Anda di halaman 1dari 3

SI TANGGANG ANAK DERHAKA

Selamat pagi dan salam sejahtera. Terima kasih Pengerusi Majlis , yang saya hormati
para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Saya akan menyampaikan sebuah
cerita yang bertajuk “ Si Tanggang Anak Derhaka”. Yang terlena sedar-sedarkan. Yang
tersedar, dengar-dengarkan. Yang terdengar fikir-fikirkan.

“Hei… Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku jadi ibuku! . Aku anak
orang kaya. Berambus !.”

” Pengawal, halau perempuan tua ini.

Rakan-rakan,
Begitulah kesombongan dan keangkuhan Si Tanggang terhadap ibunya dalam kisah ” Si
Tanggang Anak Derhaka” yang akan saya ceritakan pada pagi ini.

Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung terdapat sebuah keluarga yang
miskin. Di dalam keluarga tersebut tinggal Mak Umpit dan anak tunggalnya yang
bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sangat miskin.

Pada suatu hari, Si Tanggang berkata kepada ibunya

” Ibu, kehidupan kita ini sangat miskin. Tanggang rasa eloklah Tangggang pergi
merantau di negeri orang mencari kekayaan....”

Alangkah terkejutnya Mak Umpit apabila mendengar hasrat anak kesayangannya itu.

”Apa??? Kau nak tinggalkan ibu...? Ibu sudah tua Tanggang... kasihanilah ibu...”
Segala rintihan dan rayuan Mak Umpit tidak diendahkan oleh anaknya Si Tanggang..
Keesokan harinya, keluarlah Si Tanggang meningggalkan ibunya yang tua di kampung
sendirian.

Setelah sekian lama berada di negeri orang, Si Tanggang telah berjaya menjadi
Datuk Nakhoda. Kini, Si Tanggang sudah menjadi kaya raya dan telah berkahwin dengan
seorang puteri raja yang cantik jelita. Si Tanggang, telah lupa kepada ibunya yang tua
dan miskin di kampung.

Pada suatu hari, isteri Si Tanggang pergi belayar untuk berniaga. Dalam pelayaran
tersebut akhirnya kapal Si Tanggang telah berlabuh di pantai berhampiran kampung
kelahirannya. Ibu Si Tanggang sangat gembira dengan berita kepulangan anaknya
kesayangannya itu. Tanpa berlengah lagi Mak Umpit terus pergi berjumpa Si Tanggang.

” Oh, Tanggang anakku! Tidakkah engkau kenal lagi ibumu ini? Rindunya rasa
hati ibu semenjak kamu pergi nak...”

Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu. Dia berasa malu kepada
isterinya . Lalu Si Tanggang pun menghalau perempuan tua itu dari kapalnya.

“Hei… Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku
tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini….”

” Pengawal, halau perempuan tua ini !”

Kerana terlalu sedih, Mak Umpit menagis teresak-esak apabila dimaki dan dihalau oleh
anak kandungnya sendiri. Dia terus menadah tangan ke langit dan berdoa kepada Tuhan;

“Oh, Tuhanku! Kalau benar Si Tanggang itu adalah anakku, tunjukkanlah balasan
Mu ke atas anak yang durhaka!!!”
Tidak semena-mena satu ribut yang amat dasyat telah turun. Dalam riuh rendah itu,
terdengarlah suara Si Tanggang melaung.....

” Ibu.... ibu.... ibu...ampunkan dosa Tanggang bu....


Tanggang ini anak ibu........ ibu ampunkan Tanggang bu.....
Ampunkan Tanggang bu.... ampunkan Tanggang bu.....”

Bahtera Si Tanggang semakin karam ...... akhirnya..... Tanggang, isteri dan anak-anak
kapalnya menjadi batu akibat daripada penderhakaan Si Tanggang terhadap ibunya....

Para hadirin sekelian;

Itulah balasannya kepada anak-anak yang tidak mengenang budi dan dan menderhaka
kepada kedua orang tuanya yang telah mendidik dan membesarkannya dari kecil hingga
ke dewasa.

Terang bulan di malam sepi,


Cahaya memancar ke pohon kelapa,
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada kedua ibu dan bapa.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai