Anda di halaman 1dari 4

Pemotong Kayu Yang Jujur

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak. Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi....... Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit. Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti..... Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib... Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"... Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun ke bumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku... "Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si paripari sambil membawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini".... Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur. Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan. Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya. Keesokan harinya isteri si tua itu pun sihat...

MONYET DENGAN IKAN LUMBA-LUMBA


Pada zaman dahulu, terdapat seorang pelayar yang baik hati. Dia suka mengembara ke serata tempat. Dia juga sering membawa bersama seekor monyet kesayangannya.Pada suatu hari, pelayar itu pergi belayar bersama keluarganya. Dia juga membawa monyet kesayangannya. Semasa dalam pelayaran, tiba-tiba angin bertiup kencang dan laut bergelora. Ribut yang kuat menyebabkan kapal itu karam. Semua penumpang di dalam kapal itu meninggal dunia akibat lemas. Hanya seekor monyet yang terselamat. Ia berpaut pada sebatang kayu.Ketika monyet terumbangambing dipukul ombak yang besar, tiba-tiba seekor ikan lumba-lumba menghampirinya."Wahai monyet, saya kasihan melihat kamu. Naiklah ke atas belakang saya, saya akan membawa kamu ke tempat yang selamat," kata ikan lumbalumba."Terima kasih kerana selamatkan saya," kata monyet.Monyet terus naik ke atas belakang ikan lumba-lumba. Ikan lumba-lumba membawa monyet menuju ke darat. Sebelum sampai ke darat, mereka melalui sebuah pulau. Ketika melalui pulau tersebut, monyet terfikir untuk mempermainkan ikan lumba-lumba."Kamu tahukah, di pulau inilah seorang rakan saya menjadi raja. Ia memerintah rakyat di pulau ini dengan adil. Rakyat hidup dengan aman dan gembira. Di pulau ini juga terdapat makanan yang banyak," kata monyet.Ikan lumba-lumba hanya terdiam mendengar kata-kata monyet. Ia tahu monyet cuba mempermainkan dirinya. Ikan lumba-lumba tahu pulau itu tidak terdapat manusia atau pun haiwan. Ikan lumba-lumba ingin mengenakan monyet pula. Ia membawa monyet ke pulau itu."Saya rasa, eloklah kamu tinggal di sini. Kamu tentu boleh hidup senang-lenang di pulau ini," kata ikan lumbalumba. Ikan lumba-lumba meninggalkan monyet di situ dan terus pergi dari situ.Tinggallah monyet keseorangan di pulau itu. Monyet menangis kerana menyesali kesilapannya. Ia sepatutnya tidak bercakap yang bukan-bukan kepada ikan lumbalumba yang telah menolongnya. *Moral : Jangan menipu orang yang telah menolong kita.

HELANG DENGAN KURA-KURA


Pada suatu masa dahulu terdapat seekor kura-kura yang ingin terbang seperti burung."Oh, alangkah seronoknya kalau aku dapat terbang seperti burungburung itu!" kata kura-kura. Kura-kura cemburu setiap kali melihat burungburung terbang bebas di udara. Ia selalu termenung memikirkan akan keinginannya itu. Pada suatu hari, kura-kura ternampak seekor burung gagak sedang berehat di atas sebatang dahan pokok. Kura-kura segera menghampiri burung gagak itu. Ia meminta gagak mengajarnya terbang."Kamu tidak boleh terbang kerana kamu tidak mempunyai sayap," kata gagak.Kura-kura berasa kecewa mendengar kata-kata gagak. Namun ia tidak mahu berputus asa. Tibatiba ia ternampak seekor helang menghampirinya. Helang itu sebenarnya sedang mencari makanan."Dari tadi saya perhatikan kamu termenung. Apakah masalah kamu wahai kura-kura?" tanya helang."Sebenarnya saya ingin terbang di udara seperti rakan-rakan kamu tetapi tidak ada yang ingin menolong saya," kata kura-kura."Baiklah kura-kura, saya akan ajar kamu terbang, kata helang."Betulkah kamu boleh mengajar saya terbang?" tanya kura-kura dengan gembira.Helang memegang cengkerang kura-kura dengan kuat lalu membawanya terbang di udara. Helang membawa kura-kura terbang tinggi. Kura-kura berasa sungguh gembira kerana ia dapat terbang bersama burungburung lain. Ia dapat merasa angin yang sejuk. Ia juga dapat melihat pemandangan yang cantik. Namun begitu, helang yang lapar itu membawa kura-kura ke suatu tempat. Ia melepaskan cengkaman kakinya pada cengkerang kura-kura. Kura-kura melayang-layang jatuh ke tanah dan terhempas di atas batu. Badan kura-kura hancur berkecai. Helang terus makan kura-kura itu dengan gembira. *Moral - Buat sesuatu perkara mestilah mengukur keupayaan diri sendiri.

Mengapa kulit kura-kura retak?


Dalam sebuah hutan, seekor kura-kura berkawan baik dengan dua ekor itik. Pada suatu ketika, akibat musim kemarau yang panjang , semua tanaman mati dan kolam tempat mereka bermain juga kering. Itik mengajak kura-kura berpindah tetapi kura-kura berasa susah hati kerana dia tidak boleh terbang. Itik mencadangkan kepada kura-kura supaya mengigit sebatang kayu dan itik akan membawa kura-kura dengan kayu tersebut. Itik juga berpesan supaya kura-kura tidak boleh sama sekali membuka mulutnya. Kura-kura berjanji akan patuh kepada permintaan itik dan apabila mereka bersedia, itik pun menerbangkan kura-kura merentasi hutan, merentasi sungai sehinggalah mereka tiba di sebuah kampung. Kura-kura merasa megah apabila terdengar suara budak-budak riuh rendah bersorak kehairanan. Kura-kura boleh terbang? Tengok tukura-kura boleh terbang! Kura-kura boleh terbang.! Kerana terlalu gembira, kura-kura terlupa pesanan itik lalu membuka mulutnya ingin memberitahu sememangnya dia boleh terbang. Tiba-tiba kura-kura tersedar dirinya tidak lagi tergantung pada kayu yang dibawa oleh itik. Setelah melayang-layang di udara, dia jatuh terhempas di bumi. Cengkerangnya retak dan kakinya cedera. Sejak peristiwa itulah kulit kurakura kelihatan retak di sana sini.

Anda mungkin juga menyukai