Anda di halaman 1dari 2

KEPRIHATINAN GURU DALAM PDP

Oleh: Hj. Rodzli Hashim


Guru Cemerlang Geografi SMK Dato Syed Omar,
Lebuhraya Sultanah,05350 Alor Star, Kedah
rodzli_mgc@yahoo.com

Pengenalan
1.1 Pelanggan utama guru iaitu pelajar dalam sebuah kelas berasal dari berbagai
latar belakang keluarga, masyarakat, emosi, tahap pengetahuan dan persekitaran
fizikal tertentu.

1.2 Kepelbagaian latar belakang ini akan mempengaruhi tingkahlaku, pembelajaran,
kesediaan belajar dan emosi mereka setiap hari.

1.3 Kegagalan guru mengesan, memahami, membaca dan mentafsir kepelbagaian
latar belakang pelajar ini akan memberi impak tertentu terhadap proses P&P guru
dan pelajar.

1.4 Oleh itu aspek keprihatinan guru terhadap pelajar semasa P&P amat penting
demi memastikan P&P dapat berlangsung dalam suasana harmonis, ceria, difahami,
disenangi dan memberi impak mendalam dalam diri pelajar.2.Konsep keprihatinan
guru

2.1 Keprihatinan guru dalam kertas kerja ini bermaksud guru melakukan
pengamatan dan pemerhatian sosial, menzahirkan empati dan simpati terhadap
kepelbagaian latar belakang pelajar.

2.2 Pengamatan berlaku dalam aspek :
a) Sosial tingkahlaku pelajar, komunikasi inter-personal , bentuk dan cara tulisan
b) Emosi wajah , air muka , gerak badan ( bahasa badan ) , hasil kerja
c) Fizikal pakaian, kekemasan , kebersihan

2.3 Aspek pengamatan di atas menjadi indikator penting kepada guru untuk
memahami latar belakang kehidupan dan peribadi pelajar untuk melangsungkan
kesan pengajaran .

2.4 Kegagalan mempraktikan keprihatinan ini mungkin menjadikan :
a) Pelajar tertentu tercicir dari memahami pengajaran guru
b) Pelajar dinafikan haknya untuk memberi penjelasan situasi
c) Hukuman guru bertukar menjadi deraan fizikal dan emosid) Pelajar mengalami
defisit motivasie) Kelas tidak ceria, penuh ketakutan dan tidak menyeronokkan

3. Impak keprihatinan terhadap P&P guru
3.1 Berdasarkan pemerhatian guru terhadap kumpulan pelajar dalam kelasnya,
maka guru hendaklah :
a) Membuat persediaan pengajaran yang baik
b) Menggunakan pendekatan dan kaedah P&P yang berkesan
c) Mengaplikasi kreativiti dan inovasi dalam P&P
d) Menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai
e) Menyediakan bahan bantu mengajar yang serasi dengan kaedah P&P dan
kesediaan pelajar.
3.2 Guru bolehlah mengamalkan :
a) P&P mesra pelajar mengambil kira aspek emosi, hubungan mesra dan rasa
bertanggungjawab yang tinggi untuk memahamkan pelajar.
b) P&P realistik pengajaran yang menampilkan contoh sebenar yang wujud di
sekeliling kehidupan pelajar pengajaran kontekstual, konstruktif
c) P&P berbantukan ICT penerokaan terus, akses kendiri , alat penyediaan bahan
pengajaran atau medium penyampai pengajarand) P&P penyertaan pelajar pelajar
melibatkan diri secara aktif semasa proses P&P
e) Mewujudkan iklim hubungan guru-murid yang meransang pembinaan konsep
kendiri serta minat pembelajaran.

4. Rumusan
4.1 Keberkesanan P&P ditentukan oleh keserasian kaedah pengajaran guru dengan
kesediaan murid untuk menerima pengajaran
4.2 Murid perlu bersedia dari segi emosi, psikologi, kognitif dan motivasi sebelum
proses pembelajaran berlangsung.
4.3 Keprihatinan guru terhadap aspek latar belakang diri pelajar menjadi indikator
penting untuk memastikan adakah P&P guru berkesan.

Rujukan:
1.Zuraidah Abdul Rahman ( 2006), Fasilitator Kelompok Kecil, IBS Buku, Petaling
Jaya
2.Dr Rohizani Yaakob, et.all ( 2003), Pedagogi, Strategi dan teknik mengajar dengan
berkesan, PTS Publication, Pahang
3.Koleksi Kajian Kes Pengurusan Pendidikan Jilid 4,(2004), IAB Genting Highlands
4.Mohd Salleh Lebar ( 1998), Sosiologi Sekolah Dan Pendidikan, Thinkers
Library,Selangor.
5.Prosiding Persidangan Kebangsaan Guru Cemerlang 2008, Jemaah Nazir Dan
Jaminan Kualiti, Putrajaya.

Anda mungkin juga menyukai