Anda di halaman 1dari 5

SI ZIRAFAH DAN SI BADAK

Di dalam sebuah rimba tinggal dua sahabat Si Zirafah dan Si


Badak. Pada suatu hari, mereka berdua berbahas tentang
kelebihan diri masing-masing. Si Zirafah berkata, Adalah paling
baik dengan adanya susuk badan yang tinggi. Kita akan berasa diri
kita berada pada kedudukan tertinggi yang mengatasi segalagalanya.
Si Badak berasa tidak puas hati lalu menyampuk, dengan susuk
badan

yang

pendek

adalah

lebih

menyembunyikan diri daripada musuh.

baik

kerana

senang

Apa kata kalau kita mencari sahabat lain untuk mengadili hal
ini. Lihatlah sama ada susuk badan yang tinggi ataupun susuk badan
yang pendek yang lebih baik, kata Si Zirafah. Si Badak bersetuju
dengan cadangan Si Zirafah.
Mereka berdua berjalan ke sebuah taman botani. Taman
tersebut dikelilingi oleh pagar yang rendah. Si Zirafah berdiri di
tepi tembok. Ia menghulur lehernya yang panjang melepasi
tembok. Ia makan banyak tumbuh-tumbuhan di dalam taman
sebagai makan tengah harinya.

Si Zirafah menegaskan kepada Si Badak, Benar kata-kata aku


bukan? Susuk badan yang tinggi sememangnya banyak kelebihan
dan membawa manfaat kepada aku!. Si Badak berdiri di situ dan
ketinggiannya cuma di bawah aras puncak tembok. Susuk badannya
yang

pendek

itu

menyebabkan

dia

tidak

dapat

melihat

pemandangan yang cantik di taman botani itu.


Tidak lama kemudian, mereka melalui sebuah lagi taman botani.
Kali ini taman tersebut dipagari oleh pagar yang tinggi. Terdapat
sebuah pintu kecil yang rendah sahaja pada tembok itu. Si Badak
memasuki taman berkenaan menerusi pintu kecil tersebut. Si
Zirafah tidak dapat memasuki taman itu kerana saiz badannya
yang tinggi.

Si Badak makan tumbuh-tumbuhan di dalam taman tersebut


sepuas-puasnya. Kemudian ia keluar dari taman sambil tersenyum.
Dia pun bertanya kepada Si Zirafah, Apa pendapat kau sekarang?
Susuk badan yang tinggi lebih baik atau susuk badan yang pendek
lebih baik?

Kedua-dua ekor haiwan tersebut saling berpandangan lalu


berkata serentak, Sama ada susuk badan yang tinggi ataupun
susuk badan yang pendek, kedua-duanya mempunyai kelebihan
masing-masing. Dengan itu, tidak perlulah mereka mencari
pengadil lagi dalam hal tersebut.

Moral : Setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan


tersendiri

Anda mungkin juga menyukai