Anda di halaman 1dari 12

KAEDAH

FONIK /FONETIK
FASA 1
Mengenal dan Menghafal Huruf
Dalam Kaedah fonik, murid diajar bunyi setiap
huruf a b c.x, y, z
Langkah
1. Guru memperkenalkan setiap huruf dengan
menulisnya di papan tulis, a, b c.
2. Guru membunyikan huruf dan murid ikut.
3. Guru mengguna kad imbasan atau carta
huruf (abjad) untuk melatih murid lihat dan
membunyi huruf.

4. Guru mengaitkan gambar dengan sesuatu
huruf, misalnya a untuk ayam, b untuk
buku, c cawan, dsb.
5. Guru mengajar menyanyi lagu a, b, c...
6. Murid melatih menulis setiap huruf dalam
buku tulis. Kadang-kadang 1 muka surat
untuk satu huruf.
7. Murid menulis huruf besar dan huruf kecil.


Guru memperkenalkan huruf vokal
Guru menunjukkan kepada murid cara
mencantum huruf konsonan dengan huruf
vokal menjadi suku kata
ba bi bu be be bo
ca ci cu ce ce co
ya ti yu ye ye yo
Murid membunyikan suku kata

FASA 2
Mencantum Huruf Konsonan &
Huruf Vokal menjadi suku kata
Guru menunjuk kepada murid cara
mencantum suku kata terbuka menjadi
perkataan, seperti buku kata suka
Guru menunjukkan pula membentuk suku
kata tertutup eg. malam
bukit, kasut lampu kapal jambu
Murid membatang dan menulis perkataan
suku kata terbuka dan tertutup


FASA 3
Membentuk perkataan suku kata
terbuka
Guru menunjuk kepada murid cara
mencantum suku kata terbuka menjadi
perkataan, seperti buku kata suka
Guru menunjukkan pula membentuk
perkataan suku kata tertutup eg. malam
bukit, kasut lampu kapal jambu
Murid membatang dan menulis perkataan
suku kata terbuka dan tertutup



Fasa 4
Membaca dan menulis frasa
Guru menulis frasa mudah untuk murid
baca dan salin, contohnya
Kasim pergi
pergi ke sekolah
Dia suka
Suka belajar
membaca dan menulis.

Fasa 5
Membaca dan menulis dan ayat
mudah
Guru menulis ayat mudah untuk murid
baca dan salin, contohnya
Ali buka buku. Ali baca buku
Kasim pergi ke sekolah. Dia suka belajar
membaca dan menulis.


Kaedah Fonik/Fonetik: Ringkasnya
Fasa 1: Murid diperkenalkan bunyi huruf kecil dan
huruf besar abjad a b c x y z.
Fasa 2: Murid diajar membentuk dan membaca
suku kata: ba bi bu be be bo, ca ci cu
ce ce co
Fasa 3: Murid diajar membentuk dan membaca
perkataan, seperti: buku, buka, kuku,
kapal, bukut jambu
Fasa 4: Murid diajar membaca dan menulis frasa
Fasa 5: Kemudian murid diajar membaca ayat.



Kebaikan Kaedah Fonik
Nyata sekali, oleh sebab sistem ejaan
bahasa Melayu kita adalah fonemik, (iaitu
ada hubungan yang agak teratur di antara
huruf dan bunyinya), dan oleh sebab suku
kata kebanyakan perkataan Melayu agak
jelas, maka kaedah fonik ini sesuai sekali
digunakan untuk mengajar permulaan
membaca perkataan-perkataan Melayu.
Sekurang-kurangnya kaedah ini adalah lebih
munasabah dan mungkin lebih berkesan
dibandingkan dengan Kaedah Abjad dan
Kaedah Pandang dan Sebut.

Kelemahan Kaedah Fonik
Kaedah ini masih memerlukan murid-
murid menghafal bunyi huruf yang kurang
bermakna pada permulaannya. Dan
biasanya masa yang agak panjang diambil
untuk mereka mengenal semua bunyi
huruf dan suku kata sebelum mereka
membaca perkataan-perkataan dan ayat-
ayat yang bermakna.

Tugasan
Sediakan bahan pengajaran untuk :
- latihan membunyikan huruf dan asosiasi
benda dengan bunyi huruf.
- latihan membatang suku kata dan
perkataan.
- latihan membaca frasa dan ayat.

Anda mungkin juga menyukai