Anda di halaman 1dari 7

UNIT 9 SAMBUNGAN KGBK: MENGAJAR 2M PERKATAAN SUKU KATA KVKK, KKV dan DIFTONG

Bab ini ialah sambungan teknik mengajar beberapa suku kata yang istimewa seperti kvkk, kkv dan diftong

Hasil pembelajaran
Pada akhir bab ini pelajar akan mendapat kemahiran mengajar 2M mengguna Suku kata kvkk seperti bang; bing; bung; tang; ting; tung Suku kata kkv seperti nya nyi nyu; nga ngi ngu; sya syi syu Geluncuran dan diftong seperti ai ia au oi Imbuhan seperti me; mem; meng; ber Mengajar suku kata kvkk
Objektif: supaya guru mahir mengajar murid - menyebut suku kata kvkk, contohnya bang bing bung cang cing cang tang ting tung yang ying yung - membina perkataan daripada suku kata. - membaca dan menulis perkataan dan ayat. Langkah-langkah mengajar 1. Dengan mengguna carta, kad imbasan atau tulisan di papan putih, guru bimbing murid membaca dan menyebut suku kata berikut: bang bing bung yang ying yung cang cing cung ceng cong kang king kung keng kong tang ting tung teng tong Guru menggubah lagu untuk menyanyi bersama murid suku kata di atas.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 73

2. Kemudian buat latihan dan bermain membaca suku kata kvkk secara campuran atau secara berselang seli untuk mengukuhkan kemahiran mereka, contohnya: kang kung king teng ting bung bang bong lang bang tang cong sing sung dang seng 3. Buat aktiviti atau permainan mencipta perkataan dengan mencantum suku kata di atas supaya menjadi perkataan, contohnya sa + yang ba + yang la + yang da + tang pe + tang ten + dang kum + bang kem + bang ter + bang kam + bing te + bing kam + pung bum + bung lam + bung kem + bung lo + teng lo + ceng po + tong 4. Guru boleh membuat pertandingan mencipta perkataan. Murid secara berpasangan mencipta sebanyak mungkin perkataan berasaskan suku kata kvkk. Mereka menulisnya, dan kemudian membacanya, contohnya payung pulang petang datang tinggi abang ponteng ranting loceng tingkap 5. Guru membimbing murid mencipta frasa dan ayat daripada perkataan yang murid cipta itu. anak kambing abang di tebing parit makan rumput kering Burung helang terbang tinggi. Kemudian hinggap di ranting manggis. Latihan menulis Murid menulis perkataan, frasa dan ayat dalam lembaran kerja atau dalam buku latihan mereka. Aktiviti pengayaan Guru menggubah berbagai-bagai-bagai permainan dan aktiviti untuk memperkayakan pengetahuan dan kemahiran murid, contohnya. Bercerita dan bersoal jawab tentang konsep sayang: sayang ibu bapa, abang, kakak, adik; sayang sekolah. Bersoal jawab tentang haiwan kambing dan cacing. Cari pantun atau puisi kanak-kanak dan suruh murid bacanya.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 74

Mencari perkataan yang berima (sama bunyi suku kata hujungnya), contohnya datang kumbang kucing potong petang lubang cacing sotong
Aktiviti

Cadangkan 5 permainan atau aktiviti untuk memperkayakan pembelajaran murid membaca dan menulis perkataan, frasa dan ayat berdasarkan suku kata kvkk.

Mengajar murid membaca suku kata kkv


Guru juga perlu tahu beberapa suku kata kkv dalam bahasa Melayu, seperti di bawah dan cara mengajarnya. nya nyi nyu nga ngi ngu sya syi syu kha khi khu Langkah-langkah pengajaran 1. Dengan mengguna kad imbasan atau tulisan di papan tulis, guru memperkenalkan kepada murid suku kata nya nyi nyu. Latih mereka mengeja dan menyebutnya beberapa kali. 2. Buat latihan membina perkataan daripada suku kata ini. Biar murid cuba menciptanya setelah guru menunjuk beberapa contoh, seperti nyanyi punya tanya 3. Beri latihan murid menulis perkataan yang mereka cipta dalam buku tulisan. 4. Buat latihan membina frasa dan ayat daripada perkataan yang murid bina, contohnya. Adi tanya cikgu. Di manakah penyu hidup? Cikgu jawab, Penyu boleh hidup di darat dan dalam laut. Tanya pada pokok Apa sebab goyang? 5. Murid menulis perkataan, frasa dan ayat yang mereka cipta. Aktiviti pengayaan Bersoal jawab tentang penyu. Guna gambar penyu. Di mana penyu bertelur? Di mana penyu hidup? Adakah penyu sekeluarga dengan kura-kura? Melihat gambar dan video tentang penyu. Murid bercerita tentang apa yang mereka lihat dalam gambar atau video itu.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 75

Langkah-langkah pengajaran suku kata nga ngi ngu Langkah-langkah yang sama seperti di atas juga boleh digunakan untuk mengajar membaca dan menulis perkataan dan ayat berdasarkan suku kata nga ngi ngu 1. Guru memperkenalkan suku kata nga ngi ngu dengan kad imbasan. Tulis suku kata ini di papan tulis. 2. Ulang beberapa kali supaya setiap kanak-kanak dapat membaca dan menyebutnya dengan jelas. 3. Cantumkan suku kata seperti nga + nga menjadi nganga. Suruh kanak-kanak baca dan sebut beberapa kali. Suruh mereka tunjuk bagaimana nganga mulut mereka. 4. Cantum si + nga jadi singa. Ulang dan tunjuk gambar singa. 5. Cantum wa + ngi jadi wangi. Bau apakah yang wangi? 6. Cantum u + ngu jadi ungu. Tunjuk warna ungu. 7. Buat latihan membina frasa, ayat dan cerita. Singa nganga mulutnya. Taring singa tajam. Bunga ros warnanya merah. Baunya wangi. Bunga orkid itu warnanya ungu. Latihan menulis Murid menulis pelbagai perkataan, rangkai kata dan ayat yang mereka bina dan baca, contohnya, Nonya pakai baju kebaya, Nonya nampak sungguh lawa. Murid boleh salin perkataan dan ayat dari buku bacaan mereka. Aktiviti Pengayaan Tunjuk gambar singa. Cerita tentang singa. Bersoal jawab tentang singa. Di mana singa hidup? Bagaimanakah warna ungu. Warnakan gambar bunga orkid dengan warna ungu. Nyanyi: Guru bersama kanak-kanak menyanyi lagu tentang haiwan.
Aktiviti

Huraikan langkah-langkah mengajar suku kata nya nyi nyu dan nga ngi ngu. Senaraikan sebanyak mungkin contoh perkataan yang mengguna suku kata ini.

Langkah-langkah pengajaran suku kata sya syi syu dan kha khi khu 1. Langkah-langkah yang sama seperti di atas boleh digunakan untuk mengajar membaca dan menulis perkataan dan ayat berdasarkan suku kata sya syi syu, kha khi khu Contoh perkataan daripada suku kata di atas.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 76

syarat syor syukur munsyi khas khabar khusus 2. Cuba cari perkataan lain yang mengguna suku kata ini. Tidak banyak perkataan mudah untuk kanak-kanak cipta daripada suku kata ini. Beri contoh frasa dan ayat mengguna perkataan di atas surat khabar lampu isyarat guru khas Langkah-langkah pengajaran perkataan geluncuran dan diftong Dalam Bahasa Melayu terdapat perkataan yang mengandungi gandingan dua vokal. Ini dipanggil geluncuran jika ia terdapat di tengah perkataan; dan di panggil diftong jika terdapat di hujung perkataan. Langkah-langkah yang sama seperti di atas juga boleh digunakan untuk mengajar membaca dan menulis perkataan geluncuran dan diftong. a) Geluncuran: gandingan dua vokal di dalam perkataan. Tulis perkataan berikut dan suruh murid mengejanya, dan bantu mereka menyebutnya. buat naik kuat kuih duit niat liat kuah Guru hendaklah mengajar murid membaca setiap perkataan ini secara geluncuran, tidak menyebut terpisah-pisah suku katanya, misalnya jangan menyebut du it ku at na ik la ut Buat latihan membaca frasa dan ayat yang mengguna perkataan geluncuran buat kerja kuih talam duit syiling naik bukit badan kuat buah duku b) Diftong ialah gandingan dua huruf vokal pada hujung perkataan, contohnya sungai pandai amboi pulau pantai harimau Eja perkataan di atas dan murid ikut sebutannya. Guru hendaklah mengajar murid membaca setiap perkataan ini secara jelas. su nga i pan ta i pu la u am boi ha ri mau Guru membimbing murid mencipta frasa dan ayat. Pulau Jerjak murid itu pandai lambai tangan Kami bermain di tepi pantai. Kami lihat laut permai. Guru memberi latihan murid menulis apa yang mereka baca. Mengajar imbuhan ber, me, men, meng Untuk melancarkan murid membaca, mereka perlu diajar beberapa penambahan mudah dan kerap diguna dalam perkataan bahasa Melayu. Ini akan memperluaskan kebolehan mereka membaca pelbagai buku cerita, buku teks dan menulis ayat dan cerita.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 77

Objektif: Membina kemahiran murid mengguna imbuhan me, men, meng dan ber dalam perkataan. Langkah-langkah 1. Bimbing murid membina perkataan berimbuhan. imbuhan me; men; ber supaya menjadi bawah. Suruh murid membacanya. me lipat melipat men cari mencari mem bela membela meng harum mengharum ber lawan berlawan ber jalan berjalan

Beri dulu perkataan asas, kemudian beri perkataan yang berimbuhan. Contohnya di tukar cukur bakar hantar kawan main menukar mencukur membakar menghantar berkawan bermain

2. Tarik perhatian murid, bila me + tukar, me + tutur, me + tulis, ejaan perkataanperkataan dan sebutannya bertukar : me + tulis menulis me + tukar menukar me + tutur menutur me + apa mengapa me + karang mengarang 3. Buat latihan membina rangkai kata dan ayat mengguna perkataan berimbuhan: berjalan-jalan melukis gambar mengambil buku Adnan berhenti di bawah pokok. Ella membeli sebatang pensel. 4. Beri latihan membaca ayat, petikan dan cerita di mana terdapat perkataan-perkataan yang berimbuhan. Suruh murid mencari atau menunjuk apakah imbuhan itu. 5. Beri latihan menulis mengisi tempat kosong dan melengkapkan ayat, mengguna perkataan berimbuhan, contohnya Kami ber______ di padang. Posmen meng_________ surat ke rumah saya. Adi menulis su____ kepada gurunya. Suruh murid membaca pelbagai buku cerita yang mereka suka. Suruh mereka salin beberapa perkataan yang mereka suka.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 78

Aktiviti

i. Huraikan langkah-langkah untuk mengajar murid imbuhan ber, me, men dan meng. ii. Apakah latihan yang sesuai untuk murid mengukuhkan kemahiran mereka mengguna imbuhan ini. Beri contoh. iii. Sediakan buku cerita untuk murid membaca. Beri contoh latihan untuk mereka.

RUJUKAN
Isahak Haron (2006), Mudah Membaca Bahasa Melayu 1 2 (Edisi Guru) Siri Genius, Oxford Fajar, Shah Alam. Isahak Haron (2009) Ceria 2M Tadika 2, Penerbit Ilmu Bakti, USJ, Selangor. Isahak Haron (2009) Carta Ceria2M Tadika (beserta CD dan Panduan Guru, Penerbit Ilmu Bakti, USJ, Selangor.

Anda mungkin juga menyukai