Anda di halaman 1dari 2

APA ITU DISLEKSIA

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf,


membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan
peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit
dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program
pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan
disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia
tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia
menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan
yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA
Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur,
jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa
kepada kanak-kanak. (Pengenalan Ke Dyslexia)

JENIS-JENIS DISLEKSIA
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu;
Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta
konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk
diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian
perkataan adalah secara terbalik
Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata
perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan
perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat
dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga
dihadapi oleh dislaksia auditori
Disleksia visual-auditori
Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk
memproses tulisan secara visual dan audio

PUNCA-PUNCA DISLEKSIA
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan
Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;
Keturunan atau genitik
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-
masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan
adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan
disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara
turun-temurun
Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup
bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar.
Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan
perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-
kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum
Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada banagian tertentu dalam
sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-
kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu
kemungkinan punca disleksia

Anda mungkin juga menyukai