Anda di halaman 1dari 8

1

2
3
Ejaan huruf gugus konsonan di akhir kata.

1.5.3.1. Bentuk ‘-nce’ ditukar kepada ‘-ns’ atau ‘-n’. Contohnya :

Insurans , ambulans, sains, elaun, lesen, ordinan

1.5.3.2. Bentuk ‘-rd’ ditukar kepada ‘rd’ atau ‘d’. Contohnya :

Kastard, standard, rekod, kadbod, poskad, wad

1.5.3.3. Bentuk ‘-rt’ ditukar kepada ‘-rt’ atau ‘-rta’. Contohnya:

Eksport, import , konsert, skirt, carta

1.5.3.4. Bentuk ‘-rm’ ditukar kepada ‘-rm’ atau ‘-rma’. Contohnya:

Kloroform, platform, firma, norma

1.5.3.5. Bentuk gugus konsonan akhir seperti ‘-t’ , ‘-d’ , ‘-p’ , atau ‘-b’ digugurkan digantikan dengan ‘-
k’ , ‘-s’ , ‘-p’ , ‘-m’ atau ‘-f’. Contohnya :

-ct è k : projek, dialek, produk


-nt è n : akaun, simen, sarjan
-st s : pos, Ogos, nasionalis
-pt p : konsep, skrip, bankrap
-mp m: setem, kem

4
-mb m: bom
-nd n: paun, dividen, bon
-ft f: lif, overdraf

KATA pinjaman, atau kata ambilan dan kata serapan, sama ada daripada bahasa Inggeris atau
bahasa Eropah lain, diterima masuk ke dalam korpus bahasa Melayu dengan mementingkan bentuk
ejaan atau visualnya.
.
Oleh hal yang demikian, penyesuaian huruf dilakukan sekiranya perlu. Penyesuaian tersebut boleh
terdiri daripada pengekalan, penggantian, dan pengguguran huruf tertentu.
.
i. Pengekalan huruf
.
Hal ini bermakna bahawa ejaan asal dikekalkan.
 atom
 bank

 diesel

 hotel

 neon

 pistol

 status

 zoo

.
ii. Penggantian huruf
Beberapa huruf digantikan untuk disesuaikan dengan bunyi atau sebutan dalam bahasa Melayu.
Beberapa contohnya seperti yang berikut.
1. c menjadi k
 criteria - kriteria
 vaccin - vaksin

 republic - republik

2. y menjadi i
 January - Januari
 gravity - graviti

 geology - geologi

5
3. g menjadi j
 regime - rejim
 magistrate - majsitret

 contingent - kontinjen

4. ph menjadi f
 graph - graf
 photography - fotografi

 telephone - telefon

5. ou menjadi au
 accountant - akauntan
 pound - paun

.
iii. Pengguguran huruf
Beberapa huruf tertentu tidak dikekalkan.
1. ch menjadi k
 scheme - skim
 cholera - kolera

 monarchy - monarki

2. ce menjadi s
 science - sains
 ambulance - ambulans

 insurance - insurans

3. uu menjadi u
 vacuum - vakum
 continuum – kontinum

Che Zanariah Che Hassan & Fadzilah Abd Rahman. 2011. Pelaksanaan pengajaran dan

pembelajaran kemahiran menulis di sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu,

1(1):67–87

6
Kamarul Shukri Mat Teh & Mohamed Amin Embi. 2010. Strategi Pembelajaran Bahasa.
Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.

Aktiviti 1 : Permainan Ejaan

Langkah-langkah Permainan

1. Dengar dengan teliti perkataan yang disebut guru secara lisan.


2. Tulis perkataan yang telah disebut guru di dalam lembaran yang telah disediakan.
3. Semak ejaan perkataan di dalam kamus Dewan.
4. Cari maksud setiap perkataan di dalam Kamus Dewan.
5. Murid yang menjawab aktiviti dengan betul akan mendapat hadiah.

Aktiviti Ejaan

1.___________________________________________

2.___________________________________________

3.___________________________________________

4.___________________________________________

5.___________________________________________

Maksud Perkataan Berdasarkan Kamus.

1.___________________________________________

2.___________________________________________

3.___________________________________________

4.___________________________________________

5.___________________________________________

7
8

Anda mungkin juga menyukai