Anda di halaman 1dari 1

Berkelah Di Teluk Batik

Pada hujung minggu yang lalu, saya dan keluarga saya telah pergi berkelah
diTeluk Batik.Kami bertolak selepas selesai bersarapan pagi.
Semasa sampai di sana saya lihat ramai orang datang berkelah.Masing masing
membawa makanan ,minuman,tikar dan ada juga yang membawa pelampung.
Setelah tikar dibentang ,ibu meletakkan makanan dan minuman yang kami bawa di
atasnya.
Saya dan adik pergi berenang di pantai setelah meminta izin dari ibu.Ayah telah
menemani saya dan adik berenang di dalam air kerana kami masih lagi
kecil.Setelah puas bermain di dalam air, kami naik untuk bermain bola pantai
bersama-sama dengan ayah dan ibu.
Sejam kemudian ,perut kami berasa lapar.Kami makan makanan yang disediakan
oleh ibu.Apabila waktu menghampiri tengahari kami bersiap-siap untuk pulang ke
rumah.Kami memungut sampah sarap serta membuangnya ke dalam tong sampah
yang disediakan sebelum pulang.
Saya berasa sungguh seronok kerana dapat berenang dan bermain di situ.Saya
akan datang berkelah di sini lagi jika ada peluang di masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai