Anda di halaman 1dari 3

Cerita Murid-murid sekolah rendah

Karangan 1: Aku Seekor Binatang Peliharaan


Nama aku Bobi. Aku dilahirkan sebagai seekor kucing. Aku berumur 1 tahun.
Bulu badan aku berwarna putih.
Aku dipelihara oleh Ah Beng. Tuan aku sangat sayang akan aku.
Setiap hari, aku diberi makan. Dengan itu, badan aku kian membesar.
Tuan aku selalu membersihkan aku. Dia menjaga aku dengan baik.
Aku berasa gembira kerana mempunyai seorang tuan yang baik. Aku berharap
aku akan sentiasa hidup bersama dengannya.



Karangan 2: Kepentingan Menguasai Bahasa Malaysia
Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan di negara kita. Banyak faedah yang
dapat kita peroleh jika kita menguasai Bahasa Malaysia.

Bahasa Malaysia ialah bahasa perpaduan. Rakyat Malaysia menggunakan
Bahasa Malaysia untuk berhubung.

Selain itu, bahasa Malaysia juga merupakan bahasa ilmu. Kita perlu menguasai
bahasa Malaysia untuk menambahkan ilmu dalam pelbagai bidang.

Jika kita menguasai bahasa Malaysia dengan baik, kita dapat menghasilkan
penulisan bermutu. Misalnya, kita boleh menghasilkan sajak, cerpen, novel dan
sebagainya. Kita juga boleh menjadi penulis untuk menambahkan pendapatan.

Dengan kata lain, bahasa Malaysia memberi banyak kebaikan kepada kita. Kita
perlu menguasai Bahasa Malaysia dengan baik.



Karangan 3: Berita Mengenai Kebakaran
Pelabuhan Klang, 5 Mei Suatu kebakaran telah berlaku di sebuah rumah kedai
yang terletak di sini. Kejadian ini berlaku pada pukul 3:00 pagi.

Ketika kejadian berlaku, orang ramai bertungkus-lumus memadamkan api yang
merebak. Pihak bomba tiba 10 minit kemudian.

Namun, kebakaran hanya berjaya dipadamkan 20 minit kemudian. Tiada
kemalangan jiwa dilaporkan.

Siasatan bomba mendapati, punca kebakaran adalah disebabkan litar pintas.
Kebakaran ini menyebabkan kerugian sebanyak RM 500 000.

Mangsa-mangsa kebakaran ditempatkan di dewan orang ramai sementara
menunggu bantuan. Mereka turut menerima sumbangan daripada penduduk
setempat yang prihatin.

Pihak bomba menasihati para penduduk agar sentiasa berhati-hati untuk
mengelakkan kebakaran berlaku.


Karangan 4: Kebaikan Tinggal Di Kampung
Terdapat banyak kebaikannya jika kita tinggal di kampung.
Udara di kampung lebih bersih. Keadaan di sekeliling kampung lebih aman dan
tenang. Kampung juga tidak dicemari oleh bunyi bising.
Penduduk di kampung mengamalkan semangat kejiranan. Mereka hidup
bergotong-royong dan tolong-menolong antara satu sama lain.
Perbelanjaan harian di kampung lebih murah. Dengan itu, kos hidup di kampung
lebih rendah berbanding di bandar.
Kehidupan di kampung pada masa kini lebih selesa. Kerajaan telah menyediakan
pelbagai kemudahan seperti bekalan air, elektrik , sekolah dan sebagainya.
Oleh itu, hidup di kampung lebih baik daripada hidup di bandar.


Karangan 5: Kepentingan Hutan
Hutan banyak mempunyai kepentingan kepada manusia.
Hutan membekalkan oksigen kepada kepada manusia dan haiwan. Tanpa
oksigen, manusia dan haiwan akan mati. Hutan juga dapat mengawal suhu
permukaan bumi.
Hutan merupakan sumber pendapatan kepada rakyat menerusi kegiatan
pembalakan. Kayu-kayan yang terdapat di hutan digunakan untuk membuat rumah
dan perabot.
Hutan juga dapat mengawal bencana alam seperti banjir dan hakisan tanah.
Hutan juga merupakan kawasan tadahan air yang berupaya menyalurkan air bersih
kepada manusia.
Hutan menjadi habitat flora dan fauna. Penerokaan hutan yang berleluasa akan
menyebabkan hidupan liar semakin pupus.
Hutan sangat penting kepada manusia. Oleh itu, manusia perlulah memelihara
hutan.


Karangan 6: Jenis-jenis Pencemaran Alam
Pencemaran alam ialah perbuatan mengotorkan alam sekitar. Pencemaran alam
terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu air , udara dan bunyi.

Pencemaran air berpunca daripada pembuangan sampah-sarap dan sisa-sisa
toksik ke dalam sungai dan laut. Air yang tercemar menyebabkan ikan mati.

Pencemaran udara disebabkan pembakaran secara terbuka dan pelepasan asap
dari kilang dan kenderaan. Udara yang kotor boleh menjejaskan penglihatan.

Pencemaran bunyi disebabkan bunyi bising daripada kenderaan dan alat hiburan.
Bunyi yang bising boleh menyakitkan telinga kita.

Pencemaran alam boleh menjejaskan kesihatan. Oleh itu, kita perlu menyayangi
alam sekitar kita.



Karangan 7: Kebaikan Aktiviti Bersukan
Pada waktu lapang, saya suka bersukan. Bersukan merupakan aktiviti yang sihat.
Bersukan dapat menyihatkan badan. Kita perlu banyak bersukan agar badan kita
sentiasa sihat dan cergas.
Bersukan dapat mengelakkan rasa bosan. Dengan itu, kita boleh mengisi masa
lapang kita dengan bersukan.
Aktiviti bersukan juga dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat.
Semangat bermasyarakat dapat dipupuk dalam perlawanan persahabatan.
Tidak dapat dinafikan bahawa bersukan memberi banyak manfaat kepada kita.
Oleh itu, kita haruslah banyak bersukan.

Karangan 8: Berkelah Di Tepi Pantai
Pada hujung minggu yang lalu, kami sekeluarga berkelah di tepi Pantai Merdeka.
Kami bertolak pada pukul 8 pagi.
Kami tiba di Pantai Merdeka pada pukul 11 pagi. Saya dan adik membantu ayah
dan ibu membawa barang-barang.
Kemudian, saya dan adik terus berenang menggunakan pelampung. Ayah dan
ibu menyediakan makanan di bawah pokok.
Setelah penat berenang dan bermain air, kami duduk di bawah pokok. Kami
sekeluarga makan dan minum bersama. Selepas itu, kami mengambil gambar
sebagai kenang-kenangan.
Lebih kurang pukul 4 petang, kami pun berkemas untuk pulang ke rumah.
Walaupun penat, tetapi kami berasa seronok.



Karangan 9: Perhimpunan Sekolah Saya

Perhimpunan sekolah saya diadakan pada setiap hari Selasa. Perhimpunan
sekolah diadakan di dewan sekolah.
Murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing. Murid-murid berdiri tegak
semasa lagu Negaraku, lagu negeri dan lagu sekolah dinyanyikan.
Bacaan ikrar akan dilakukan oleh ketua pengawas. Guru bertugas akan
mengumumkan beberapa perkara penting kepada murid-murid.
Kemudian, Guru Besar akan memberi ucapan. Selepas tamat perhimpunan,
murid-murid masuk ke kelas masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai