Anda di halaman 1dari 9

Fonetik — Presentation Transcript

 1. FONETIK

 2. Apakah itu fonetik Fonetik adalah mengetahui bahawa


terdapat hubungan antara bunyi dan huruf dalam
penulisan. Ianya menjelaskan apa yang kita tuturkan boleh
ditulis. Fonetik mendedahkan kepada kanak-kanak
mengenai proses membunyikan perkataan dan dapat
mengenal pasti huruf-huruf yang dibunyikan.

 3. Mengapa fonetik itu penting Tujuan utama membaca


adalah untuk memahami ayat. Bagi memahami apa yang
dibaca pembaca perlu membaca dengan lancar. Fonetik
dapat membantu proses pembacan ini.

 4. Bagaimana cara pnp Explicit (terasing) Sistematik.


Mengikut urutan.

 5. Model Membaca Model Bawah ke Atas Model Atas ke


Bawah Model Interaktif

 6. Model Bawah ke Atas Gough, 1972,1985 Bottom up


model Pembaca membina teks daripada unit yang terkecil
bermula daripada huruf, kemudian menjadi perkataan dan
seterusnya membentuk ayat. (Yahya 2004)

 7. Teori Bawah ke Atas memperlengkapkan pelajar-pelajar


dengan alat untuk “memecahkan kod” ( crack the code )
dalam prinsip abjad yang membolehkan mereka untuk
mengajar diri sendiri mendekod perkataan yang mereka
tahu dan perkataan baru serta memahami pembacaan
(Chall, 1979; Flesch, 1955).

 8. Antara beberapa pendapat mengenai model ini adalah;


Tujuan pertama membaca adalah mempelajari kod atau
prinsip abjad. Pembaca mesti belajar mengubah daripada
bunyi kepada huruf.

 9. Pembaca memproses unit linguistik yang terkecil dahulu


dan beransur-ansur menyusun unit terkecil bagi memahami
unit yang lebih besar iaitu binaan ayat. Makna teks
diharapkan hadir secara semula jadi yang diasaskan
kepada pengetahuan lalu pembaca berkaitan perkataan,
makna dan pola sintaksis bahasa itu.

 10. Model Atas ke Bawah Top Down Model Psikolinguistik


Goodman (1967,1970) Teori atas ke bawah
memperlakukan bacaan sebagai “ psycholinguistic
guessing game ” (Goodman, 1967).

 11. Membaca bukanlah hanya menyentuh kepada huruf dan


perkataan, akan tetapi interaksi pemikiran dan bahasa
yang membolehkan penekaan terhadap makna sesebuah
teks. Goodman(1967) juga menyimpulkan bahawa
membaca bukanlah proses mendekod tetapi merupakan
proses semantik dan sintasis bagi memdapatkan makna
daripada teks.

 12. Mengfokuskan kepada peranan pembaca di mana


pembaca memainkan peranan utama semasa memahami
teks yang dibacanya. Pembaca menggunakan pengetahuan
bahasa bagi meramalkan teks dan mengurangkan
kebergantungannya kepada cetakan teks dan bunyi
bahasa.

 13. Menurut teori ini perkembangan literasi sepatutnya


berlaku dalam persekitaran yang kaya dengan literasi
dengan mengajar perkataan-perkataan dalam bentuk
kontektual dan secara relavan. Dengan mengfokus kepada
kemahiran mendekod adalah dianggap sebagai
mengganggu dan menjejaskan perkembangan literasi
kerana ia mengenepikan fungsi literasi dan akhirnya
menghilangkan motivasi terhadap membaca. (Goodman &
Goodman, 1979)

 14. Pendekatan membina (Bawah ke atas) Pendekatan ini


berpegang pada konsep bahawa pembelajaran harus
bermula daripada unsur-unsur bahasa yang kecil dan
bergerak kepada unsur yang lebih besar.

 15. Dalam pendekatan ini kanak-kanak diperkenalkan


dengan huruf dan suku kata dahulu sebelum diajar
perkataan-perkataan yang bermakna. Di antara kaedah
yang menggunakan pendekatan ini adalah: Kaedah abjad
Kaedah gabung kata Kaedah fonetik.

 16. Kaedah Abjad Pengenalan abjad Murid diajar nama


huruf secara teratur dalam abjad: a b c…... x y z
Rancangan pelajaran harian bermula dengan a hingga z.
Latihan menulis dan pengecaman abjad dilaksanakan

 17. Murid diajar dengan huruf kecil dahulu dan diikuti


dengan huruf besar. Latihan memadankan huruf kecil dan
huruf besar Ajar abjad sebagai permulaan perkataan
Contoh a untuk adik, ayam,abang ayah
 18. Murid diajar membentuk dan membaca suku kata: ba
be be bi bo bu hingga za ze ze zi zo zu Murid di ajar
mencantumkan suku kata dengan sukukata Bu bu Ba ba

 19. Membaca ayat Bibi buka buku Bibi baca buku Buku Bibi
baru

 20. Kebaikan Kebaikan kaedah ini memberi peneguhan


kepada pengenalan abjad. Akan tetapi sebenarnya kanak-
kanak tidak perlu mengenali semua abjad untuk diajar
membaca. Jika mereka telah mengenali vokal dan
sebahagian konsonan yang kerap digunakan mereka telah
boleh membaca.

 21. KAEDAH GABUNGAN BUNYI-KATA Prof. Emeritus Dato’


Isahak Haron

 22. Kenapa Kaedah Gabungan Bunyi-Kata? Sistem ejaan


Bahasa Melayu fonemik: satu huruf satu bunyi fonem Suku
kata Bahasa Melayu jelas Mudah membina perkataan drp
suku kata Tatabahasa BM mudah

 23. Langkah-langkah utama mengajar Kaedah Gabungan


Bunyi-Kata: Perkenal bentuk dan bunyi huruf vokal mudah
a i u, dan satu konsonan, eg. b Bina dan sebut suku kata
terbuka ba bi bu; bu bi ba 3. Bina perkataan dan baca
perkataan 4. Buat frasa dan ayat, dan bacanya. 5. Tulis
atau salin apa yang dibaca 6. Buat latihan.

 24. 1 Mulakan dengan membunyikan huruf vokal mudah a i


u Pilih consonant mudah seperti b Bina suku kata ‘ ba bi bu
’ . Bina dan baca perkataan ‘ ba ba ’ ‘bi bi’ ‘ bu bu ’ dan ‘u bi
i bu a bu’ Baca ayat ‘ibu abu’ ‘bubu baba’ ‘ubi ibu’

 25. Membina dan membaca ‘cerita’ itu buku itu buku abu
abu buka buku abu baca buku abu suka baca buku

 26. Huruf vokal ‘o’ dan ‘e’ dikemudiankan untuk


mengelakkan murid jadi ‘keliru.’ Huruf besar juga
dikemudiankan. Susunan huruf dalam abjad dikemudian
Suku kata tertutup dikemudiankan Jangan serentak
mengajar murid huruf yang hampir serupa bentuk dan
bunyinya: ‘ b d’ ‘m n’ ‘j g’ ‘m w’ ‘ u v ’

 27. KAEDAH FONETIK (phonic)

 Kaedah phonic atau fonetik menekankan kepada setiap


bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. Setiap
abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan ada juga abjad
yang mempunyai lebih daripada satu bunyi terutama dalam
bahasa Inggeris.
 29. Kaedah fonetik bermula dengan memperkenalkan bunyi
vokal dan seterusnya memperkenalkan bunyi konsonan.
Setelah kanak-kanak tahu beberapa bunyi vokal dan
konsonan (1/3) mereka akan didedahkan pula dengan
sukukata. Seterusnya sukukata digabungkan menjadi
perkataan. Akhirnya rangkaian perkataan untuk membina
ayat.

 30. Perkenalkan bunyi vokal Kanak-kanak didedahkan


dengan bunyi-bunyi vokal A /a/ E /eh/ /eh/ I O u

 31. Diperkenalkan dengan bunyi konsonan B /beh/ C /ceh/ D


/deh/ F /feh/ G /geh/ H /heh/

 32. J /jeh/ K /keh/ L /el/ M /em/ N /en/ P /peh/ Q /qeh/

 33. R /rer/ S /sss/ T /the/ V /vev/ W /weh/ Y /yeh/ Z /zez/


Sambil mengajar bunyi abjad boleh juga diajar secara
permulaan bunyi perkataan seperti; /a/ adik abang api dll

 34. Membentuk suku kata Huruf vokal dicantumkan dengan


konsonan bagi membentuk suku kata. Contoh: bu bu ba ba
bi bi

 35. Membentuk perkataan Mencantumkan dua suku kata


bagi membentuk perkataan mudah. Contoh: bu + ku = buku
Kanak-kanak akan membunyikan kesemua huruf dalam
perkataan bagi mendapatkan makna perkataan.

 36. Membentuk ayat. Kanak-kanak akan mencantumkan


rangkaian perkataan bagi membentuk ayat. Contoh: Saya
ada buku.

 37. Susunan Urutan Suku kata terbuka Suku kata tertutup


Perkataan mempunyai diagraf Perkataan mempunyai
diftong Imbuhan

 38. Diantara kekuatan fonetik ialah jika kanak-kanak telah


menguasai kesemua bunyi abjad, mereka akan boleh
membaca dalam apa jua bahasa. Oleh itu pengajaran
kemahiran membaca bagi bahasa Melayu dan Inggeris
boleh berlaku serentak.

 39. KAEDAH SELURUH PERKATAAN

 40. Ahli konstruktivist percaya yang kanak-kanak belajar


dengan proses membina daripada pengetahuan sedia ada.
Jadi mereka percaya yang kanak-kanak mula belajar dari‘
perkataan-perkataan ’ yang memberi makna kepada
mereka.
 41. ‘ Whole word’/ whole language - mula popular 50han.
Beberapa kaedah yang berkisar kepada pendekatan ‘whole
word/ language’ ini. ‘ Kaedah cerakin’ (word, break-up to
sound) Literature based method: story to word to sound
Picture word inductive model Language experience
method Look and say method

 42. Kaedah cerakin Guru perkenal dan tulis perkataan


seperti ; ‘ buku ’ ‘meja’ dan ‘cawan’ untuk murid lihat dan
sebut. Kemudian perkataan itu dipecah mengikut suku
kata dan huruf: ‘buku’ - ‘ bu ku’- ‘b u k u’ ‘ meja’ – ‘me ja’ –
‘m e j a’ ‘ cawan’ --- ‘ca wan’ --- ‘c a w a n’ Kemudian huruf
dicantum dan dieja semula secara ‘keseluruhan perkataan
‘meja’ , ‘ cawan’, ‘buku’

 43. Literature based method Kaedah berasaskan bahan


sastera Pilih satu cerita yang disukai oleh kanak-kanak.
Bacakan cerita tersebut. Minta kanak-kanak sebutkan
perkataan-perkataan yang mereka ingati daripada
pembacaan tadi. Tuliskan perkataan tersebut. Ajar kanak-
kanak mengeja perkataan yang dipilihnya tadi. ATAU
berdasar bahasa berirama atau lagu yang kanak-kanak
tahu, minta kanak-kanak tukar perkataan tertentu. Fokus
kepada perkataan tersebut. Nyanyikan semula lagu baru.

 44. 2. Picture word inductive model(Calhoun –


memulakannya dengan gambar) Guru menunjukkan gambar
kepada murid. Minta murid sebutkan apa yang terdapat
dalam gambar. Ajar murid menulis dan membaca
perkataan yang disebutnya tadi. ATAU Jika murid boleh
menceritakan mengenai gambar guru boleh menuliskan
cerita tersebut. Kemudian menguna beberapa perkataan
dalam cerita itu untuk mengajar murid ‘mengejanya’ dan
‘membaca’nya.

 45. Look and say method (Lihat dan sebut) Guru


memperkenal gambar dan tulisan kepada murid. Murid
diajar menyebut perkataan tersebut selepas guru
menyebutnya. Tulis semula perkataan tersebut. Tunjukkan
cara mencerakinkan perkataan tersebut.

 46. Learning experience approach Oleh kerana teks yang


digunakan adalah dari kanak-kanak maka ianya mudah
diingati oleh mereka. Minta kanak-kanak melukis di atas
kertas. Bincangkan tentang gambar. Guru menulis cerita
yang diceritakan oleh kanak-kanak. Guru bacakan cerita
kepada kanak-kanak. Kanak-kanak cuba membaca cerita
yang dibuatnya sendiri.

 47. Kekuatan kaedah seluruh kata Mengikut Multiple


Intelligence oleh Howard Gardner kanak-kanak belajar
melalui pelbagai cara. Salah satunya ialah melalui visual
spatial(rakaman imej) Terdapat juga kanak-kanak yang
mempunyai kebolehan ini. Mereka biasanya tidak suka
mengeja akan tetapi tahu jika sesuatu perkataan tidak
lengkap. Kaedah ini juga boleh diajar apabila kanak-kanak
telah menguasai pembacaan.

 48. Pemilihan kaedah Pemilihan kaedah bergantung


kepada keselesaan guru dalam sesuatu kaedah. Kebolehan
kanak-kanak. Prinsip taska itu sendiri.

 49. Kesimpulan Terdapat pelbagai kaedah yang perlu


dikuasai oleh guru bagi memastikan mereka bersedia
dalam menghadapi kepelbagaian kanak-kanak.

Tarikh : 20.01.2010
Hari : Isnin
Masa : 8.00-9.00 pagi
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 4 Al-Firdaus
Bilangan Murid : 30 Orang murid
Tema : Sentiasa berhemat kita selamat
Tajuk : Pencemaran Air

Hasil pembelajaran:
Fokus utama : Kemahiran menulis
8.5 Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu
perenggan atau antara perenggan dalam sesebuah karangan.

Aras 1 (1) Memilih dan mengenal pasti penanda wacana yang terdapat dalam teks
yang dibaca.

Fokus sampingan : Kemahiran membaca


5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul serta
memahami perkara yang dibaca.

Aras 3 (1) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik

Objektif pembelajaran: Pada akhir pelajaran murid-murid dapat :

1) Menyenaraikan 5 penanda wacana yang terdapat dalam teks yang dibaca.


2) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik.
3) Membina 10 perkataan daripada perkataan PENCEMARAN

Tatabahasa
Sistem Bahasa : Penanda wacana

Pengisian kurikulum : 1) Ilmu -Kajian tempatan


Geografi
2) Nilai - Kerjasama

3) Kewarganegaraan - Mencintai negara yang aman


dan selamat

4) Kemahiran Bernilai Tambah :

a) Kemahiran berfikir -Menjana idea


b) Belajar cara belajar -Belajar berkumpulan
c) Pembelajaran kontekstual -Berkerjasama
d) Pembelajaran konstruktivisme

Bahan Bantu Mengajar - Slaid ikan duyung, petikan teks, kad soalan, kertas
sebak, kad perkataan, teka silang kata.

Alat Bantu Mengajar - LCD


Pengetahuan Sedia ada - Pelajar pernah melihat tragedi pencemaran air atau sungai
yang berlaku di kawasan perumahan mereka.

Langkah Set induksi ( 5 minit)

Sedutan filem "Duyung"


Mengisahkan seorang lelaki yang dilakonkan oleh Apek Senario bersama sahabatnya
Orex yang dilakonkan oleh Yassin Senario bekerja untuk membersihkan kawasan
sungai di tempat mereka. Mereka mengatakan bahawa sekiranya sungai dan laut ini
bersih maka ikan duyung akan wujud di dalam kawasan sungai mereka. Ini
mengukuhkan lagi kerajinan yang ada di dalam diri Apek senario dan rakannya
Orex.

Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran

Murid melihat tayangan sedutan filem " Duyung"

Murid bersoal jawab mengenai filem yang diaparkan dengan bantuan guru
Soalannya :
1) Apa yang sedang dilakukan oleh Apek Senario bersama sahabatnya Orex?
2) Apakan pandangan Apek Senario sekiranya sungai itu bersih ?

Langkah 1 ( 20 minit )

Petikan teks ( pencemaran air )

1) Murid diberikan petikan teks " pencemaran air" oleh guru.


2) Murid membaca teks dengan betul mengikut intonasi dan sebutan yang betul dan
kuat di dalam kelas secara berkumpulan dan individu mengikut perenggan di
dahului oleh bacaan bersama guru.
3) Setiap kumpulan diberikan satu kad soalan berkenaan dengan pencemaran air.
4) Murid menulis tiga jawapan setiap soalan yang diberikan di atas kertas sebak yang
diberikan oleh guru.
5) 2 orang wakil pelajar setiap kumpulan dikehendaki membaca jawapan yang telah
di cari.
6) Kumpulan yang cepat dan lengkap bersama jawapan akan diberikan ganjaran.

Langkah 2 ( 20 minit)

1) Murid mendapat penerangan daripada guru tentang penanda wacana


2) Ketua kumpulan dikehendaki mengambil kertas arahan daripada guru
3) Ketua kumpulan membaca arahan dan didengari oleh ahli kumpulan yang lain
4)Setiap kumpulan dikehendaki mencari dan menyenaraikan 5 penanda wacana
yang terdapat di dalam petikan " pencemaran air" di dalam kertas sebak yang
diberikan oleh guru
5) Wakil pelajar setiap kumpulan menampalkan hasil kerja kumpulan di papan tulis.
Ketua kumpulan dikehendaki membaca jawapan yang telah di cari
6) Murid-murid lain memastikan sama ada betul atau tidak penanda wacana yang
telah disenaraikan oleh setiap kumpulan secara rawak.

Langkah 3( 10 minit )

Perkataan PENCEMARAN

1) Murid melihat perkataan PENCEMARAN yang telah ditampalkan oleh guru di


papan tulis.
2) Murid dikehendaki membina 10 perkataan daripada perkataan PENCEMARAN di
dalam borang pengurusan grafik (PG)
3) Murid yang dapat menyenaraikan lebih daripada sepuluh perkataan dan pantas
akan diberikan ganjaran

Penutup( 5 minit)

Menyatakan nilai-nilai murni

Murid merumuskan pelajaran pada hari ini dengan menyatakan nilai-nilai murni
1) Kebersihan adalah separuh dari iman
2) Menjaga kebersihan sungai adalah amalan kita semua
3) Kita perlu menjaga sungai kita daripada tercemar bagi mengelakkan hidupan laut
mati begitu sahaja.

DICATAT OLEH FARIDAH SADEKDI6:13 PTG

0 ULASAN:

Air merupakan nadi kehidupan manusia. Tanpa air, manusia bukan sahaja menghadapi
masalah untuk meneruskan aktiviti kehidupan malahan juga akan mati kehausan.
Demikianlah pentingnya air kepada kita.
Namun begitu, sumber air khususnya di negara kita sering dicemari oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab. Sumber air dicemari dengan sampah sarap serta bangkai dan najis.
Lebih daripada itu, sumber air dicemari pula oleh tumpahan minyak serta sisa toksik.
Pencemaran air menimbulkan beberapa kesan yang negatif kepada manusia. Yang
pasti haiwan akuatik seperti ikan , udang, serangga air akan pupus sedikit demi sedikit.
Bukan itu sahja, tumbuhan akuatik termasuk batu karang juga akan mengalami nasib yang
sama.
Pencemaran air juga menyebabkab air berbau busuk dan dicemari kuman. Lebih
mencemaskan lagi, sumber air yang tercemar tidak selamat untuk diminum. Justeru, untuk
mendapatkan bekalan air yang bersih lagi selamat, kita terpaksa membayar harga yang lebih
mahal daripada kebiasaanya.

BORANG PENGURUSAN GRAFIK

PENCEMARAN

Bina 10 perkataan daripada perkataan ‘PENCEMARAN’ di atas

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

Anda mungkin juga menyukai