Anda di halaman 1dari 2

Tajuk cerita: Bakti Sang Tikus

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, salam sejahtera dan salam Perak


Excellent.
Seuntai kasih buat pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,
guru-guru serta hadirin hadirat yang dihormati.

Pada hari ini, saya ingin membawa kisah tentang seekor anak tikus yang baik dan
berjasa terhadap ibunya. Dia amat menyayangi ibunya dan mahu berbakti
terhadapnya. Semoga kawan-kawan juga menyayangi ibu dan sanggup berbakti
kepada mereka. Kisah ini bertajuk Bakti Sang Tikus.

Di sebuah kampong, tinggal seekor anak tikus, Cici namanya. Cici tinggal bersama-
sama ibunya. Ayah Cici telah lama mati. Tinggallah ibu Cici bekerja keras untuk
membesarkannya. Kini, ibu Cici telah tua dan badannya sering sakit.Cici tidak
mahu ibunya bekerja lagi.

Ibu, Cici telah besar. Inilah masanya Cici membela ibu pula. Ibu berehatlah, biar
Cici bekerja mencari makanan untuk kita, kata Cici pada suatu hari.

Pada suatu hari, Cici telah bersiap sedia. Dia membawa sedikit bekalan.

Ibu berehatlah. Cici akan pulang membawa makanan, kata Cici.

Ibu Cici merasa sedih untuk melepaskan Cici. Ibunya berpesan supaya berhati-
hati kerana di luar itu banyak bahayanya. Cici hendaklah sentiasa berwaspada.

Cici melangkah pergi sambil menyanyi. Dia merasa sangat gembira. Tidak
disedarinya, Sang Helang sedang memerhatikannya dan mengikutinya dengan
perlahan-lahan.

Tiba-tiba, Cici merasakan dirinya diekori.

Kenapa aku rasa seperti ada yang mengekoriku?

Cici mempercepatkan langkahnya dan apabila Cici menoleh ke belakang, dia


mendapati Sang Helang sedang melayang menghampirinya.

Alamak, Sang Helang! jerit Cici ketakutan. Cici pun membuka langkah seribu.
Sang Helang terus mengejarnya.

Akhirnya, Sang Helang dapat mennangkap Cici. Cici dibawa terbang bersamanya.
Semakin lama semakin tinggi.

Cici meronta-ronta minta dilepaskan. Cici memukul helang dengan kayu yang
dibawanya. Dia memukul helang bbertubi-tubi.
Sang Helang yang tidak dapat menahan sakit pun melepaskan Cici dari
cengkamannya. Cici pun jatuh melayang-layang ke bumi.

Nasib Cici baik. Dia jatuh di atas tempat yang lembut. Cici pengsan seketika.

Tidak lama kemudian, Cici pun sedar semula. Nasibnya baik kerana badannya
tidak cedera. Dia terlihat banyak padi di sekelilingnya. Rupa-rupanya, Cici telah
terjatuh di atas jemuran padi. Tanpa membuang masa, Cici segera membungkus
sebanyak mana yang terdaya.

Wah, banyaknya padi! Pasti ibu gembira. Cici tersenyum memikirkan ibu yang
menunggunya di rumah.

Cici pulang ke rumahnya dengan girang.

Ibu, ibu! Cici sudah pulang. Lihatlah apa yang Cici dapat! jerit Cici memanggil
ibunya.

Ibunya gembira melihat Cici selamat pulang.

Mujurlah kamu selamat pulang anakku. Ibu risau memikirkan keselamatan kamu
di luar sana, ujar ibu Cici gembira.

Ibu jangan risau. Segala-galanya baik. Lihat, Cici bawa pulang banyak makanan.
Marilah kita makan ibu, ajak Cici.

Pada malam itu, mereka makan dengan sekenyang-kenyangnya. Cici berasa


gembira kerana dapat berbakti kepada ibunya.

Begitulah kisah Cici seekor anak tikus yang baik bersama-sama ibunya. Saya
berharap kawan-kawan juga boleh menjadi anak-anak yang baik. Bantulah ibu dan
bapa kita.

Sekian dahulu dari saya. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai