Anda di halaman 1dari 11

Mantan Perdana Menteri Malaysia , Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah

berkata,Bangsa yang mulia dan terhormat bukan sahaja bangsa yang kaya dengan
intelek tetapi kaya dengan sikap berbudi bahasa.Kata-kata ini membuat saya terpanggil
untuk merungkaikan melalui sebuah pidato yang berpaksikan tajuk Budi Bahasa
Amalan Mulia.

Terima kasih sejambak mawar seharum kasturi buat pimpinan majlis, barisan
kehakiman intelektual berkarisma, penjaga masa yang setia dengan masanya, guru-
guru dan rakan-rakan yang dikasihi.

Assalamualikum  salam sejahtera dan salam satu Malaysia ,

Sidang saksi yang saya hormati,

Izinkan saya puteri Toh Sajak  merungkaikan maksud pidato  saya pada hari ini.
Budi bahasa merujuk kepada tutur kata ,kelakuan , sopan santun dan tatatertib .
Dengan kata lain setiap gerak laku , tutur kata , tata cara hidup, pemikiran dan
perasaan baik terhadap orang lain,  mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam
konsep budi bahasa.

Sidang saksi yang saya muliakan


Sesunnguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya ,peradaban dan agama
kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Ingatlah falsafah hdup yang bertunjangkan nilai-nilai murni
akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia

Meninjau dari skop yang lebih luas , amalan berbudi bahasa dapat melahirkan
masyarakat yang lebih bertamadun dan memiliki tahap tatasusila yang tinggi. Bagi
merealisasikannya subjek pendidikan moral dan pendididkan Islam memainkan
peranan penting dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid seawal
mereka di bangku persekolahan.Bak kata perpatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya.

Banyak implikasi akan timbul jika masalah budi bahasa tidak dihiraukan . Gejala tidak
menghormati orang tua akan membawa kepada kesan buruk seperti wujud perasaan
dendam,kasar,tidak segan silu melakukan perkara-perkara buruk,tutur bahasa yang
kasar dan tidak sopan.Ini semua berlaku akibat terpengaruh dengan pelbagai budaya
yang tidak sihat,terikut-ikut dengan budaya barat sehingga lupa kepada nilai-nilai murni
dan adat resam timur yang akhirnya mempengaruhi imej,watak dan penampilan diri
seseorang. Mengamalkan budaya bahasa yang baik dan nilai-nilai murni mencerminkan
seseorang itu memiliki budi pekerti tinggi.
Amalan berbudaya bahasa menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain,contohnya
orang muda menghormati orang tua,anak menghormati ibu bapa,murid menghormati
guru.Dengan jelasnya kita dituntut menghormati orang tua dan menyayangi orang
muda.Firman Allah s.w.t: dalam surah Al-Hajh ayat 24 bermaksud,
“Dan mereka diberi petunjuk (didunia) dengan mengucapkan kata-kata yang baik serta
diberi petunjuk ke jalan Allah yang maha terpuji”.
Dewasa ini amalan budi bahasa dikalangan masyarakat kita semakin luntur nilai-nilai
budaya bahasanya.Ini disebabkan oleh tuntutan mengejar kebendaan,pangkat hingga
menafikan nilai-nilai murni.Dengan terhakisnya nilai-nilai murni menyebabkan
masyarakat luntur akhlaknya.Kita mestilah berusaha untuk menaikkan kembali budaya
Melayu dipersada dunia dengan budi pekerti yang mulia. Budi bahasa perlu diterapkan
dalam apa jua keadaan agar budaya dan agama kita dinilai sebagai yang terbaik.
Sidang penonton penuh santun,
Bahasa melambangkan bangsa”.Justeru ia perlu diterapkan dalam apa jua keadaan
dan masa agar bangsa dan agama kita dapat dinilai sebagai yang terbaik.Kita
hendaklah membudayakan budi bahasa samada ditempat kerja,jalan raya,rumah dan
masjid.Kita juga perlu sentiasa mempamerkan imej diri yang positif dalam segala
tindakan samada cara berfikir,melahirkan perasaan,pertuturan dan perlakuan.Hanya
dengan cara itulah kita dapat membentuk satu budaya kerja yang mantap dan
berkesan.

Jika suasana ini dapat diwujudkan,maka kemesraan akan wujud,saling hormat-


menghormati antara satu sama lain,tanpa memperkecilkan dan meremehkan
pandangan orang lain.

“Tegak rumah kerana sendi,


Rosak sendi rumah binasa,
Tegak bangsa kerana budi,
Rosak budi runtuhlah bangsa”.
Sidang saksi yang dihormati,
Kesimpulannya,untuk memastikan amalan berbudi bahasa ini subur dalam setiap
masyarakat pada setiap masa, maka semua pihak perlulah  memainkan peranan
masing-masing.Setiap ibu bapa adalah model dan sewajarnya menunjulkan sikap yang
terbaik ketika berkomunikasi dengan anak-anak.Ibu bapa perlu menyemai sikap berbudi
bahasa yang cemerlang samada percakapan atau perbuatan.
Media massa diharapkan dapat memainkan peranan penting ke arah melahirkan
generasi berbudi  bahasa melalui penyebaran maklumat kepada
pengguna.Pemantauan hendaklah dilakukan dengan lebih berkesan dari semasa ke
semasa untuk memastikan budaya berbudi bahasa dapat dihayati oleh masyarakat.
Marilah sama-sama kita menerapkan amalan budi bahasa dalam
komunikasi,ucapan,pertuturan,panggilan,pergaulan dan perlakuan samada dalam
keluarga,masyarakat,mahu pun di tempat kerja.
Apa tanda Melayu jati
Adat dan syariat dipegang mati
Apa tanda Melayu beradat
Budi bahasa dipegang erat
Bahasa Melayu Citra Bangsa Malaysia

Bahasa Melayu indah nan santun,


     Mekar-megah di pentas dunia,
Jari sepuluh kemas kususun,
     Mohon bicara menyusun kata.

Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Salam aprisiasi saudara pengatur majlis,


Barisan guru penuh berkarisma,
Seterusnya rakan-rakan yang sentiasa celik akal minda  
dan penerus  wadah tonggak negara.

Sidang hadirin yang dihormati,

Bahasa Melayu Citra Bangsa Malaysia.   Bahasa sangat luas pengertiannya,


bahasa tidak hanya merujuk sebagai satu sistem linguistik  semata-mata, tetapi bahasa
juga  citra  budaya bangsa Malaysia dan fungsi bahasa  itu sendiri sebagai alat
perhubungan sosial dalam masyarakat.  Menurut Pendeta Bahasa  Zaaba  , bahasa
merupakan citra masyarakat, budaya, akal budi, jiwa atau roh sesuatu bangsa.
Keintelektualan dan tamadun bangsa membuktikan peranan terbesar bahasa sesuatu
bangsa. Melalui bahasa orang dapat mengenal sesuatu bangsa  atau petunjuk kepada
sesuatu kebudayaan.  Sebagai warga Malaysia, kita seharusnya menghayati dan
menghargai bahasa kebangsaan sebagai jiwa bangsa kita dan citra jati diri kita.
Sesungguhnya jiwa sesuatu bangsa itu dapat dilihat pada bahasanya .  Pada bahasa
itulah tergambar etos atau semangat kita sebagai satu bangsa dalam satu lingkungan
tanah air yang dipunyai secara bersama.

Bicara saya yang pertama,


Bahasa Melayu Citra Bangsa 1 Malaysia
Bahasa Melayu merupakan wasilah  terpenting  dalam  menyatukan bangsa
Malaysia. Sesungguhnya, apa yang termaktub dalam Perkara 152 yang menyediakan
peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa
Kebangsaan .Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa rasmi-kebangsaan dalam
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka, bahasa Melayu bukan lagi
menjadi milik tunggal pribumi Melayu. Malah, bahasa Melayu menjadi milik bersama
seluruh warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Justeru niat murni mendaulatkan
bahasa Melayu dapat  menyatupadukan kaum-kaum, yang terdiri dari kaum Melayu,
Cina, India, dan lain-lain di bawah satu bahasa.  

Cuba kita bayangkan, bagaimana selepas hampir 55  tahun merdeka, jika kaum
Melayu hanya dengan bahasa Melayunya, dan kaum Cina dengan bahasa
Mandarin,Tionghua, ataupun Hokkien nya, dan kaum India pula dengan bahasa Tamil
nya sahaja, maka bagaimanakah kewujudan bangsa Malaysia dapat direalisasikan?
Justeru, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan
bahasa  Melayu sebagai bahasa kebangsaan, maka akan terzahirlah citra dan
keperibadian kita sebagai satu bangsa, iaitu bangsa  1 Malaysia. Sebaliknya, jika
kitamendaulatkan bahasa-bahasa asing, akan terpancarlah `jati diri asing'. Lantas, akan
terencatlah pembentukan jati diri  kita sebagai bangsa 1 Malaysia.  Ayuh , marilah k ita
berbahasa Melayu   sebagai  bahasa kebangsaan - 1 bahasa,  1 bangsa, 1 nusa  dalam
merealisasikan wawasan 2020.

Hadirin hadirat sekalian,


Bicara  saya yang kedua,
Bahasa Melayu Memajukan Bangsa Malaysia,

Bahasa Melayu menjadi pemancu   ke arah kemajuan bangsa. Sesungguhnya untuk


mewujudkan satu bangsa itu bukanlah mudah. Suka saya tegaskan di sini, bahawa
dalam konteks  pembinaan bangsa Malaysia dan pemajuan negara menurut acuan
kemalaysiaan sendiri, pendaulatan hanyalah kepada bahasa kebangsaan, bukannya
bahasa-bahasa asing.  Walaupun kita mempelajari bahasa asing sebagai bahasa
global, namun kita tidak seharusnyamembiarkan jiwa dan pemikiran kita dikuasai oleh
bahasa asing.  Cuba kita teladani , Kejayaan pembentukan negara-bangsa Jepun,
Korea,  negara-bangsa di benua Eropah dan Amerika Syarikat. Mereka terbukti telah
berupaya memodenkan negara sekali gus membina bangsa dengan mendaulatkan
bahasa kebangsaan negara-bangsa masing-masing . Nah , sewajarnya kita menjadikan
bahasa Melayu  sebagai bahasa ilmu, teknologi dan peradaban moden.  Justeru, akan
tercapailah gagasan pemajuan negara dan pembinaan bangsa Malaysia, jika kita
sebagai rakyat Malaysia tidak mendaulatkan bahasa kebangsaan kita sendiri, siapa
lagi?
Inilah prinsip umbi yang seharusnyakita junjung, jika kita benar-benar serius untuk
mewujudkan bangsa Malaysia, bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit
dijunjung.

Seterusnya, izinkan saya meneruskan  bicara saya yang ketiga


Bahasa Melayu Memartabatkan Bangsa Malaysia

Bahasa Melayu memartabatkan bangsa Maysia . Bahasa adalah penanda identiti atau
jati diri sesuatu bangsa.Tetapi malangnya,dewasa kini kita dapat lihat bangsa kita
sendiri telah memusnahkan kesantunan bahasa Melayu itu dengan pelbagai aspek
yang tidak bermoral. Kesannya, bagaimana untuk kita memartabatkan bangsa kita?
Bagaimana untuk dunia memandang tinggi bangsa kita? jika kita sendiri tidak tahu
menghargai keunikan dan keindahannya. Pembudayaan bahasa Melayu harus
nyata .Di plaza tol lebuh raya kini terdapat bahasa tanda yang berbunyi, “Lorong Touch
‘n Go”. Bahasa apa ini? Inilah dia bahasa rojak rasmi. Inilah yang dikatakan pandai
meniru tetapi tidak menuras. Inilah juga kerja yang memalukan bangsa. Kenapa tidak
dipakai saja istilah “Lorong pacu segera” Sudahkah kita betul-betul menggeledah
kamus bahasa ibunda sebelum sewenang-wenang menggunakan “touch ‘n go” Jika
tiada azam perjuangan yang kental untuk menggunakan bahasa sendiri lantaran
istilahnya cukup dalam bahasa sendiri, kita juga nanti akan dipanggil bangsa touch ‘n
go. Tepuk dada, tanya selera.
Sudah sampai masanya semua pengiklanan dalam negara menggunakan bahasa
Melayu dengan betul daripada aspek hukum nahu bahasa Melayu.  Penggunaan
bahasa Melayu yang diselangi perkataan dan nilai bahasa asing secara melulu tidak
akan membawa kita ke mana-mana. Yang penting ialah kita mesti terus memupuk
rumpun yang ada dan memperkayakannya dengan bimbingan, hala tuju dan apresiasi
bahasa Melayu yang berterusan. Bahasa Melayu yang baik akan memartabatkan
bangsa Malaysia.

Kesimpulannya, bahasa yang kita martabatkan itulah yang akan membentuk jiwa kita
sebagai  satu bangsa.Sekiranya bahasa yang kita martabatkan adalah bahasa
kebangsaan, maka yang akan terpancar daripada bangsa kita ialah jiwaa
kebangsaannya. Jika kita sentiasa memandang tinggi kepada bahasa kebangsaan kita,
bersinarlah jiwa kebangsaan kita, dan berjayalah pembentukan jati diri kita sebagai
bangsa yang bermaruah. Bahasa itu citra sesuatu bangsa.

Akhir kata;

Yang kurik itu kendi,


Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa

SEMANGAT 1MALAYSIA TERAS KEJAYAAN

Sejambak kasih, seharum kasturi buat saudara/i peneraju majlis, kombinasi


kehakiman yang berlandaskan neraca keadilan, guru-guru penggerak generasi
berwawasan seterusnya warga dewan sekalian. Assalamualaikum wm..wbt...

Semangat 1Malaysia Teras Kejayaan. Begitulah tajuk pidato saya pada hari ini.

 Semangat bolehlah ditakrifkan sebagai perasaan dan jiwa,  1Malaysia bolehlah


ditakrifkan sebagai rakyat yang berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia.
Teras kejayaan pula bermaksud sesuatu yang menjadi asas agar berjaya untuk 
kemenangan ataupun hasil yang diperoleh. Aspirasi ini adalah  untuk mewujudkan
sebuah negara bangsa yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan dalam kalangan
rakyat.

Warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,

            Semangat persaudaraan membawa kejayaan negara tercinta. 1Malaysia


adalah lahir daripada semangat setiakawan. Walaupun berbeza asal keturunan,
kepercayaan agama dan akar budaya namun rakyat Malaysia berpegang pada satu
prinsip yang sama iaitu Rukun Negara.

Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People
(Dengan Izin). Dalam hal ini, 1Malaysia, menuntut rakyat berfikir melepasi sempadan
kaum dan etnik masing-masing.

            Hubungan kaum dan etnik dipereratkan bagi jangkamasa panjang. Kewujudan
satu bangsa Malaysia membentuk sikap menghormati, ikhlas, saling mempercayai dan
persaudaraan.
Buktinya RIMUP dan e-intergrasi  telah mensasarkan murid-murid dari SK, SJK(C) dan
SJK(T) bersama-sama mengikuti satu program bersama. Pelaksanaan RIMUP dalam
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan adalah untuk membina negara bangsa.

            Ideologi dengan semangat persaudaraan dalam 1Malaysia pasti menggerakkan


kejayaan negara.

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Sidang intelektual sekalian,

            Meniti wasilah kedua saya dengan untaian kata, Kemajuan ekonomi


dinikmati, kemakmuran negara dikecapi. 1Malaysia dapat membangunkan ekonomi
negara. Pelancong dan pelabur asing mengenali rakyat Malaysia yang  berintegriti
tinggi.  

            Kini, Malaysia menerokai bidang sains angkasa, bioteknologi dan teknologi
nano. Menurut laporan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, Malaysia mencatatkan
nilai digital 0.57 bermakna kita mendahului kemudahan akses digital dalam kalangan
negara ASEAN.

            Justeru, 1Malaysia telah meningkatkan taraf ekonomi negara menjadikan


Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.

Hadirin yang dihormati sekalian,

            Idea terbilang terakhir saya dengan gagasan bicara, perpaduan dan semangat
nasionalisme, negara aman dan sentosa. Peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 perlu
dijadikan iktibar. Formula yang dicipta oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Tan
Siew Sin dan Tun Sambanthan adalah untuk perpaduan dan semangat nasionalisme.

            Kini 1Malaysia disandarkan dalam memperkukuhkan perpaduan nasional.


Negara ini adalah negara kita. Kita adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu
dinikmati dan dikongsi secara bersama. Segala pembangunan adalah limpahan
daripada perpaduan yang diteruskan dalam 1Malaysia.

            Lihatlah apa yang berlaku pada negara-negara yang sedang bergolak seperti
Mesir, Syria dan Libya. Perpaduan sudah tiada.  Kemusnahan berlaku di mana-mana.
Rakyat menderita dan sengsara. Mengorbankan banyak nyawa. Sehingga melibatkan
campur tangan negara luar.

Kasihan.... Jangan sampai negara kita menerima nasib seperti mereka. Kami,
anak-anak pasca merdeka dahagakan keamanan untuk kesejahteraan.Saya menyeru
tuan-tuan, puan-puan dan rakan-rakan sekalian berpegang pada konsep 1Malaysia
agar negara ini terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

            ‘Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.’


           
Sekian, salam ilmiah menjana sahsiah.
           
Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa
Malaysia.
         Kalau tidak kerana bulan,
         Tak akan bintang kelihatan seri,
         Kalau tidak kerana kalian,
         Tak akan saya berada disini.

        Datang bahtera dari Medan ,


        Singgah sebentar di laluan Kerai,
        Salam satu Malaysia saya hulurkan ,
        Kepada warga DJ pembuka tirai.
    
       Yang dihormati Pengatur Majlis , barisan guru yang segak bergaya, anggun jelita
seterusnya rakan-rakan seperjuangan yang ada di sini.
  
        Jauh belayar si pedagang Cina ,
            Singgah di Melaka menjual sutera .
        Bahasa melayu bahasa perantara ,
            Tonggak utama perpaduan negara.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,


            Dalam usaha melonjak status negara berpendapatan tinggi dan bagi
merealisasikan dasar transformasi kerajaan, soal perpaduan tidak boleh dipandang
enteng kerana bukan mudah untuk membina identiti bangsa dan mendaulatkan maruah
bangsa. Usaha membina negara bangsa yang bersatu padu ini sebenarnya boleh
dilakukan jika setiap rakyat mengerti akan kepentingan bahasa kebangsaan sebagai
tonggak perpaduan setiap rakyat di Malaysia. Oleh itu, izinkan saya untuk menjelaskan
dengan lebih terperinci tentang wacana ilimiah kita pada hari ini yang bertajuk Bahasa
Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia.

Hadirin yang dirahmati,


          Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama, adalah baik jika kita
menelusuri akar-akar cerucuk sejarah sebelum terbentangnya hamparan indah negara
Malaysia. Apabila memorabilia ini membawa kita ke ratusan tahun yang lampau,
nyatalah bahawa Bahasa Melayu sudah berfungsi sebagai lingua franca yang
didefinisikan sebagai bahasa perantaraan antara masyarakat pada zaman itu. Hal ini
dapat dibuktikan dengan jelas apabila kita meneliti catatan ilmuwan Inggeris seperti
R.O. Winsted yang menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai
bahasa perdagangan yang mengeratkan hubungan masyarakat yang berkunjung ke
Melaka ketika itu. Daripada golongan pendeta sehinggalah ke golongan biasa, setiap
insan di Melaka ketika itu berkomunikasi dengan bahasa tercinta kita yang tidak lapuk
dek hujan tak lekang dek panas.

Hadirin yang dihormati,


          Melalui bahasa Melayu, sebarang konfrantasi, buruk sangka dan salah faham
antara kaum dapat dikikis dengan mudah. Saya suka untuk meminjam kata-kata
pujangga pendeta Zaa’ba yang berbunyi ‘bahasa menunjukkan bangsa’. Apabila kita
melihat masyarakat bertutur dalam bahasa Melayu, sudah terang lagi bersuluh bahawa
mereka ialah bangsa Malaysia. Daripada kata-kata hikmat tersebut, saya sangat
percaya bahawa bahasa Melayu sedikit sebanyak akan mengurangkan semangat
‘kecinaan’, kemelayuan’ ataupun ‘keindiaan’.
          “Haiya, ini balang mana ada halga, dia punya bau saya macam mau pengsan ah”
          “Tambi, itu worang mau roti satu, kari ikan kapla satu”
          Pelatlah dengan pengaruh bahasa natif,asalkan setiap kaum di Malaysia dapat
bermesra dan bertukar-tukar maklumat dan fikiran hanya dengan menggunakan bahasa
Melayu. Langkah Dewan Bahasa memasukkan entri perkataan baharu setiap kali edisi
baharu terbit merupakan langkah yang patut dipuji kerana perkataan pinjaman daripada
bahasa Cina dan India yang mengalami proses ‘kemalaysiaan’ sememangnya dapat
mewujudkan perpaduan. Apa yang penting, setiap kaum di Malaysia tidak akan kekok
untuk berbicara dalam bahasa kebangsaan. Apabila tidak kekok berbicara, sudah
tentulah juga tidak kekok untuk bermesra. Apabila sudah bergaul mesra, nyatalah
bahawa perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk itu akan terbina kukuh di
bawah payung Satu Malaysia.

Hadirin yang dirahmati,


          Sebagai penutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini, saya suka ingin
mengingatkan kepada khalayak hari ini bahawa rakyat yang memperlekehkan bahasa
kebangsaan akan merosakkan perpaduan yang kita kecapi selama ini. Tidak
keterlaluan saya katakan bahawa insan inilah anasir yang menodai kebahagiaan kita di
bawah berkat Satu Malaysia. Oleh itu, sayangilah bahasa Melayu kita, hormatilah
bahasa kebangsaan kita kerana bahasa Melayu tonggak perpaduan bangsa.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai