Anda di halaman 1dari 12

UNIT 10 MENGAJAR MEMBACA DAN MENULIS BERASASKAN TEMA

Hasil Pembelajaran
Pada akhir Bab ini guru dapat memilih dan mengguna sesuatu sesuatu tema untuk mengajar murid keempat-empat kemahiran bahasa: mendengar, bertutur, membaca dan menulis. memperluaskan bacaan dan perbendaharaan kata murid. meningkatkan kecekapan murid membaca pelbagai jenis dan bahan bacaan, termasuk pantun, puisi-kanak, cerita rekaan, dan sebagainya. menambah pengetahuan murid mengenai hal-hal berhubung dengan sesuatu tema itu.
Mengajar awal membaca dan menulis kepada kanak-kanak prasekolah berdasarkan tema diguna di setengah pusat prasekolah, terutama prasekolah kerajaan. Kaedah mengajar awal 2M berasaskan tema ini adalah salah satu variasi pendekatan seluruh perkataan atau seluruh bahasa yang kita bincang dalam Bab 3 dan 4. Seperti yang kita bincang, pendekatan seluruh perkataan ini telah didapati tidak berkesan di Amerika Syarikat dan United Kingdom untuk mengajar awal membaca dan menulis bahasa Inggers. Ia tidak sistematik dan menyusahkan guru mengajar dan murid belajar awal 2M.

Bilakah mengguna tema sesuai?


Pengajaran membaca dan menulis berdasarkan tema ini sesuai dibuat selepas murid menguasai asas-asas 2M. Apabila murid telah menguasai asas membaca Bahasa Malaysia, iaitu mereka boleh membaca dan menulis sendiri perkataan kvkv dan kvkvk, atau kvkkv (seperti yang dihuraikan dalam Bab 5 9), pengajaran dan aktiviti 2M berasaskan sesuatu tema itu sesuai untuk memperkayakan pengetahuan dan kemahiran murid dalam 2M. Ini ialah kerana tema membolehkan guru membina perbendaharaan kata murid dengan lebih kreatif dan luas. Tujuan utama mengajar membaca dan menulis berasaskan tema ialah supaya murid a) Membina keempat-empat kemahiran bahasa murid: mendengar, bertutur, membaca dan menulis. b) Membaca dan menulis tentang berbagai-bagai jenis bahan bacaan seperti cerita, puisi dan huraian yang berfokus kepada sesutau perkara atau tema. c) Memperluaskan pengetahuan mereka merentas pelbagai subjek seperti sains, geografi, kajian sosial, sastera kanak-kanak secara tidak formal. d) Mengguna kemahiran matematik, seperti tambah dan tolak dalam 2M.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 80

Ada berbagai-bagai tema atau topik yang boleh dijadikan asas untuk guru mengajar 2M. Di antara tema-tema yang guru boleh pilih dan kerap digunakan adalah sebagai berikut: a) Diri saya b) Keluarga Saya c) Buah-buahan d) Haiwan e) Makanan f) Pekerjaan g) Negara kita Tema di atas dalah sebagai contoh saja. Sebenarnya guru haruslah fleksibel memilih tema atau topik yang sesuai dengan konteks, masa atau peristiwa semasa yang berlaku di sekeliling murid. Contohnya kalau tidak lama lagi murid akan menyambut Hari Kemerdekaan, sesuai sekali seminggu sebelum 31 Ogos, guru merancang secara bersepadu bahan dan aktiviti pembelajaran berhubung dengan peristiwa itu. Begitu juga jika musim buah-buahan berlaku di kampung itu, guru eloklah mengguna tema buah-buahan untuk merancang dan mengajar murid tentang buah-buahan. Jika akan ada peristiwa khas di prasekolah, seperti Hari Ibu Bapa, seminggu sebelum peristiwa itu, seluruh aktiviti di tadika akan berkisar berhubung dengan penyediaan untuk pertunjukkan hari itu.

Cadangan aktiviti berasaskan tema


Pelbagai aktiviti boleh digunakan untuk mengajar kemahiran bahasa melalui sesuatu tema. Dalam mana-mana aktiviti yang digunakan, unsur-unsur kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, dan operasi matematik tambah dan tolak hendaklah dimasukkan. Berikut ialah aktiviti pengajaran-pembelajaran yang boleh digunakan. a) Sediakan carta dan gambar mengenai sesuatu tema, misalnya buah-buahan, kenderaan, pemandangan di pantai dan sebagainya. Kaedah dan aktiviti berasaskan gambar seperti yang dicadangkan oleh Calhoun yang kita bincang dalam Bab 3 sesuai sekali. Guru boleh mengguna gambar sekumpulan buah-buahan untuk bercerita dan berbincang berasaskan gambar itu. Buah apa? Apakah rasanya? Di mana ditanam? Apakah warnanya? Pernahkah murid melihat pokoknya? Murid menulis. b) Murid mengumpulkan gambar mengenai sesuatu tema. Misalnya murid mengumpul gambar pekerjaan orang dalam pakaian seragam dalam pekerjaan polis, bomba, asykar, doktor, jururawat, dsb. Bersoal jawab: apakah pekerjaan mereka? Di mana mereka bekerja? c) Guru membaca kuat buku cerita tentang sesuatu tema, misalnya cerita haiwan. Bersoal jawab bersama murid tentang cerita yang dibaca. Perkataan penting dalam cerita, watak dalam cerita, maklumat dalam cerita, dsb. d) Sediakan satu set buku bacaan pelbagai jenis mengenai sesuatu tema untuk murid membacanya. e) Gunakan teknik peta minda untuk murid menulis apa saja yang mereka tahu dan fikir mengenai tema itu.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 81

f) Secara berpasangan murid berbincang dan memberi idea, perkataan tentang tema itu; kemudian membentangnya kepada kelas. g) Murid bercerita: contohnya murid secara individu menceritakan hal diri saya: apa yang dia buat bersama kelurga, bersama kawan di sekolah, tempat-tempat yang pernah dia lawati, makanan yang ia suka, dsb. h) Murid menulis perkataan, frasa dan ayat yang mereka sebut atau ceritakan itu. i) Berlakon: bermain watak: misalnya berlakon sebagai watak harimau, watak gajah, lembu, kambing, kucing dan sebagainya. Murid menulis perkataan dan frasa watak yang mereka sebutkan itu, contohnya harimau garang, gajah kuat mengangkat barang berat, burung pandai bersiul dan terbang ke sana ke mari. j) Murid menyediakan buku skrap melekatkan gambar dan label benda-benda mengenai sesuatu tema dalam buku skrap mereka. k) Nyanyian berasaskan sesuatu tema atau perkara, misalnya lagu Burung Kayak Tua, Apa jamu kakak, Tanya pada pokok. Nyanyian dan lirik lagu -lagu ini boleh digunakan untuk mengajar murid 2M dan memperluaskan pengetahuan mereka. l) Mengguna tayangan video mengenai haiwan untuk mengarah perhatian murid supaya memerhati bentuk dan saiz setiap haiwan dan tingkah laku pelbagai haiwan. Apakah yang dilakukan oleh harimau? Gajah? Anak gajah? Di manakah monyet tinggal? Murid menulis perkataan, frasa atau ayat berdasarkan apa yang mereka lihat. Contoh bagaimana mengajar 2M mengguna tema Untuk memberi idea bagaimana tema ini boleh digunakan dalam pengajaran bagi menambah kecekapan 2M murid dan memerluaskan pengetahuan mereka, berikut ahla beberapa contohnya.

Tema: Diri Saya


Objektif Pengajaran - Membina keempat-empat kemahiran bahasa: mendengar, bertutur, membaca dan menulis. - Mendengar cerita kawan. - Membina kebolehan murid bercerita secara lisan tentang diri mereka. - Memperluaskan perbendaharaan kata murid; - Meningkatkan kecekapan murid membaca ayat dan cerita Cadangan aktiviti - Bermain menunjuk anggota badan. Tunjuk pada kaki. Apa guna kaki? Angkat tangan. Apa guna tangan? Apa akan terjadi jika seseorang tidak ada tangan? Tunjuk cara bagaimana mengangkat barang? Memegang pensel? Membilang jari. - Minta setiap murid, secara giliran, menceritakan bagaimana mereka datang ke sekolah. - Membina deretan cerita. Apakah yang mereka buat selepas bangun pagi? Kemudian buat apa? Dan kemudian buat apa? - Apakah mereka buat pada waktu malam?

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 82

- Apakah kegemaran mereka? Menonton TV, mendengar cerita, mewarnakan gambar dan melukis? - Dengan siapakah mereka bermain. Main apa? Fokus bahasa - Murid dapat bercerita mengguna perkataan sendiri dengan yakin. - Guru menulis perkataan penting yang murid jawab di papan tulis, seperti nama anggota badan: kaki, muka, mulut, kepala, rambut dsb. Murid membacanya. - Murid sendiri menulis perkataan bahagian-bahagian anggota badan mereka yang lain. - Apakah yang murid suka lakukan? bermain, berlari di taman permainan, menonton TV, mewarnakan gambar, naik basikal, Saya bermain dengan Ali. Saya makan dengan ibu dan ayah. Setiap murid menulis apa yang ia suka lakukan. - Guru pilih dan mengguna rangkai kata dan ayat ini untuk membantu murid membaca apa yang mereka cerita. - Murid menulisnya perkataan, frasa; dan cerita.

Tema: buah-buahan
Objektif unit ini ialah murid dapat: - Mengenal berbagai jenis buah, terutamanya buah tempatan; - Mengetahui rasa buah; pokok buah-buahan berkenaan. - Membaca dan menulis perkataan dan ayat mudah - Mengguna operasi tambah dan tolak tentang buah-buahan. Cadangan aktiviti - Guru menyediakan gambar atau carta pelbagai jenis buah-buahan, dan guru sendiri membawa ke dalam kelas beberapa jenis buah: pisang, epal, betik dan oren. - Bersoal jawab dengan murid tentang buah yang mereka pernah makan dan suka makan. - Guru menunjukkan gambar buah-buahan dan menyuruh murid menamakannya. - Murid menulis jenis buah-buahan yang mereka lihat dalam gambar. - Guru mengguna beberapa biji buah seperti pisang, pisang muda, rambutan, epal, oren, belimbing untuk murid rasa: manis, masam, tawar, kelat. - Bagi setiap jenis buah itu suruh mereka terangkan bentuknya dan rasanya. - Dari manakah datangnya buah-buahan itu? Daripada pokok? Di manakah terdapat pokok buahbuahan itu? - Guru boleh menunjukkan gambar pokok pisang, pokok kelapa, pokok rambutan, betik dan sebagainya. - Murid melekatkan gambar dan label tentang buah-buahan dalam buku skrap mereka.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 83

Guru boleh menunjuk murid cara mengguna peta minda untuk memperluaskan murid berfikir dan menulis mengenai buah-buahan.

Buahbuahan

Fokus bahasa a) Guru melatih murid menggunakan penjodoh bilangan biji untuk buah dan membacanya, misalnya; Cikgu bawa tiga biji manggis. Ali bawa dua biji betik. Saya makan dua biji oren. b) Murid menulis jenis buah dalam kertas lembaran dan mewarnakannya. c) Murid menulis rasa buah yang mereka makan: masam, manis, kelat. d) Membaca puisi atau pantun tentang buah, misalnya Duku, langsat, manggis, pinang; Siapa cepat dia menang. Buah rambutan, buah durian; Sedap sekali untuk dimakan. Cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. e) Operasi matematik tambah dan tolak mengguna buah-buahan. Berapa biji buah semuanya dalam gambar ini? Dalam gambar ini ada berapa biji buah rambutan, berapa biji manggis, pisang dan betik? Bapa Ali beli 20 biji rambutan. Jika Ali makan dua biji rambutan berapa tinggal? dsb.

Tema: Haiwan
Objektif unit ini ialah supaya murid dapat - Mengenal beberapa jenis haiwan jinak dan liar.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 84

- Beberapa jenis burung dan haiwan yang hidup dalam air - Memperluaskan perbendaharaan kata dan pengetahuan tentang haiwan. - Membaca dan menulis mengenai haiwan Cadangan aktiviti 1) Tunjuk video haiwan liar: gajah, harimau, singa, buaya, monyet, beruang, zirafah, badak, dsb. - Suruh murid perhatikan sifat setiap haiwan, sama ada berbulu, warnanya, saiznya, kakinya, bentuk mulutnya, mata dan telinganya. Suruh mereka ceritakan sifat setiap haiwan; kemudian membanding di antara gajah dengan harimau. - Berdasarkan video itu juga, suruh murid ceritakan di manakah haiwan itu hidup? - Apakah makanan gajah? Harimau? Monyet? Singa? - Berlakon sebagai harimau, gajah, beruang, 2) Mengguna gambar, seperti dalam kaedah PWIM (Picture-word Inductive Method) yang dicadangkan oleh Calhoun dalam Bab 3. Gambar carta haiwan peliharaan manusia: kucing, anjing, lembu, ayam, arnab, kuda dan kambing. - Suruh murid memberi sebanyak mungkin perkataan atau frasa berdasarkan gambar yang mereka lihat, misalnya: anjing, kuda, kucing di atas bangku, lembu makan rumput, dsb. - Kenapakah manusia pelihara haiwan-haiwan ini? - Bersoal jawab tentang sifat haiwan ini? Perangainya; bunyinya; saiznya. - Buat perbandingan antara haiwan liar dengan haiwan peliharaan. - Gambar burung. Melihat gambar burung dan bercerita tentang burung. Apakah yang boleh burung lakukan? Di manakah burung tinggal? - Apakah burung yang murid pernah lihat? Di mana? - Bandingkan sifat-sifat ayam dan burung. Apakah persamaannya dan perbezaannya? Buat dua petak, yang sama dan yang berbeza.uaya, dsb. - Lukis burung. Bahagian-bahagian badan burung, sayap, ekor, paruh, kaki dan kepala. Warnakan gambar burung. - Cuba bunyi burung. Berbagai-bagai bunyi dan nyanyian yang dibuat oleh burung, terutama pada waktu pagi. Adakah burung boleh bercakap dengan burung lain? - Jika kamu menjadi burung, apakah yang kamu akan buat? - Adakah burung suka ditangkap dan dikurung dalam sangkar? - Buat buku skrap tentang haiwan. Tuliskan sedikit tentang setiap haiwan. Misalnya, Harimau garang. Badan gajah besar. Telinga gajah pun besar. 3) Mengguna cerita tentang haiwan, seperti Kaedah Sastera Kanak dalam Bab 4. - Guru membaca kuat cerita Sang Kancil. Guru manggunanya untuk membina kemahiran membaca perkataan, frasa dan ayat yang dipilih. Guru bersoal jawab tentang cerita yang murid dengar. - Adakan koleksi buku-buku tentang haiwan untuk murid membacanya Fokus bahasa - Membezakan jenis haiwan dalam gambar dan melabelnya.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 85

- Melatih murid mengguna penjodoh bilangan ekor untuk haiwan. Tiga ekor rusa; seekor tupai. - Menulis perkataan, rangkai kata dan ayat berhubung dengan sesuatu jenis haiwan, misalnya tentang burung: terbang sayap mematuk, sarang burung, anak burung; Burung tekukur makan padi. Burung helang terbang tinggi. kicauan burung pada waktu pagi Burung tempua membuat sarang. Burung murai hinggap di atas dahan pokok. - Membaca puisi atau pantun, misalnya nyanyian Burung kenek-kenek Baca atau nyanyikan pantun ini Burung kenek-kenek Burung kenek-kenek, Terbang cucur atap; Pesan datuk nenek, Hati kita mahu tetap. Burung kenek-kenek, Terbang pokok pandan; Pesan datuk nenek, Rajin-rajin jaga badan. Burung kenek-kenek, Terbang atas pagar; Pesan datuk nenek, Rajin-rajin pergi belajar. Lain-lain contoh mengajar sesuatu tema. Unit / Objektif Tema Pengajaran Makanan Pada akhir unit ini murid dan akan dapat minuman Menyebut dan membaca tentang berbagai-bagai-bagai jenis makanan dan minuman. Memperluaskan pengetahuan dan perbendaharaan kata tentang makanan.

Cadangan Aktiviti Guru bersoal jawab dengan murid tentang apa yang mereka selalu makan dan minum di rumah atau di sekolah. Secara bergilir-gilir murid menceritakan makanan yang mereka makan dan rasanya: nasi, aiskrim, kek, kari. Tunjuk gambar pelbagai makanan: daging ayam, ikan dan sayur; kek, roti, aiskrim dan kuih.

Bahan / Alatan / Catatan - Gambar / carta berbagai jenis makanan. - Gambar di pelbagai makanan di pasar atau di pasar raya. - Kad imbasan perkataan jenisjenis makanan: kek, nasi, kari ikan, sayur, daging

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 86

Unit / Tema

Objektif Pengajaran Menulis perkataan dan ayat mudah.

Cadangan Aktiviti - Bincang dengan murid jenis makanan dalam gambar itu. Suruh mereka menulisnya. - Adakah murid pernah pergi ke pasar bersama ibu atau bapa untuk membeli ikan, sayur, dan buahbuahan? Tulis apa yang ibu beli. - Apakah makanan sarapan pagi? Tengah hari? Malam? Tuliskan. - Bincangkan makanan dan minuman yang murid makan di sekolah. - Guru menerangkan khasiat setiap jenis makanan secara mudah: nasi, ayam, ikan, sayur dan buah-buahan. Kenapakah setengah makanan seperti gula-gula, ais krim, dan air manis kurang sesuai dimakan selalu? - Apakah minuman yang kerap murid minum di sekolah dan di rumah? Susu, air, jus oren,dsb. - Kenapakah kita perlu minum air? - Baca pantun tentang makanan dan buah-buahan Apa jamu kanak? Buah jambu masak, Masak tepi kolam. Apa jamu kakak? Kuih tepung talam Buah limau masak, Masak hujung dahan. Apa jamu kakak? Nasi dengan ikan. Buah mangga masak, Masak dekat pasu. Apa jamu kakak? Roti dengan susu.

Bahan / Alatan / Catatan ayam, betik, susu, jus.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 87

Unit / Tema

Objektif Pengajaran

Cadangan Aktiviti Fokus bahasa - Bercerita, bersoal jawab; - Mengeja perkataan; - Membaca frasa, ayat dan cerita tentang makanan. - Menulis perkataan, frasa dan ayat.

Bahan / Alatan / Catatan

Keluarga Saya

Memperluaskan perbendaharaan kata murid tentang keluarga; Meningkatkan kecekapan murid membaca ayat dan cerita.

- Minta setiap murid, secara giliran, menceritakan apa yang mereka suka lakukan bersama ibu, bapa, abang atau adik mereka di rumah? Bersama atuk dan nenek? - Kanak-kanak digalakkan membawa foto apa yang mereka buat bersama keluarga, dan menceritanya. Ke manakah mereka pergi bersama keluarga? - Lakonkan permainan keluarga: seorang menjadi bapa, seorang menjadi emak, anak, abang dan atuk. - Murid ceritakan tempat-tempat yang mereka melawat bersama keluarga. Fokus bahasa - Guru menggunakan perkataan, frasa dan ayat yang murid sebut untuk membentuk satu cerita. - Murid sama-sama membina cerita tentang keluarga. - Murid menulis cerita sendiri, atau menyalin cerita yang mereka bina.

- Gambar atau foto berbagai aktiviti kanak-kanak bersama keluarga, untuk menjadi ransangan murid bercerita. - Kertas lembaran untuk murid menulis.

Pekerjaan

Memperluaskan pengetahuan dan perbendaharaan kata murid tentang pekerjaan Meningkatkan kecekapan murid membaca ayat dan cerita.

- Minta setiap murid, secara giliran, menceritakan apakah pekerjaan ibu dan bapa mereka? Mereka bekerja di mana? Kenapakah mereka bekerja? Guru menulis perkataan dan rangkai kata yang sesuai di papan tulis untuk dijadikan latihan murid membacanya. Guru membincangkan jawapan

Gambar atau foto berbagai jenis pekerjaan dan tempat pekerjaan untuk menjadi rangsangan murid bercerita.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 88

Unit / Tema

Objektif Pengajaran Menghargai setiap jenis pekerjaan

Cadangan Aktiviti murid, yang akhirnya memberi pengertian kepada murid bahawa kerja itu penting. - Guru bersama murid berbincang apakah yang dilakukan oleh seorang doktor, seorang peladang, nelayan, pekedai runcit, posmen, tukang masak, jurutera komputer, pemandu kapal terbang, peniaga. - Lakonkan pekerjaan seorang posmen, doktor, guru, mekanik motokar, pemandu bas, dsb - Apakah pekerjaan yang setiap murid suka lakukan apabila mereka besar? - Kenapakah dia suka pekerjaan itu? - Suruh mereka lakonkan pekerjaan itu. Fokus bahasa - Murid menulis jenis-jenis pekerjaan yang mereka lakonkan. - Murid membaca cerita tentang pekerjaan itu dan menulis beberapa frasa yang mereka suka ke dalam buku latihan.

Bahan / Alatan / Catatan

Negara kita

Pada akhir unit ini murid akan dapat Membaca dan menulis perkataan mudah tentang negara Malaysia; Mengenal ciri-ciri negara kita, misalnya bendera kita, Yang DiPertuan Agong, Perdana Menteri, kebudayaan kita, dsb.

Contoh beberapa aktiviti: - Tunjuk contoh bendera Jalur Gemilang. Tanya murid tentang warnanya. Bilang jalurnya. - Tunjuk gambar Yang Di-Pertuan Agong sekarang, dan beberapa Yang Di-Pertuan Agong yang lalu. Guru cerita tentang raja kita. - Siapakah yang tinggal di Malaysia? - Lihat pakaian mereka setiap kaum di Malaysia. - Kebudayaan dan perayaan kaumkaum di Malaysia. Murid ceritakan apa yang mereka buat pada Hari Raya, Hari Tahun Baru Cina,

- Contoh bendera Malaysia - Lagu Negaraku. - Gambar pakaian berbagai kaum di Malaysia.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 89

Unit / Tema

Objektif Pengajaran

Cadangan Aktiviti Deepavali, Krismas, dsb. - Menyanyi lagu Negaraku. - Menyanyi lagu-lagu patriotik lain. - Apakah bunga negara Malaysia? - Apakah Hari Kemerdekaan? - Apakah murid buat pada Hari Kemerdekaan 31 Ogos.

Bahan / Alatan / Catatan

Dunia sains

Objektif unit ini ialah untuk: Memperluaskan imaginasi, pengetahuan dan minat murid tentang beberapa aspek kehidupan mereka, terutama aspek sains; Memperluaskan perbendaharaan mereka tentang sains dan rekaan; Menambahkan kecekapan mereka membaca dan menulis.

Tunjuk video tentang rama-rama atau semut. - Berasaskan video ini guru dan murid berbincang apa yang mereka lihat. - Murid memerhati semut dalam balang. Suruh murid perhatikan cara semut bergerak. Di manakah mereka boleh melihat semut? - Minta murid memerhati apakah yang dibuat oleh semut secara individu dan secara kumpulan? - Lihat pula rama-rama. Apakah warna rama-rama? - Murid membaca cerita tentang rama-rama Video atau gambar tentang dinosaur Tunjuk gambar roket dan angkasawan ke angkasa lepas, ke bulan ke bintangbintang. - Adakah pernah manusia pergi ke bulan? - Apakah yang murid lihat di langit pada waktu malam: bulan, bintang. Minta mereka ceritanya. - Minta mereka buat cerita rekaan mengembara ke angkasa lepas bersama kawan-kawan

Video tentang semut atau rama-rama Sampel semut dalam balang. Contoh aktiviti dan gambar dari Pusat Sains Negara. Gambar dinosaur. Gambar dan model roket, angkasawan, bulan dan bintangbintang.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 90

Aktiviti

Pilih satu tema. Rancangkan aktiviti dan latihan mengguna tema untuk mengajar murid i. membaca dan menulis ii. memperluaskan perbendaharaan kata iii. meluaskan pengetahuan mereka tentang tema itu. iv. meningkatkan kemahiran mereka dalam matematik

RUJUKAN
Isahak Haron, Bahasa Melayu Tematik 1 - 5, Siri Genius Oxford-Fajar, Shah Alam, 2006. Calhoun, Emily F. (1999).Teaching Beginning Reading and Writing with the Picture Word Inductive Model, Washington, ASCD Clay, M. (1998). By Different Paths to Common Outcomes, New York, ME: Stenhouse Guru boleh mengguna dan merujuk buku dan bahan lain, untuk mendapat idea tambahan

Anda mungkin juga menyukai