Anda di halaman 1dari 4

BAHASA KEBANGSAAN PEMANGKIN PERPADUAN

Bahasa Melayu indah nan santun,


Mekar-megah di pentas dunia,
Jari sepuluh kemas kususun,
Mohon bicara menyusun kata.

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan


salam 1 Malaysia.
Terima kasih saudari pengatur majlis,
Barisan panel penghakiman penuh berkasrima,
Guru-guru, seterusnya rakan-rakan yang sentiasa celik akal minda dan
penerus wadah tonggak negara.

Berdirinya saya di pentas perdana ini dengan penuh iltizam, ingin


menyebarkan sedikit dogma berpandukan tinta dan wacana para sarjana,
melalui mauduk pidato saya Bahasa Kebangsaan Pemangkin
Perpaduan .
Bahasa menurut Kamus Dewan adalah sistem lambang bunyi yang dipakai
sebagai alat perhubungan dalam satu kelompok manusia.
Melayu bermaksud nama suatu bangsa atau bahasa( terutamanya) di
Semenanjung Malaysia.
Pemangkin pula faktor mempercepatkan suatu tindakan. Manakala
Perpaduan bermaksud penggabungan, perleburan dan perihal berpadu.
1

Para hadirin yang dihormati,


Bicara kata saya yang pertama,
Bahasa melambangkan identiti negara dan ketamadunan sesebuah
masyarakat .
Bahasa Melayu memberi negara dan rakyat Malaysia pengiktirafan bahawa
kita adalah negara unik yang bertamadun dan maju.Tatkala Tanah Melayu
dijajah orang Inggeris yang sering mengamalkan dasar pecah dan
perintah, bahasa inilah yang memungkinkan perpaduan dicapai. Rakyat
Tanah Melayu dibahagikan mengikut industri dan penempatan. Pertanian
diluar bandar, dijaga oleh orang Melayu. Orang Cina pula di bandar-bandar
berasaskan perlombongan dan orang India pula bekerja di ladang-ladang
teh dan getah.
Secara geografi, situasi ini hampir mustahil untuk memupuk perpaduan di
kalangan rakyat yang hidup dilokasi berlainan. Maka dengan ini
perpaduan menjadi taruhan terbesar untuk mencapai kemerdekaan dari
para penjajah.
Bahasa Melayu adalah bahasa yang menjadi pemangkin perpaduan di
Malaysia. Oleh sebab keseluruhan ahli masyarakat diberi satu bahasa
untuk digunakan sebagai

bahasa pengantara, maka kemesraan dan

keakraban terjalin dalam masyarakat. Kunci perpaduan dalam masyarakat


yang berbilang kaum dan agama di Malaysia terletak pada bahasa
kebangsaan negara ini.

Hadirin- hadirat sekalian ,


Bicara kata saya yang kedua,
Bahasa Melayu Memajukan Bangsa Malaysia.
Bangsa Malaysia yang majmuk sifatnya memerlukan satu bahasa iaitu
bahasa Melayu. Bahasa Melayu telah maju sejak abad ke -14 lagi. Hal ini
dapat dibuktikan apabila bahasa Melayu telah pun mempunyai sistem
tulisan iaitu tulisan Jawi, ragam bahasa yang standard, dan bersifat
modenisasi. Selain itu, bahasa Melayu juga memainkan peranannya dalam
pelbagai fungsi yang merentas bidang.
Dalam fungsinya memajukan bangsa, bahasa Melayu mampu melahirkan
masyarakat

yang

berfikir,

mencipta

dan

mengembangkan

serta

menyalurkan ilmu kepada umum. Selain itu, bahasa Melayu juga


digunakan sebagai alat perhubungan sebagai fungsi lazim bahasa. Dalam
erti kebangsaan pula, bahasa Melayu adalah salah satu lambang identiti
nasional negara di samping sebagai alat saluran ilmu.
Bahasa Melayu

juga menjadi pemacu kearah kemajuan bangsa.

Sesungguhnya untuk mewujudkan perpaduan dalam sebuah bangsa itu


bukanlah mudah. Suka saya tegaskan di sini, walaupun kita mempelajari
bahasa asing sebagai bahasa global, namun kita tidak seharusnya
membiarkan jiwa dan pemikiran kita dikuasai oleh bahasa asing.
Sebagai contoh, cuba kita teladani kejayaan pembentukkan negara-bangsa
Jepun, negara benua Eropah dan Amerika Syarikat. Mereka terbukti telah

memodenkan negara sekaligus membina rakyat yang begitu padu dan


mendaulatkan bahasa kebangsaan negara-bangsa masing masing.

Warga dewan yang saya muliakan,


Ingin saya simpulkan bahawa bahasa bukan semata-mata untuk orang
Melayu

tetapi

untuk

semua

rakyat

Malaysia.

Bahasa

Melayu

mencerminkan identiti dan citra penuturnya dan daripada bahasa jugalah


lahir budi bahasa, ilmuan, keharmonian dan kecemerlangan sesuatu
bangsa. Oleh itu, untuk menjadi bangsa yang dihormati dan disegani,
bahasa perlu dijulang tinggi. Yakinlah bahawa bahasa Melayu sebagai
pemangkin perpaduan.
Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Sekian, Wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai