Anda di halaman 1dari 2

AMALAN MURNI MEMUPUK PERPADUAN

Yang saya hormati saudara peneraju majlis, dif-dif kehormat, barisan hakim
yang bijaksana, serta hadirin sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua.

Ke gunung sama didaki,


Ke lurah sama dituruni;
Hormat-menghormati amalan murni,
Memupuk perpaduan hidup harmoni.

Puisi yang saya lafazkan sebentar tadi berkait dengan tajuk syarahan saya pada
hari ini, iaitu “Amalan Murni Memupuk Perpaduan”.

Hadirin yang saya hormati,

“Amalan Murni Memupuk Perpaduan” bolehlah didefinisikan sebagai sesuatu


perlakuan yang dilakukan sebagai satu kebiasaan, akhirnya dapat menyatukan
masyarkat.

Sidang dewan sekalian,

Amalan bantu-membantu, hormat-menghormati dan ziarah-menziarahi haruslah


dipraktikkan dalam segala aspek kehidupan selaras dengan kehendak Rukun Negara
yang kelima, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Selain itu, Malaysia sebagai sebuah negara majmuk, perpaduan antara kaum
amat penting bagi menjamin kemajuan, kemakmuran serta kesejahteraan rakyat. Kita
harus ingat bahawa perpaduan tidak akan wujud sekiranya masyarakat
mengesampingkan nilai-nilai murni.

Perpaduan dapat dipupuk melalui amalan bergotong-royong. “Berat sama


dipikul, ringan sama dijinjing”. Tanpa sikap bekerjasama, perbalahan kaum mudah
berlaku. Ini akan mendatangkan implikasi yang buruk terhadap kestabilan negara.
Sikap toleransi di kalangan kaum perlu diutamakan.
Hadirin yang saya hormati,

Selain itu, amalan mengadakan rumah terbuka yang menjadi tradisi masyarakat
Malaysia setiap kali menyambut sesuatu perayaan juga merupakan amalan murni.
Amalan ini terbukti mempunyai faedah dan kelebihan yang tersendiri. Paling penting
melalui amalan ini persefahaman dan perpaduan di kalangan rakyat majmuk di negara
ini dapat dipupuk. Malaysia telah membuktikan kepada dunia bahawa rakyatnya
mengamalkan sikap lebih terbuka dari semua aspek. Kehidupan seperti agama, adat,
kebudayaan dan sebagainya tanpa diskriminasi kaum, agama dan bangsa. Oleh itu,
amalan ini perlu kita kekalkan.

Langkah kerajaan mewujudkan masyarakat penyayang dapat mengukuhkan


lagi perpaduan di kalangan rakyat. Antaranya ialah dengan mengadakan sambutan
Hari Keluarga Kebangsaan pada setiap tahun. Usaha murni yang dilaksanakan oleh
kerajaan haruslah disokong oleh semua pihak kerana usaha-usaha ini boleh menjurus
ke arah perpaduan rakyat Malaysia. Hubungan baik antara keluarga tidak kira keluarga
Melayu, Cina mahupun India akan merealisasikan integrasi antara kaum di negara kita.

Berbudi bahasa amalan kita,


Masyarakat penyayang harus diutama;
Amalan murni hidup bahagia,
Kukuh perpaduan rakyat sejahtera.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai