Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU


SK KELAPA SAWIT NO. 5, SUBIS

TAJUK PROJEK : GELANGGANG SERBAGUNA

LOKASI TAPAK : TAMAN PERMAINAN SEKOLAH

DISEDIAKAN
OLEH : DARWAN BIN NASIR

TARIKH : 21 SEPTEMBER 2020


1.0 PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Kelapa Sawit No. 5 mengalami kesukaran untuk menjalankan aktiviti
pendidikan jasmani dan sukan berikutan kawasannya yang terhad.Malangnya, kemudahan
gelanggang yang ada kurang selamat untuk digunakan. Tambahan itu, gelanggang yang sedia
ada sudah mengalami banyak kerosakkan dan sudah lama tidak dibaiki. Masalah ini
semestinya tidak menjamin keselematan murid-murid.Kekurangan ini juga telah menyulitkan
murid-murid untuk berlatih dan bermain terutamanya yang mengikuti bola jaring, futsal dan
aktiviti pendidikan jasmani. Sekolah juga ingin memperkenalkan sukan bola tampar dan
takraw kepada murid. Walaubagaimanapun, gelanggang permainan tidak ada. Diharapkan
dengan kewujudan gelanggang serbaguna ini akan memberi manfaat kepada murid-murid dan
secara tidak langsung melahirkan bakat-bakat baru dalam permainan tersebut.

2.0 RASIONAL

Gelanggang serbaguna ini sangat diperlukan kerana tempat yang ada sekarang sangat terhad
dan tidak selamat untuk digunakan terutamanya murid-murid yang tinggal di asrama. Justeru,
projek ini diutarakan bagi memenuhi keadaan tersebut.

3.0 MATLAMAT PROJEK

Menyediakan prasarana yang sesuai dan selesa untuk kemudahan murid-murid beriadah serta
melakukan aktiviti kokurikulum. Projek ini merupakan jangka panjang bagi melahirkan baka-
bakat baru untuk memperkembangkan potensi diri murid-murid dalam pelbagai bidang
permainan sekali gus memenuhi hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menekankan
aktiviti kokurikulum.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Meningkatkan kecemerlangan kurikulum melalui kemudahan prasarana - aktiviti PJK


4.2 Meningkatkan kecemerlangan kokurikulum SK Kelapa Sawit No. 5, Subis.
4.3 Menjadi pemangkin kepada penglibatan murid dalam sukan dan permainan.
4.4 Mewujudkan hubungan muhibbah antara murid, guru dan ibu bapa.
4.5 Melahirkan murid yang sihat dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

5.0 TAJUK PROJEK

5.1 Pembinaan Gelanggang Serbaguna SK Kelapa Sawit No. 5, Subis.


6.0 ANJURAN

6.1 Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Kelapa Sawit No. 5, Subis

7.0 JENIS-JENIS GELANGGANG

7.1 Gelanggang Bola Jaring


7.2 Gelanggang Futsal
7.3 Gelanggang Bola Tampar
7.4 Gelanggang Takraw

8.0 PERLAKSANAAN PROJEK

8.1 LOKASI : Tapak permainan bersebelahan dengan bangunan sekolah.


1. Satu-satunya kawasan lapang yang sesuai untuk dijadikan sebagai tapak binaan.
2. Pembinaan gelanggang ini nanti akan dapat mewujudkan kemudahan sukan
secara berpusat di mana kemudahan ini akan berfungsi sebagai tapak untuk
pelaksanaan pelbagai aktiviti sekolah.

(Rujuk gambar lampiran C untuk lokasi tapak)

8.2 TINDAKAN :
1. Mengenal pasti keluasan tapak binaan :
a) Lebar : 24 meter / 78.7 kaki
b) Panjang : 45 meter / 147.63 kaki

(Rujuk gambar lampiran A dan lampiran B)


2. Pembinaan bergantung kepada bajet yang diterima untuk pembinaan .
9.0 PENUTUP

Pihak sekolah berharap semoga projek ini menjadi kenyataan kerana dengan pembinaan
gelanggang serbaguna akan dapat menyelesaikan masalah kekurangan kemudahan dan
memberikan manfaat kepada pembangunan diri murid-murid. Hal ini merupakan satu
kemudahan kepada murid-murid dan diharapkan menjadi perangsang kepada mereka untuk
lebih bersaing dalam apa jua kejohanan dan pelbagai peringkat selaras dengan penekanan
yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan terhadap aktiviti dan penglibatan murid dalam
kokurikulum. Sekian.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

….………………………………. ………………………………….
(DARWAN BIN NASIR) (KAHARUDDIN BIN BAKRI)
Setiausaha PIBG, YDP PIBG,
SK Kelapa Sawit No. 5, Subis SK Kelapa Sawit No. 5, Subis
Lampiran A

kaki
24 meter/ 78.7
45 meter/ 147.63 kaki

Gambar Rajah A: Saiz ukuran gelanggang serbaguna


Lampiran B

12 meter/32.808 kaki
45 meter/147.63 kaki

24 meter/78.7 kaki

Gambar Rajah B : Ukuran Bumbung dan Tiang


Lampiran C

Gambar Rajah C: Lokasi Tapak

Anda mungkin juga menyukai