Anda di halaman 1dari 2

KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF (COOPERATIVE LEARNING)

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar dari
pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat
yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan
sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.
Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:
1. Saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara
bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran
koperatif, dan pemprosesan kumpulan
2. Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini
3. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing
dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir
4. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan. Beberapa cara
pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan,
misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students TeamsAchievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil
Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table)
5. Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif
dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea
sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah
konstruktivisme
KAEDAH PENDEKATAN BERASASKAN MASALAH (PROBLEM BASED
LEARNING)
Kaedah pendekatan berasaskan masalah (PBL) adalah satu konsep P&P yang
menambahbaik kemahiran multidisiplin berdasarkan pendekatan terancang dalam
penyelesaian masalah. Ia adalah satu kaedah pembelajaran mendidik pelajar untuk
menyelesaikan masalah dan dalam masa yang sama membolehkan mereka menguasai
kemahiran asas.
Fungsi PBL:

Masalah digunakan untuk merangsang perasaan ingin tahu dan minat terhadap
tajuk yang diberi

Dapat mengintegrasi pengetahuan dan kemahiran berdasarkan modul pelbagai


disipin

Untuk mendapatkan pengetahuan secara pembelajaran kendiri

Untuk mendidik pelajar bekerja dan menyesuaikan diri dalam kerja kumpulan

Untuk memperbaiki dan membina kemahiran berkomunikasi pelajar

Untuk membina keupayaan menyelesaikan masalah pelajar

Untuk menggalakan motivasi kendiri, rasa ingin tahu dan berfikir

Ciri-ciri PBL:

Berpusatkan pelajar
Menyelesaikan masalah sebagaimana berlaku di dunia sebenar
Guru berperanan sebagai tutor atau fasilitator
Menekankan konsep kerjasama
Memberi tumpuan kepada metakognitif
Menggunakan penilaian alternatif

TEORI KONSTRUKTIVIME
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau
konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses
ini, muridakan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada
untuk membina pengetahuan baru.
Ciri- ciri teori konstruktivisme:

Menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya
sebagai panduan merancang pengajaran
Menggalakkan muridbertanya dan berdialog dengan murid dan guru
Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid belajar sesuatu idea
Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid
Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil
pembelajaran
Menyokong pembelajaran secara koperatif
Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen
Menggalakkan dan menerima daya usaha danautonomi murid
Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan
memahaminya melalui penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar

Anda mungkin juga menyukai