya
saing untuk membuktikan tahap keupayaan fizikal dan mental masing-masing.

Yang terakhir, warga dewan yang dikasihi sekalian,sikap saling bekerjasama dan bergaul
mesra dengan rakan-rakan pelbagai kaum dapat dipupuk melalui penyertaan murid dalam
kegiatan kelab atau persatuan. Hal ini amat penting bagi memperkukuh perpaduan di
kalangan generasi muda seperti yang dihasratkan oleh kerajaan.

Sekian,terima kasih....
ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis,

Barisan Panel Hakim Yang Arif Lagi Bijaksana,

Dif-Dif Terhormat dan seterusnya hadirin –hadirat sekalian.

Assalamualaikum pembuka bicara.

“Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”. Begitulah tajuk pidato yang akan saya sampaikan
pada hari ini. Sebelum lidah menerus bicara, izinkan saya mendefinisikan dahulu tajuk pidato
ini.

Mengikut kamus dewan, ‘alam sekitar’ ditakrifkan sebagai segala yang ada di bumi dan di
langit.

‘Tanggungjawab’ pula ditakrifkan sebagai amanah dan tugas yang perlu dipikul oleh
seseorang, manakala ‘bersama’ pula diertikan sebagai semua yang terlibat.

Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa menjaga kebersihan, keindahan atau mencorakkan
alam sekitar merupakan satu kesedaran dan tanggungjawab semua pihak. Bak kata pepatah
hadirin-hadirat sekalian, ‘bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat. Maka
segala usaha untuk membersihkan dan mencantikkan alam sekitar adalah tanggungjawab kita
bersama.

Hadirin yang dihormati,

Menjaga alam sekitar bukanlah semudah menjaga haiwan ternakan. Rasa tanggungjawab itu
lebih daripada yang dituntut kerana menjaga alam sekitar tidak boleh dilakukan secara
sendirian. Semua pihak wajib mencintai alam sekitar. Kita tidak mahu menuding jari ke arah
pihak lain sekiranya alam sekitar tercemar. Yang perlu kita lakukan adalah melihat ke dalam
diri kita sendiri dan perlu bertanggungjawab untuk memulihara alam. Tahukah hadirin
sekalian, fenomena tanah runtuh, jerebu, sungai dipenuhi sampah-sampah sarap dan dipenuhi
toksid dan seribu lagi masalah berkaitan alam sekitar mencerminkan sikap masyarakat kita
yang tidak menyayangi alam sekitar.

Kita sewajarnya mencontohi sikap masyarakat Jepun yang yang mempercayai semangat
alam. Mereka percaya sekiranya alam sekitar sihat dan segar, manusia dan penghuninya juga
demikian.

Hadirin yang dihormati,

Siapakah yang perlu menjaga alam sekitar ?Sudah tentulah jawapannnya merujuk kepada
kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Kanak-kanak perlu diberi pendidikan supaya
mencintai alam sekitar. Manakala golongan dewasa pula diingatkan supaya menjadi teladan
kepada golongan muda terhadap kepentingan menjaga alam sekitar. Para pengusaha perlu
beringat dan jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata sebaliknya berusaha
mencari jalan untuk menjadikan alam sekitar lebih menarik. Mereka perlu berganding bahu
dengan pihak kerajaan untuk sama-sama menjaga dan memelihara alam sekitar agar
kelestariannya terpelihara. Jelaslah hadirin sekalian bahawa pendidikan menjadi teras kepada
rasa tanggungjawab ini.

Hadirin sekalian,

Berdasarkan hujah yang telah saya sampaikan tadi, maka tidak dapat dinafikan bahawa
tanggungjawab menjaga alam sekitar ialah tanggungjawab kita bersama. Kita tentu tidak
mahu hidup kita diselubungi pencemaran. Yang kita perlu untuk tubuh badan kita ialah
sumber makanan dan udara yang sihat. Oleh itu, untuk memastikan tubuh kita sihat,
semuanya bergantung pada alam sekitar yang sihat.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua yang berada di dalam dewan ini agar sama-sama
bertanggungjawab untuk menjaga keindahan alam sekitar.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai