Anda di halaman 1dari 3

CERITA 1

GAJAH BERMATA KECIL


Pada zaman dahulu, gajah menjadi raja
segala haiwan di rimba. Gajah haiwan yang amat
gagah.

Beberapa ekor haiwan termasuk badak


beradu tenaga dengan Gajah untuk menjadi raja
namun semuanya gagal.

Harimau dan singa juga cuba berlawan


dengan Gajah. Gajah membelit leher harimau
dengan belalainya. Singa pula ditikam dengan
gadingnya.

“Tiada haiwan yang boleh berlawan dengan


aku!” teriak Gajah dengan bangga.

Gajah selalu menunjuk-nunjuk kegagahannya.


Ia menyerang haiwan-haiwan kecil. Haiwan-
haiwan itu pun lari ketakutan.
“Semua haiwan lari melihatku!” kata Gajah
sambil tertawa, “Aku akan terus bergelar Raja di
Rimba.”

Pada suatu hari, Gajah masuk ke kebun tebu


Orang Asli. Ia makan tebu sepuas-puas hatinya.

Rupa-rupanya Orang Asli menunggu


kedatangan Gajah. Mereka menyerang Gajah
dengan lembing.

Gajah pun lari lintang-pukang. Gajah bimbang


badannya tertusuk lembing Orang Asli itu.

“Aku mesti selamatkan diri!” fikir Gajah yang


ketakutan. Gajah tidk menoleh belakang lagi. Ia
terus berlari tanpa haluan.

Rupa-rupanya Orang Asli memasang jerat.


Gajah yang berlari merempuh buluh runcing yang
tersembunyi di dalam belukar.

“Aduh, sakitnya mataku!” teriak Gajah yang


kesakitan. Akibatnya kedua-dua belah mata
Gajah menjadi buta.
Haiwan-haiwan di rimba tidak mahu menolong
Gajah. Hanya Raja Cacing yang bersimpati
memberi sepasang matanya kepada Gajah.

Sejak itu, Gajah dapat melihat semula. Mata


Gajah kecil kerana mata itu milik cacing pada
asalnya.

Anda mungkin juga menyukai