Anda di halaman 1dari 5

1.

Kebakaran

Pada suatu hari, ketika Ahmad sedang berjalan kaki pulang dari sekolah, dia
ternampak kepulan asap hitam di sebuah rumah. Ahmad berasa panik dan
bergegas ke kawasan tersebut.

Setibanya di sana, Ahmad melihat kepulan asap hitam yang sangat tebal.
Ahmad menjerit untuk meminta tolong daripada orang awam yang lalu-lalang di
kawasan itu. Orang awam yang mendengar jeritan Ahmad telah datang
membantunya. Ahmad juga meminta salah seorang daripada mereka untuk
menelefon pihak bomba dan penyelamat.

Sementara menunggu pihak bomba dan penyelamat, Ahmad dan orang awam
bekerjasama memadamkan api. Selepas lima minit membuat panggilan, pihak
bomba dan penyelamat pun tiba. Mereka berjaya memadamkan api yang marak
itu.

Selepas api berjaya dipadamkan, pihak bomba dan penyelamat membantu


mangsa memindahkan barangan yang masih elok keluar dari rumah tersebut.

Ahmad bersyukur kerana tiada mangsa yang cedera dalam kebakaran itu.

1
2. Kepentingan Komputer dalam Pembelajaran

Penggunaan komputer telah menjadi satu keperluan termasuklah dalam


bidang pendidikan. Hal ini dikatakan demikian kera penggunaan komputer
memberikan banyak kebaikan kepada murid.

Kebaikan pertama adalah membolehkan murid mendapatkan maklumat


dengan lebih cepat dan mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan adanya
penggunaan komputer dalam pembelajaran, murid tidak perlu memperuntukkan
masa yang lama untuk mendapatkan sesuatu maklumat kerana segalanya berada
di hujung jari.

Selain itu, kebaikan komputer yang kedua adalah melahirkan murid yang
celik teknologi. Penggunaan komputer dalam pendidikan selaras dengan aspirasi
pendidikan negara, iaitu untuk melahirkan murid yang selari dengan arus
kemajuan teknologi apabila mahir menggunakan komputer.

Kebaikan komputer yang ketiga adalah menggalakkan pembelajaran kendiri.


Hal ini dikatakan demikian kerana dengan adanya penggunaan komputer dalam
pendidikan, murid boleh melakukan pembelajaran kendiri sama ada di rumah
mahupun di sekolah.

Kesimpulannya, penggunaan computer amat penting dan perlu diperluas di


peringkat sekolah.

2
3. Perkhemahan Unit Beruniform

Aku dan ahli-ahli unit beruniform seperti Tunas Kadet Remaja, Tunas
Pandu Puteri, Pengakap dan Persatuan Bulan Sabit Merah berkumpul di sekolah.
Kami diminta untuk mendaftarkan diri sebelum menaiki bas.

Pada pukul 8:00 pagi, kami bertolak dari sekolah ke Hutan Lipur Sungai
Kelam dengan menaiki bas yang disewa khas oleh pihak sekolah. Perjalanan
mengambil masa selama dua jam.

Sebaik sahaja tiba, guru membahagikan kami kepada beberapa kumpulan


mengikut unit beruniform masing-masing. Kami diminta untuk mendirikan khemah.
Setiap kumpulan bekerjasama bagi mendirikan khemah masing-masing.

Pada pukul 11:30 pagi, aktiviti bermula. Kami telah diajar untuk melakukan
pelbagai aktiviti. Antaranya ialah aktiviti ikhtiar hidup, aktiviti kembara hutan
dan juga memasak dengan menggunakan bahan semula jadi seperti buluh.

Pada sebelah petang, kami diberikan masa untuk melakukan persediaan


bagi persembahan kebudayaan pada sebelah malam. Setiap kumpulan berbincang
dan berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk membuat persembahan yang
menarik.

Persembahan kebudayaan dimulakan pada waktu malam. Pelbagai


persembahan dan gelagat dapat dilihat daripada setiap kumpulan. Aku berasa
gembira melihat kerjasama yang ditunjukkan oleh setiap ahli kumpulan. Pada
keesokan harinya, selepas bersarapan, kami berkemas untuk pulang.

3
4. Kebaikan E-Buku

Terdapat banyak kebaikan penggunaan e-buku. Antara kebaikannya adalah


dapat memudahkan murid untuk belajar kerana murid tidak perlu membawa buku
yang banyak ke sekolah. Selain itu, e-buku juga dapat menarik minat murid
supaya lebih rajin membaca kerana kandungan teks dalam e-buku adalah
berwarna dan pelbagai. Akhirnya, e-buku juga dapat memuatkan lebih banyak
buku kerana berbentuk digital.

5. Kebaikan Aktiviti Gotong-royong

Terdapat banyak kebaikan aktiviti gotong-royong di sebuah sekolah.


Antaranya, kita dapat membersihkan kawasan sekolah kerana semua warga
sekolah akan bekerjasama bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah.
Selain itu, kita dapat mengindahkan kawasan sekolah melalui aktiviti menanam
pokok bunga di kawasan sekolah. Akhirnya, kita dapat mencegah penyakit seperti
demam denggi dengan membersihkan kawasan-kawasan seperti takungan air yang
menjadi tempat pembiakan nyamuk.

4
6. Kesan pencemaran sungai

Pada zaman globalisasi ini, isu pencemaran dilihat semakin serius. Hal ini
dibuktikan apabila banyak sungai yang telah tercemar. Pencemaran sungai ini
telah memberikan pelbagai kesan buruk kepada manusia dan juga hidupan lainnya.

Antara kesan pencemaran sungai ialah pemandangan di kawasan sungai


terjejas. Hal ini disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak
yang suka membuang sampah sarap ke dalam sungai. Akibatnya, pemandangan di
kawasan sungai menjadi buruk dan kotor disebabkan oleh sampah sarap tersebut.

Selain itu, kesan yang kedua ialah kematian hidupan akuatik. Hal ini
berlaku disebabkan oleh sikap pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab
melepaskan sisa toksik ke dalam sungai. Akibatnya, hidup akuatik seperti ikan,
semakin pupus dan mati.

Akhir sekali, kesihatan manusia terjejas juga merupakan kesan


pencemaran sungai. Sungai merupakan antara sumber air utama bagi manusia.
Apabila sungai tercemar, manusia akan terdedah dengan segala penyakit
berbahaya.

Kesimpulannya, pencemaran sungai bukanlah isu yang remeh. Isu ini perlu
ditangani dengan kadar segera oleh semua pihak agar kesihatan manusia
terjamin, alam sekitar dapat dipelihara serta imej negara dapat dijaga di mata
dunia.

Anda mungkin juga menyukai